Friday, 14 January 2011

♥ Fikirkan Lah ♥

Hampir kebanyakan remaja akan memilih pasangan yang mereka rasakan 'cantik menawan' pada pandangan mereka. Kebanyakan kecantikan itu pula hanya difokuskan kepada kecantikan zahiriyah yang bersifat sementara. Masa akan berlalu dengan begitu pantas, yang muda akan tua, yang berwajah cantik dulu akan hilang kecantikannya....jadi apa yang kita ada untuk mempertahankan pilihan yang diasaskan kepada kecantikan yang sementara ini? Sedangkan kita sentiasa terdedah atau melihat gadis-gadis atau jejaka yang lebih cantik dan menawan.

Syaitan yang dihalau keluar dari syurga kerana kekufurannya telah berjanji untuk menyesatkan anak Adam hingga ke Hari Qiamat. Dia berjanji (seperti yang digambarkan di dalam Al Quran) akan mendatangi kita dari depan, belakang dan segala sudut. Tahukah kita, apabila terbinanya rumahtangga muslim syaitan tidak akan membiarkan kita begitu saja. Bermula strategi baru....sekarang dia kan mendedahkan sebanyak mungkin kekurangan dan kelemahan pasangan isteri atau suami kita dan pada masa yang sama dia kan hiaskan kecantikan gadis atau jejaka lain, rumahtangga kita mula panas dan tidak selesa. Pertengkaran-pertengkaran kecil kerana masalah-masalah kecil mula berlaku hingga pertengkaran itu berterusan dan semakin membara. Cemburu dan sakit hati mula menjadi barah yang mula menjalarkan akar-akarnya keruang-ruang hati dan pemikiran kita. Di tahap ini apakah yang benar-benar dapat mempertahankan rumahtangga yang kita bina diatas kalimah cinta dan rindu. Mungkin semasa sedang bercinta dulu, kentutpun wangi tapi sekarang tak kentutpun kita rasa busuk kerana kebusukan dan rasa jijik telah menguasai ruang hati dan pemikiran kita.

Ketika inilah...yang benar-benar akan mempertahankan rumahtangga yang kita bina ialah kecintaan yang hakiki. Kecintaan yang dibina diatas kesedaran dan impian bersama, kecintaan yang suci dari kekuasaan nafsu dan kecintaan kepada sesuatu yang bukan bersifat sementara.

Jadi kecantikan bukanlah satu-satunya perkara yang menjadi ukuran kita walaupun kita tidak nafikan manusia secara fitrahnya suka kepada sesuatu yang cantik. Lihatlah kepada kecantikan yang lebih kekal dan berpanjangan. Mungkin dalam kehidupan kita, apabila berpindah ke tempat baru kita akan bertemu dengan orang-orang yang baru kita kenali. Ketika itu mungkin ada orang yang kita rasa kagum dan hormat kerana kehemahannya bahkan kita mungkin nampaknya sebagai seseorang yang menarik tetapi setelah masa demi masa berlalu, kita mula mengenalinya dengan lebih mendalam. Rupa-rupanya dia seorang yang tamak dan penting diri sendiri, bila bersembang dengannya, yang kita dengar semuanya tentang keburukan orang lain....pada masa itu rasa kagum dan hormat kita mula pudar bahkan kita mula melihatnya dengan pandangan yang berbeza. Segala tarikan yang ada padanya mula hilang.

Jadi lihatlah pada kecantikan peribadinya. Jika kecantikan ini yang kita cari, kita tak akan dapat melihatnya semasa dating atau semasa keluar bersama. Saya pernah hidup bersama kawan-kawan yang sedang bercinta, kadang-kadang bila nak berdating tu, bajupun pinjam. Ada juga yang pinjam satu set...baju, seluar, kasut dan sebagainya. Ada yang berlatih untuk menyusun kata-kata yang menarik, kadang-kadang tu berbincang dan tanya pendapat pula pada kawan-kawan yang lain....kalau aku kata macam ini ok? Kalau macam kata macam tu ok ke dan sebagainya. Ada pula yang cuba meniru-niru style pelakon idaman mereka dan sebagainya. Jadi apa yang kita harapkan dari pertemuan-pertemuan begini....yang lelakinya berlakon begitu juga perempuanya...masing-masing berlakon dengan gaya terbaik. Semuanya dianggap manis, kalau ada kesalahan sedikit-sedikitpun dimaafkan tanpa perlu di minta, kalau buat-buat merajukpun ada yang pujuk. Tetapi bila dah kahwin semua itu tidak akan bertahan lama.

Oleh itu pilihlah calon yang sesuai. Ambillah panduan yang diberikan oleh Rasulullah SAW.....lihatlah rupanya, keturunannya dan agamanya dan agama atau deennya itulah yang seharus diutamakan.

Mungkin ini adalah sebahagian perkara pertama yang perlu kita berikan perhatian, sebanarnya ada banyak lagi perkara yang perlu kita perhatikan yang mungkin akan dibincangkan dalam kesempatan lain jika ada kesempatan.


sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment