Tuesday, 7 September 2010

♥ Ulser Tekak ♥




DEFINISI

Ulser berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.

TANDA & SIMPTOM

Ulser boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda, sepeti:

  • terdapat bukaan bulat berwarna putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
  • mempunyai saiz sekitar 2-5mm
  • ulser boleh wujud lebih daripada satu sama ada berkelompok atau di kawasan yang berbeza pada satu masa
  • mengakibatkan bengkak
  • sakit terutamanya apabila kawasan ulser terkena sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, benda keras dan lain- lain.Oleh itu, mereka sering hilang selera makan atau tidak banyak bercakap
  • boleh berulang tetapi tidak berjangkit
  • sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu


PUNCA-PUNCA

Penyebab utama masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, terdapat

beberapa faktor dikaitkan dengan ulser:

  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • tahap immuniti yang rendah
  • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
  • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • stress
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • kekurangan vitamin C
  • kekurangan vitamin B12
  • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
  • kanser oral
  • kitaran haid
  • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • pengambilan steroid
  • dehidrasi yang keterlaluan

BAGAIMANA ULSER BOLEH BERLAKU

Terdapat 2 mekanisme yang dikaitkan dengan pembentukan ulser:

    1. kecedaraan fizikal pada dinding mulut
    2. tindak balas immuniti terhadap rangsangan kimia/biologi(contoh:jangkitan)

Dua proses di atas mengakibatkan luka pada dinding mulut. Di dalam mulut, terdapat pelbagai bakteria 'baik' dan 'jahat' dan mereka mempunyai akses terhadap kawasan luka. Sekiranya bakteria 'jahat' bejaya membentuk koloni di kawasan luka, bakteria ini akan menghasilkan toksin. Toksin tersebut 'membunuh' sel-sel yang ada, mengakibatkan saiz ulser bertambah besar.Ini amat menyakitkan lebih-lebih lagi sekiranya saraf turut terdedah. Bakteria 'jahat' juga menghasilkan sejenis protein yang dipanggil fibrin untuk melindungi mereka daripada sebarang tindak balas (kita dapat lihat lapisan berwarna putih/kuning pada permukaan ulser). Keadaan ini berterusan sehingga tubuh menghasilkan tindak balas immuniti.

RAWATAN & PENCEGAHAN

    1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangngkan sakit
    2. Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
    3. Debacterol-mengandungi asid yang dapat membunuh bakteria di kawasan ulser.
    4. Bonjela-sejenis gel yang dapat mengurangkan kesakitan.
    5. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
    6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
    7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunaan bahan kumuh yang antiseptik.
    8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas.
    9. Bawa bertenang dapat mengurangkan stress.
    10. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
    11. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
    12. Minum air dengan banyak

Bayangkan itu kat tepi bibir pon seksa nya nak makan susah
nak minum susah nak mandi susah nak gosok gigi lagi susah
itu setakat tepi bibir
hah hampa bayangkan kalau ianya terjadi pada tekak kowang
tempat laluan makanan masuk dalam badan....!!
hah itu ler aku rasa aduhhhhhhhhhh sakitnya
nak makan susah...nak minum susah...nak gosok gigi
susah...semuanya susah......masa 7.september.2010
aku pergi klinik kali ke-3 dugaan bulan pose
3 kali pergi klinik bayangkan.....???
doktor memang dah nak hantar pegi sepital
mum kata jangan lar susah dah nak raya
masa demam panas tu pon memang nak hantar pi hospital
takut denggi Alhamdulilah demam dah hilang tinggal Ulser
aku nie memati ingat sakit tekak aje rupanya pi check ulser
mak aiiiiii minum air seksa rabak siot
then pak tam call...kak mai call...takut denggi then lepas check
masa doktor check tu memang terkejut tengok sampai kena
check perut siap tekan-tekan lagi perut tak sakit
tekak nie hah sakit pedih nak tido seksa nak minum seksa nak makan
lagi seksa aku punya lar bedal streapsil bebanyak
then masa kat pasar borong makan kentang goreng mak aiii
terkena perit giler babeng sakit
masa tu memang nak dekat dah raya so berkata
tahun nie aku tak raya uhuk uhuk sedih
then beli benjola letak perghhhhhhh batuk macam nak haper
bayangkan makan ubat batuk pon sakit memang kondem siot
makan ini tak kena itu tak kena seksa seyyyy.......
then mum call kak mai or kak mai call tak pasti lor bagi taw
sebab dulu masa kak mai gugur jadi macam aku tapi lagi teruk
penuh satu mulut tekak kat leher.....
sakit giler babeng dok.....
nasib baik masa kak mai sakit doktor kasi ubat kebas lidah
kira boleh makan apa saja tapi kena cepat lor dalam
5 minit start hilang sedikit demi sedikit kebas
mujur ada ubat tu lepas letak mum suruh minum
oats kasi ada sedikit jamah di dalam perut
errr en emy kata kalau macam gitu kena masuk air
coz tak de apa-apa nak makan and minum
letak lar propolis mak aiiiii perit melalak-lalak aku
sakit giler bila kena masa tu memang aku dah lupa kiri kanan aku
menangis macam apa nak menahan sakit pegang tangan mum kuat-kuat
nak menahan sakit uhuk
sampai nak termuntah-muntah and tak ada napas seyyyyy
menahan sakit......dah makin banyak ubat yang aku kena makan
lepas letak 3 kali Alhamdulilah esoknya dah kurang tapi still
ada cikit-cikit mentang-mentang dah baik waaaaahhhhh dah tak nak
letak lagi then malam hari kedua tu aku kejut sis masa pepagi nak sahur
mintak tulun letakkan dah ler nak raya...pas tu malam raya tu
lepas semua tengah sebuk masak-masak mum tulun letakkan pedih
lagi uwaaa sakit hocaay....
then aku redha jek apa nak jadi pada esoknya kira raya lor
then masa buka tu try makan ketupat lauk semua sikit-sikit lar
bila perit jek tolak dengan air Alhamdulilah hilang sakit
disebabkan dah beberapa hari sakit makan bubur bila makan ketupat
rasa macam lambat plak gigit nak telan selalunya bila makan
bubur main telan aje tak de apa nak geget sebab memang
buat bubur air je tak payah nak kunyah-kunyah
cehhh kalau aku taw ulser awal-awal aku rembat letak propolis
dah senang disebabkan oleh tidak tahu uwaaaa menderita
mum kata maybe sebab demam panas....then demam bebalik tu
yang jadi macam gitu......Alhamdulilah di pagi raya
hilang sudah ulser fuhhhh selamat....!!!
dugaan untuk aku dibulan pose nie 2 kali sakit demam....batuk tapi batuk
still ada lagi terutama malam payah nak tido......teruk seyyyy
aku nak ganti pose.....16 hari aku cuma dapat pose selama 14 hari aje
16 hari bersamaan 2 kali demam + ulser...dengan 1 week " cuti "
tak sanggup seyyy aku......!!!

No comments:

Post a Comment