Sunday 22 November 2009

♥ Perjuangan .....!! ♥

Start semalam setiap sabtu dan ahad aku telah memulakan satu perjuangan
untuk memiliki Lesen P ...
perjuangan yang nampak mudah bagi yang sudah tahu dan agak payah untuk
yang tidak tahu bermaksud zero pengetahuan
tadi aku dah start kena bawa sendirian di dalam trak sambil diperhatikan oleh
orang yang ajar itu dari bukit kena terus ke parking dan ke 3 penjuru
payah lah jugak untuk mengigati tapi yang parking aku still ingat sebab parking
itu jugak dulu masa dengan along aku fail giler ngok aku tak paham satu hape pong
then bila aku tak boleh nak buat si along tu marah-marah then maki-maki sapa
tak tension cuba kalau perempuan cun tahap model bukan main ajar elok-elok
lelaki semua sama aje perangai......!!!!
semalam aku agak kekok dan rasa kaki macam tak ready satu apa pon tapi tadi pagi
Alhamdulilah kaki dah lembut begitu jugak tangan yang memegang strearing
seram gak masa pagi tadi masa bawa dah lah kena belajar bawa kereta sendiri
untuk tahu dimana kemampuan kita untuk membawa yang muskil tu kan
bila turn aku bawa mesti banyak kereta tengah belajar isk sabo aje lah aku
then masa part parking aku selamba jek keluar dari lot parking tanpa berhenti
untuk memusingkan strearing seperti selalu orang buat nie tak keluar selamba jek
tanpa berhenti masa third round baru fikir nape aku tak buat macam gitu
then kali ke empat kena tegur di kata aku nie belom mahir untuk buat macam gitu
lagipun aku baru belajar nie mesti kes aku terikut-ikut mamat control macho itu
sebab sementara tunggu sis bawa aku dok asyik tengok ketangkasan dia membawa
maybe dia reti bawa tapi tak ada lesen kot.....
3 penjuru itu memang aku tak hengat maybe kena tulis kasi ingat kot lagipun
aku kena tulis jugak 5 perkara yang harus dilakukan ketika berada bersama JPJ
semasa hari test yang cukup mendebarkan itu
then petang tadi pak tam suruh aku, sis dengan bek bawa van dia untuk belajar
gunakan taktik yang sama seperti yang telah diberitahu so dengan rasa ketakutan itu
aku pon gunakan terasa seperti okey tak macam first aku pegang masa dedulu
happynya dah okey cuma tak boleh nak over confident sangat sangat berbahaya
dan apa yang aku sangat sangat berharap ialah aku dapat menguasai memandu
dengan mudah, sekali test dengan JPJ aku berjaya mendapat LESEN P
dan apa yang teramat-amat penting aku berjaya habiskan dan tidak sekerat jalan
untuk orang yang ajar kami itu bersabar je lah eh dengan kami
tapi memang aku nak suruh dia tekankan bab menukar gear memang aku masih tak
pandai-pandai lagi.....


p/s : pasal entry pagi tadi yang dok sibuk mencari skandal itu tak perlu korang layan
sebab pagi itu adalah satu yang aku tidak tahu kenapa aku bosan sangat tak pernah
aku merasa sebosan begitu unnormal lol

No comments:

Post a Comment