Friday, 13 November 2009
♥ 2012 ♥
Semalam kan movie 2012 start ditayangkan tgk komen bebudak kat FB
kata membosankan harap poster jek best bukak forum bebudak komen kata best
so nekad je lah pergi tgk best giler ar tak terbayang aku sekiranya aku diletakkan dlm
situasi begitu walau tak minta tapi guna imagine sahaja
sesetengah part memang menyeramkan maksudnya mcm tak percaya ia nya akan
jadi mcm gitu memang tak jangka ar sampai gitu sekali
part pertengahan semasa terjadinya kejadian-kejadian itu sedih sangat meleleh-leleh air mata
pulak ada part lawak huhuhu
kebanyakkan menyelamatkan anak-anak
aku pon tak paham kenapa semua sibuk asyik nak berkata konon nya kiamat 2012
benda-benda macam gini kita sendiri tak tahu bila hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui
movie nie more kepada bencana alam yang berlaku akibat rakusan manusia yang
ingin membangunkan petempatan memang untuk kemudahan manusia di masa akan
datang cuma ada kalanya terlalu banyak sehingga tidak ada tempat untuk menyerap
segala hakisan yang ada...
sampaikan si Zul pon kata dunia akan berakhir 2012 ala nie semua kan kerja-kerja
orang mengkaji cuma tidak pasti bila lagi kadang kala tak perlu untuk tertipu dengan
segala tipu daya fikir lah sejak dari zaman Nabi Muhammad sendiri berkata tak pasti
bila tarikh hari kiamat yang pasti ia nya akan berlaku cuma tak tahu bila
so tak perlu lah untuk meramal-ramal nie semua menyeksakan pemikiran jek
ada satu artikel kat dalam Forum Cari di bahagian Current Isu petikan sebegini
Teori hari kiamatKalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 danseluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentukkemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?
RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu,namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di NewEngland pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.
Terdahulu,riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britainmendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ iscoming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.
Tahunini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam esok. Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.
Bagaimanapun,keadaan kali ini agak berbeza kerana manusia sedang digomol ketakutan ekoran alam bagaikan menunjukkan tanda-tanda enggan lagi bersahabat dengan manusia. Siri bencana alam luar biasa dan perubahan cuaca yang agak ekstrem menggamit resah.
Bagi mereka yang beriman dengan hari kiamat, hari itu pasti akan tiba. Meski kita tidak tahu bagaimana dan bila ia sebenarnya akan berlaku, namun hari kiamat paling rapat dikaitkan dengan peristiwa kehancuran dunia. Di sini, kita membicarakan tentang kehancuran dunia dan apakah yang memungkinkan ia berlaku.
Saintis mula menjangkakan dunia ini bakal hancur menerusi teori big bangyang diperkukuhkan oleh Edwin Hubble pada tahun 1929. Teori itu mengatakan alam semesta ini terbentuk daripada satu letupan dan ia sedikit sebanyak menggambarkan begitulah juga pengakhirannya atau big crunch.Jika benar teori itu, saintis menjangkakan alam semesta yang kini berusia 13.7 bilion tahun akan 'mati' pada 20 bilion tahun dari sekarang.
Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi.Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.
MenurutPegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
Hentaman objek
"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.
"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroidcuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu.Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.
"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.
Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov,boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroidyang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.
"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada2036.
"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kataZamri.
Perlanggaran galaksi
Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku.
Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.
BagaimanapunZamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat.Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.
Sementaraitu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof.Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.
Kiamat dari perspektif agamaWalaupun sifat sebenar hari kiamat tidak diketahui, namunterdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahan yang juga disebut sebagai as-Sa’ah.
TIDAK ada sesiapa boleh menyangkal bahawa kepercayaan kepada hari kiamat turut didasari dengan unsur keagamaan. Justeru, kupasan berdasarkan perspektif agama adalah perlu untuk mengelakkan tersasar pemahaman.
Bagi sesetengah agama yang menyeru umatnya mengimaninya, hari kiamat merujuk kepada hari berakhirnya dunia dan bermulanya alam akhirat.
Berdasarkan Islam, hari kiamat adalah hari semua manusia dibangkitkan selepas kematian dan segala amalan ketika di dunia dihitung. Bagi mereka yang berbuat baik dan beramal soleh diberikan ganjaran syurga dan bagimereka yang ingkar dibalas neraka.
Menurut Ketua JabatanUsuluddin, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS), Abu Zaki Ismail, sebelum manusia dibangkitkan seluruh alam dan isinya akan dibinasakan.
"Sehingga pada saat itu, disebutkan dalam al-Quran, hanya Allah sahaja yang hidup, malaikat-malaikat turut dimatikan," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya,hanya Allah yang tahu bila ia akan berlaku. Turut disebutkan di dalamal-Quran bahawa hari itu tidak akan datang melainkan secara tiba-tiba.
"Justeru, kalau ada orang yang meramal, ramalan itu pasti tidak benar," ujarnya sambil memberitahu hari kiamat disebut sebagai yaumul qiyamah dalam bahasa Arab.
Walaupun sifat sebenar hari itu tidak diketahui, namun terdapat gambaran-gambaran yang diberikan dalam al-Quran tentang hari kemusnahanatau juga disebut sebagai as-Sa'ah.
"Misalnya disebutkan langit runtuh dalam surah al-Infitor, langit terbelah dalam surah al-Insyiqaq, langit digulung dalam surah al-Anbia', bumi bergegar dalam surah al-Zalzalah dan sebagainya," tambahnya.
Katanya, walaupun Allah berfirman 'la ta'tiikum illaa baghtah' (Tidaklah ia datang melainkan secara tiba-tiba), namun Islam turut menggariskan beberapa tanda sebelum kedatangannya.
Antaratanda-tanda kecil adalah zina bermaharajalela, ramai orang solehmeninggal dunia, negara Arab berpadang rumput, banyak saksi palsu danlain-lain. Antara tanda-tanda besar pula adalah matahari terbit disebelah barat, lahirnya Dajal dan turunnya Nabi Isa.
Abu Zaki menjelaskan, antara tanda-tanda lain kiamat semakin tiba juga adalah berlakunya banyak bencana alam.
"Diriwayatkan dalam satu hadis, sebelum tibanya hari kiamat, berlaku banyak bencana sehinggakan manusia yang hidup apabila melalui tepi kubur berharap agar mereka (manusia yang hidup itu) yang berada di dalam kubur tersebut.Mereka bukan berkata demikian kerana hendak mati tetapi berkata begitukerana tidak tahan untuk terus hidup," ujarnya.
Berhubung ramalan yang digembar-gemburkan, Abu Zaki berkata, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk difikirkan.
"Apa yang penting ialah kita berusaha melengkapkan amal dan bersediamenghadapinya. Walaupun kita tidak tahu bila ia akan berlaku, tetapi iatetap akan berlaku," ujarnya mengakhiri perbualan.
Hari kiamat turut ada dalam kepercayaan Kristian dan ia lazim disebut The Last Judgement, Final Judgement atau Day of Lord.
Sementara itu, menurut penasihat MalaysiaHindu Sangam, Datuk A. Vaithilingam, berdasarkan perhitungan Hindu,dunia kini sedang berada dalam fasa terakhir kitaran iaitu kali yuga.
Menurutnya,dunia telah melalui fasa pertama, kiru thayuga; fasa kedua, thirethayuga; fasa ketiga, thuvabara yuga dan kini melalui fasa terakhir iaitukali yuga.
"Tetapi, kali juga merangkumi tempoh 432,000 tahundan tahun ini, baru 5,111 tahun kali yuga. Ada beratus ribu tahun lagi untuk ia berakhir," kata Vaithilingam.
Bagaimanapun,Vaithilingam berkata, menurut ajaran Hindu, dunia ini tidak akan musnah terus sebaliknya akan melalui satu kitaran baru.
"Dalam agama Hindu, kemusnahan dunia 100 peratus atau secara sekali gus tidak mungkin berlaku. Dalam dunia ini, ada orang yang baik dan kami percaya Tuhan tidak akan membuat kemusnahan begitu.
"Selepas tamat tempoh kali yuga, kitaran lengkap akan berakhir dan dunia akan berubahkepada bentuk yang lain yang hanya diketahui Tuhan," katanya.
Vaithilingam menggesa orang ramai agar tidak berasa takut dengan ramalan-ramalan bila berlakunya kemusnahan dunia.
"Manusia tidak perlu bimbang dengan ramalan-ramalan ini. Mereka harus fokus dalam menjalani kehidupan harian tanpa berasa takut," katanya.
sumber daripada : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=448247&extra=page%3D8
So fikir kan akal logik memang benda mcm gini kita tak pasti bila dan bumi jugak turut
sudah tua....
dulu mum ada pernah cerita nenek memberitahu bencana nie terjadi sebab bahu bumi dah
berat so hendak di alihkan sama ada sebelah kiri or sebelah kanan sebab itu terjadinya
bencana alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment