Si yayaz masa dapat duit raya sibuk nak beli hamster pasal tangan ada duit kan sebelum raya dah mintak actually dari last year mintak hamster lepas tu bapak dia janji nak belikan as birthday present
Then mum cakap tak pe lah mum belikan tujuan adalah untuk happykan yayaz lepas kes aritu masa dia dah tak nak balik rumah mak dia lagik
Mum cakap untuk hiburkan hati yayaz huhuhu
Pergi giant sebab buy 1 free 1 kan then pergi tak de dah habis aikk laju jek clear hamster katanya tak hari ahad or hari khamis huhuhu jek lah
Cage hamster guna storage bin lagik better besar luas so dapat lah hamster bergolek golek yang bin tu dah disiapkan dibersihkan oleh yayaz kononnya balik kang dah boleh letak hamster muahahaha sekali hamster tak de
Then pujuk si yayaz cakap tu pon si yayaz dah frust siap cakap tak nak lah apa lah ini lah itu lah grr budak sorang nie kalau dah kena gigit baru taw...!!!
Esoknya kakak pon search kat group komuniti kota masai rezeki yayaz agaknya orang nak kasi hamster free so kakak tanya segala detail then kakak whatsapp aku tanya nak tak
Aku pon tanya mum and yayaz so dorang nak then kakak buat deal dengan orang tu katanya 1 mak 2 anak so 3 hamster free lah rezeki yayaz ada extra lagik hahaha
Petang tu yayaz pergi pet shop beli habuk kayu makanan tempat minum air dengan bekas makanan nak beli yang wheel tu duit tak cukup pulak so beli yang penting penting dulu
Aku pulak sibuk pergi tengok hamster yang dijual alololo cute color light dark brown campur putih dengan black lawo wooo harga RM14 seekor
Pekerja pet tu pon bela sekor letak dalam fish tank cute weyy and jinak boleh pegang and amek lagik memula dia pegang ingat orang beli so aku tanya berapa harga then dia kata tak jual wakakaka abis cara dia pegang tu aku ingatkan orang dah beli
Aku gerammmm jek tengok yang dijual tu kontot kontot pendek pendek bulat bulat eii tak boleh tahan geram wakakaka
Before nak amek tu aku siap join group hamster lagik semua jenis dari malaysia singapore and semua country dalam satu gitukk lah
Amek malam sebab orang tu kerja katanya malam free so balik dari pet shop yayaz letak habuk kayu adjust port air port makan semuanya perfect lah
Sambil menunggu malam aku dok bukak group hamster yang dah accept and terbaca satu post katanya hamster suka duduk sendiri daripada ada geng and aku terus rasa macam nak beli sekor just for me hahahha
Aku terus cerita dengan mum and nampak gaya macam ada green light so satu rumah pusing carik apa yang best untuk letak hahaha tu nanti cerita ehhh
Ingat nak beli malam tu siap beli wheel tapi tak sempat sebab rumah orang tu jauh kat kota masai so masa dah otw dah message using fb kakak siap bukak waze untuk cari tempat
Aku siap bawak small fish tank untuk letak leceh pulak nak angkut bin tu ke hulur hilir dengan yayaz dengan sofea tak sanggup woooo
Kebetulan owner tu kasi dengan bakul yang ada tutup dengan makanan sekali yayaz punya happy owner tu kata mula beli sepasang then cepat membiak tu yang dia kasi siapa yang nak
Dalam kereta sofea dah bising nak pegang dia ingat boleh pegang macam kucing agaknya adeyy dah huru hara dalam kereta
Sampai rumah terus masukkan dalam bin sekali sekeluarga daa 1 bapak 1 mak 1 anak and yang baby tu cute suka sangat sofea angkat berani betol tak takut aku pulak naik takut hahahha
And huru hara masih terjadi lagik since 23 jun until now and sampai forever sebab si sofea nak pegang and angkat hamster then main habuk kayu dibuang kat kepala yayaz lepas tu hari berikutnya dibuang kat kerusi adeyyy penatt
Nak kena letak jaring so bebudak boleh tengok tanpa pegang or main habuk kayu lah so tak de lah aku jadik tarzan huhuhu
Gigih mendiy gunakan popcircle stick and hasilnya kureng sempurna itu pon atap rumah dah selamat dikokak oleh aku sebab hamster 2 ekor yang besar berjaya memboloskan diri mereka untuk larikkkkkkk
Ignore the messy and tak cantik lah just focus on hamster sakit jari ku tangan ku untuk gunting make sure lawa selari then use hot glue untuk cantumkan
Yang hampehnya letak jek kena gigit eiii aku penat penat buat sodap jek ehh kau mengigit nie boleh mendatangkan marah hahahaha
Berjaya si yayaz beli wheel tu pada hari keesokkan hari lepas dapat hamster bila letak bukan main happy lagik main lepas tu start kol 10 malam sampai ler ke pukul 9 pagi hamster hamster yayaz memekak siot jek lah
Nama hamster yayaz yang bapak gemok tu chubby yang mak kudut sikit tu princess yang baby tu oley oley oley hahaha aku cakap dengan yayaz baby tu sofea punya lah then yayaz cakap tak nak semua ketiga tiga tu dia punya
Manja lah boleh pegang tapi tengok time malam manja siang kerja mengigit jek si yayaz 3 kali kena gigit adeyyy nasib baik tak luka just gigit warning
Masa hari yang dah ke berapa si yayaz angkat check tengok jantina yang jantan tu nampak lah egg dia yang betina tak de egg wakakkaa taw ajek lah...
Haishh ingat bela hamster aman damai sekali amek huru hara si sofea nak pegang nak main habuk kayu dah terjerit jerit melalak sofea nak pet macam kucing tapi takut jek kena gigit
Hope bertahan lah and hidup lama lah hahaha
Yayaz cakap tak nak jual macam kes guinea pig hope bertahan lah and aku takut jugak kalau kalau ada baby hamster macam mana nak jaga and uruskan
Selama bela dulu tak pernah lah sampai ada baby tak taw lah kenapa orang lain bela beranak pinak hahaha tengok lah yang nie macam mana pulak...
So welcome being part of my family cehh ayat poyoooooo
No comments:
Post a Comment