Saturday 23 January 2010

♥ Berkabung ♥

Malam tadi dikejutkan dengan berita pemergian Sultan Johor iaitu
Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat pada jam 7.08 malam
oleh itu rakyat Johor dikehendaki berkabung selama seminggu iaitu 7 hari bagi
kerabat diraja manakala 40 hari untuk rakyat Johor ( hah biar betol nie )
pak tam kata patut lar Hospital Pakar Puteri jam dengan pelbagai jenis kenderaan
then hagak kesesakkan lalu lintas sebab bawa Shahfaraz pergi injection auww sakit tu
dengan ini dengan gedix nya ingin aku berikan list pakaian bergabung yang dikehendaki
aku amek dari fb Dj Nash ( wa rembat eh untuk kesenangan agar tak lupa )
okey dikehendaki berkabung selama 7 hari ( kerabat diraja ), 40 hari ( seluruh Johor )
& Bendera Separuh Tiang
pakaian bagi wanita muslim ialah Berbaju kurung & bertudung putih
manakala bagi wanita bukan islam ialah Pakaian sopan & meletakkan riben 1 1/2 inchi
dilengan berwarna hitam
bagi lelaki muslim pula ialah memakai songkok bersama lilitan riben 1 1/2 inchi
berwarna putih
manakala untuk lelaki bukan muslim ialah pakaian sopan & meletakkan riben 1 1/2
inchi di lengan berwarna hitam
cop aku tak mengerti tak kan rakyat Johor kena berkabung selama 40 hari...?
ke aku yang tak paham maksudnya...??
or Dj Nash terbalik mengatakan arahan itu
pelik-pelik and tak mengerti ..... tak pe kita tunggu aje lar apa jawapannya
ok akhirnya Dj Nash sudah memberi kata putus iaitu
bermaksud kalau pergi melawat kena lar berpakaian sopan so kalau tak pergi melawat
dalam masa 40 hari tu rakyat kena tunjuk bahawa mereka sedang berkabung
hurmm apa-apa pon tunggu and lihat saja lor
so maksudnya date untuk keluar celebrate birthday Ayu tak taw macam mana
sama ada jadi atau pon tidak hurmm kali nie nampak gaya berkabung
macam agak lama macam mana nak taw kebenarannya
huhuhu isk ada aje halangan nak jumpa si budak Ayu nie lar
uwaaa milo panas tak ley minum sebab rasa giler sabun mana tak nya
aku gunakan cawan plastik so masih terasa sabunnya lor
hurmm tarikh 22-jan-2010 nie ada isu yang membuatkan aku rasa sedih giler
bukan nya sebab isu pasal Mangkat or berkabung
ianya berkaitan dengan diri aku entah lar payah untuk diterangkan sampaikan
aku rasa macam apa yang dulu aku fikir seolah-olah ianya salah arghhhhh...
nanti ler bila ada kekuatan akan terlerai segala cerita yang dikehendaki itu
so nie article yang aku amek dari http://umno-online.com/?p=5662

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memaklumkan demikian setelah beliau mendapat pengesahan daripada kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.

Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.

Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.

Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.

Menyorot kembali, Almarhum Sultan Iskandar yang diputerakan pada 8 April 1932 adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia kelapan iaitu antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.

Almarhum Baginda adalah putera sulung kepada Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim dengan isterinya Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Paduka Bena Sri Maharaja Utama Ahmad dan dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 1959.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas roh Almarhum dan semoga dihimpunkan bersama orang-orang yang soleh – Al-Fatihah.



No comments:

Post a Comment