Wednesday, 2 August 2017

Menunggu Putera Kayangan

Aku sebenarnya dah tak taw apa lagik alasan yang harus aku guna pakai
bila di tanya bila nak kahwin..!! Derr mana lah aku taw siapa jodoh aku
kalau aku taw then boleh lah aku jawab menunggu si dia kumpul duit
nie calon pon tak de then macam mana nak kahwin

Memilih..?? Memilihkah aku dalam mencari pasangan
yes wajib untuk memilih bukannya nak yang kaya handsome bla bla bla
just nak carik yang beriman jaga solat 5 waktu rajin bekerja baik
bertanggungjawab paling penting hormat orang tua dan palingggggg
penting dia sayang hormat mum daddy seperti mana dia sayang hormat
mak bapak dia lepas tu dia boleh terima yayaz yang sentiasa nak bersama
aku termasuk lah dia tak kisah kalau yayaz tidur dengan aku
well ciri ciri seperti nie nampak sangat susah nak carik kan so macam mana
nak kahwin kalau belom jumpa yang nie...!!!

But dalam kedudukan ekonomi mesti lah nak yang stabil
and takut nak sentuh bab tu :p
okey next story hahahaha

Then kawan sekolah aku nie memang dari dulu zaman sekolah
dok sibuk kata nape tak de boyfriend apa lagik nak jawab weyy
ingatkan dah habis rupanya bila sekarang nie dok tanya bila nak kahwin
bila nak ada anak grrr soalan tu aku tak ada jawapan sebab aku tak taw
perjalanan takdir Allah lepas tu calon pon tak de nak kahwin apa nya

Dia cakap nak tengok anak aku so aku cakap lah bapak budak tu pon
aku belom jumpa so macam mana dia nak wujud hahhaha
soalan sangat maut hokey

Then dia kata aku memilih hurmm lepas tu dia kata aku jual mahal sangat
hahahha well mesti lah jual mahal nak kan aku sila jumpa mum daddy
mintak elok elok if mum daddy setuju then next kahwin kalau tak okey
just stop sampai situ jek senang plus hati pon tak sakit

Aku pon dah tak taw nak jawab apa lagik kasi lah soalan senang nie tidak
soalan tersangat lah maut yang aku tak de jawapan yang nak diberikan
macam lah senang jek nak carik suami aku pilih makeup pon berejam
lagik nak pilih suami harus lah berhati hati..!!!

Hanya mampu bagi alasan kalah menunggu putera kayangan masuk
meminang sedangkan putera kayangan tu tak muncul pon
and entah lah bagi aku tu jek jawapan yang selamat untuk masa nie
lepas tu aku tak jumpa lelaki yang sesuai sebab aku tak reti mencarik
hahahhaa lantak pi lah malas nak fikir walau pon lagik 3 tahun nak masuk
3 series wooooo tua sudah aku orang lain dah berkeluarga tapi aku
masih terkapai kapai dalam lautan kesedihan memikirkan kehidupan
yang entah lah

And tak payah lah cakap dah nak 3 series nanti anak lahir lambat
kang dah berumur anak masih kecik nie semuakan kerja Allah
apa yang aku boleh buat kalau Allah aturkan jodoh aku lambat
mungkin Allah nak aku jaga mum daddy balas balik jaga mereka
lepas tu bahagiakan mereka

Paling tak suka kalau diasak soalan maut bila nak kahwin....

No comments:

Post a Comment