Kadang kala aku terfikir apa salah dan dosa
yayaz sehingga tergamak dia sebagai seorang
mak buat yayaz beginik...
Semalam balik dari rumah mak dia Ya Allah sakit kepala
bau minyak apa ntah diletakkan kat kepala rambut yayaz
busuk okey boleh mabuk loya tekak lepas tu start sakit kepala
Kenapa perlakukan yayaz seperti yayaz tu bukannya anak dia
padahal dia yang mengandung kan yayaz lahir kan yayaz apa
salah yayaz sehingga buat yayaz macam tu..??
Ya Allah kadang kala aku rasa macam nak jek maki tapi itu
lah standby ayat balasan atas dunia yang akan di berikan
gaduh dengan dia pon bukannya membawa apa-apa makna...
Tergamak kau seorang mak perlakukan anak sendiri seperti itu
suka ke tengok budak tu mengaruk mengamuk berperang
dengan emosi lepas tu suka sangat ke tengok budak tu tak ada
hati nak belajar mengamuk di sekolah sedangkan cikgu cakap
yayaz pandai belajar
Apa dosa yayaz pada kau...!! Kalau sekadar nak balas dendam
dengan bapak yayaz jangan gunakan anak lah budak tu tak
bersalah apa yang dia taw and dia mintak ke semua yang terjadi..??
Dia tak mintak kalau boleh dia pon tak nak tapi apa daya yayaz
hanya ikut apa yang dah diaturkan oleh Nya
Insaf lah jangan terus menerus menyiksa yayaz tak kesian ke
kat yayaz..!!! Fikir lah bila dah tua anak tu jugak akan jaga kau
eiii geram betol lah aku
Demi masa depan yayaz henti kan lah buat semua tu,
jangan ikutkan nafsu fikir masa depan yayaz penat-penat
kami corakkan masa depan yayaz kau dengan senang hancurkan
apa yang kami dah corakkan kejamnya kau...!!
Aku nak maki tak boleh siapa aku and apa hak aku tapi aku
cuma mampu untuk luahkan di sini melepaskan geram melepaskan
rasa sedih melepaskan rasa marah selepas apa yang dia buat pada yayaz...
Aku yang jaga yayaz 24 jam selama nie aku taw segalanya
gerak geri perangai yayaz tapi kau sanggup musnahkan masa
depan yayaz sanggup menggunakan yayaz untuk dapatkan apa
yang kau nak sanggup gunakan yayaz untuk buat apa saja yang
kau rasa boleh di gunakan
Kambingggg masa aku type nie kat atas dengar bunyi benda jatuh
or macam golek or macam langgar ada benda siot jek lah
Hmmm kalau kau pergunakan yayaz buat perbuatan syirik
hentikan lah lepaskan lah yayaz jangan ganggu emosi yayaz
biar kan yayaz berbahagia......
No comments:
Post a Comment