Al kisah di sebuah pulau yang kecil dan terpencil, tinggallah sesuatu yang abstrak yang menjadi penghuni pulau tersebut. Diantara yang menghuni di pulau tersebut adalah Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan, Kecantikan dan sebagainya. Pada awalnya, mereka semua hidup bersama-sama dalam keadaan aman damai, kegembiraan dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, pulau tersebut telah dilanda ribut taufan dan badai datang menghempas pulau kecil itu. Tiba-tiba air laut bergelombang dan menimbulkan ombak besar dan akan menenggelamkan pulau kecil tersebut. Semua penghuni di pulau itu berusaha menyelamatkan diri masing-masing.
Dalam keadaan yang kelam kabut, dan air laut yang akan menenggelamkan pulau kecil itu, kelihatan cinta yang berusaha menyelamatkan diri. Cinta berasa sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak menemui sebarang sampan untuk menyelamatkan diri. Cinta berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu, air semakin naik membasahi kaki cinta. Cinta tetap berusaha dan tidak berputus asa untuk menyelamatkan diri.
Tidak lama kemudian, kelihatan Kekayaan sedang mengayuh perahu..
" Kekayaan.! Kekayaan.! Tolong selamatkan aku !." teriak Cinta. Dengan segera Kekayaan pun menjawab. " Maafkan la aku Cinta. Perahuku sudah penuh dengan harta kekayaan ku. Aku tidak dapat membawamu bersama nanti perahuku akan tenggelam. lagipun perahuku sudah tiada ruang untuk mu.".. maka berlalu la Kekayaan meninggalkan cinta yang masih berusaha menyelamatkan diri. Cinta berasa amat sedih.
Namun kemudian, Cinta melihat Kegembiraan melintasi di hadapannya dirinya dengan membawa sebuah perahu. Cinta berasa gembira lantas memanggil Kegembiraan. " Kegembiraan!. Kegembiraan!. Tolong bawa aku bersamamu." Jerit Cinta. Namun, kerana Kegembiraan terlalu gembira kerana sudah menjumpai perahu, Kegembiraan langsung tidak mendengar jeritan Cinta. kegembiraan juga meninggalkan cinta keseorangan di pulau yang semakin ditenggelami air.
Air laut semakin naik dan kini sudahpun mencecah sehingga ke pinggang Cinta. Cinta berasa amat takut dan amat sedih sekali. Namun begitu, cinta tetap tidak berputus asa untuk menyelamatkan diri.
Dalam keadaan yang panik, tiba-tiba Cinta terlihat kecantikan sedang mendayung perahu dihadapannya. Cinta menjerit kearah Kecantikan.. " Kecantikan!. kecantikan!. Tolongla bawa aku bersamamu." Kecantikan memandang ke arah Cinta dan berkata.." Wah! Cinta. Kamu sudah kelihatan basah dan comot. Aku tidak boleh menumpangkan mu bersamaku. Jika aku menumpangkan kamu, nanti habislah perahuku yang cantik ini dikotori oleh mu." Berlalulah Kecantikan meninggalkan cinta keseorangan. Cinta mula berasa takut dan menangis.
" Apalah kesalahanku, sehingga semua orang sudah tidak mempedulikan diriku lagi". Rintik Cinta seorang diri. ketika Cinta sedang menangis, lalulah kesedihan di hadapan Cinta dengan sebuah perahu. Tanpa melengahkan masa, Cinta pun memanggil Kesedihan dan mohon untuk ditumpangkan bersama.
" Maafkan aku, cinta. Aku sedang bersedih dan ingin bersendirian". kata Kesedihan sambil terus mendayung meninggalkan Cinta. Air laut mula menaik dan menenggelamkan pulau tersebut. Cinta sudah mula berputus asa dan menyerah. Namun begitu, Cinta masih terus mengharap dan berdoa agar ia dapat diselamatkan. Cinta pun berdoa kepada Tuhan. " Oh! Tuhan. Tolongla aku. Selamatkanlah aku. Apakah akan terjadi di dunia ini jika tanpa aku, tanpa Cinta."
Pada saat yang kritikal, tiba-tiba terdengar satu suara yang memanggil Cinta.
" Cinta! Cinta! Marilah cepat naik ke perahu ku". Cinta pun menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Cinta terperanjat melihat seorang tua berjanggut panjang memutih mendayung perahu kearahnya. Cinta pun naik ke dalam perahu tersebut dan sempat sebelum air menenggelamkan cinta dan pulau kecil itu.
Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera meninggalkan Cinta di pulau tersebut Cinta mengucapkan terima kasih diatas pertolongan yang diberi. Pada ketika orang tua itu meninggalkan pulau tersebut, barulah Cinta tersedar bahawa dia masih tidak tahu siapakah gerangan orang tua yang baik hati dan menyelamatkannya. lalu Cinta pun bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau tersebut siapakah gerangan orang tua yang menyelamatkannya.
"Oh! orang tua tadi. Dia adalah Waktu." kata penduduk tersebut.
Cinta pun bertanya lagi. " tapi mengapakah dia selamatkan aku?". " Aku tak kenal dia, sedangkan kawan-kawanku yang lain yang mengenali diriku semuanya tidak mahu menolongku dan meninggalkan aku". Tanya Cinta kehairanan.
" Sebab, hanya Waktulah yang tahu betapa berharganya Cinta itu..." kata orang tua tersebut sambil meninggalkan cinta. Setelah itu Cinta pun faham akan betapa pentingnya Cinta di dunia ini.
Kata orang cinta itu buta tapi kata orang lagik bukan cinta yang buta tapi manusia..
No comments:
Post a Comment