Thursday, 1 July 2010

♥ Risau ♥


Aku kerisauan banyak benda yang bermain-main di fikiran
bagaimana harus untuk aku menyelesaikan masalah ini
aku tak mahu mum makin terus menerus susah hati dari raut wajah mum
aku dah tahu mum susah hati Ya Allah apa yang harus aku lakukan
bagaimana harus untuk perbetulkan segala nya kembali seperti dulu
aku tak tahu macam mana nak buat aku buntu aku pening
apa yang harus untuk aku lakukan ...???
aku dah penat benda sebegini berlaku aku sayang semua nya
tapi aku tak suka kalau harus memilih mana yg sayang
nak menangis rasanya sudah tiada air mata yang hendak menitis kan lagi
kalau lar ada ubat yang dapat untuk aku lupakan segalanya kan senang
cuma makan ubat itu dan tido tanpa perlu memikirkan apa-apa
tapi mana aku nak mencari ubat itu......ubat stress yang dulu doktor sabri kasi
ubat itu sungguh berkesan bila aku stress aku makan dan aku dapat melupakannya
seolah-olah tak pernah alami apa-apa tapi bagaimana harus untuk aku beli ubat tu...??
dugaan aku tak suka dugaan aku dah penat nak hadapi ini semua
hidup untuk digembira kerana hidup cuma sekali tapi dugaan selalu membuatkan
hidup menjadi tak gembira menjadi susah hati
tak ada sesiapa yang mengerti apa sebenarnya perasaan di hati ini
dada ini kadang kala rasa sesak bila dugaan datang aku pernah cuba untuk
tidak merasa apa-apa tapi ternyata tidak boleh......badan aku letih otak aku letih
macam mana harus aku lakukan aku sendiri pon tidak pasti apa caranya
kerana orang luar yang cuba untuk menjatuhkan keluarga aku menjadi sebegini
aku benci dengan dia kenapa dia wujud untuk menganggu ketenteraman keluarga aku
apa bagus sangat kah diri dia buat sebegitu kenapa tidak dia menerima apa-apa
balasan yang dapat menjauhkan dia dari keluarga aku...???
tidak punya akal kah dia merosakkan kebahagian orang apa masalah dia
bangga sangat kah dia menjatuhkan dan merosakkan kebahagian orang...??
aku dah penat betol-betol penat aku lelah nak hadapi semua ini
otak aku benar benar buntu dah tak tahu apa harus untuk aku lakukan
sakit kepala memikirkannya..................................................
maaf menukar gambar hati ini tak cukup kuat menghadapi erti kesedihan lagi
aku tak mampu menjadi seperti mum seorang yang kuat aku lemah sangat-sangat lemah...
Ya Allah hentikan lar dugaan ini aku tak sanggup aku mohon pada mu Ya Allah...
jangan disusahkan hati mum lagi...hentikan lar dengan kehadiran org yg jahat itu
bencikan lah mereka berdua agar mereka berpisah.....aku nak semua seperti
dahulu bergembira tanpa perlu ada yang benci membenci.......
aku mohon padamu Ya Allah........

No comments:

Post a Comment