Sunday, 4 June 2017

Meet Someone Then Married

Life is complicated...!!!

Jumpa berkenalan then kahwin cakap memang lah senang tapi cara nak
hadap tu susah okey kalau macam movie or novel lelaki tu just perfect
semuanya okey dari segi perangai rajin kerja loving bla bla bla but in reality
nan hado okey......

Jarang sangat susah nak bertemu dengan perangai okey, hormat orang tua,
kerja rajin, loving amek berat kalau jumpa pon laki orang

Susah nak bercakap soal jodoh lelagi bila ditanya bila nak kahwin...
macam mana nak kahwin kalau jodoh tu belom munculkan diri aku tak ada
kenal mana-mana lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami

Aku tak reti nak kawan dengan lelaki tak reti nak pikat mana-mana lelaki
tak reti nak cakap please jadi boyfriend aku then jadi suami aku serius
aku tak reti nak buat semua tu....!!!

Aku tak reti nak carik jodoh sendiri... aku tak reti nak berkenalan dengan
mana-mana lelaki.. aku tak reti nak carik jodoh kat group or page carik jodoh
sebab aku rasa aku bukannya perempuan yang sangat terdesak untuk ada
laki aka suami

Lelagi bila dah masuk 27tahun nak hadap semua tu sangat malas and aku rasa
macam ehh nak bercinta tu macam mana.. apa harus buat..
bagaimana nak buat... semak okey kepala otak aku

Nope aku tak terdesak untuk mencari cinta mencari suami bagi aku kalau
benar ada jodoh aku akan kahwin tapi dalam keadaan sekarang nie nak
kahwin pon tak de napsu

Aku selalu fikir kalau aku kahwin nanti macam mana nak ke suami aku
duduk campur... nak ke suami aku terima and sayang yayaz.. sudi ke dia
menerima yayaz tidur bersama... sayang ke dia dengan mum daddy... hormat
ke dia dengan mum daddy seperti mana dia sayang dan hormat mak ayah dia...
sudi ke dia menerima kekurangan aku...

Yes aku banyak kekurangan... aku gemuk... aku tak pandai masak...
aku tak pandai buat kerja rumah.. aku suka melawa.. aku suka jalan-jalan..
aku suka shopping.. aku suka berangan nak nie nak tu...

Sebenarnya aku takut semua benda ianya melibatkan hal kehidupan hal masa
hadapan hal diri sendiri hal yayaz hal mum daddy semua tu buatkan aku kecut
perut untuk fikirkan

Ianya bukannya tanggungjawab yang mudah sangat susah okey satu
tanggungjawab yang besar sangat sangat besar

Kekadang aku takut andai dia tak sayang aku tak hormat aku tak cintakan aku
tak amek kisah pasal aku paling aku risau kalau dia jenis pentingkan diri panas
baran tak reti nak menghormati

Umur dah 27 tahun tak banyak masa yang ada untuk mengenali
hati budi dengan mendalam kekadang takut lelagi kalau main cekup apa
yang ada dengan alasan janji kahwin then dapat yang tak okey sangat
sangat tak okey tak ke namanya menyusahkan diri dengan carik penyakit

Takut dengan segalanya dulu ingat tak pe lah sampai masa akan kahwin
tapi sekarang ada jodoh adalah yang penting aku kena berbakti dan
bahagiakan mum dengan daddy

Dalam masa yang sama aku risau kalau dia tak suka yayaz and tak kasi
aku jaga yayaz maybe belom kahwin tak tunjuk tapi kalau dah kahwin tunjuk
macam mana aku nak buat hmmm mintak berpisah suruh dia carik yang lain
tapi aku pasti tak semudah disangka sebab aku perempuan bukannya talak
di tangan aku

Lelagi baca kat fb macam-macam hal lagik lah aku takut then sekeliling kawan
aku bercerai berai di usia yang muda dengan anak-anak lagik buatkan aku
berwaspada

Kalau boleh aku nak kahwin sekali dan bahagia hingga ke akhir hayat bukan
aku sorang jek nak macam gituk tapi semua orang pon sama tapi dugaan hidup
tak semudah disangka

Sebab tu aku kata life is complicated walaupon dugaan hidup tu untuk
menguatkan iman dan taqwa tapi percaya lah ianya tak semudah macam
makan roti aku dah hadapi dugaan hidup dengan apa yang telah terjadi
dan sejujurnya aku tak bersedia nak menghadapi dugaan hidup selepas kahwin

Meet someone then married him tak semudah untuk dirungkaikan dan ianya
tak semudah untuk diberi jawapan bila nak kahwin...!!
Andai aku taw siapa jodoh aku then aku panggil dia so tak de lah keluar soalan
bila nak kahwin kan

Kalau ditanya soalan bila nak kahwin aku cuma jawab ada jodoh kahwin
lah tak pon aku jawab aku belom cukup umur kekadang aku jawab nanti lah
kalau aku kahwin siapa nak jaga mum daddy yayaz

Duhai jodoh ku terima kekurangan aku.. sayangi dan hormati lah
mum dan daddy... terima lah yayaz dengan penuh kasih sayang serta
mengambil berat soal yayaz.. rajin lah kerja... jadi yang the best husband
untuk aku di mata aku dan di mata mum daddy....

No comments:

Post a Comment