Thursday, 29 June 2017

Dugaan Pergi Beraya

Patut lah semalam rasa macam berat jek nak pergi beraya rumah
neighbors belakang rupanya somethings happen yang membuatkan
aku terpaksa membuat keputusan untuk tidak pergi beraya ke rumah
yang ada bela binatang berbulu..!!!!

Neighbors belakang bela kucing banyak sebelum nie okey jek
cuma semalam balik ke dari rumah dia mata dah gatal
macam apa aku gosok mata sampai mydin baru mintak eyelid
mum untuk hilangkan rasa gatal tapi kejap jek hilang lepas tu
start balik gatal dan secara tiba-tiba aku asyik bersin jek
jenis bersin non stop but luckily tak ada hingus hahahha

Kebetulan si yayaz dok main dengan anak kucing so mesti bulu
anak kucing melekat kat baju seluar tu yang aku terus kena
bersin mata gatal dugaan sungguhhhh

Ingatkan sekejap jek rupanya tak berterusan
pergi mydin nak carik baju melayu yayaz color hitam
then jumpa cuma si opiyah punya jek tak jumpa ye lah
dah habis kan semua dah borong before raya nie kira
last minute punya planning lah

Balik mydin singgah jusco masuk hari semalam dah 3 kali
berturut-turut pergi jusco hahahha memula yayaz beli toys
then esoknya mum carik periuk then hari ketiga iaitu
semalam kakak carik baju kurung untuk opiyah
masa bayar ticket nak balik maybe sultan johor pergi jusco
nampak kereta TMJ dan ada kereta stop kat depan tunggu
parking kot...

Sepanjang jalan dok bersin bersin jek kerja aku
stress okey lepas tu dah naik sakit kepala
benda paling aku tak suka ialah sakit kepala selsema batuk
dan semua sakit lah senang cakap

Hidung terus dah block nasib baik ada vicks so cepat lah ok
and pagi bangun dah feel better so my allergic dengan
binatang berbulu makin worst walaupon aku tak pegang
tetap jugak kena kena.... :(

Dulu okey masa baru-baru hidung just gatal jek then bila dah bela
ochee then tak ada masalah ianya start siap pakej bersin
hidung gatal mata gatal masa tahun lepas 2016 start dari tu
sampai sekarang pantang kena bulu binatang mesti akan jadi
macam gituk padahal semalam aku tak sentuh pon just tengok
jek stress hokey so kena berhati-hati di masa akan datang untuk
elakkan benda sama berulang lagik 

Monday, 26 June 2017

Raya Yang Membosankan

Tahun nie raya bosan dohhh
tv tak ada cerita best pon stress aku dulu every night cerita
best time tu jugak keluar beraya dengan arwah nenek
kali nie bila arwah nenek dah tak de semua cerita
membosankan just rasa macam normal day bukan raya day

Ada jugak aku merayappergi jusco jalan-jalan cuci mata
lagik best dari duduk rumah hahaha tapi confirm
orang punya ramai macam semut api hmm malas lah
nanti carik parking susah lepas tu bersesak-sesak
arghhh nak pergi sephora nak shopping makeup :p

Just another boring day...
dari semalam mana ada selfie raya
tak de pon amek gambar satu family see nampak
sangat dah tak koser nak amek gambar walaupon
beriya-iya makeup cuma si yayaz jek dok selfie
rajin betol dia...

Aku belom edit vlog dengan upload malas arrr
tak de apa yang best pon pasal raya just sama macam
normal day and aku rasa raya nie dah tak ada apa-apa
erti lagik macam aku cakap a normal day..!!!
bosan day jugak sebab hari-hari buat benda yang sama
mana tak bosan huhuhu

Ingat nak tidur lah sampai ke petang but nan hado
mana boleh tidur lelama kalau dulu boleh lah
but now cannottttt.....!!!!

Semalam tak taw kenapa kena sakit perut macam cirit birit
tapi tak selalu masuk toilet lah just 2 kali tapi cukup
membuatkan aku takut nak makan lagik ehh ada kena
mengena ker no lah maybe perut terkejut kot makan banyak
kali selalunya sekali jek so tu yang dia buang apa yang masuk

And yayaz belanja ice cream yummmyyyyy
entah apa angin budak kenid seketol tu dapat duit raya
belanja ice cream hahaha...

Okey next nak buat apa selain edit vlog...!!!
rasa macam nak main makeup lagik but kali nie moh ler
main selfie ^_^

Sunday, 25 June 2017

Selamat Hari Raya

Alhamdulilah kita bertemu lagik di bulan ramadhan
tahun nie aku sekeluarga tema color royal blue tapi kitaorang
masih belum beraya ke mana-mana lagik sebab entah lah
biar jek lah sedara tak ramai

Lepas arwah nenek meninggal raya pon dah tak ada makna
dulu kecoh pagi raya nak cepat elakkan jammed
untuk jumpa arwah but now raya pon dah tak de feel lagik

Aku makeup just untuk suka-suka so jadik lah macam yang aku
tengok tutorial makeup hahahha tapi tak selfie pon sebab malas
nak pakai tudung bersiap bagai nak rak hahahaha

Jadik jugak makeup acah-acah cuba bila real masa tu jugak
tak jadik kekadang makin worse lelagi part eyeshadow
aku berjaya beli foundation dengan powder fit me so not bad
maybe sebab kat rumah and tak berpeluh kena tunggu bila dah
berpeluh then baru taw hasil sebenarnya

Okey lah battery ipad dah tinggal 5% malas nak update bukak
laptop huhuhu

Selamat Hari Raya

Wednesday, 21 June 2017

Lega La Hati

Si yayaz dah start school and Alhamdulilah cikgu kata okey
so after cuti raya dia akan start class macam biasa fuhh
harap makin better lah kan

Memandangkan bulan puasa so kantin pon tutup
nanti dah settle semua cuti baru kena ajar dia cara pergi kantin
beli makan segala bagai mum kata kena teman selama
seminggu macam kitaorang dulu-dulu

Aku bebel dengan yayaz cakap apa nie sekolah semua
jauh-jauh nak hantar kena bangun pagi-pagi dah lah
aku nie bukannya morning person nak bangun pagi pon
haishhhhh menangis rasanya :p

Yang hampehnya masa first day sekolah si yayaz dok
tanya kalau sekolah terbakar berapa lama akan cuti
cett tak de soalan lain ker...??
then dengar dia cerita pasal kawan pasal sekolah
lega lah hati sebab dia enjoy sekolah kat situ

Cuma baru-baru tu dia kata takut
ye takut sebab baru lagik and dia pon tak taw macam mana
persekiran sekolah kan tapi ala baru-baru aku syak tu bukan
takut but nervous sebab first day kan

Then lelama sikit okey enjoy cuma tu lah kena tunggu
bila dah masuk class betol-betol tengok macam mana
but aku harap sangat dia enjoy belajar...

Cuma dia bebel panas hahaha dah sedap kan class
selama nie aircond kena sekarang kipas redha jek
aku cakap belajar betol-betol jangan main-main
bila dapat tie perghh bukan main happy siap cakap
yayaz rasa macam boss lah hahaha bos lah sangat
then dia tanya boleh tak nak pergi jalan pon pakai
amboiii anak oiiiiii

Siap whatsapp kak geeyah tanya handsome tak
wakakakaka happy sangat hope sampai bila-bila pon akan
happy macam gituk lah risau jugak kan kalau lelama
bosan or boring paling scary kalau mengamuk ke haper

Esok last day sebelom start cuti raya
and aku harap sampai bebila lah hati boleh lega
and dia enjoy sekolah tanpa ada cakap dah tak nak school
later aku cerita segala proses dia masuk sekolah....

Sunday, 18 June 2017

Wooo Wooo Woooo Raya Raya

Minggu depan kita dah raya...!!!!!!!!!
so tinggal lagik seminggu jek kita semua puasa
kejap jek kan masa berjalan fuhhh tak terkejar rasanya
hmmm masa ohh masa jangan terlebih laju boleh tak
tak terkejar rasanya jauh benar aku ketinggalan

Alhamdulilah yayaz dah dapat sekolah
so pagi nanti dia dah start sekolah and aku pulak sepatutnya
kena tidur awal tapi aku memilih untuk update blog hahahha
bukan apa risau weyyy dok fikirkan boleh ke yayaz catch up
perasaan tu makin menjadi-jadi bila menghampiri tarikh
mudah mudahan yayaz dapat lah catch up....

Syok scroll twitter untuk menghilangkan rasa risau
tu yang macam tak berapa nak boleh tidur hmmmm
sendiri cakap dengan yayaz jangan takut asu always
dengan yayaz selalu but last-last aku sendiri yang tak keruan
memikirkan hahahha as usual over thinking then sakit kepala
haishh entah lah

Okey sana sini dok update pasal persiapan raya
tahun nie no beli baku raya just recycle jek lagipon nak pergi
mana every year duduk rumah jek kan biasa lah sedara tak
banyak yang ada tu pon tikam belakang dah tawar sangat hati
nak pergi beraya but as usual mum cakap raya kan biarlah
orang buat kita

Aku masih dalam proses memujuk mum untuk tak nak pergi
tapi aku yakin proses pujuk tu tak akan berjaya hahahhaha
entah lah doakan jek lah mudah mudahan berjaya :p

Lepas tu aku bukannya spesis suka pakai baju kurung
beli pakai masa raya then gantung tak terpakai
kalau aritu weight aku turun kaw-kaw and tak naik lagik
rasanya baju raya 8 tahun lepas still muat kot tapi terover naik
so tak muat ler...!!!! baju tu jarang pakai so still nampak macam
baru kalau pakai pon boleh jugak hahahhaha

So rugi jek beli baju kurung bukan pakai selalu
and tak terkilan pon kalau tak beli :p
sebenarnya malas nak fikir soal baju kasut barang raya kalau ada tu
kira adalah kalau tak ada kira tak ada rezeki lah

Kuih raya 2 jenis dah siap...
every year cakap nak beli tapi end up buat jugak hahahhaha
mum kata tak sedap kalau beli sebab rasa sama jek sepesen jek
kalau buat kan ada macam macam rasa and sekarang kuih raya pon
dah makin mahal grrrr dulu kan macam exited jek bila nak buat kuih raya
macam syok sambil dengar lagu raya tapi tahun nie nope tak syok
sebab lagu raya tak banyak yang banyak lagu normal

Dah besar nie semua benda tak heran cuma heran nak beli makeup raya
jek tak ada baju tak apa janji ada makeup raya
bagi aku tu kira paling happy lah boleh membuatkan aku gembira bahagia
kalau dulu bila raya jek nak beg baru, kasut baru, baju bahagian dalam
baru, baju tidur baru, kasut baru, perfumes baru, contact lens baru, phone
case baru semua serba baru but now dah malassss since arwah nenek
meninggal sebab raya dah tak bermakna lagikkk

Entah aku ingat aku sorang rasa macam tak de rasa raya
rupanya mum pon sama maybe sebab dulu time macam ginik tv dah bukak
cerita raya lagu raya banyak tapi this year just normal jek
so bahang nak raya tu dah tak de kot belum membara-bara lagik hahaha
tv pon cerita boring apa boleh buat

Makeup tutorial untuk raya pon tak banyak...
last year bukan main banyak lagik this year hmmm sendu weyyy
nampak gayanya this year raya paling sendu lah ekkkk

Dah habis bebel nak tidur kang lambat bangun pulakkkkkk
yayaz nak sekolah kang tak pepasal lewat pulakk

Wednesday, 14 June 2017

10 Malam Terakhir Ramadhan 1438


Sedar tak sedar kita dah berada di penghujung bulan ramadhan
rasa macam ehh kejapnya puasa dah nak habis but apesal radio
tak banyak lagu raya :p
so betol ke dah nak raya nie hahahha poyo okey
this year untuk yang besar tak ada persiapan raya as aku cakap aritu
just recycle baju yang lelama kita beri nafas baru

Nak raya ke mana biasa lah sedara tak banyak kan
so raya ke tak raya ke just sama hari jek macam usual huhuhu
this year satu per satu sakit aku nie still sakit lagik suara dah rock habis
nie sofea pulak demam panas then si yayaz sakit telinga

Ya Allah macam nak nangis okey bila semuanya sakit serentak
aku mana dengan rasa "high" sebab makan ubat batuk then malam
tak boleh tidur pagi dah bangun awal so huru hara system badan
nie aku nak kena standby air 2 bottle....

Bila lah semua sakit nak syuhhh syuhhh syuhhh seksa jiwa raga
semua serba tak kena aku syak kalau aku puasa makin worst
confirm buka punya sebab dah tak mampu nak control
perut lapar tapi aku sanggup tahan then tidur dulu janji badan
balik to normal scary okey...

Tak berani nak dukung sofea lelama goyang woo badan
pulak tu si sofea sakit then nak mengepit jek hmmm
nasib baik lepas bangun tidur feel better tapi lepas buka
rasa balik weak....

Si kakak kerja tak boleh cuti so meraung lah aku kat tepi bucu
menahan sakit diri sendiri then jaga sofea and yayaz
kami bertiga sama-sama sakit serentak so memanggg haishhhh
susah nak cakap banyak....

Aku risau kena tonsil but tak teruk cuma luka pasal batuk kahak
sebab tu suara rock habis kelakar pulak dengar suara sendiri
hahhaha nak jerit pon tak boleh :p
senyap sikit rumah dari dok jerit panggil yayaz dengan sofea
cannot tahan woo lelagi kalau dorang buat perangai
nak nangis rasanya....

Dorang berdua datang buat perangai sama-sama pulak tu
lagik lah rasa nak nangis tapi mampu menangis dari dalam jek lah

So tinggal lagik beberapa hari puasa...
aku pon tak sure lagik seminggu nie bila boleh start balik puasa
nampak gayanya tersasar jauh lagik lah azam aku
as usual bila puasa jek semua sakit attact aku kaw-kaw
sampai rasa macam eiiiiii jahattttt.....!!!

Monday, 12 June 2017

Hurmm Dugaan Bulan Ramadhan

Hari tu kena selsema sampai semua dalam mulut kering kontang
now sejak semalam kena batuk-batuk yang seksanya
batuk tu berkahak kering so sangatttt lah perit :(
suara pon dah lain sedihhhhhh okey
bila bulan puasa jek mesti semua sakit menjelmakan diri
apa hal...!!!

Tekak nie makan semua rasa payau rasa pahit
nak makan pon tak ada selera but still kena makan jugak kang
perut pulak start kena angin hmmm

Sekali lagik dugaan bulan ramadhan tahun nie
sedar tak sedar tinggal lagik 2 minggu kita berpuasa
then raya this year just beli untuk budak-budak jek
aunty budak tak beli apa-apa pon huhuhu
malas nak fikir bab raya boleh gitukkkk
tak de napsu nak fikirkan nanti lah bila datang balik
napsu tu then baru fikirkan

Aku just risau kalau-kalau tonsil menyerang
nie bila minum air dah start rasa perit ohhhhh nooooooo
tak sanggup...!!!

Please lah sakit sila syuhhh syuhhh syuhhh
kasi aku enjoy puasa dalam bulan ramadhan boleh tak...!!!
lepas buka memang aku minum air banyak-banyak
but still kena jugak sakit

Apakan daya ku...

Saturday, 10 June 2017

Bukan ICU La

Kes nie semalam masa amek kakak balik kerja so aku tanya yayaz
kalau kita dah ada duit boleh pergi jalan-jalan yayaz nak pergi
mana then si yayaz pon jawab:

Yayaz: Yayaz nak pergi ICU
Me: Hah..?? *dok fikir icu apa then oo i-City
Yayaz: Haa yayaz nak pergi i-city kat situ best

Last pergi masa 2011 masa tu baru bukak kan tengah famous
pokok ada lampu selfie then tak ke mana sangat pon itu pon
ada kisah seram selepas balik huhuhu

Ye lah yang ada duit kita pergi i-city main semua games
tapi tak nak lah icu tu tempat yang mintak dijauhkan lah
kita pergi i-city main semua game yang yayaz nak okey
tunggu kita ada duit...!!!

Haishhh dup dap dup dap rasanya nak menunggu keputusan
hope semuanya seperti yang dirancang Amin Amin Amin

Okey back story si yayaz nie perkataan dia menyimpang jauh sangat
entah bila agaknya pronouns bahasa melayu dia betol pon tak
taw lah dia punya menyimpang bukan main jauh seyy

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa yayaz untuk ke sana lagik
budak-budak kan dia fikir fun Insya Allah kalau ditakdirkan
ada rezeki kita akan bawak yayaz pergi i-city huhuhu
dulu pergi yayaz kecik lagik apa pon dia tak taw now kan dia
dah besar so dah faham perkataan have fun kat theme park
aritu dia ada cita-cita nak naik roller coaster tapi tinggi tak
lepas kalau ada rezeki nak bawak naik roller coaster huhu
entah macam mana lah menjerit dia :p

Sabar lah yayaz mana taw ada rezeki Insya Allah kita akan
sampai ke i-city jugak...!!!

Hmmm kan best ekk segala anganan menjadi kenyataannnnnnnnn
hari nie dah 15 puasa so tinggal sikit jek hari lagikk
lagu raya entah dah keluar ke belom kat radio hahahha
kalau layan kat youtube lain okey rasanya berbanding
layan kat radioooo hmm kalau dah ada radio mana ehh
dah start bukak lagu raya...

Friday, 9 June 2017

Ala-ala Boy

Aku buat kerja menggila sebab potong rambut pendek kaw-kaw
seakan akan lelaki yes pendek sangat pendek hahahha
ingat nak buat macam upper cut kalau tak silap
then mum kata tak senonoh so kita batalkan niat
just potong habis now rambut aku dah macam tak berapa
nak senonoh hahahahha

Bukan apa rambut asyik gugur then aku tak de time nak belai
bila mandi rambut belom proper kering terus ikat
so makin worse lah kan

So potong then jaga elok-elok
lelagi rambut nipis macam dah nak botak scary derr
now time untuk jaga secara proper
aku nak use baby shampoo tu untuk lebatkan rambut baby
so aku nak try dengan harapan bila makin panjang and makin
better tak de nampak botak kat atas kepala

Baru ingat dah tak nak potong rambut nak biarkan panjang
but nan hado last aku rambut panjang paras pinggang masa
2012 then sampai sekarang dah tak mampu nak panjang
macam tu lagik :(

Tak pe nie permulaan untuk belai dan jaga rambut elok elok
sedih tengok rambut ku macam arghh susah nak cakap
dah macam tomboy pulak huhuhu
tapi demi nak elokkan rambut balik aku redhaaa
mana taw lepas nie dah boleh panjang macam tahun 2012
balik hikhikhik

Dulu rajin buat treatment tapi bila kena sakit kepala huru hara
so aku memang dah tak nak buat lagik biarkan jek
janji sihat and lebat dah cukup no more rebonding or curly
dulu rajin dye rambut sekarang dah tak boleh walaupon
aku nak sangat color pink :p

Zaman color rambut, rebonding or curly or treatment
dah habis malas nak buat semua tu
walaupon dulu gigih malam raya buat rambut berjam jam
hahahhahaha ehhh terthrow  back pulak
ngeh ngeh ngeh

Kejap lagik buka puasa ^_^

Tuesday, 6 June 2017

Aku Terjebak Akhirnya

Yuhuuuuu aku terjebak dengan mermaid aka fish tail brushes
kebetulan buy 3 RM30 so pe lagik meh kita beli hasil duit pecahkan
duit tabung muahahahhahaha

Bezanya yang nie ada cap tapi bukan dalam plastic so need extra care
kalau tak takut calar balar jek si fishy nie huhuhu
masa beli tu stock sangat sikit wey kira rezeki lah dapat semua
color-color fishy brushes yeaaayyyyy i like it bebehhhhhhh
aku suka brushes nie pasal sekali zasss semua celah-celah dapat

And yang nie color bulu brushes pon lain sikit
tak macam yang lagik satu click here untuk tengok
but aku tak kisah janji pakai best tak banyak cekadak
then memudahkan proses untuk aku bersiap hahahhaha

Satu tu pulak aku nak pakai khas untuk estee lauder foundation
sayang nak bukak and pakai sebab kalau habis mana aku nak
cekau duit untuk beli oiiiii hahhahaha so lagik 2 tu simpan as stock
mana taw musim dah habis then bulu brushes rosak so mana
nak carik lagik kan

Memula masa beli tu 1 RM15 then kalau 2 kononnya free 1
so masa tu beli dulu rm15 sekali syok tu yang beli yang kononnya
free 1 actually dah jatuh harga RM10 sama jek
tapi nampak lagik syok kan sebab dapat 3 dengan harga rm30
kalau normal rm30 cuma 2 brushes jek

And masa beli nie store lain tapi masih sama kat pasar borong pandan
cuma tempat kedai lain dia kat bahagian belakang yang ada jual
handphone and yeaaayyyyy hahahhaa now aku simpan dulu
nanti bila dah pakai foundation tu baru kot pakai yang baru
tapi kan macam sayanggggggg nak pakai huhuhu sebab lawa

Hmmm i bekenan yang black matte tu cantik giler
kalau ada color pink matte lagikkkkk cantik
but yang colourfull tu pon cantik sangattt
and rose gold tu sangattt cantik arghhhh sayang giler nak pakai
just nak simpan jek boleh tak :p

Sunday, 4 June 2017

Meet Someone Then Married

Life is complicated...!!!

Jumpa berkenalan then kahwin cakap memang lah senang tapi cara nak
hadap tu susah okey kalau macam movie or novel lelaki tu just perfect
semuanya okey dari segi perangai rajin kerja loving bla bla bla but in reality
nan hado okey......

Jarang sangat susah nak bertemu dengan perangai okey, hormat orang tua,
kerja rajin, loving amek berat kalau jumpa pon laki orang

Susah nak bercakap soal jodoh lelagi bila ditanya bila nak kahwin...
macam mana nak kahwin kalau jodoh tu belom munculkan diri aku tak ada
kenal mana-mana lelaki yang boleh dijadikan sebagai suami

Aku tak reti nak kawan dengan lelaki tak reti nak pikat mana-mana lelaki
tak reti nak cakap please jadi boyfriend aku then jadi suami aku serius
aku tak reti nak buat semua tu....!!!

Aku tak reti nak carik jodoh sendiri... aku tak reti nak berkenalan dengan
mana-mana lelaki.. aku tak reti nak carik jodoh kat group or page carik jodoh
sebab aku rasa aku bukannya perempuan yang sangat terdesak untuk ada
laki aka suami

Lelagi bila dah masuk 27tahun nak hadap semua tu sangat malas and aku rasa
macam ehh nak bercinta tu macam mana.. apa harus buat..
bagaimana nak buat... semak okey kepala otak aku

Nope aku tak terdesak untuk mencari cinta mencari suami bagi aku kalau
benar ada jodoh aku akan kahwin tapi dalam keadaan sekarang nie nak
kahwin pon tak de napsu

Aku selalu fikir kalau aku kahwin nanti macam mana nak ke suami aku
duduk campur... nak ke suami aku terima and sayang yayaz.. sudi ke dia
menerima yayaz tidur bersama... sayang ke dia dengan mum daddy... hormat
ke dia dengan mum daddy seperti mana dia sayang dan hormat mak ayah dia...
sudi ke dia menerima kekurangan aku...

Yes aku banyak kekurangan... aku gemuk... aku tak pandai masak...
aku tak pandai buat kerja rumah.. aku suka melawa.. aku suka jalan-jalan..
aku suka shopping.. aku suka berangan nak nie nak tu...

Sebenarnya aku takut semua benda ianya melibatkan hal kehidupan hal masa
hadapan hal diri sendiri hal yayaz hal mum daddy semua tu buatkan aku kecut
perut untuk fikirkan

Ianya bukannya tanggungjawab yang mudah sangat susah okey satu
tanggungjawab yang besar sangat sangat besar

Kekadang aku takut andai dia tak sayang aku tak hormat aku tak cintakan aku
tak amek kisah pasal aku paling aku risau kalau dia jenis pentingkan diri panas
baran tak reti nak menghormati

Umur dah 27 tahun tak banyak masa yang ada untuk mengenali
hati budi dengan mendalam kekadang takut lelagi kalau main cekup apa
yang ada dengan alasan janji kahwin then dapat yang tak okey sangat
sangat tak okey tak ke namanya menyusahkan diri dengan carik penyakit

Takut dengan segalanya dulu ingat tak pe lah sampai masa akan kahwin
tapi sekarang ada jodoh adalah yang penting aku kena berbakti dan
bahagiakan mum dengan daddy

Dalam masa yang sama aku risau kalau dia tak suka yayaz and tak kasi
aku jaga yayaz maybe belom kahwin tak tunjuk tapi kalau dah kahwin tunjuk
macam mana aku nak buat hmmm mintak berpisah suruh dia carik yang lain
tapi aku pasti tak semudah disangka sebab aku perempuan bukannya talak
di tangan aku

Lelagi baca kat fb macam-macam hal lagik lah aku takut then sekeliling kawan
aku bercerai berai di usia yang muda dengan anak-anak lagik buatkan aku
berwaspada

Kalau boleh aku nak kahwin sekali dan bahagia hingga ke akhir hayat bukan
aku sorang jek nak macam gituk tapi semua orang pon sama tapi dugaan hidup
tak semudah disangka

Sebab tu aku kata life is complicated walaupon dugaan hidup tu untuk
menguatkan iman dan taqwa tapi percaya lah ianya tak semudah macam
makan roti aku dah hadapi dugaan hidup dengan apa yang telah terjadi
dan sejujurnya aku tak bersedia nak menghadapi dugaan hidup selepas kahwin

Meet someone then married him tak semudah untuk dirungkaikan dan ianya
tak semudah untuk diberi jawapan bila nak kahwin...!!
Andai aku taw siapa jodoh aku then aku panggil dia so tak de lah keluar soalan
bila nak kahwin kan

Kalau ditanya soalan bila nak kahwin aku cuma jawab ada jodoh kahwin
lah tak pon aku jawab aku belom cukup umur kekadang aku jawab nanti lah
kalau aku kahwin siapa nak jaga mum daddy yayaz

Duhai jodoh ku terima kekurangan aku.. sayangi dan hormati lah
mum dan daddy... terima lah yayaz dengan penuh kasih sayang serta
mengambil berat soal yayaz.. rajin lah kerja... jadi yang the best husband
untuk aku di mata aku dan di mata mum daddy....

Saturday, 3 June 2017

Dugaan Bulan Ramadhan

Aku nie every puasa mesti sakit mostly masa baru puasa
now kena selsema hidung block terseksa beb
selalu makan ubat dah baik but kali nie nan hado
tak baik-baik lagik huhuhu

Dugaan bertambah teruk bila tekak, lidah and lelangit
terlebih-lebih kering perghhh seksa beb macam nak meraung
selalunya kan puasa kering just normal but nie
tripple extra kering terseksa jiwa dan raga

Entah bila agaknya nak hilang :(
bila masuk asar jek dia punya dugaan semacam jek
but Alhamdulilah kuat still dapat puasa yeaayyyy
dah 8 hari kita puasa kan so dapat hadapinya
walaupon rasa macam arghhhh tak larat
dengan opiyah tak reti duduk diam sungguh tersekkksaaa
jiwa dan raga kuuuuuuu

Tak pe jadikan as cabaran untuk menguatkan aku..!!!
harap tahun nie just sebab period jek tak puasa
azam tahun nie tak nak buang puasa bebanyak :p
tu namanya azam poyo sebab bila dah habis period
start lah sakit nie lah sakit tu lah hahahha what ever~

Tadi sahur suddenly rasa macam mengigil sejuk
makan panadol ingat makin better cuma rasa macam nak
demam tu hilang tapi selsema still ada lagik
nak tidur susah okey...!!

Aku suka sumbat vicks bebanyak dalam hidung supaya
hilang rasa sumbat tapi bulan puasa mana boleh buat
so redhaaaaa jekkkkkkk laaaaa
walaupon hati ku arghhhhhhhhh

Selsema please go away...!!
malas nak hadap perangai kau yang mengegada tu
nie bulan ramadhan ehh jangan hinggap kat aku boleh tak
rimas taw tak......

Friday, 2 June 2017

Fidget Spinner

Uhh terjebak jugak beli fidget spinner...!!!
beli masa first day ramadhan malam tu lepas celebrate birthday daddy
then lap-lap yayaz tukarkan baju terus pergi pasar borong untuk beli
fidget spinner memula nak beli ada lampu tapi ringan semacam
so beli yang tak ada lampu

Rezeki sorang 1 dapat hahahha
so let me explain siapa punya sebab ada 4 then aku letak no so senang
untuk explain hahahha

1.Pak tam punya
2.Yayaz punya
3. Aku punya
4. Kakak punya

Paling laju si yayaz punya syok wooo
yang aku punya depan belakang color lain
tapi yang paling laju tapi slow daripada yayaz punya lah
yang bahagian belakang color orange

Ala tak kisah sebenarnya laju ke perlahan just main untuk suka-suka
jek bukannya nak release stress pon huhuhu stress aku nie tak akan
mudah nak release macam tu jek susah woooooo..

Ikut box RM17 lepas tawar menawar dapat lah RM10 yeaayyyy
dapat lah seketol fidget spinner walaupon orang kata beli tasbih
lagik bagus biasa lah bila dah jadi trend so sana sini wajib ada
seketol so boleh lah main lawan siapa spin paling lama

Weyyy kalau nak lama tengok jek kipas hahahha
selagi tak tutup selagi tu akan spin yer
and tak perlu pon beli mahal-mahal just murah then boleh
spin dah cukup bagus

Kebetulan masa tu yayaz kena balik rumah mak dia
so dah balik baru boleh main sama-sama
best jugak main lawan spin tapi as usual aku kalah sebab
fidget spinner aku tak selaju yayaz punya hahahhaha
baca kat facebook kalau nak laju bearing tu kena rendam
haishh kalau reti pasang balik kalau spesis aku tak reti jahanam
baik-baik boleh main terus kena buang dalam tong sampah

Si kakak punya sofea jatuhkan then terus stuck
tak nak spin so aku fikir apa nak buat then entah macam mana
bearing tu punya bulatan dah longgar so ketatkan balik
then can spin as normal yeaaayyyyy

Tapi belom tahap gian asyik nak mian tu jek
bila teringat baru main spin kalau lupa terbengkalai
tak de time woo nak main sangat huhuhu
busy memanjang lelagi lepas buka terbongkang
 

Actually tak dapat nak terbongkang sangat sebab si sofea
siapa nak jaga woii mak dia balik 11 lebih malam dekat kol 12
minah tu kalau tidur dapat jugak terbongkang masalahnya
dia tak nak tidur uhuhuhu

So sampai bila trend nie entah lah tapi 1 jek aku boleh cakap
tunggu time raya kat tangan semua orang akan ada...!!!



Thursday, 1 June 2017

Helloo June

Yeaayyy june is back....!!!
bermakna dah setengah tahun kita berada di tahun 2017
cepatkan masa berlalu huhuhu
hidupan still macam gituk jugak arghh malas lah nak
ungkap kisah kehidupan...

June is here bermakna lagik beberapa hari lagik nak raya
hah amek kau aku syak orang dah start busy dengan persiapan raya
diam tak diam kan walaupon puasa baru ler 6 hari hahahha
actually kan sepatutnya kita happy bila ramadhan menjelma
jangan di"halau" cepat-cepat sebab dalam bulan ramadhan
ada banyak benefit yang kita boleh dapat

Amek kau banyak sangat dengar ceramah agama yang mum bukak
sampai terikut-ikut gitukk lah saling ingat mengigati huhu
okey stop...!!!

Welcome june...
harap lagik better and makin better lah kehidupan keluarga ku
happy and extra happiness lepas tu extra perfect life