Thursday, 15 September 2016

Seram: Kelibat Lelaki Hitam

Kehadiran anda tak diterima sila balik ke tempat asalmu jangan kacau keluarga aku sila berambus dari sini ye..!!!

Mula terasa kehadiran "nya" masa mereka datang raya haji bebaru nie masa dah malam aku cakap dengan mum rasanya mereka datang tanpa mereka sedari yang mereka membawa "tetamu" yang tak diundang bersama

Lagi aku dah rasa semacam masa mereka sibuk kat bilik aku bermain dengan makeup aku masa tu aku dah cakap dengan mum "benda" tu dah mula berkeliaran

Mana taknya ternampak kelibat jalan laju lepas tu mata asyik nampak "benda" tu berdiri kat tepi pintu seakan memerhati

Lepas tu sofea pon mula merengek meragam asyik nangis apa kasi semua tak nak batuk selsema bawak pergi doctor then doctor kata nak semput

Ingat kasi ubat dah okey tapi makin worst bila sofea nangis meraung sampai tak de suara 

Mum pon asyik nampak kelibat pagi tadi masa mum buat air untuk daddy mum perasan kelibat hitam berdiri seakan memerhati berderau darah mum dah lah nampak macam tu tak lama lepas tu pak tan pon lalu

Then sebelum magrib tadi yayaz cakap nampak kelibat lelaki hitam berdiri seakan akan memerhatikan  yayaz cakap tak nampak pon muka mata hidung mulut semuanya serba hitam

After magrib kakak pergi dapur buat susu sofea si kelibat hitam tu ikut kakak pergi dapur lepas tu gegarkan pintu dapur

Kurang ajar dah lah kehadiran nya kami tak menerima apatah lagik nak alu alu kan lepas tu menyemak nak mengacau

Mana tak si sofea melalak meraung raung dah benda tu bukannya lawa mana lepas tu aku syak sofea nampak ianya sangat scary lah hmmmm

Before mereka datang memang ada nampak cuma lepas mereka balik "benda" tu menyemak tak nak ikut dorang balik sebaliknya menyemak duduk bersama kitaorang

Aku taw kelibat lelaki nie baru sebab before nie tak pernah nampak dalam rumah pon sesuka nak perhatikan kitaorang lepas tu nak mengacau sana mengacau sini

Ya Allah aku dah penat nak hadap benda yang sama berhari-hari cuma kali nie lagik over and melampau

Dah tak taw macam mana nak halau and nak buat hmmm

Ohhh lupa nak cerita masa malam tu mereka dah balik then aku cakap dengan mum pasal kehadiran tetamu yang tak diundang tu "benda" tu taw aku cakap pasal dia bukan main mengamuk hentam tingkap bilik mum

Kurang ajar dah lah menumpang menyemak balik lah kat tuan kau jangan nak bikin semak dalam rumah...!!!

No comments:

Post a Comment