Thursday, 16 July 2009
♥ ZABARJAD - KARAM ♥
Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa
Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan
Kita hanya insan yang selalu mengharpkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan
Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu
Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini
Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...
Saat dengar lagu ini berkali-kali aku mennagis teresak-esak tanpa ku sedari
apa yg membuatkan aku menangis pon aku tak tahu...
tapi lagu nie betul-betul menusuk ke dalam perasaan aku di saat kala ini
yang pelik makin aku hayati seni kata lagu nie makin aku dapat rasakan
betapa faham nya aku maksud lagu nie....
sebab nya aku dpt rasakan betapa pedih nya andai benar sekiranya ia terjadi
pada diri seseorang....
akan betapa seksa nya hendak menanyi lagu nie......
lagu nie seolah-olah dapat memainkan feel aku di saat aku kebosanan membuat
assaigment ICA yang memerlukan idea untuk membuat karangan....
dengan kebosanan, kemalasan nak membuatnya....
dengan kepala rasa berat semua ada mungkin kerana itu mudah sahaja air mata
ku mengalir seperti hujan yang mulai turun renyai...
aku dapat idea tulis perkataan ini di saat otak aku kebekuan
" Walau pon zahir nya kita tak bersama tapi hakikatnya kau sentiasa di
hati ku maafkan aku kerna tak mampu untuk melupakan mu semoga
kau berbahagia bersama si dia
maafkan aku kerna tak mampu untuk melepaskan kau pergi bersama dia "
Izzat kata aku gaduh dengan pak we...
tak lawak langsung bila masa aku ada pak we plak...
kalau ada sekali pun entah lar susah nak cakap
untuk apa bersama kalau hati dah tak ada perasaan
kalau sekadar setiap masa, saat dan waktu hanya untuk bertekak
baik aje putus tak ada lah membazirkan kredit, air mata....
untuk apa bercinta atau bercouple hanya kerana tengok kawan-kawan sekeliling
sudah berpunya tak ke nama nya hippokrit...?
sampai bebila pon tak akan menemui kebahagian.....
Bila lar dapat kembali tidur seperti sedia kala...?
dan bila lah jugak kesemua assaigment aku yang berlambak
menunggu giliran ....
sebab apa aku post kat sini di lirik lagu dan mengapa aku tak bukak thread baru
bukan nak menjimat kan ruang ( dalam nie tak de makna nya nak jimat )
sebab nya kalau aku bukak thread otak aku blur tak taw nak tulis apa
tak taw nak buat apa semua idea tak ada..........
aku kebingitan...!!!!!!!!!!!!!!!
aku kalau boleh nak tidur tanpa memikir kan assaigment ICA...
mata memang dh mula terasa kelat nasib baik kelas ptg kalau tak confirm
tak boleh bangun pagi uwaaaa tension nya hidup aku...!
maka siap sedia lar nak tumbuh jerawat ....
tak lama lagik dh nak puasa makna nya sudah hendak menjejak satu tahun
blog aku besar dh ek setahun pon ayat-ayat poyo dah mula keluar....
sejak start belajar nie aku tgk blog aku macam terabai cian nya
dulu sebelum start kelas hari2 ada jek tajuk posting baru
sentiasa ada kekadang itu banyak thread tapi sejak dua menjak nie
kekadang bila dah terlampau busy kan assaigment satu thread pon tak lepas
apa boleh buat....tu belom cerita bila dah kerja perghhh giler ar...
agaknya jadi suri rumah kot yang boleh sentiasa bercerita dan berceloteh
ermmmm what ever lar janji bahagia.....
moga malam opss pagi nie dapat lar aku tido dengan selena-lena nya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment