Sunday, 26 July 2009

♥ Terlanjur Cinta ♥



Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema

Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh

apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Reff:
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh

Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Back to Reff

My fav song.....aku terlanjur cinta padamu sayang...! cewahhh gedik nya aku malam nie opss tgh2 malam nie...! dulu tak berapa nak minat lagu nie tapi skrg dh tergila-gilakan lagu nie susahnya...! AKU TERLANJUR CINTA PADAMU SAYANG.. ( siapa itu biarlah rahsia )...psst jangan percaya apa yang aku katakan kerna semua itu adalah rekaan semata-mata.....malam opss pepagi nie aku ada ke sengalan sedikit moody jiwang...!

Saturday, 25 July 2009

♥ Akhir nya braces di buka ♥

Tanggal 25-Julai-2009 akhirnya gigi ku bebas dari besi yang telah
bersama dengan ku selama 2 tahun 3 bulan 25 hari....
akhirnya gigi ku dah kembali tersusun cantik sama seperti orang lain
Dr gigi aku boleh kata nak jual gigi lama aku bila aku dah popular
tak patut sungguh siap cakap lagi nak jual kat internet...
happy sesangat
tapi bila dah bukak terasa something tak kena dekat mulut
selalu ada rasa besi kini tidak lagik sebaliknya rasa macam tak ada gigi lar plak
raya tahun nie gigi aku dah tak ada besi yezzaaaa........
bermula 27-March-2007 aku start pakai saat itu Umairah baru 10 hari melihat
muka bumi...kini aku dah bukak saat menanti dol lahir.....
dulu bila mula pakai malam susah nak tido sebab terasa kesemua gigi aku bekerja
untuk membetul kan kedudukannya setelah 3 batang gigi aku 2 bahagian bawah
1 di bahagian atas.....setiap kali jumpa DR gigi aku mesti susah nak makan sebab
besi itu di ketat kan sehingga sukar untuk tidur.... cuma itu jek yg membuatkan
aku tak suka....! nak makan susah...nak gosok gigi susah.....nak tido pon susah
tapi bak kata org kalau nak cantik kena tahan segala jenis sakit...
memula hampir putus asa tapi kini dah okey
tadi pergi jusco tgk org pakai braces teringkat kat braces yg selama nie berpenghuni
di gigi aku...sungguh aku wendu kat braces aku...
aku pergi tgk harry potter...sebenarnya nak pergi tgk ice age 3 tapi di sebabkan
oleh tempat penuh tgk lar harry potter.....
sekali jumpa cikgu pak din apatah lagik mula lar kenakan kekonon
pak din pergi dating dengan aku cikgu pak din senyum jek tgk aku
kelakar seyyy habis lar pak din kantoi....!!!
pas tu sempat gak jumpa kak Faz dengan kak Amalina......
Happyy

Friday, 24 July 2009

♥ Jika Ia Sebuah Cinta.... ♥

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak mendengar.... namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak buta....namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak menyeksa....namun sentiasa menguji.

JIka ia sebuah CINTA.... ia tidak cantik....namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah CINTA...ia tidak datang dengan kata2...namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak terucap dengan kata2...namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah CINTA...ia tidak hanya berjanji....namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah CINTA....ia mungkin tidak suci...namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak hadir kerana permintaan...namun ia hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah CINTA....ia tidak hadir dengan kekayaan & kebendaan...namun ia hadir kerana pengorbanan & kesetiaan...

sumber: http://forum.tentangcinta.com/showthread.php?t=589

Thursday, 23 July 2009

♥ Salah ke bila aku mula bersuara..? ♥

Salah aku ke dengan semua benda yang berlaku..?
aku ada hak untuk bersuara meluahkan apa yang terbuku di sudut hati aku
aku nak kebaikkan bukannya keburukkan
aku cuma nak dia faham yang aku tak pernah nak fahami dengan apa yg dia ajar..
tujuannya agar final aku tidak lah fail...
salah ke kalau aku meluahkan ketidak puasan hati aku....sedang kan di situ aku
ada hak untuk memutarkan pendapat...
apa guna aku bayar yuran kalau apa yang aku belajar itu langsung tidak masuk
ke dalam otak aku....
salah aku ke bila boleh di katakan melibatkan semua orang
ya memang aku tak bersemuka dengan dia tujuan nya agar tidak menambahkan
kesakitan di hati...
dulu dia mengatakan lain bila semua nya dah di report kenapa dia mengatakan yang lain
aku tak mintak dia jadi seperti yang lain cuma bila org dah mula semacam
bagaimana aku nak mintak kerjasama
semua nya salah aku ke sampai yang lain-lain turut kena tempias...?
aku tak peduli dia hendak mengatakan aku nie mengada-gada ke hape
tapi setahu aku....aku memang mempunyai hak dalam soal ini
aku bukan nak jatuhkan dia tapi kenapa dulu bila bergurau dlm tanya dia boleh
jawab suruh tanya orang lain..?
perlu ke jawapan itu semua...???????????????//
mungkin orang lain akan kata semua itu perkara biasa ada lagi kena teruk
tapi kira aku nie bersalah lah ya atas semua yang terjadi...?
mungkin semuanya akan merunding jari ke arah aku kan atas apa yang berlaku
perlu kan untuk berdiam diri dan pendam atas segala yang terjadi
sampai bila harus pendam...?
kalau semua dh kata ada istilah pilih kasih adil ker..?
adil ke bagi kami yang baru nak mengenali dunia yang masih baru
bulan depan final macam mana nak jawab kalau satu hape pon aku masih tak
mengerti...perlu ke untuk aku menghantar kertas kosong...?
sehingga segala-galanya mampu memakan diri aku sendiri.....?
aku memang tak nak semua ini berlaku tapi kalau hari-hari dah aku asyik nak
melepaskan marah bagaimana pulak...?
aku tak sangka kat sini wujud lagi semua nya...
dia terkilan tapi perasaan aku ketika itu ada ke dia fikir...?
dengan baru balik dengan tetiba ada assaigment presentation
mau tak pecah otak aku..? hari-hari tiap-tiap malam harus ke aku hendak
menanggung sakit kepala...? mana dengan bila sakit rasa nyilu
benda yang aku tak nak itu kembali semula....
sakit memang sakit tapi aku nak buat macam mana...
hanya kadang-kala aku mampu untuk mendiam kan diri aku....
tolong lah kepada semua jangan lakukan perkara sebegini
fikir kan lah perasaan orang lain...ada masa nya kita memerlukan kerjasama
antara dua pihak....kalau hanya satu pihak tak berguna....
bertahan hanya beberapa minggu...
sampai bila mampu untuk bertahan, untuk memendam...?
sampai keadaan makin menjadi kusut...? atau bila berlaku sesuatu yang tak elok..?
fikir lah sebelum buat keputusan...... jangan menyusahkan aku....
jangan menambahkan beban di kepala aku cukup lah dengan beban yang sedia kala
aku bukannya robot yang mampu melaksanakan tugasan dalam masa seminit sahaja
aku cuma manusia biasa.....yang hanya mampu mengeluarkan air mata untuk menghilang
kan segala yang aku pendam kan...
perlu ke aku kembali amik ubat stress seperti dulu...?
kalau ubat itu ada betapa aman nya hidup aku...sampai bila ubat itu mampu untuk bertahan..?

Wednesday, 22 July 2009

♥ Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk ♥

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

sumber : http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=2610

♥ Korang Tanah, Air, Api @ Angin? Bagi perempuan ♥

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH

1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR

1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.

WANITA BERUNSUR API

1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.

WANITA BERUNSUR ANGIN

1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.

Hanya untuk perempuan sahaja yang lelaki tak jumpa plak...
aku berunsur Tanah......

Sumber dari http://forum.fewett.org/index.php?showtopic=2716

Tuesday, 21 July 2009

♥ Tag Lagik ♥

1. bekas kekasih saya adalah?
Sapa ntah lupa dah nama dia.....sapa sudi nama nya di letakkan di
sini sila angkat laptop

2.saya sedang mendengar?
Lagu-lagu di dalam folder aku

3. mungkin patut saya?
Meyambung kembali kerja yang bakal membuatkan aku muntah huruf

4. saya suka?
Suka buat kacau, suka membuli org

5. sahabat2 baik saya?
Sahabat...? ermm sahabat sentiasa bersama di kala menangis

6. saya kehilangan?
Kehilangan hati
sila pulang kan kembali hati aku ya daa gurau jek sebenarnya tak ada
apa-apa kehilangan buat masa nie..

7. makna nama saya?
Dalam buku kata maksud nama aku ialah bermaksud riang gembira

8. cinta itu?
Bebalik cinta...cinta...cinta...apa ada pada cinta...?
sampai sekarang aku tak faham, tak mengerti apa itu cinta
sapa-sapa boleh tolong aku beri jawapan kepada soklan aku..?

9. peringkat umo yang paling menyeronokkan bagi saya ialah?
Peringkat bayi yang baru di lahir kan

10.malam ni saya akan
mau tido aku sudah kepenatan dah tak larat

11. esok pula sy akan?
Bangun awal kelas start pukul 10 pagi ada exam plak tu aduhhh
makin pening kepala aku....!

12. ketika saya tengok wajah di depan cermin pagi ini?
Bila lar bekas jerawat aku nak hilang...

13.dimana sy berade?
Dalam bilik....atas katil sambil meriba laptop bersebelahan bantal

14. siapa yg sy nak kasi tag?
Sapa-sapa nak sila lar amek yo...

♥ Baby Boy ♥

Pak tam dengan bek dah confirm baby boy yg di beri nama Dol
sekarang nie kak eta memula kata konon nya dia pregnant baby girl
semangat dia bercerita dia kata dia dpt rasa kan yg anak dlm kandungan tu
baby girl akhir nya hari nie telah terbukti bukan nya baby girl seperti yg di kata kan
sebalik nya tadaaaa baby boy gak hehehe tak sesia si biga panggil adik dia Dollah
abg tak dapat terima kenyataan bahawa adik nya ada lah boy ermmmm susah
nak cakap apa-apa sebab kak eta percaya bahawa ada orang kata bahawa anak
abg han hanya sorang jek lelaki dan yg lain-lain pompuan tapi kuasa Allah tak de sapa
yang mampu untuk menghalang.....
apa boleh buat abg.....!!!! terima saja lar adik abg tu....
kena tunggu cik mai punya baby pula....
tengok apa pula jantina nya kalau boy jugak aiseyyy tahun nie dapat 2 baby boy
tahun depan lagik satu kira raya tahun depan riuh rumah
tak sangka seyyy sekali mum dapat cucu 3 orang....
bek abis jek pantang kak eta amik shift lepas kak eta habis pantang cik mai pulak
amik shift....memula pak tam kata konon nya nak jadi Upin & Ipin
sekali cik mai join de party so dah tak boleh nak jadi kan Upin & Ipin lar jawab nya....

♥ Skandal ♥

Moon kata nak tulis entre mengatakan ada skandal dengan botak
weyyy Moon aku suka menghangatkan lagik isu bak kata Zara meh-meh
menambahkan isu panasssssssssssssssssssssssss.......
agak-agak kecoh tak cosmo kalau dikatakan di antara aku, Moon dan Zara
ada skandal dengan botak...? sapa itu botak jeng jeng jeng ia nya ada lar ......
yang pasti bukan Mr.Naim....
adeyy ada gak kena pelangkung karang huhuhuhu
hari-hari dalam kelas asyik bergaduh, bertekak, belasah si cerek hurmmmm
hari-hari jugak aktiviti yang sama jugak aku dan cerek lakukan pasti walau macam
mana sekali pun si cerek mesti ajak aku bergaduh..... kitaorang nie pantang bertemu
asyik gaduh-gaduh-gaduh dan gaduh entah bila nak berdamai pon aku tak taw...
kekadang kalau ada isu jek kitaorang baik kejap hanya sekejap jek lepas tu start balik
bertekak, bergaduh, belasah si cerek ermmm tu jer la aktiviti-aktiviti yang selalu aku
lakukan dalam kelas sampai Miss Nom dgn Miss Lad dah faham sangat bahawa kami
pantang berjumpa ada jek untuk bergaduh...
sampai aku rasakan kalau tak bergaduh dengan cerek macam ada jek tak kena dalam
hidup aku mesti aku nak bergaduh dengan dia....si cerek pon pantang gak nampak
aku pasti ada jek isu untuk bergaduh.....
Semoga cerek dan Cicak Kobeng berbahagia selalu......!
Perihal cosmopoint pula tak ku sangka dulu rupanya bangunan tu adalah tempat orang
bersalin....ada kesah di sebalik cerita di situ perghhh tak sangka seyy bila Pn Ramlee cerita
tak macam kecut la plak kan aku lagik la bila tengah .........
dulu pernah bebudak cosmo buat sesuatu iaitu mencari entiti di dalam bangunan itu
pukul 2 pagi dorang datang beramai-ramai untuk mencari...
perghhh berani seyy kalau aku tak macam nak terkucil lar plak kan
rupa-rupanya Level 2 & 4 paling " keras " ..... kebetulan kedua-dua kelas aku di level 2 & 4
masa tu otak pon fikir gak sesuatu....
Pn Ramlee kata dulu kalau lalu kat level 2 mesti akan terasa sesuatu meremang bulu roma
aku ingatkan kat level 5 yang ada banyak yer la kan level 5 di tutup untuk renovation
kata dorang lar tapi sampai sekrang tgk tak ada apa-apa perubahan pon still sama jek
paling menyampah kalau lift asyik nak pergi level 5 dah ler aku nie spesis pengecut
Moon suka cakap mana taw kot-kot keluar Ju-On....
kalau keluar lar aku redha turun ikut tangga untuk melarikkan diri
isk jangan lar terjadi bukan pe belom sempat nak larik dah pengsan ( walau aku benci
perkataan pengsan tapi tak reti nak tulis ayat lain untuk mengambarkannya )
ingat agik dulu nak pergi level 4 tup-tup lift tak nak berhenti tapi sebalik nya pergi ke level 5
Moon, Cicak Kubeng, Ann, Zara dgn Mata pernah pergi terokai kat level 5 dorang kata
tak de apa-apa
kosong cuma bila dorang dah rasa semacam baru dorang cecepat turun
lepas turun Mata kata tetiba ada terbau sesuatu wangi
Moon pula asyik dok bertanya peti besar tu peti apa ( jangan peti mayat sudah lar )
sedangkan semua tak taw itu peti apa....Ann dgn Zara sempat lagik masuk satu persatu
kelas berani dorang aku sempat usik kata buat nya bukak satu persatu sekali nampak
lar entiti-entiti tu pon tengah belajar....
tapi kalau fikir akal logik dan imaginasi buat nya benda-benda macam gitu benar-benar
terjadi confirm punya larik cabut tak akan tunggu lift punya...
bukan ke entiti-entiti sebegitu suka di tempat-tempat bekas tmpt org bersalin..?
eii jangan tempat lab-lab yang aku duduk kat situ tempat simpan benda-benda tu sudah
tapi Alhamdulilah sepanjang aku ada kat cosmopoint aku tak de lar nampak benda
pelik-pelik dan aku berharap lar jugak agar tidak berjumpa.....
Kering kata kalau nak jumpa benda-benda macam gitu pergi lar tempat dia duduk
kat Flat Larkin kat situ banyak....x per lar Kering tak redha untuk mencari dan melihat
ko bagi aku sejuta sekali pon tak kan ku buat kerja giler itu...!
belom aku amik gambar entiti tu awal-awal lagik dia dah ckp " HI "
tak nak lar......!

Monday, 20 July 2009

♥ Beza Suka Dan Cinta ♥

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.


Sumber: http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/beza-suka-dan-cinta/

♥ Tips Lupakan Si Dia ♥

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.


Sumber: http://www.tentangcinta.com/tips-cinta/tips-lupakan-si-dia/#more-281

♥ Happy Birthday My Mum ♥

Happy Birthday semoga panjang umur dan murah rezeki berbahagia di
sampai bila-bila.....semoga tak tension dapat anak yg nakal-nakal mcm ku











Bapak aku nie degil lar dah tahu sakit dada bila ajak pergi klinik tak nak
cakap anak degil tapi bapak ku lagik degil
bererti anak-anak ikut peragai bapak ku kerana kedegilan

Sunday, 19 July 2009

♥ Tag Oleh Kakak Gedik ku ♥

1.Apa Perasaan anda sekarang?
Perasaan ek..? ermmm malam nie okey jek cuma tak sangka borak dgn En Hazrin
best rupanya lain perwatakkan dia kat cosmo dgn kat ym so perasaan aku ketika
ini ada lar kepelikkan

2. Saya nak makan?
Tak ada pulak tekak nie mengidam nak makan apa-apa....

3. Saya x suka?
Orang khianati aku, curang dgn aku, permainkan perasaan aku, berlagak bagus dgn
aku, poyo ( pe maksud poyo ek..? ), dan paling penting jangan nak cuba-cuba sakit kan
hati aku kalau tidak tahu lar nasib korang
Dan yang paling aku tak suka dan tak boleh ngam ialah dengan
WAK PAGEK GEDIK....!!!

4. Impian saya?
Aku punya impian banyak tapi nie kira impian yg aku harap boleh la tercapai
aku nak menikah dengan lelaki yg boleh membimbing aku ke jalan Allah
bukannya
membimbing aku ke jalan maksiat.....Aku nak memiliki zuriat yg soleh
dan solehah untuk
membuktikan bahawa aku sgt menyintai suami aku.....
aku nak menjadi yang terbaik di antara yang terbaik....aku nak mak mertua
yang sporting dan kalau boleh aku nak mak mertua macam

my mum huhuhu......dan yang paling penting aku nak jadi puteri pada hari
perkahwinan ku

nanti
dan semoga aku berjaya dalam kehidupan aku nanti

5. Haiwan yang saya x suka?
Banyak giler haiwan yg paling aku tak suka di antara ialah

lipas adalah binatang paling aku tak suka.....

Ular pon sama bila nampak gambar ular tak kira di mana pon aku naik geli

6. Saya harapkan?
Moga aku dapat menemui cinta sejati aku
dan aku terus bernikah dgn dia ( Gatai siottt aku )

7. Jika saya boleh putarkan masa?
Aku tidak akan pergi main buai dekat rumah mak cik aku
( pstttt masa tu aku main buai kat taman permainan tak de ek lelaki tolong
buai kan )
ketika itu umur ku baru 7 tahun ada lar sejarah yang tak mampu
untuk aku menceritakan tapi sejak peristiwa itu mak dan keluarga aku sungguh
risau aku berharap sangat agar dapat pulih la penyakit ku ini

8. Saya pada 10tahun akan datang?
~Dah selamat jadi bini orang...Dah jadi mama kepada 3 org cahaya mata
~Sudah hidup dalam keadaan bahagia
~Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan


9. Handphone saya adalah sebuah?
Ia ibarat nyawa aku...seperti BF aku...seperti suami aku...senang cite ia segala-gala
nya lar
bagi aku tanpa ia kusam lar hidup aku

10. Saya pernah bercenta sebanyak?
1 kali ye ke ek 1 kali bukan nya 0 kali ker...? huhu entah tak ingat dah kot
cinta cinta cinta apa ada pada cinta...?

11. Saya suka pada?
~Warna pink ( bukan yang penyebar virus H1N1 )( Just colour pink x de
tp nie kira ok )

~Pada ermmm si ....... ( Siapa itu tunggu........)
~suka tgk anak kucing
~kedamaian
~ketenangan
~kebahagian
~kegembiraan
dan paling penting suka tgk baby geram sangat2...

12. Kawan-kawan saya...?
Family ku termasuk lar akak gedik ku, fad liana dan jua kawan-
kawan
internet ku semoga persahabatan kita berkekalan hingga akhir hayat

13. Pernah dikhianati?
Yes pernah dikhianati oleh teman karib ku sendiri

14. Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah
mengkhianati anda?

Gasak ko lar nanti bila ko susah pandai plak ko carik aku kan....
lantak lar janji ko bahagia....
aku akan blah dari kehidupan ko ( psst harap gambar jek kekonon
nak
tunjuk macho tapi tak de makna nya nak hisap rokok )

15.senaraikan ramai orang untuk di tag
Sapa-sapa yang rasa bekenan sila lar menjawab nya dan untuk sempoi_boyz sila
jawab ya






PSST: Siap gak tag nie akhir nya perghh kebuntuan idea seyy nak jawab ia mengapa ya..?