Saturday, 27 October 2018

Exam Week

Esok si yayaz exam and dia nampak cool and macam tak heran langsung soal exam then baca buku pon gitu gitu jek hmm

Aku pulak nervous and risau and rasa takut attacks lah pulak everytime yayaz exam hope yayaz boleh buat lah exam

And bermula lah exam week sampai hari khamis hmm 

Yayaz kata dia suka exam sebab kelas senyap pulak dah tak kisah lah janji yayaz boleh buat exam tu jek 

Cayok cayok yayaz

Thursday, 25 October 2018

Deepavali Light Up

Pergi little india as usual bila ada bazar deepavali jalan jalan cuci mata plus cari gelang kaki nie 

Memula pergi bazar karat sebab nak cari kasut sofea dia suka pakai kasut yang jual kat situ sebab kaki sofea pon macam kitaorang debab debab huhu so selesa agaknya pakai kasut tu pakaikan kasut lain dah tak nak pakai

Settle kasut sofea beli 2 pasang satu just nice kat kaki satu lagi beli besar so if yang tu dah ketat tak muat then dah ada back up kasut 

Lepas tu pergi makan soup kat belakang city square lorong lorong belakang bangunan then habis makan cuci mata ke bazar deepavali kali nie theme payung cantik

So as usual kena cari gelang kaki and dulu baru rm5 now ada yang rm10, rm15, rm20 harga tempat lain akan berubah ubah walaupon patern design sama hmm

Pusing pusing dapat lah 2 RM10 so dapat lah mana yang patut sofea 2 gelang aku and rah 

Rah dengan aku amek design sama and terus pakai ingat balik nak amek gambar kaki sekali rah kena balik hmm tak pe nanti rah datang esok can amek gambar simpan as memory

So tired huhuhu

Tuesday, 23 October 2018

Selsema Melanda Sekeluarga

Malam tadi jenuh betol nak tidur mulut tekak kering pasal selsema hidung block so nak tak nak kena bernapas use mulut so minum air banyak lepas tu asyik terkencing kencing stress betol aku

Now sekeluarga dah kena selsema tak sihat badan sakit kepala walaweyy then yayaz sambung balik kena siap pakej tadi muntah so bawa pergi klinik mc 2 hari hmm

So virus selsema please go away..!!

Monday, 22 October 2018

Activity Camping

Pagi tadi yayaz ada camping activity luar bilik darjah ikut perancangan sampai pukul 6 petang but tak sure kenapa suddenly tukar ke 2 petang

Tak kisah lah janji bebudak happy kan and aku tengok thru gambar and yayaz nampak happy Alhamdulilah kira dia enjoy lah pergi activity camping

Aku siap siasat tanya taw tak cara pasang khemah then yayaz cakap dia dah taw pasang tali khemah huhuhu okey lah at least yayaz taw kan 

Ada few activity yang dorang buat so aku tanya yayaz lagi next year nak join apa then yayaz kata dia nak jadi pengangkap haishh dari zaman aku sekolah pengangkap nie agak famous ramai nak jadi but dulu aku join apa ekk lupa daa

Kira yayaz ada pengalaman camping lah so maybe next time yayaz boleh pergi lagi and mana taw one day boleh make on family camping hehehe 

Balik je nampak la muka penat and tadi petang pon tertidur kali nie punya activity nampak yayaz penat 

Habis nasi tertumpah dalam bag kang esok kena basuh pulak bag tadi dah keluarkan nasi hmm yayaz ohh yayaz 

Bawa balik layang layang dengan towel aku kena simpan layang layang tempat jauh sikit kalau tak nanti sofea capai mengamuk pulak si yayaz kan apa dia buat sekali koyak

Now aku tengah tak sihat selsema meleleh jek sabo jek lah

Sunday, 21 October 2018

New Cleanser


Disebabkan dah few day cleanser aku dah habis and aku tak taw nak beli cleanser apa sebab bila bukak guardian or watson both tak ada sales and the price tambah sikit boleh dapat innisfree cleanser 

Selalunya aku beli cleanser hanya 100ml and agak cepat jugak habis sebab aku pakai 2 kali kan and i love buih banyak so kena picit extra then baru dapat buih yang memuaskan untuk muka aku hahaha but tu sebab kenapa always cepat habis 

Then aku dok fikir bija cleanser tu pakai sikit buih banyak and until now tak habis why not aku try innisfree cleanser yang boleh untuk di try pakai but as usual kena cari yang murah lah tak boleh pricey bajet nan hado okey..!!

Ingat nak beli green tea cleanser but tu lah mahal sangat and mujur apple ada and harga rm30 but still mahal kan for me and Alhamdulilah no sst fuhh scary kalau including sst hmm 

Hope yang nie better lah for my skin lagipon aku dah malas nak baca comment as usual ada yang okey ada yang tak okey hmmm

Aku dah mula jemu with my skincare lah i need to change it...!!!  

Friday, 19 October 2018

Melepaskan Rindu Di Hati

skype dengan didi dari kol 1 lebih until 5 lebih pagi fuhh bermacam macam di merepek bebual and ketawa haishh how i wish didi here with us macam dulu dulu

Then aku usik cakap nak kahwin siap tunjuk few wedding dress then didi cakap aritu kata tak nak kahwin wakakka then siap send few design gambar rambut so didi tanya bila aku nak kahwin then aku jawab tunggu awak balik waakkaka 

Soal jodoh ku entah lah susah nak di kata belom sampai seru untuk pikul tanggungjawab lagik kot donno lah

Then aku cakap nak cari bapak gula halal lah yang boleh beri anything but aku tak akan persoalkan soal anak lah wait bapak gula halal means dah nikah lah bukannya as sugar daddy yang selalu diperkatakan tu means bapak gula halal jadik second or third wife wakakkaka gigih sampai macam gituk sekali buat lawak amenda jekkk lah aku nie

Just joke bukannya benda yang serius untuk difikiran huhuhu

Banyak bukak story skincare and makeup and rah didi cerita perihal boyfriends haishh dah besar budak berdua masing masing dah ada boyfriends and aku still pilih single without boyfriends apatah lagik without ada husband hmmmm

Okey lah nak tidur gantuk giler mata...

Thursday, 18 October 2018

Menyesal Pulak

Kalau lah aku tak deleted Instagram aku kan bagus so mesti banyak memories gambar video dulu dulu hmm terlajak deleted dah tak boleh nak buat apa apa hmm

Instagram from 2012 until now confirm banyak giler gambar but apa boleh buatkan bukannya boleh recover balik so just huhuhu jek lah

Rasa menyesal tu terbit few days tak taw kenapa but kenapa mesti nak menyesal aku dah deleted atas kerelaan diri sendiri so again huhuhu jek lah

Biarlah memories tu pergi seiring dengan waktu and now move forward just create new memories jek create happiness tersendiri

Agaknya kalau semua nie tak terjadi mesti bermacam macam lagik memories yang terjadi entah macam mana lah Instagram aku time tu hmm

Now misi untuk kekalkan currenly Instagram no more deleted and no more fikir bye instagram time to create new instagram hahaha

Instagram lama tu yang active balik tu ada sedikit problem so malas nak layan then bye bye jek lah buat semak kepala jek

Now enjoy yang ini sudah lah

Wednesday, 17 October 2018

Dapat Pon Sample


Ignore the senget layout sebab aku tak perasan pulak masa nak upload kat blog baru nampak apa lah aku nie kan hmmmm

Berjaya jugak dapat dah lama aku sign up mintak sample and aku ingat tak dapat but rezeki aku so dapat jugak apa nie ayat dok berbelit belit nie..???

Nie ala ala 3 in 1 lah bersihkan makeup (maybe boleh jadi cleanser) then toner lepas tu boleh jadi moisturizer so 3 kali pakai lah but aku nie agak paranoid sikit maybe tak akan bersih macam selalu routine yang aku buat hmm entah lah kan

Bagus for lazy people yang balik kerja tengah lewat malam then nak cuci muka bersihkan makeup pakai skincare so benda tu nampak simple tapi bila dah terlalu penat boleh jadi tak larat huhuhu

And good for travel tak perlu bawa banyak barang just 1 bottle semuanya settle tapi silap sikit standby jerawat keluar hm entah lah

Tak sabar nak try and nak tengok hasilnya macam mana if okey then kan purchase 

Monday, 15 October 2018

Dating Last Minutes

Last minute plan itu pon sebab abg jan call pak tam cakap nasi dah habis minta tolong hantarkan nasi kat tempat meniaga tu yang pergi jugak akhirnya

Lama tak pergi hospital yang banyak memory masuk situ terbayang muka satu persatu masa tu babam kecik didi pon kecik miss them so much tapi apa boleh buat 

So pak tam nak makan burger sekali tak bukak so just chill je ingat nak jejalan dalam hospital sekali tutup pulak kat tempat tu then ok lah lepak kat luar balik

Masuk je situ terimbau roti kaya yang sangat sedap wakakka so yummy weyy tapi tak beli sebab takut tak sesedap macam dulu ohh roti kaya

Lepak lepak sekali rah cakap nak beli air so aku tak ke situ just diri tengok sekeliling and imbau kenangan lama then kakak tanya nak air apa so baru lah pergi nak oreo sekali habis nak try hazelnut pon habis so ingat nak strawberry sekali tanya chocolate chip apa ntah ada so amek yang tu

Minum lah air sorang satu then makan chicken wing so tu jek lah enjoy siap amek gambar masuk Instagram masuk facebook masuk twitter gigih okey 

Buat insta story saja simpan as memory tak buat vlog sebab confirm gelap camera tak berapa nak beri kerjasama wakakkaa

Lepas tu check in facebook siap tag lagik padahal just for fun only bukannya apa apa but facebook aku memang tak akan adanya comment siapa sakit sebab nahh facebook aku tu gituk gituk jek lah

Masa masuk gambar kat instagram aku tanya rah nak buat location cuma ada ward jek nak letak ke tak then rah kata letak so aku tanya lagik ada level 6 dengan level 7 nak yang mana hahaha rah pilih 7 so letak location hehehe

Ala just for fun je bukannya apa 

Gosok perut haishh lari diet ku wakakaka

Saturday, 13 October 2018

Bila Malas

Aku few days dah mula start malas nak cuci muka pakai skincare as usual dedulu but dulu macam nothing happened now hmm bila skip skincare mula lah tepi hidung mengelupas sebab kering

Hmm aku nie sangat lah malas and aritu tukar cadar pon amek few days baru rajin but malas as usual hahaha

Ingat nak pakai sheet mask tapi malas sebab badan tak sihat tadi petang suddenly kena mengigil lepas makan panadol feel better itu pon sebab keluar dari rumah

Hmm aku syak macam kena balik lah sebab feel dulu punya sakit badan is back hmm apa lah nasib bila nak game over..?

Semalam mum mimpi orang yang buat keluarga aku huru hara mum mimpi macam dia dulu then dia macam tabur something kat depan rumah kebetulan dalam mimpi mum tu daddy kena kerja malam so ayam goreng dah habis so mum cakap mum kena masak untuk bekal daddy

Then entah macam mana yayaz bawa balik ayam so mum amek part peha untuk bekal daddy lepas patahkan peha tu keluar cacing merah dari ayam tu entah apa maksud mimpi tu hmm macam nak kasi taw something jek 

But bab tabur tu aku rasa maybe dia ada buat lagi sekarang tak ada security guard so mudah lah dia buat kerja sebab hari nie sofea pon sama macam semalam melalak lalak semua serba tak kena

Semalam aku okey but hari nie aku rasa teruk so macam tak dapat nak menahan mana badan sakit tak larat lepas tu sofea melalak lalak serba tak kena

Ohh ya kebetulan mandikan sofea guna daun bidara so after mandi sofea okey aku pulak makin teruk rasa masa tengah siapkan sofea boleh pulak ada rambut pendek macam kena gunting and a bit kasar tengok pada teksture kat tangan aku 

Hmm yayaz pon mandikan dengan daun bidara aku pulak mum suruh mandi tapi disebabkan kena mengigil mana berani nak mandi

Bila semua nak berakhir..??

Friday, 12 October 2018

Seram: Patutlah So Scary

Hari nie seharian sofea melalak and the worst part ialah dia tak nak berenggang asyik nak kepit keluar kejap melalak lalak hmm pelik betol selalu dia main merayap sana sini and tak suka kepit

Disebabkan tak nak terus nangis ikutkan jek apa dia nak sampaikan tolong mum masak pon asyik lari jek sebab dia melalak jek

Sampailah tengah baring kat bilik aku ternampak "benda" berdiri memerhatikan kitaorang kat dalam bilik tinggi muka macam orang tua and hitam and sangat laj scary

Patutlah sofea melalak nak kepit maybe dia nampak lagi worst so dia takut sedangkan aku ternampak gituk pon takut apa tah lagi sofea padahal dulu masa kecik dia berani marah benda tu kalau nampak but now kenapa sofea jadi takut

Lepas cerita dengan mum then dah lupa seketika sampai lah tadi dalam pukul 10 lebih entah kenapa aku nak tengok drama favorite aku chicago med then menghadap tingkap selalu aku just baring normal suddenly aku ternampak kat tingkap macam ada benda putih tengah melintas ciss babisss

Kebetulan pagi tadi aku selit langsir so tak tutup lah then as usual baru nak tidur baru lah tutup selalunya tak ada apa apa but kali nie hmmm

Please lah go away aku benci jangan kacau keluarga aku jangan muncul lagik..!!

Thursday, 11 October 2018

School Bowling Activity

Yayaz ada activity luar aka belajar luar iaitu main bowling bukan main suka si yayaz favorite dia mana tak excited kan

Balik pulak tak sure pukul berapa aku pulak tak tanya details dengan cikgu tak whatsapp tanya as usual aritu aku dok tanya hahaha 

Semalam yayaz tak tuisyen alasan nak rest sebab esok nak main bowling boleh gituk apa daa yayaz tapi memang tidur awal kol 9 lebih dah lena

Lepas tu pukul 11 lebih merata rumah aku carik speck si yayaz then aku kejut dia tanya mana speck dia then rupanya dia selit kat buku buku dia aduhaiii 

And aku pulak boleh tidur awal habis tengok tv tutup then tidur sedar alarm bunyi pukul 6 pagi fuhh nikmat betol tidur pakai stokin wakakaka

Sampai sekolah aku cakap dengan yayaz nanti dah balik whatsapp nanti kita amek yayaz then kebetulan cikgu tengah lalu so aku bagitaw lah nanti sampai bagitaw so cikgu kata nanti dia call lepas tu cikgu kata ingat yayaz tak datang sebab senyap tak whatsapp apa-apa huhuhu

Yayaz kalau bowling laju dia datang hahaha

Kawan yayaz siap kena amek kat rumah fuhh seronok ekk nasib baik si yayaz jauh kalau dekat boleh jugak suruh amek hahaha but not nice lah buat gituk

Balik hantar yayaz si sofea tak tidur so pukul 10 lebih baru tidur aku pon bantai jugak tidur gantuk weyy mata macam ada gam sampai pukul 2 lebih sofea tidur

Pukul 12 lebih pak tam call tanya cikgu yayaz ada message tak memang phone tak bunyi so tak de 

Aku tidur tapi tak lena sebab takut cikgu call ke whatsapp ke so pukul 1 lebih phone bunyi tengok cikgu call so dah balik cikgu tak nak nampak pak tam so lepas tu terus call pak tam cakap yayaz dah balik and kat tempat selalu dia tunggu

Lepas tu aku sambung balik tidur wakakkaa

Yayaz balik apa lagik main phone dia jek lah pubg dengan rayyan lepas tu youtube 

Main bowling just for fun jek ok lah as long bebudak happy kan kira untung lah dorang ada jek activity release tension sebab dah nak exam kan

Yayaz pon happy dah lama dia nak main bowling tapi tak dapat bawa sebab kita semua kalau main masuk longkang jek lebih wakakaka

Tuesday, 9 October 2018

Sofea Takut Hairdryer

Kelakar lah si sofea nie dalam banyak banyak benda hairdryer jugak yang dia nak takut cett dengan lipas bukan main berani benda hidup tu then hairdryer benda bukan hidup wakakaka so funny :D

Kebetulan nak ikat rambut gedik style so mandi terlambat tu yang kena pakai hairdryer untuk mengeringkan rambut yang basah

Sebabnya nak ikat rambut gedik ialah nak keluar pergi mcd si yayaz cakap teringin nak makan bigmac hmm tak pe lah semalam kan cabut gigi so kita accept lah permintaan itu

Tunggu pukul 6 kakak balik kerja baru lah pergi sebelum tu call rah suruh siap nak pergi mcd

Call kakak tak jawab ingat amek kakak terus pergi tapi tu lah dah kol 6 tepat baru lah si sofea tukar baju yayaz tukar baju huhu pak tam pulak tengah tidur

Sampai mcd aku pilih tripple cheeseburger adey baru mula misi diet now dah on the way nak menghancurkan diet wakakaka tak pe esok boleh sambung diet balik

Lepas makan rah belanja ice cream mcflurry oreo so syok hujan hujan makan ice cream so nikmat okey

Then aku beli caramel & chocolate pie purchase kali ke 2 so yummy lah but i still prefer strawberry custard arghh tak boleh nak move on seyy

Bebual dengan aina kejap then terus balik hantar yayaz tuisyen lepas hantar yayaz tuisyen hantar rah balik rumah disebabkan sofea ayayak so bersihkan kat rumah abg jan

Sempat main dengan chappy arghh so cute lah so chappy geram tengok rasa macam nak romos jek tapi tu lah chappy belom berapa nak berani tapi berjaya jugak dukung chappy miahahaha

Lepas few minutes few hours hidung dah start gatal bersin bersin macam mana lah nak bela kucing macam ginik baru sekejap dah kena bersin adakah kena berkuburkan jugak impian nak bela kucing :sad:

Si yayaz bebel boleh tak lepas tuisyen baru pergi makan sebab yayaz lepas makan mata mengantuk lah cett

Cikgu tuisyen yayaz whatsapp cakap yayaz mintak balik pukul 9 sebab mengantuk tak de maknanya balik rumah tidur kang main game or layan youtube punya

Happy tummy *gosok gosok perut yang kenyang*

Monday, 8 October 2018

Yayaz Sakit Gigi


Dari aritu complain sakit gigi dah suruh pergi dentist tak nak semua tak nak bila dah datang sakit menangis nangis tak boleh nak tidur

Semalam malam tengah tidur sekali kena sakit gigi memang tak tidur malam lah si yayaz kesudahannya tak sekolah

Masa sakit nak pergi dentist bila esoknya ajak pergi full with alasan then bila sakit melalak tak boleh tidur

Pak tam balik kerja bawa pergi dentist nak pujuk yayaz bukannya senang berulang kali pujuk last last kena caj mahal hmmm

Ajak pergi dentist yang dulu tu pon tak nak jugak ayoooo yayaz ohh yayaz apa lagi nak buat

Sampaikan dentist suggest pergi hospital ambil ubat tidur or gas tidur then baru boleh cabut sebab kalau yayaz meronta susah nak cabut

Gigi geraham yayaz dah pecah so itu yang buatkan sakit so serpihan tu dapat keluar 1 jek sedangkan ada lagik 4 menunggu tu pon yayaz nangis nangis tak nak teruskan hmm

Dentist kata selagi root tu tak buang habis selagi tu yayaz akan demam patut lah sekarang setiap bulan yayaz akan demam aritu pon demam jugak last month pon demam jugak

Ingatkan cuaca panas membahang so salahkan cuaca wakakakka rupanya pasal root kat geraham lagipon ada luka
Kalau semua tak okey jugak terpaksa tunggu sampai tercabut sendiri but makan masa lama hmmm

Cannot makan sweet ice cream susu everytime lepas makan kena gosok gigi kalau boleh 5 kali sehari but bila sakit serang tak boleh nak buat apa apa hanya makan ubat tahan sakit selagi tak cabut selagi tu lah sakit akan on off and demam also akan on off hmmm

Kalau lah cabut sekali rasanya dah tak perlu nak hadap kesakitan akan datang but yayaz memilih untuk menahan sakit bila setiap kali ianya menyerang hmmm

Entah apa yang nak ditakutkan pon tak tau lah dulu dentist datang sekolah pon si yayaz lari takut grr

Hope cepat lah root geraham yayaz settle and cepat lah ianya tercabut yang membuatkan yayaz menahan kesakitan Amin

Balik yayaz bebel serpihan gigi tu dia buat stand lidah now dah tak de so lidah dah tak ada tempat best untuk stand hahahaha

Wednesday, 3 October 2018

Yayaz Demam Mengigil

Tak taw kenapa yayaz kena demam lagi rasanya macam baru je bulan lepas demam then now demam lagik hmm maybe cuaca panas terik membahang sangat kot sebab ramai jugak start sakit pasal cuaca kan

Tengah pagi dalam pukul 3 gitu yayaz kejut aku mengigil kesejukkan dia suruh aku off kan aircond and aku syak yayaz kena macam aritu aku kena suddenly mengigil kesejukkan 

And yayaz tak sekolah pagi tu bangun badan dah panas so demam lah nie kang pergi sekolah pon kesian si yayaz tak tak larat and tak perlu kot pergi sebab dah demam kan

Pagi pukul 9 pergi klinik sekali belom bukak okey fine pergi pukul 10 nasib baik dah bukak and orang belum ramai lagik

Amek no ic nama segala benda tunggu kejap then doctor panggil check just demam doctor tanya ada symptoms lain macam cirit birit or muntah muntah so far tak de apa apa masalah 

Then doctor kata makan ubat and tengok ada tak any symptoms lain lepas nie so okey je lah kan

Dah petang tu yayaz mintak bubur mcd so pergi mcd drive thru belikan yayaz bubur dia nak apple pie sekali so belikan tengah syok makan sofea melalak lalak nak aikk selalu belikan mana nak makan haishh sabo jek lah kan

Then beli lagik balik kasi yayaz makan kasi sofea makan dah beberapa suap sofea dah tak nak makan lagi keluarkan dari baby chair aku sambung lah makan suddenly yayaz muntah habis lantai kena kira kira yang terkeluar dari tangan yayaz lah

Aku stop makan settle kan yayaz masa tengah settle kan yayaz mum cakap dengan sofea tak payah lap nanti asu buat aku ke depan tengok tangan sofea ada tisu and dia lap muntah yayaz fuhh budak 2 tahun tolong aku lap muntah yayaz

Terus aku cakap sofea kasi asu nanti asu lap sofea main kat depan dulu and memang lah tak fully bersih but sofea dah tolong aku half of kerja so cepat cepat bersihkan muntah air sambung balik makan

Thank you sofea tolong asu lapkan muntah abe..!! Love you so much sofea..!!!

Monday, 1 October 2018

Fairy Lights

Alhamdulilah berjaya beli fairy lights putih amek kau beli online tak pernah aku beli online kali nie aku beli online wakakaka

Carik kat kedai tak de tu yang bukak Instagram then scroll nampak 3 RM45 termasuk pos so harus lah beli kan sebab murah

Ikutkan nak bank in khamis then tak sempat so seller tu whatsapp tanya jadi beli tak sebab dia nak pos hari jumaat so aku tanya pos pukul berapa dia kata 3 lebih petang

Cepat cepat whatsapp pak tam suruh bank in kan so send segala detail and dia kata nak send tracking number but tunggu dia tak hantar hmm risau jugak 

Esoknya iaitu sabtu dia whatsapp no tracking aku siap download apps pos laju gigih okey

Then esoknya iaitu ahad dah sampai Syukur Alhamdulilah and lampu ke tiga tiga boleh di pakai hoyeee

And hari nie monday baru dapat gantung pasang buat sendiri okey tak minta tolong sesiapa pon auwww

So syok terang and tak payah malam keluar toilet kena bukak 2 lampu then tutup hahaha

Ada rezeki aku nak beli lagik untuk letak kat atas pulak but 3 pon dah terang lagik beli lagik confirm extra terang hahaha

So happy dream came true

Betul awak cakap kalau putih terang kalau yellow kurang terang but i like putih more than yellow