Thursday, 30 August 2018

Kisah Fb Ohh FB

As usual kisah fb pulak dipersoal buat kali ke 2 and dia tanya nape tak active kat fb or aku ada fb lain damnnnnn

Yes aku ada fb lain and fb lama yang aku create since 2014 and aku berjaya block since 2016 atas sebab apa yang mereka buat

Aku bukannya jenis suka suka nak remove or block ada sebab kenapa aku buat demikian

Kau dah tikam belakang keluarga aku then tak kan aku still nak diamkan diri no way lah kan

Then dia tanya so aku cakap lah aku active kat Instagram jek but masa mandi tadi aku terfikir hmm active kan jek then message kat fb cakap yang aku active sebabkan dia 

Actually aku dah malas dipersoalkan and macam mana dia tau aku active kat fb lain hmm peliks but what ever lah aku malas nak banyak bunyi

Bukannya bebel or alah setakat kisah fb jek nak jadik isu no big no aku nak dia taw aku berubah jadi ginik sebab apa yang dia buat bukannya saja saja tapi tu lah tak de siapa yang faham pon hmmmmmm

Tuesday, 28 August 2018

Internet Is Back

Hoyee internet is back so boleh post everything back again lepas tu now misi untuk edit vlog bulan august then post hehehe

Now misi nak edit vlog birthday yayaz hope settle lah malam nie semperna tarikh cun hehehe 

Saturday, 25 August 2018

Ape Nie Netizen

Aku feel macam media social aku makin lama makin boring dengan manusia yang asyik gaduh pasal politik agama kes LGBT entah betol ke tak aku eja kuikuikui

Scroll facebook tak habis kaitkan politik lepas tu isu agama kononnya masing masing nak tunjuk hero kutuk sana sini jadik berpuak puak aku tak retia eja word yang sepatutnya 

Then isu kiamat since 2008 until now tak perlu carik bila kiamat yang perlu adalah persiapan diri then more word agama macam gambar sakaratul maut yang dawai besi siap lukis aku rasa ianya okey untuk di gambarkan but as usual comment cakap dalil mana yang bagitaw sila nyatakan hadis and etc

Well gaduh salahkan politik then dulu korang jugak yang undi now bila kerajaan tu dah mentadbir aikk keluar jugak bunyi ketidak puasan hati well cuba dulu tak tukar aku rasa sama jugak akan bising masa aman damai masing masing bersatu masa hari pertama tukar kerajaan

Aku tak sokong bab isu LBGT just doakan jek mereka berubah mungkin berkat doa orang ramai terbuka pintu hati mereka untuk berubah kan

Lepas tu isu manifesto 100 hari sejujurnya aku tak baca pon secara detail just baca mana yang aku rasa boleh untuk dibaca then pelik jugak kena tak laksanakan sebagaimana yang dijanjikan rakyat dah beri peluang then use peluang tu jek lah

And kutuk sana sini macam bebudak ehh hello semua pangkat dah jadi datuk kepada cucu so stop lah kutuk or senang cakap jangan main isu agama dan kutuk secara keterlaluan mana lah orang lain akan hormat sebab orang lain mulakan then dia can cakap ohh dia cakap gituk so join lah sekali

Isu GST SST semua nie tak sebesar masalah keluarga aku okey isu keluarga aku lebih rumit dari isu nie so bila keluar ginik rasa macam ala sama jek nanti semua barang akan naik melambung then yang terseksa rakyat tak berduit aka duit cukup cukup makan sahaja sedangkan menteri menteri dan orang berduit bersuara macam lah mereka nie terbeban sangat kalau ginik korang rasa terbeban apatah lagik orang yang tak berduit mereka lagi kasihan cukup lah fikir diri sendiri fikir orang bawah sekali

Twitter pulak tak habis habis kenapa muka cute ginik tak ada orang nak lepas tu tak habis isu cinta isu men are trash and isu kelakar yang merepek yang boleh jadi isu besar so funny

Orang lain putus then orang lain meroyan men is trash then bila lelaki putus tunang atas sebab girl tu curang keluar ayat women is trash ala sama jek both are trash kalau dah taw ada pasangan then masih mengatal carik lain apa tak cukup 1 nak test market banyak banyak dengan alasan sunnah lelaki boleh kahwin 4 

Tu jek sunnah yang ikut abis sunnah lain pergi masjid every day masa subuh magrib isyak if tak kerja then jaga keluarga happykan anak bini semua tu kira jugak lelaki macam ginik layak sangat digelar men is trash sebab yang ada depan mata tak hargai sibuk mengatal nak menambah

Ada tu bini perfect lawa anak 3 cute tapi tulah tetap carik perempuan lain yang aku peliknya perempuan boleh back up apa yang lelaki tu buat konon pasal bosan lah pasal attitude lah heyy kau tu perempuan nanti bila suami kau buat gituk apa yang kau rasa sakit ke syok dipermainkan sedangkan dulu janji sehidup semati susah senang bersama

Paling benci bila lelaki comment cakap tak kan hari hari nak lauk tom yam aku paham double meaning tu tu pon lelaki is trash abis kau nak "lauk" berapa banyak untuk "kenyangkan" kau satu bini pon terumbang ambing lagik gatal nak menambah

Walaupon kedudukan kewangan stabil tu bukan bermakna boleh pasang 2,3 or 4 lah duit yang mejerumus ke situ boleh digunakan untuk bawa anak bini holiday shopping apa yang patut or simpan untuk masa tua nanti

Tu belom lagik bukan main bangga jadik perampas ehh apesal tv semua cerita perempuan perampas bukan main over paling aku benci drama tv3 pukul 7 malam memang kena maki je even aku tak tengok sebab asyik keluar timeline kat twitter

Hmmm instagram apa pulak ekk nothing kot cuma aku jek masalah sebab bila tengok gambar nie nak nie tengok gambar tu nak jugak tu cuma makin menyampah dengan instagram ialah too many iklan lepas tu paid Instagram apa ntah arghh belom lagik hashtag kain keluar baju kasut makeup skincare segala benda merepek meraban

Haishh just miss zaman dulu boleh enjoy tak ada gaduh tak ada isu remeh temeh and Instagram also search hashtag kain just keluar kain bukannya benda lain

And also i miss my old me happy suka merapu kat media social now banyak aku bebel kat twitter secara luahan kiasan or retweet benda benda sedih and also fb banyak share benda sedih

Aku tak kisah pon hidupan duit tak banyak sekadar cukup makan tapi aku penat dengan sihir yang jahanamkan apa yang keluarga aku usahakan penampakkan benda tu berjalan and sofea asyik nangis or sometimes yayaz mengamuk lagik terus after yayaz mengamuk then few minutes or hour sofea pulak so penat okey please lah berambus aku dah penat..!!!

Thursday, 23 August 2018

So Boring

Aku nie keboringan tapi apa nak buat untuk hilangkan pon tak taw ikut mata rasa macam nak lelap tapi tak boleh lelap unless kalau sofea tidur then baru dapat join tidur kui kui kui

Just scroll FB, twitter, Instagram but semuanya serba membosankan apa tah lagik bila tengok instagram gambar orang lepas tu mula perang dengan diri sebab nak jugak beli new skincare lah new makeup lah nak decoration bilik lah hahaha entah haper jek lah aku nie

Punya tahap boring semua serba tak kena kadang rasa bila baring atas katil sedapnya macam buat kerja berat je padahal apa je yang aku buat

Aku syak aku makin gemok so nak kena kurungkan weight so tak de kot rasa penat lah apa lah maybe lah cakap jek nak diet tapi asyik ke laut jek tak best lah

Just rasa macam life aku makin lama makin boring lepas tu sometime aku rasa stress sangat tapi apa daya aku nak ke tak nak aku tetap kena jugak harap 

Penat nak hadap semuanya lepas tu kadang kala rasa macam nak pergi mana mana tenangkan hati aku fikiran aku penat aku tapi semua tu tak akan boleh

Hati kenapa lah kau buat diri aku jadi macam ginik

Aku penat aku kena hadap jugak

Wednesday, 22 August 2018

Selamat Hari Raya Haji

Selamat hari raya haji..!!

Dah nak magrib baru update sebab kemalasan sangat hahaha malam tadi pakai mask pon pukul 2 pagi tu pon sakit kepala attack tapi dah janji dengan umairah kan so kena jugak buat

Pagi tadi pon bangun lambat dekat pukul 11 pagi hahaha gantuk penat weyy ala tak de siapa datang so enjoy sleeping gituk

Tapi yang tak bestnya sakit kepala aku sambung petang tadi walaweyy sabo jek lah nasib baik tadi lelap kejap hilang

Hmm Alhamdulilah hari nie hujan sejukkk tidur pon syok 

Tuesday, 21 August 2018

Planning Malam Ini

Malam nie kan kira malam raya so aku planning nak pakai mask jenis sheet mask harap terpakai lah sebab macam raya aritu terlupa nak pakai sebab kes si yayaz huhuhu

Hope malam nie umairah dapat join lah pakai mask di malam raya then amek gambar together gitukk

Nak pakai mask apa ekk rasanya nak kena carik then masuk dalam fridge so nanti bila pakai rasa sejuk jek ala ala menikmati

Ingat nak tukar bedsheets tapi malas pulak nak bersihkan bilik serba serbi gedebak gedebuk kang kepenatan lepas tu lepak then cannot wear sheet mask

Cuma aku nak bersihkan cage hamster jek tak kan raya esok si hamster nak bau busuk dan bacin walaupon dorang memang bacin hahahaha

Rasa macam nak golek atas katil lelapkan mata arghh bestnya but cannot lo..!!

Okey hope planning untuk malam nie berjaya

Tadi cakap dengan mum pakal tak ada duit kalau ada duit rasa macam nak merayap pergi jusco nak try mask a'pieu yang baru tu but tu lah pokai so cannot go :(

Okey nak sambung work maybe buat vlog sikit kot nanti dah ada wifi then upload hehehe

Saturday, 18 August 2018

Review Innisfree Green Tea Balancing Cream

Aku beli nie masa muka breakout jerawat merata kat muka sebab salah product haishh pening lah muka 

Masa nak beli nie kan aku pilih yang botol tapi SA suggest suruh amek nie pakai malam or siang boleh sebab texture pekat and tak light macam lotion

So aku pon okey lah amek yang ini dengan harapan muka aku better lah

Masa first day pakai adeyy macam berpeluh muka tapi aku still pakai sampai habis licin fuhh first time jugak aku pakai habiskan selama nie bila dah nak habis muka aku tak nak accept but yang nie dari first sampai akhir muka aku accept

So far sangat good untuk aku lah orang lain tak sure tapi rasanya yang ada kat outlet yang new punya and agak mahal dari yang nie stressnya 

Apa yang aku suka bila pakai nie ialah
  • Muka bila ada dry patch bila pakai then esoknya akan back normal
  • Hilangkan dry kat bahagian hidung
  • Cepat jugak absorb kalau pakai sedikit
Cuma yang aku tak suka ialah bila pakai akan rasa macam berpeluh tapi kejap je lepas tu back to normal

Yes aku nak repurchase lagik tapi aku kena habiskan lotion dulu

And hope mampu lah untuk repurchase balik ye lah sst dah muncul di bulan September kan hmmm

Aku kasi 4 star ^_^

Friday, 17 August 2018

Marathon Movie

Dah lama tak marathon cerita korea and malam tadi fuhh nikmatnya but kena tengok senyap baru syok without gangguan hahaha

And kol 4 pagi tidur tu pon batu episode 5 lepas tu cannot tahan nak taw ending tengok episode 15 then baru nak tengok 16 sekali battery phone dah keluar signal mintak charger damnnn

Nak tengok kat ipad cannot so terpaksa tengok kat phone then battery laju jek drain bencikkkk

Malam nie nak sambung lagik few episodes sebab memang tak akan dapat habiskan sekaligus punya

Arghhh yayaz cuti sekolah dapat pah marathon movie tidur lambat arghh nikmatnya hidup :p

Thursday, 16 August 2018

Too Busy

Aku sekarang dok create lagi Instagram makeup kali nie aku buat cara yang sepatutnya aku buat bukannya macam orang lain just my style

Sebelum internet di tutup so aku kena settle kan cepat cepat kalau tak nanti leceh nak buat 

Before tutup buat apa yang patut muahahhaa

Now nak sambung balik haishh cepat lah siap macam nak muntah menghabiskan

Tuesday, 14 August 2018

Bye Bye Ym

Baru ingat nak update wakakak sebabnya ialah nie adalah kenangan okey kenangan zaman dulu kala

Memula MSN now ym pulak dulu use msn bebual dengan cousin siap save icon gif yang gerak gerak bila beralih ke ym dah tak de gif yang cute cute tapi ada theme yang so cute

Bila bebual dengan cousin akan use kiss theme then bila buzz akan keluar kiss hahaha so memory lah semua tu

Siap pergi chatting tapikan si kakak banyak jugak dapat boyfriend from ym tapi yang aku satu pon tak sangkut wakakaka kesian weyy

Tapi aku suka satu guys nie nama dia johan suka sebab dia suka beri qoute yang best best more kepada broken love lah tapi tu lah aku pon tak kenal dia sangat hahaha

Just satu guys nama dia jalak dia pon syok bebual pasal kisah life then dia banyak jugak beri nasihat pasal hidup well masa tu baru 18-19-20 apa yang taw kan pasal stress kehidupan

Paling tak suka bila chat dengan lelaki yang sibuk use kiss theme geli weyyy sibuk nak buzz je berkali aku tukar theme wakakka

So tu semua memory zaman dulu kala bebual kat chatting sampai 6 pagi padahal bebual bodoh jek not lucah okey

Thank you ym for the memory

Sunday, 12 August 2018

Bebudak Demam Pulak

Sofea dah 2 hari demam kejap panas sangat kejap ok then semalam pon sama dan si yayaz pulak suddenly kena demam 

Pagi tadi yayaz tak sekolah then sofea muntah pergi klinik dedua kena check lagi pon yayaz kena ada mc kan

Check sofea tonsil bengkak kena amek darah then si yayaz dah takut kalau boleh nak lari keluar haishh so kena kepit check okey doctor kasi ubat

Keluar menunggu keputusan then dalam darah ada kuman apa ntah tu memang kalau budak budak ramai senang kena alamak dari mana datang malam celebrate birthday sofea ada main thomas apa ntah then hari jumaat tu sofea duduk troli jap 

Doctor kata kuman tu tinggi 50 selalu 5 jek so makan antibiotic if 2 or 3 hari tak baik kena pergi balik so hope cepat lah baik

Nie susu formula tak boleh minum kena minum fresh milk, yogurt, ice cream, jelly benda yang sejuk sejuk 

Yayaz pulak makan ubat and mc 2 hari hope cepat lah baik sakit

Saturday, 11 August 2018

Sephora Lip Balm & Scrub


Bibir aku dah few day rasa kering lepas tu ada dry patch yang sangat pedih haishh padahal aku dah lama tak pakai lipstick or lip cream tapi apehal ntah jadi macam tu

Then aku nekad nak buy new lip balm sebab yang lama punya bila pakai rasa semacam je lepas tu tak berapa nak okey hmm sabo jek lah

Kebetulan nak celebrate birthday si yayaz so pergi jusco so apa lagik masa untuk beli new lip balm

Kat rumah dah google pasal lip balm innisfree then kebetulan nak recycle empty moisturizer tu kalau rajin aku buat review ehh aku nie kemalasan sangat hahaha

Then masuk body shop tanya cocoa lip balm ada tak then SA kata dah tak ada lagik dalam erti kata sedih dah discontinue walaweyy sedih aku dah lah tu favorite lip balm 

Hmm tak pe lah ada second choice iaitu innisfree then dah settle recycle masa aku masuk jeling jugak tapi macam tak nampak so bila dah settle recycle collect point aku pon tanya lah pasal lip balm then again SA cakap dah habis belum masuk stock haishh kecewa seyy

Masuk lah sephora then tanya SA dia tanya aku balik tak kisah apa apa brand ke then aku kata tak kisah lepas cakap menyesal pulak sebab buatnya dia suggest yang over than RM50 mampussss

Dia tunjuk sephora brand then aku cerita la kisah lip aku then dia suggest suruh scrub 2 atau 3 kali seminggu baru boleh tapikan aku tak ada extra cash untuk beli dua hmm

Masa nak bayar lupa bawa card selalu card sephora dengan innisfree letak kat belakang case so sejak tukar phone dah tak letak lagi huhuhu yang ingat email dari no phone lagipon tu no lama mana nak ingat

So dia tanya dah over 100 point nak tebus tak so boleh lah aku pilih benefit yang baru eii nak pakai sayang hahahha

Settle semua naik atas so aku cakap dengan mum then ada extra tu pon dah syok isi pizza sampai lupa dah pukul berapa hahaha

Terkejar lari nak ke sephora walaupon risau kalau tak sempat siap cakap dengan guard boleh tak saya masuk then guard tanya nak beli atau tengok then aku cakap nak beli 1 barang jek hahaha gigih kau sebab aku tengok kat dalam ada orang tengah belek barang 

Then amek scrub so pergi kaunter bayar so siap cakap terima kasih kat guard sebab benarkan aku masuk ke dalam wakakkaka
Amek kat google 

Hope okey lah pakai hilang lah segala masalah bibir kering 

Friday, 10 August 2018

Happy Birthday Bibear

Tahun nie celebrate birthday yayaz kat pizza as usual nie request tahun lepas wakakaka

Pergi semalam padahal awal planning pergi malam nie but malam nie pak tam ingat ikut abg jan pergi meniaga but tak jadik tak pe lah dah celebrate pon kan

Disebabkan pergi beramai so kereta tak muat so naik lah grab pergi balik sampai jek jusco berjalan sekeliling mencari cake rainbow mum kata nak makan but tak de pulak yang slice punya ada pon habis hmm

So tempah dulu seat kat pizza then turun balik carik cake huhu 

Kali nie pilih cake tiramisu but just nice lah semalam beli today dah licin see nampak sangat semua dah lama tak makan cake hahaha

Order pizza aku tak pilih sebab aku pergi carik lip balm settle urusan tu nanti aku story yer

Kebetulan semalam orang ramai and service pon agak hmmmmm padahal syok makan pizza but service hampeh pulak tapi settle jugak bedal makan

Tu pon aku lari balik ke Sephora as usual tu entry akan datang sama dengan lip balm

Umairah call suruh cepat sebab dah nak tutup kedai kira kitaorang customer kedua yang terakhir lah adeyy kelam kabut okey

Nak tak nak terpaksa cairkam ice cream and bedal sebab tu no gambar ice cream sebab tak sempat nak amek wakakkaa

Haus giler but air tu rasa brain freeze pulak aduhhh duhhh duhhhh

But Alhamdulilah selesai celebrate birthday yayaz...

Happy birthday yayaz jadi anak soleh dengar cakap rajin belajar diberkati dan dirahmati 

Kita semua sayang yayaz taw..!!!

Sofea panggil yayaz bibear sebab tu tajuk entry jadi bibear hahahhaa

Wednesday, 8 August 2018

Tarikh lawa

08.08.08 ehh silap 08.08.2018 hah nie baru betol wakakkaa sedar tak sedar dah 10 tahun bertapak di blogspot walaupon asyik tukar url walaupon asyik tukar blog but now semuanya diletakkan di satu tempat yihhaa

Hari nie yayaz ada terapi manakala sofea pulak ada appointment doctor fuhh hari nie macam agak serba lambat donno why hmm jenuh bontot menunggu yayaz settle terapi and menunggu kakak amek ubat sofea

Terapi kali nie masalah yayaz yang sukar nak focus dengan sukar nak ingat angka yang panjang panjang lepas tu amek masa yang lama untuk carik patern dalam beribu patern

Hmm tak pe lah slow slow kita try cari new method untuk yayaz boleh focus 

Alhamdulilah ikut arahan bagus lepas tu suka menolong yes yayaz suka tolong paling dia happy bila kita cakap terima kasih or thank you 

So next appointment bulan november pagi hmm so no school lah jawabnya

Manakala sofea as usual sambung ubat sapu and ada ubat tahan gatal and next appointment bulan february and hope eczema sofea dapat lah hilang kesian sofea bila datang gatal garuk sampai berdarah

Balik hospital pergi amek cake untuk esok yayaz nak celebrate kat sekolah 

Masa magrib tadi si yayaz dok melalak sakit gigi haishh kalau cabut dah settle masalah but tu lah mana dia nak cabut 

Ending tadi bedal burger baru mcd wakakaka ingat nak makan custard strawberry pie but dah tak ada lagik ala tak best lah tu sedap hokey..!!!

Untuk ubat kekecewaan beli sundae chocolate wakakkaa si yayaz beli sundae durian yuckss busuk okey kenapa lah mesti ada ice cream durian stresssssssss

Tuesday, 7 August 2018

Trip Tengok Wayang

Hari nie yayaz pergi jusco tengok wayang cerita cartoon dengan geng disleksia dia and aku tengah menunggu cikgu dia upload gambar kat fb hehehe

Semalam yayaz tak sekolah then cikgu dia call bagitaw kena datang rupanya dah beli ticket wayang segalanya and balik kol 2:30 petang sehingga 3 petang dalam angaran lah 

Cikgu dia tanya nak amek kat sekolah or jusco so pilih jusco sebab dekat kan so cakap dah nak balik dalam 10 minit whatsapp bagitau so boleh gerak ke sana

Pukul 2:40 petang cikgu call cakap amek kat shell jusco tesco so terus gerak ke sana untuk amek yayaz

Yayaz tak belajar keluarkan buku dalam bag bawak balik wakakkaa so funny bila ingat balik haishh untung yayaz ada jek activity yang best masa sekolah dulu mana ada trip tengok wayang 

Yayaz tengok cerita hotel transylvania lagi popcorn sendirian berhad yayaz beli popcorn kecik bukannya set then habis wayang yayaz belanja kawan dia adam naik train haishh yayaz suka belanja kawan dia moga moga rezeki yayaz banyak lah Amin

Tengok dia enjoy then kawan dia kasi baju ppki so senang bila ada trip just pakai baju tu je tak payah pulangkan balik 

Hmm now sofea tidur masanya untuk aku sambung balik kemas bilik yang macam tongkang pecah arghhh so tired 3 hari berturut turut dok mengemas bilik atas lepas tu bilik abg han and now bilik aku pulak arghh so tired..!!

And aku dah lama tak edit vlog and banyak story yang sepatutnya upload tapi aku tak sempat nak edit hmm

Monday, 6 August 2018

Cirit Beyet Pulak

Entah mana silap kena cirit birit non stop arghh makan jek keluar asal keluar jek lepas makan sampaikan naik scary nak makan tapi perut lapar

Pagi tadi lepas breakfast dah makan ubat but still sama tak de perubahan sampai sekarang lepas tu rasa macam tak larat seyy

Lepas tu dah makan charcoal pon tak hilang haishh makan apa untuk hilangkan aku pon tak taw 

Ohh cirit birit please go away..!!

Dah penat keluar masuk toilet lepas tu perut meragam semua serba sekali

Sunday, 5 August 2018

Tai-Croissant

Semalam pergi jusco sebab nak cuci mata tengok barang sales kat index sebabnya bulan depan dia dah tutup so kira sales tutup kedai lah

Masa nak ke situ nampak ada event susu yang chocolate strawberry so kepoh tengok yang bebudak dapat lah yang pakai kat kepala lepas amek timbang berat yayaz dengan tinggi dia kata normal but boy kena makan lebih sikit sebab nak membesar

Sofea pon buat and dia kata normal jugak masa sofea buat aku kepoh tanya boleh tak amek yang macam yayaz dengan sofea pakai then dia kata boleh so amek lah aku, umairah dengan kakak

Then aku slumber pakai so orang tengok jek what ever lah

Yayaz nak amek gambar yang boleh print tanya detail detail kena amek gambar masuk Instagram with hashtag tapi instagram kena public so buatkan then settle

Masuk index orang ketawa tengok sebab pakai benda alah tu kat kepala but aku feeling diva pakai crown okey hahahaha sampai aku dengar ada budak cakap mana dia dapat benda tu 

Actually nak beli yang acrylic box ingat nak susun eyeshadow palette dengan perfume ehh salah body mist aritu use ikea punya tapi tu lah macam tak lawa pulak rugi jek beli sampai 2 ketol hmmmm

Then yang aku nak square box besar tak ada yang ada small jek tak pe lah tak de rezeki walaupon masa before sampai rasa macam nak jek borong semua tapi fikir balik nak buat apa sebab semua macam dah complete

Lepas tu ada drawer pon cantik after sales ada yang rm89 ada yang rm69 kalau tak silap but too big tak muat so tak perlu lah beli hahaha

Lepas tu as usual carik shower curtain aka langsir bilik and ada sales so dapat lah beli untuk raya haji nanti cewahhh 

Hasil borong kat index and no proper gambar sebab aku malas nak amek hahaha aku kan pemalas...!!!

Settle index pergi try new Tai-Croissant dari aritu nak try masa nampak kat fb then masa bukak tak pergi so bila dapat pergi boleh try aku amek oreo custard harga RM6.50 kalau tak silap 

Makan panas panas sedap bila sejuk oreo custard jadik thick and agak muak untuk ditelan sekeliling sedap gambar bentuk fish kira tak rugi lah beli next time boleh beli and makan lagik nyum nyum

So jalan lah satu jusco pusing sana sini tapi tak beli apa apa lah si kakak nak beli baju tapi tak de pulak bekenan di hati dah lah baju tu ada sales hmm kalau tak boleh pakai raya haji nanti

After pusing satu jusco singgah kfc beli value bowls no D then makan lah sebabkan no bajet nak beli yang lain so makan tu jek lah 

Settle makan terus balik sebab takut nanti grab tak de so susah lah nak mencarik menunggu dengan bebudak kan

Balik jek kena mabuk walaweyyy and hasilnya yayaz tak pergi sekolah

Saturday, 4 August 2018

Melepaskan Rindu

Nak menunggu semua tidur baru dapat buat video call kalau tak nanti akan kantoi hmm sampai bila nak hidup macam ginik..!!

Plan asal nak main makeup tapi bila dah malam sangat ya Allah malasnya if ada toilet sendiri then okey lah untuk bersihkan makeup nie nak kena masuk bilik mum then keluar arghh malas lah

So just chit chat jek kebetulan umairah ada so bebual normal and si yayaz umairah pon buat benda yang selalu mereka buat tu jek

Aircond sejuk tutup then bukak lepas tu baru teringat compressor tu second hand jangan carik pasal mana nak cari duit untuk betolkan lagik

Kejap je bebual 1 jam lebih dulu dekat 4 jam kalau tak silap now cannot lah pasal nanti jadi extra sedih hmmm

Settle buat video call sambung main game now kesejukkan mata dah gantuk but tak nak tidur acaner tu..???

Hmmm masa untuk berangan ^_^

Friday, 3 August 2018

Oppo F7


Jeng jeng jeng so nie lah untuk entry teaser aritu hahaha merah itu menawan dan seksi weyy

Pak tam belikan oppo F7 and nie kira belated birthday punya present lah boleh lah kan daripada tak ada hahaha

So nie ada finger print and so cute i love it so much still godeh godeh segala function walaupon yang basic dah tau kan

Oppo A83 kasi mum so phone mum kasi yayaz kira pusing bertukar lah

And aku dah aim blink blink case lepas tu nak beli screen protector yang full screen yang sedia ada rasa macam tak cukup pulak sebab aku kan ganas

So far aku in love sangat and please jangan buat hal please be nice and berkhidmat lah dengan aku selama mungkin dalam 10 tahun please f7...

Wednesday, 1 August 2018

Herlow August


Kejap je august menjelma lagik rasa macam eii pe hal masa berjalan cepat sangat nie..!!

Si yayaz aritu kata tak nak celebrate birthday kat sekolah then cikgu kesayangan pujuk tetiba nak buat pulak

So asyik bising cakap nak tempah cake berulang kali so beli ubat mata mum tempat sekali settle kan cake dulu

Untuk goodies bag akan di fikirkan apa yang sepatutnya diletakkan hmm

Ikut perbincangan nak kasi pencil ke eraser ke pembaris ke dengan seketol sweet but still tak ada idea lagik 

So august please be nice..!!!