Thursday, 27 July 2017

Satu Proses Yang Rumit

Yayaz ada disleksia so masa tau pon masa dia 7 tahun
bayangkan dah 3 ke 4 tahun kat kindergarden but teacher
tak boleh nak detect hmm pening kepala...

Then pergi hospital sultan ismail urusan pon bukannya mudah
so lepas check doctor transfer ke hospital permai itu pon
nak tunggu apoiment bukannya senang berbulan jugak

Lepas tu dapat sekolah actually macam tuisyen lah
bayaran agak mahal lelagi dengan keadaan kewangan kami
yang agak kritikal but demi pelajaran kan

After few month belajar kat situ then kena masukkan sekolah
pasal dah lama kanPatah ba and kalau apa-apa hal boleh kena saman
then pergi pejabat pendidikan kat bandar tunjuk surat
then nak kena photocopy few document including
surat penjagaan hak yang mahkamah kasi

Alhamdulilah settle kat situ then keesokkannya pergi PPD
tapi kat situ banyak sangat urusan naik turun perghh
memula nak kena ada surat doctor mengatakan betul ke
yayaz ada disleksia lepas berjam-jam kat hospital
then dapat jumpa doctor dapat surat doctor then pergi balik
ke PPD

Ingat dah selesai sekali nakkan kad OKU
pergi jabatan kebajikan then dorang tolak laporan
doctor dengan mengatakan semua normal then kami cakap
dia ada diskleksia pihak ppd nakkan kad oku kalau tak
yayaz tak akan boleh masuk sekolah

Patah balik pergi hospital Alhamdulilah doctor tu tolong
siap callkan tanya kenapa tolak apa yang salahnya
budak memang normal cuma masalah pembelajaran sahaja
then doctor tolong sekali lagik buat laporan then nak patah balik
ke JKM tak sempat pasal dah tutup kan

Esoknya ke JKM untuk serahkan borang dan gambar
katanya siap sebulan then after sebulan call JKM
kad masih belum siap proses

Aku join group disleksia kat fb then aku tanya lah kalau
tak ada kad memang tak boleh sekolah ke then dorang cakap
janji ada salinan then boleh masuk sekolah

Try call ppd untuk tanya then dorang tolak kata kena ada kad
baru boleh dorang tak nak salinan pulak dahhhhh
call JKM dorang kata no siri tak dapat lagik and borang belum
submit kat KL kau ghase apa macam nak nangis okey
tengok payah sangat nak masukkan yayaz sekolah

Call pejabat pendidikan dorang kata masukkan jek sekolah
nanti cakap dengan cikgu kat situ kebetulan jiran belakang
bekas cikgu so kita bertanya lah then dia cakap jangan nanti
kelas jadi huru hara sebab mana cikgu nak uruskan pelajar
lain mana dengan yayaz then dia kata tak apa tunggu je kad
kebetulan anak dia punya kawan ada kerja kat JKM so minta tolong

Alhamdulilah bulan 12 june kad oku yayaz dah siap
so pergi ppd then pilih sekolah...
kami pilih sekolah yang khas disleksia tapi sangat jauh weyy
cikgu dia pon cakap jauh nak ke sana tapi demi pelajaran yayaz
tak apa lah....

Bila cerita nampak senang tapi proses tu sangat sukar dan rumit
turun naik sana sini semata-mata nak sekolahkan yayaz
berkali call sana sini untuk masukkan sekolah jek
punya lah leceh rasa macam nak jek hantar swasta tapi itu lah
mana ada sekolah swasta diskleksia

Mula-mula ingat nak hantar jek sekolah kat KL
tapi itu lah macam mana nak pindah sana bukannya senang
lagipon kat KL janji dah ada salinan jkm lengkap siap
cop doctor dengan jkm dah boleh masuk sekolah
sini lain pulak cerita lagipon kat kl seminggu 2 jek kad oku
dah siap... T.T

Then aku cakap dengan cikgu yayaz kenapa rumit sangat then
aku cerita lah pasal janji ada salinan then boleh masuk sekolah
so cikgu dia cerita dulu memang boleh tak ada kad oku
tapi bila bab bantuan jadik masalah sebab jumlah pelajar
dengan yang ada kad tak sama sebab tu sekarang jkm perketatkan
lagik dah ada kad baru boleh masuk sekolah

Alhamdulilah semuanya dah selesai...
yayaz cikgu dia tengok dia macam mana kalau still tak boleh
baru masukkan sekolah khas tapi bila dah beberapa hari cikgu dia
kata boleh masuk kelas biasa tapi yayaz nak kena tuisyen subjek
darjah 1 balik aku harap yayaz boleh lah buat...

No comments:

Post a Comment