Thursday, 27 July 2017

Satu Proses Yang Rumit

Yayaz ada disleksia so masa tau pon masa dia 7 tahun
bayangkan dah 3 ke 4 tahun kat kindergarden but teacher
tak boleh nak detect hmm pening kepala...

Then pergi hospital sultan ismail urusan pon bukannya mudah
so lepas check doctor transfer ke hospital permai itu pon
nak tunggu apoiment bukannya senang berbulan jugak

Lepas tu dapat sekolah actually macam tuisyen lah
bayaran agak mahal lelagi dengan keadaan kewangan kami
yang agak kritikal but demi pelajaran kan

After few month belajar kat situ then kena masukkan sekolah
pasal dah lama kanPatah ba and kalau apa-apa hal boleh kena saman
then pergi pejabat pendidikan kat bandar tunjuk surat
then nak kena photocopy few document including
surat penjagaan hak yang mahkamah kasi

Alhamdulilah settle kat situ then keesokkannya pergi PPD
tapi kat situ banyak sangat urusan naik turun perghh
memula nak kena ada surat doctor mengatakan betul ke
yayaz ada disleksia lepas berjam-jam kat hospital
then dapat jumpa doctor dapat surat doctor then pergi balik
ke PPD

Ingat dah selesai sekali nakkan kad OKU
pergi jabatan kebajikan then dorang tolak laporan
doctor dengan mengatakan semua normal then kami cakap
dia ada diskleksia pihak ppd nakkan kad oku kalau tak
yayaz tak akan boleh masuk sekolah

Patah balik pergi hospital Alhamdulilah doctor tu tolong
siap callkan tanya kenapa tolak apa yang salahnya
budak memang normal cuma masalah pembelajaran sahaja
then doctor tolong sekali lagik buat laporan then nak patah balik
ke JKM tak sempat pasal dah tutup kan

Esoknya ke JKM untuk serahkan borang dan gambar
katanya siap sebulan then after sebulan call JKM
kad masih belum siap proses

Aku join group disleksia kat fb then aku tanya lah kalau
tak ada kad memang tak boleh sekolah ke then dorang cakap
janji ada salinan then boleh masuk sekolah

Try call ppd untuk tanya then dorang tolak kata kena ada kad
baru boleh dorang tak nak salinan pulak dahhhhh
call JKM dorang kata no siri tak dapat lagik and borang belum
submit kat KL kau ghase apa macam nak nangis okey
tengok payah sangat nak masukkan yayaz sekolah

Call pejabat pendidikan dorang kata masukkan jek sekolah
nanti cakap dengan cikgu kat situ kebetulan jiran belakang
bekas cikgu so kita bertanya lah then dia cakap jangan nanti
kelas jadi huru hara sebab mana cikgu nak uruskan pelajar
lain mana dengan yayaz then dia kata tak apa tunggu je kad
kebetulan anak dia punya kawan ada kerja kat JKM so minta tolong

Alhamdulilah bulan 12 june kad oku yayaz dah siap
so pergi ppd then pilih sekolah...
kami pilih sekolah yang khas disleksia tapi sangat jauh weyy
cikgu dia pon cakap jauh nak ke sana tapi demi pelajaran yayaz
tak apa lah....

Bila cerita nampak senang tapi proses tu sangat sukar dan rumit
turun naik sana sini semata-mata nak sekolahkan yayaz
berkali call sana sini untuk masukkan sekolah jek
punya lah leceh rasa macam nak jek hantar swasta tapi itu lah
mana ada sekolah swasta diskleksia

Mula-mula ingat nak hantar jek sekolah kat KL
tapi itu lah macam mana nak pindah sana bukannya senang
lagipon kat KL janji dah ada salinan jkm lengkap siap
cop doctor dengan jkm dah boleh masuk sekolah
sini lain pulak cerita lagipon kat kl seminggu 2 jek kad oku
dah siap... T.T

Then aku cakap dengan cikgu yayaz kenapa rumit sangat then
aku cerita lah pasal janji ada salinan then boleh masuk sekolah
so cikgu dia cerita dulu memang boleh tak ada kad oku
tapi bila bab bantuan jadik masalah sebab jumlah pelajar
dengan yang ada kad tak sama sebab tu sekarang jkm perketatkan
lagik dah ada kad baru boleh masuk sekolah

Alhamdulilah semuanya dah selesai...
yayaz cikgu dia tengok dia macam mana kalau still tak boleh
baru masukkan sekolah khas tapi bila dah beberapa hari cikgu dia
kata boleh masuk kelas biasa tapi yayaz nak kena tuisyen subjek
darjah 1 balik aku harap yayaz boleh lah buat...

Sunday, 23 July 2017

Beli Sport Shoe

Aku dah amek gambar tapi aku malas pulak nak upload
or maybe later aku upload or maybe langsung tak upload hurmm
maybe upload kat instagram

Yeaay semalam dapat duit raya so gunakan duit tu untuk beli
ala aku beli yang biasa punya brand cap ayam
janji boleh use untuk exercise jalan jalan sudah lah
nak buat apa beli mahal mahal then nanti tersadai
beli pon sebab sakit kaki kalau pakai selipar ngeh ngeh ngeh

Mula mula ingat nak beli color pink sekali price rm50
then jalan lagik jumpa rm30 baik beli jek rm30 tu hah
lembut pon lembut boleh lah pakai sampai kurus nanti
haishh entah bila agaknya nak kurus asyik ke laut jek diet ku

So harap berjaya lah mencapai apa yang diidamkan dan di hajatkan
aiseyy baru nak update blog sekali si yayaz mintak makan lah pulak
okey fine kasi dia makan and tutup entry nie dengan ayat

TAK SABARNYA NAK KURUSSSSSSS

Saturday, 22 July 2017

Instagram Theme

Aku suka tengok instagram manusia-manusia yang ada theme
lawa wooo kekadang rajin jugak aku search kat youtube
cara nak buat theme so berlambak yang keluar pilih jek
nak yang mana huhuhu

Macam-macam jenis ada putih, hitam, pink, blue, colorfull
tapi semua itu memerlukan banyakkkk bahan untuk di buat
nak kena ada background yang cantik lepas tu few item
untuk menambahkan decoration banyak kerja woo

Katakan aku nak pink feed instagram theme
so aku kena make sure baju or tudung color pink
kalau tak kena carik background color pink
lepas tu kalau muka tak amek gambar so kena carik benda lain
color pink so nampak lawa sikit hah macam gituk lah

Sama macam color lain kebanyakkannya suka white
lepas tu black and ada tu amek color color terang
fuhhh jenuh weyyy nak buat semua tu kalau budak baru nak up
boleh lah buat but for me no lah leceh tak de time nak buat semua
tu yang boleh lepas snap zass terus upload gitukkk

Tapi aku pon baru gedik-gedik nak buat theme jugak
cuma aku tak termampu nak buat theme macam tu semua
aku buat gambar ada border so aku akan pastikan border putih so
ianya nampak tersusun dan cantikkk

And baru semalam aku buat and hope mampu lah untuk
meneruskan buat sebab aku kan malas nak edit-edit gambar
by the way kalau yang theme yang sebetulnya kebanyakkannya
mereka akan edit gambar kat vsco lepas tu ada beberapa filter
yang aku punya cuma letak border jek kat gambar tak rajin okey
nak edit macam orang lain buat malassss nak buat lah
tak ada masa ponnnnn

Kalau buat theme memang lah lawa nampak sempurnaaa
bila scroll pon rasa macam fuhhh lawa okey
maybe satu hari nanti aku buat theme kaw-kaw
tapi tetap nak pilih theme PINK cuma tu lah entah bila nak buat

Ala instagram aku pon private bukannya public
malas lah nak public hahaha padahal kalau public pon
tak de sesiapa yang akan taw :p
vlog pon public jugak tapi rilex jek bila nak publickan instagram
rasa cuak lah pulak entah haper haper jek

Friday, 21 July 2017

Clean Pop 4D Motion


Clean pop 4D motion from korea tapi beli dekat Shins not korea wahahahha
actually dah lama idam nak beli color pink so shins kan buat promotion
semperna hari raya kalau tak silap so ada lah berapa % discount
time nie syok sebab boleh beli beberapa item yang dikehendaki

Masa march aritu kat aeon wellness buat promotion 4d motion color pink
ingat nak beli sekali pergi no stock kalau ada pon minggu depan katanya
so kalau dah minggu depan tu means bulan april and no promotion tu
then bye bye jek lah confirm tak akan dapat faham sangat

Lepas tu aku pon dah tak bersuara lagik nak beli hahahha


Tapikan masa tu dok search apa ntah then ternampak kat shins ada promo
ahh tak boleh jadik kena jugak lah beli ianya seakan mengoda memanggil ku
gitukkk betapa overnya napsu aku kan :p

Memula nak beli yang 4D Motion yang sama patern and jenis masa nak beli
kat aeon wellness then SA shins cakap lagik better amek yang clean pop
lagik bagus and ada warranty and harga pon tak jauh beza arghhhh
susahnya bila kena buat pilihan......!!!!

Then aku pilih yang nie harga RM120 kalau harga asal RM199
yang nie cuma ada 1 kepala brush sahaja kalau yang set tu ada 2 kepala
satu brush satu span and tu harga pon jejak RM200++ tapi masa aku beli
aritu yang tu tidak ada jual pon

Yang mula-mula nak beli belakang ada macam crown yang tu kat guardian
pon ada jual but color pink tak ada yang ada cuma biru and putih
kakak beli color biru tapi aku malas nak snap gambar untuk compare
and aku bukannya spesis suka compare kan barang

Yeaayyy dapat semuanya serba pink including the brush
macam sayang jek nak pakai hahahha entah bila agaknya aku nak pakai
nanti lah one day akan ku pakai muahahahhaa sekarang still carik
position untuk simpan and letak gitukkk

Brush tu super soft eii macam tak sabar nak pakai kat muka muahahaha
poyonya aku kan tapi serius soft aku suka

Nanti bila dah pakai then aku buat review
itu pon kalau rajin lah ekkk and kalau nampak perubahan....


Thursday, 20 July 2017

Happy Birthday Mum

Hari nie birthday mum so just small celebrate
kita makan tossai kat habib saja nak try sedap ke tak
then tu jek lah no cake no present and no flower :(

Sorry mum tak dapat buat semua tu lagik tapi tak pe next
year Insya Allah kita kasi semua tu

I love you mum sorry sometimes jadi anak yang degil
but i always love you so muchhh so muchh

Gambar later upload huhuhu

Monday, 17 July 2017

17-7-2017

Hamek kau dah nak end of the day baru update huhuhu
internet wifi kena tutup cabut plug sebab punishment buat yayaz
setelah apa yang dia buat huhuhu so yayaz mana taw dah besar
then jumpa blog asu so asu nak cakap sikittttt ehh banyak taw

Wifi kita okey tapi disebabkan yayaz buat perangai kat sekolah
so punishment buat yayaz ialah wifi internet akan ditutup selama
seminggu so no internet for you..!!! no youtube no game rodblock
terpaksa tipu yayaz cakap wayar cabel internet problem kalau tak
cakap macam tu mesti yayaz tak akan percaya kan

Asu cuma mengikut arahan dari baba yayaz saja
and itu jugak adalah idea punishment buat yayaz so next time
yayaz tak akan buat perangai lagik okey

By the way aku berjaya selamatkan yayaz dari kena hantar rumah
ibu dengan beri baba idea untuk buat punishment so nie kira
punishment yang akan yayaz hadapi selama seminggu
okey lagikkan dari sebulan..???

Tujuan kita buat begini adalah untuk mendidik yayaz and nak yayaz
takut and tak buat lagik sebab kita sayang sebab tu buat macam tu
okey...!!!

Yayaz dah tidur so mari kita pasang plug internet kang esok before
yayaz balik school cabut balik huhuhu terpaksaaaaaa
bukannya ada niat apa-apa yang tak baik..!!!!

So kisah tarikh hari nie jadik kisah punishment lah pulakkk
hahhaha tak pe boleh jadikan as rujukan di masa hadapan :p

Hmmm sakit lah kepala sepatutnya tidur but aku nak tengok youtube
hahahha balas dendam mode is on

Sorry ye yayaz :p

By the way aku kena jangkit batuk from yayaz grrr baru aritu baik
nie harap jangan lah suara pon jadik rockkkk
si opiyah pon batuk terkokol kokol plus selsema hurmmmm
aku lebih rela kena selsema daripada batuk..!!!
kalau batuk dada sakit kepala pon sakit menahan arghhh stressss

Tuesday, 11 July 2017

Kemalasan Sangat

Nak update blog tapi malas boleh gituk..???
tak de mood nak update sebab bila dah malam rasa nak tidur
awal sebab every ahad sampai thursday kena bangun awal
pagi so kekadang rasa macam arghhh malasnya nak bangun
nak selubung dalam selimutttt

Kadang kadang tu ingat lepas hantar yayaz sekolah tak nak tidur
tapi standby lah lepas dah amek yayaz balik sekolah bila kena panas
kepala pon sakit so penyelesaian ialah tidur

Bila tidur petang terlajak lajak pulak kan lepas tu bila semua dah tidur
kita sorang dok terkebil-kebil biji mata untuk menunggu gantuk
sampai eii stress okey..!!!

Aku kan assistant dapur chef mum so kalau aku tidur mum buat
kerja sorang kalau aku tak tidur standby tidur petang malam terkebil
stress weyyy

Ohhh duit please turun banyak-banyak so beli hired bibik untuk
tolong mum buat kerja dapur so aku boleh letak jawatan as
assistant dapur :p

Tengah hari kan panas terik semacam so menangkap sakit kepala
dari dulu aku tak suka keluar time matahari terik walau pon petang
nanti easy peasy kena sakit kepala eiii tak suker okey

Hmmm apa boleh buat....

Friday, 7 July 2017

Kembali Ke Pangkal Jalan

Marilah kita kembali semula ke pangkal jalan setelah sebulan lepas
lupakan diet hahahaha and membesarkan badan perut peha lengan bontot
so dah tak ke mana-mana beraya lagik mari lah start balik diet exercise..!!
aritu dah turun then masa puasa pi balun dok minum air manis jek kerja
so memang dah extra gemok balik lah :(

Aku nak start balik petang-petang exercise naik turun kat road macam dulu
kira permulaan lah sebab dulu petang-petang selalu buat macam tu
nie yayaz dah start sekolah rasanya dah boleh kembali ke aktivity dulu
bukak youtube carik exercise cardio then ikut

Kalau yayaz ada dia pon buat dah lah mamat tu kurus keding kang ikut
buat apa yang tinggal so big no no no

Ingat nak beli dumbbell yang kecik tu untuk exercise tangan
haishh nak beli macam-macam nanti kang buatnya sekejap jek lepas tu
tersadai huhuhu

Masa puasa mana sempat nak minum air banyak-banyak so nie dah habis
so mari lah balas dendam minum air bebanyak sampai tak boleh masuk
actually minum air je boleh cantikkan muka and rasa better
dah try then jerawat tak keluar sangat except bila time nak period jek
baru keluar and muka pon less oily so bestt bila makeup smooth walaupon
aku selalu skip pakai skin care :p

Tak boleh jadik ahh macam mana pon kena diet balik
badan dah macam pam-pam-pam-pam-pam *nangis tepi bucu*

Thursday, 6 July 2017

Maybelline Fit Me


Before raya kan kecoh sana sini maybelline lancarkan produk baru
kira produk yang sentiasa di nanti-nantikan oleh pengemar makeup
the best drugstore foundation lah kononnya sana sini review kata
kalau tak beli kira rugi lah amboi ayat depa metafora lah sangattt

Masa baru launch cuma boleh beli online lagik seminggu dua nak raya
baru ada dalam drugstore yang untungnya guardian dapat murah masa
lagik 3 hari nak raya lagikkk murahhh T_T
aku pulak dah terbeli foundation masa tu harga RM43 ingat dah murah
sekali aritu lagik murah RM39 kau ghase dah berapa banyak aku rugi

Then masa time promo tu baru aku beli powder fit me jugak
price dalam rm35++ kalau tak silap aku lupa hahaha
so kira untung part powder jek lah..... T_T

So masa raya aritu aku pakai nie jek not bad
cuma tu lah beberapa hour nampak dah shine kat dahi huhuhu
aku tak touch up foundation tapi aku touch up powder jek
so bila touch up powder hilang dah segala shine kat muka yeaayyyy
okey lah not bad harga pon murah and lagik better dari maybelline
dream on satin tu huhuhu

Coverage pon okey memandangkan masa raya aritu muka aku tak de
parut jerawat yang macam color hitam tu tapi masa malam raya
kat pipi keluar jerawat fine aku stresss sangatttt kenapa weyyy kenapa
nak raya time tu jugak nak keluar....!!!!

Aku suka cuma yang aku tak suka ialah tak de pump
so aku kena extra berhati-hati masa tuang tak nak terlebih over
keluar rugi jek kang habis cepat nangis weyyy

Merata-rata beli ada kata best ada kata tak best so lantak lah
susah jugak nak cari yang proper bila try shades semua
lebih kurang kat muka nak amek yang natural sekali
dah habis lah pulak tapi powder dapat color natural
okey lah pakai pon nampak natural tak de lah putih sangat
or gelap sangat just perfect gitukkkk

And boleh lah jadikan as drugstore favourite
by the way aku tak de istilah favourite foundation
sebab belom jumpa yang wow lagik hahahha

So raya kali nie dapat new foundation and powder ^_^


Wednesday, 5 July 2017

Cockroach Sakit Kaki


Semalam si yayaz pergi dapur untuk amek air sejuk
mamat seketol tu takut sangat dengan cockroach err bukan dia jek
aku pon takut jugak hahaha tapi aku still cover si yayaz takut terus
menjerit melompat aku selalu jek dengki cakap ada kat tepi lah
dalam baju lah dalam seluar si yayaz taw aku kacau dia hahaha

Time dia amek air tu dia nampak cockroach tu jalan slow
lepas tu dia ketawa-ketawa cakap cockroach pon sakit kaki
sebab tu jalan slow

Sepanjang perjalanan masuk bilik dia dok ketawakan si
cockroach yang sakit kaki tu

Pagi tadi jumpa cockroach jalan slow terus teringat kat si yayaz
then ketawa sorang-sorang ada jek ayat yang keluar dari mulut dia
yang buatkan orang lain ketawa....

Itu lah yayaz kami..!!

Tuesday, 4 July 2017

Ikan Mati


Pelik lah ikan laga tetiba mati lah pulak
walaupon aku taw yang dah sampai ajal tapi cara mati
tu agak pelik sedikit hmmmmm
kasi makan everyday tapi apa masalahnya ekk

Memula beli sama-sama dengan yayaz bulan december 2016
then masa yayaz kena sakit perut secara tiba-tiba yayaz
kata perut dia macam bisa so ingatkan salah makan ke apa
bila dah okey tiba-tiba ikan laga tu mati hmmm
ikan tu amek sakit yayaz agaknya...

Then yayaz beli ikan baru..!!!
so ikan aku si merah tu still okey tak de masalah
besar dah color sisik pon dah lawa sekali raya pertama
ikan tu mati walaweyyyyyyy...!!!
kebetulan aku rasa bilik aku macam semacam jek
malam raya tukar langsir bila mandi amek kau tangan
lebam lepas tu sakit giler tangan aku so just ignore
ingatkan esoknya okey sekali petang raya pertama tu
dah start balik bilik rasa tak okey hmmmm

Lepas tu ikan merah tu pon mati lepas ikan tu dah mati
bilik aku rasa macam back to normal so mesti lah kan
syak sesuatu benda tu makan ikan tu ker...kekadang terfikir
jugak sebab benda tu ke ikan tu mati

Nie semalam ikan yang yayaz beli baru pon mati jugak
padahal okey jek active tak menunjukkan tanda sakit
so makin aku syak lah benda tu makan sekali lagik
tapi kakak kata mungkin bilik panas kot tu yang mati
selama nie bela okey jek tak de masalah

Entah kenapa mati secara mengejut pon tak taw lah
malas dah nak beli lagik kang kesian asyik mati jek
kena makan dengan benda tu agaknya...

Sayang weyy aku bela kasi makan dah besar and lawa
sekali mati secara macam tu..!!!
harap bukan benda tu lah yang buat onar
puasa habis dia pon datang balik ker aper nie

Saturday, 1 July 2017

1-7-2017

Cantikkan tarikh hari nie 1-7-2017
tarikh cantik macam ginik confirm ramai yang kahwin
kebetulan jatuh pada hari sabtu so memang penuh lah
tempahan tok kadi dengan bridal huhuhu

Sedar tak sedar kita dah pon berada di bulan July
cepatkan masa berjalan terasa sangat kali nie masa berlalu
tersangat lah cepat padahal baru jek rasa masuk tahun
baru tu lah kan masa berjalan pantas sangat penat nak
kejar huhuhu

So sekejap jek dah nak hampir seminggu raya
aku baru balik dari beraya penat sangat tapi pasal
nak transfer gambar pergi beraya nak masukkan dalam
instagram sanggup jek bukak laptop hahahha
sesambil tunggu upload aku update lah blog
lagik tarikh cantik macam ginik rugi jek tak simpan
as memory gitukkkkkkkkk

Tired sangat balik cepat-cepat bersihkan makeup
disebabkan cuaca panas so meleket habis ler badan
and dah muncul nak sakit kepala tapi Alhamdulilah
hilang sebab panas sangat kan aku nie pulak kena panas
sikit standby lah sakit kepala hmmmmm

Okey time to rest...!!!
badan dah penat sangat mata pon dah mengantuk
kang esok lusa jek lah edit vlog arghhh malasnya nak
edit hmmm tak pe lah demi nak jadikan kenangan
akan ku gigihkan jua....