a. Memakai t-shirt dan jeans
- Sudah bosan dengan pakaian pengantin? Inginkan satu kelainan? Anda bolehlah bersanding di atas pelamin dengan pakaian yang sangat simple ini. Anda juga tidak akan diserbu oleh tetamu kerana berkemungkinan besar anda akan disalah anggap sebagai salah seorang katerer yang menjalankan tugas.
b. Menggunakan selipar jepun dengan baju pengantin
- Ketika bersanding dan bersalaman bersama tetamu, pastilah anda merasakan sedikit tidak selesa untuk menggunakan kasut tinggi. Oleh itu, selipar jepun adalah sangat selesa. Semestinya perkahwinan anda akan menjadi sebutan penduduk kampung.
c. Bersilat di hadapan tetamu
- Hampir semua majlis perkahwinan akan menghidangkan kita dengan pertunjukan silat oleh kelab silat yang berdekatan. Untuk perkahwinan anda, apa kata anda pula bersilat di hadapan tetamu. Bersilat bersama pasangan anda. Pasti perkahwinan anda menjadi sangat gempak. Bayangkan, pengantin perempuan dengan baju songketnya membuka langkah silat gayung.
d. Menghidangkan roti keping dan air kosong
- Bukan setakat menjadi sebutan anda juga mampu menjimatkan kos. Air kosong adalah sangat baik untuk kesihatan. Roti pula boleh dijadikan alas perut menggantikan nasi. Almaklumlah sekarang ini masalah kekurangan beras. Harga beras naik mencanak-canak. Roti juga mengenyangkan seperti nasi. Untuk penjimatan maksima, anda bolehlah berkahwin di bulan Ramadhan.
e. Menunggang basikal untuk ke rumah pengantin perempuan
- Selain menjimatkan wang, penggunaan basikal juga sangat digalakkan kerana tidak mencemarkan alam sekitar. Anda juga mampu untuk menambahkan kecergasan badan. Ingat, Al-aqlu saleem fi al-jismi saleem.
f. Membuat kenduri di kedai mamak
- Sekiranya anda mendiami rumah pangsa/flat, sememangnya agak sukar untuk membuat majlis kenduri secara besar-besaran. Oleh itu, dengan menggunakan perkhidmataan kedai mamak, anda bukan saja mendapat tempat tetapi sekaligus dengan perkhidmatan katering. Seeloknya anda memilih kedai mamak yang luas bagi memudahkan tetamu anda untuk menjamu selera.
sekian.
No comments:
Post a Comment