Saturday, 31 January 2009

♥ Sakit perut ♥

Sakit sangat perut nak duduk tak kena
nak baring tak kena tension nya
ingat kan kali nie perut tak sakit
rupanya lagik teruk
Baru ingat tak nak amik ubat ingat boleh lah tahan
tapi tak boleh gak nak menahan
dah 4 bijik menelan panadol tak hilang-hilang lagik
mencik mencik mencik tak suka tak suka

♥ Kenali karakter melalui tarikh lahir ♥

PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.

Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

*Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran.Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

*2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

*3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

*4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

*5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

*6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

*7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

* 8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

*9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

*10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

*11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

*12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.


*13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

*14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.


*15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?


*16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.


*17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

*18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.


*19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.


*20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.


*21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

*22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.


*23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.


*24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.


*25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.


*26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.


*27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

*28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.


*29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.


*30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.


*31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Thursday, 29 January 2009

♥ Family Gathering ♥

Today family gath semua nya berkumpul
best giler lama tak berkumpul abg han asyik busy
nie pon baru balik dari Dubai aku dapat kain
dua-dua colour pink tapi tak tahu nak jahit baju pe
Pas 2 pergi makan kat My Friend Tom Yam
kekenyang giler
abis lah makin tembam aku asyik makan malam jek
tapi apa-apa pon best giler coz dapat berkumpul
ramai-ramai weeeeeeeee

Wednesday, 28 January 2009

♥ Hari ini ♥

Balik dari kelas terus pergi smart
nasib baik ari nie cun sikit
bak kata kakak
" Adik, ko jangan nak perasan lah "
masa dalam kereta tu still mampu kontrol
ketawa sampai jek smart mula lah
bebudak buat hal....
antara kanak-kanak ribena dengan kakak tea ben
kanak-kanak ribena tu aku dengan pak din
kakak tea ben 2 kakak aku gelarkan dia tea ben
sebab dia tak lama lagik nak kahwin
masuk jek midas apa lagik kitaorg amik pampers dengan susu
mula-mula kitaorg amik pampers huggies tapi tak jadi
kitaorg amik pampers petpet ( dulu masa kecik aku pakai pampers nie )
pas 2 pak tam dgn bek buat dunno jek kitaorg berdekah-dekah ketawa
kemudian jalan lagik nampak susu so kitaorg buat rancangan lah
nak amik susu duchlady 1 2 3 yg de gambar panda
ingatkan pak tam dgn bek nak pi beli lagik barang tup-tup
sampai counter nak bayar pe lagik kelam kabut kitaorg
sampai akak casher tu dok gelak tgk gelagat kitaorg
last-last pak tam cakap dia tak nak bayar dia suruh kitaorg
bayar ......pe lagik larik pi letak balik barang
tak de kerja kitaorg tu yang mula buat benda merepek

Balik singgah MCD, pak din belanja MCD
Masa tgh bayar tu jumpa warga-warga tua
dorang dah nak balik so sweet coz
dorang jalan berpimpin tangan
then dorang dapat balon
yang kelakarnya masa nak kuar dari mcd tu dorang de berkumpul
ada gak beberapa budak kecik lah balon meletup
kitaorg yang ada dalam kereta boleh melatah

♥ Thanks to Kurama ♥

Taraa hasil daripada belajar dari kurama
thx kurama coz sudi mengajar mencantikkan blog
akhirnya tercapai gak niat tuk mencantik kan blog sendiri
dari blog kosong tak ada apa-apa hingga lah ke sekarang


Psst to kakak jangan gedik-gedik lebih ya


Dan terima kasih gak kat fieqa coz aritu dia ajar macam
mana nak pakai layout macam dia punya...

Monday, 26 January 2009

♥ Rahsia Keserasian Pasangan Menurut Turutan Kelahiran ♥

Percaya atau tidak, orang-orang tua memang selalu menghubungkan hari dan
tarikh kelahiran , mahupun turutan kelahiran kita dalam hal jodoh dan
keserasian pasangan.. Jika kombinasinya tidak sesuai, dengan cepat mereka
mengatakan si dia bukan jodoh kita. Benarkah demikian? Sekadar ingin tahu,
tak ada salahnya anda mengetahui kombinasi seperti apakah yang baik
menurut para orang tua zaman dulu? Siapa tahu ada persamaan dengan
hubungan anda dan si dia saat ini? Kononnya, kombinasi hubungan yang
sesuai adalah anak tunggal berpasangan dengan si bungsu, si sulung dengan
si bungsu, si tengah dengan si bungsu. Kombinasi lainnya adalah sebagai
berikut:

Si Sulung dengan si Sulung

Konon katanya pasangan ini akan mengalami masalah-masalah dan kesulitan
untuk menuju pada hubungan yang lebih baik mahupun yang lebih
menyenangkan.

Si Sulung dengan si Tengah

Katanya si tengah memiliki kepandaian untuk menyenangkan pasangannya.
Selain itu juga si tengah ini merupakan pasangan yang secocok bagi siapa
saja dan mudah diajak berbincang

Si Tengah dengan si Tengah

Memiliki potensi untuk serasi di antara satu sama lain. Meskipun keduanya
si tengah, namun bila salah satu lebih cenderung bersikap sulung dan yang
lainnya agak kebungsuan, keduanya merupakan pasangan yang serasi.

Si Tengah dengan si Bungsu

Keduanya akan menjadi pasangan serasi bila si tengah memiliki
kecenderungan ke sulung. Jika si tengah memiliki sikap tengah, mungkin
saja dia akan terpengaruh dengan gaya hidup si bungsu yang suka akan
keseronokan serta menimbulkan masalah seperti pernikahan si bungsu dengan
si bungsu.

Si Sulung dengan si Bungsu

Kombinasi paling bagus, si sulung dapat mengajar si bungsu bagaimana
mengurus hidup dengan lebih baik dan serius. Si bungsu akan dapat
mengajarkan si sulung bahawa wajar saja bersenang sekali-kali.

Si Bungsu dengan si Bungsu

Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama,
iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas
kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Anak Tunggal dengan anak Tunggal

Keduanya akan memiliki keegoan tinggi sehingga diperlukan banyak waktu
untuk hidup rukun dan saling mendukung.

Paparan di atas hanyalah mitos dan kepercayaan dahulukala. Percaya atau
tidak, semuanya kembali pada diri anda.

p/s Anak Tunggal - Boleh mengambil turutan Si Sulung atau Si Bongsu, bergantung kepada kecenderungan sifatnya kecuali dalam kes pasangan anak tunggal dengan anak tunggal.

Aku si bonsgu dengan ......
yang pasti aku tak nak pasangan aku anak bongsu
kalau pasangan aku yg sulung tu kira 50-50 gak lah
tapi aku lebih suka kalau pasangan aku anak tengah...!

Sunday, 25 January 2009

♥ Jumpa ♥

Izzat nak jumpa aku eiiyyy aku tak nak jumpa dia
sebab memang aku tak nak jumpa dia
dari aku jumpa dia baik aku duduk rumah
mencik ar nak jumpa-jumpa
aku tak bape suka nak jumpa teman chatting
terutamanya lelaki...!
nie antara msg-msg antara aku dengan dia...
biar lah aku gelarkan dia I saja...

I: ***** ( Nama gelaran aku yg dia panggil )
Aku : Ya saya kenapa?
I: ***** kt muar skang...
Aku:
I: Ye la.. ***** kt blah mane
Aku: oh yeke
I: G la taw
Aku: adalah mana ley bg taw..
I: Nk jumpe
Aku:x nak.. Nk wtpe g taw
I: Nape lak
Aku: Mana ley jumpa
I: Ala

Aku tak nak jumpa dia sebab aku tak ready nak jumpa
lagi pun nak buat pe aku jumpa dia sebab aku dah tak nak
teringkat dengan dia...aku anggap dia kawan jek
tak lebih dari kawan tapi dia tak mengerti payah betul
aku still marah dengan perbuatan dia
lagi pun aku kalau aku tanya member-member aku
pasti dorang tak kasi nya aku jumpa dia
dan family aku pun tak kasi jumpa
beruntung aku sebab ada alasan yang kukuh untuk tak kuar rumah
Maaf ya Izzat bukan mudah untuk aku jumpa kau
dan aku tak nak jumpa kau....tolong mengerti...!!!

♥ Balik ♥

Nenek dah balik baru jek hantar tadi pukul 6 lebih
lepas nie dah tak ley nak kacau-kacau semenjak nenek ada
kerja aku asyik mencuit nenek jek...
kalau boleh tak nak kasi nenek balik biar je duduk kat sini.!

Friday, 23 January 2009

♥ Tawaran ♥

Aku dapat dua tawaran belajar yang lagi satu nya tawaran
rasanya macam kerja kilang kot nama belajarnya ialah
Plastic Injection Moulding ( Suntikan Plastik )
aku tak tahu nie apa benda dan apa functionnya
kalau aku amik kena belajar dekat negeri sembilan, seremban
jauh dari keluarga tak mahu...!!!
lagi satu dapat tawaran Diploma Kejururawatan ( Diploma in nursing )
dekat KL. lagik abg han tak setuju
tak sangka benda yg aku tak minat jugak dapat tawaran
aku takut darah, mayat dan segala-galanya mengenai sakit
akak aku yang nak boleh tak dapat..
tapi kalau aku minat pon tak dapat masuk sebab ketinggian cuma
tidak kurang 148 cm sedangkan ketinggian aku 162 cm
hahaha belom apa-apa tak dapat....sebab aku betul-betul tak minat
so baik aku amik subjek yg aku minat..!

Thursday, 22 January 2009

♥ Perasaan ♥

Tiba-tiba kakak tanya pasal si piee
pelik aku pon lama tak dengar cerita pasal dia
kalau boleh memang aku tak nak dengar pon
malas dah nak amik tahu pasal dia sekarang
semuanya dah berlalu umpama angin meniup
pasir yang berada di dalam gengaman
lepas putus & tukar number fon aku langsung
lost contact dengan dia tak sangka lelaki boya
jugak yang aku berkenalan, tak padan betul
lepas putus aku tak de pulak bercinta lagik
dah nak masuk setahun aku steady lagik
ada tu 3 tahun pon still steady...
akak aku senang jek cari ganti
ish satu pergi satu datang giler ar
aku sendiri pon tak termampu untuk bercinta lagi
setelah di kecewa kan.......................
harap-harap lepas nie kalau boleh biarlah aku
berjumpa dengan jejaka idaman ku dan kalau boleh
biarlah dia yang terakhir tak nak bercinta dan bercinta lagik
dulu selalu cakap kalau boleh nak kahwin dengan lelaki pertama
iaitu cinta pertama kesudahannya tak menjadi sebab satu usia
mana taw akan datang nie yang lebih matang perlakuannya
dan matang jugak pada usia nya....
sapa dapat ex bf aku tu memang malang coz akan di permainkan
tak sangka aku begitu perangainya....!!!!!
menyesal giler aku accept dia as my sayang.......

Sunday, 18 January 2009

♥ Merayap ♥

kol 9 nak kena bangun sebab pak tam ajak pi Mersing
kawan bek kahwin so join kot sebabnya nak jalan2 kat
area Mersing aku tak pernah jejak kaki ke Mersing hahaha
nanti nak pakai baju kebaya...nak buat pe jahit kalau tak pakai
aritu jumpa songket hitam giler punya suka coz dah lama mencari
cuma tak taw bila nak jahit tambah lagik dengan 3 kain abg han
beli kat Jakarta berserta 2 lagik kain yang beli kat Kota Tinggi
tahun lepas..kalau jahit pon bila nak pakai bila keluar je pakai
seluar dgn T-shirt...erm.....malam mum nak amik nenek yippy
lama tak tengok nenek rindu...


mata aku perit + berair payah betol ...

Love land kini tiada serinya ermm mungkin lepas nie aku
pon akan menyepi jua....atok pon dah keluar dari love land
mungkin lepas nie tak tahu sapa...
mungkin aku atau orang lain..mungkin bila kehadiran ku
dah tak di perlukan lagi maka aku akan pergi dan akan singgah
satu hari nanti entah lah terpulang pada keadaan....

♥ Bosan ♥

Rasa bosan dengan layout...
ingat nak tambah ini tambah itu kesudahannya
makin tak menjadi sakit nya hati...!!!

Saturday, 17 January 2009

♥ Bantal ♥

Suka tidur di kelilingi bantal best sangat-sangat
boleh di katakan atas katil aku banyak bantal
sampai daddy bising coz bantal banyak sangat
sampai dia kata menyemak
bagi aku tak menyemak seronok coz tido di kelilingi
oleh bantal-bantal wangi ku...( psst bukan bantal busuk )
sekarang nie agak tension coz bantal peluk satu pak tam
pakai sedihnya dah satu jek ada nie yg ada cita-cita
nak beli lagi satu bantal peluk macam mana nak elakkan
dari kena marah dengan daddy ngeh3....
ingat agi berbual dengan alang....

aku: Alang, nak tidur dah geram tengok bantal
alang: ok ish achik nie macam mana nanti suami
aku: kalau de suami tak guna peluk bantal
alang: amboi2 gatal nya..
aku: tak guna kahwin kalau tak peluk haha ok nite
alang: nite

haha betol lepas nie boleh di madukan suami ku
dengan bantal-bantal kesayangan aku...





Friday, 16 January 2009

♥ Panggilan yang tidak di kenali ♥

Semalam ntah sapa ntah call aku...
mula tanya dah tidur ke buat apa...
serius aku tak kenal pas 2 aku tanya dia sapa
boleh plak dia kata tak kan tak kenal...
kalau kenal aku tak tanya ngok..!
masalahnya aku betul-betul tak kenal dia...!!!
malas nak layan aku end call jek...
tak de masa nak melayan...
aku tak suka nak menjawab kalau orang
suka call sekadar tuk main-main bila aku tanya siapa...
nasib baik dia tak call lagik...
mau nya kena maki dengan aku ...
dulu aku tak berani cuma harapkan abg2 aku...
skrg abg2 aku dah de tanggungjawab terhadap keluarga
dorang maka aku kena belajar untuk mengelak
dari kena kacau... lantak lah...
sebab aku takut kalau nanti melayan
makin melarat tak kuasa aku....baik aku end call
sambung tgk tv...

♥ Baby ♥

Bek dgn pak tam duk sibuk cari
nama baby hehehe...
aritu masa taw bek pregnant aku
janji nak belikan dia buku nama baby
kebetulan betol-betol dia pregnant
giler punya suka mengalahkan bek..
last-last mum belikan ye lah poket aku
kosong maa... Cute gak lepas jek tu
dorang start cari nama sedangkan
bek baru 3 bulan...
macam gitu ke perangai suami
bila isterinya tgh pregnant ermm
what ever lah janji dorang bahagia....
dalam masa sama tak sabar nak tunggu
anak pak tam...rasa macam lambat baby
tu nak keluar

♥ Permata yang hilang ♥

Dah lama nak bukak story nie
tapi macam malas erm....
aritu tgk cite nie di sebalik cerita nie
banyak pengajaran yang dapat
terutama buat gadis-gadis...
aritu pasan gak kat forum
ada cerita sal buku yang bertajuk
" Permata Yang Hilang "
tapi tak faham apa yang nak di sampaikan
oleh buku tu sebab aku sendiri tak pernah
tengok buku tu....
rupanya baru ku tau permata itu
adalah mahkota buat seorang perempuan...
kisahnya ku sangka permata itu ape....
macam batu ke...sengal giler aku...!!
sejak dua menjak nie kesengalan aku
semakin lama semakin dapat di lihat..
entah lah aku sebenarnya seram gak...
seram pasal benda ini lah..
susah jadi seorang perempuan..
bukan bermaksud aku mengkutuk & tak bersyukur
tapi bila persoalan benda sebegini timbul
aku sendiri naik takut...

♥ Cerita baru ♥

Penat ari rabu tak hilang lagik..
penat tapi gembira...
hehe tak sangka akhirnya dapat jugak
jumpa kak Sheila....
selama umur aku 15 masa 2 tahun 2005
aku cuma dapat mendengar suara nya
tapi rabu aritu dapat jumpa orangnya
cantik sesangat orangnya...
tak sangka dapat jumpa dia
rasa macam dalam mimpi saja..
haha harap-harap lepas nie dapat
jumpa dia lagik...
semalam birhday dia....

Monday, 12 January 2009

♥ Jumpa Taha ♥

Hantar mak kak eta balik..
masa nak jumpa dorang tu tup-tup jumpa Taha
Ingat lagik dulu masa darjah 5 segroup dgn Taha
ada jek nak di gaduh tak kira dalam kelas atau dalam bas
gelaran tuk Taha ialah 'Tauhu sumbat, tauhu bakar'
jahat giler aku...!!....
masuk form 3 or 4 gituk lah tak ingat
tertembung dengan Taha...kebetulan masa itu aku
tolong cikgu pegang buku tuk di bawakan nya...
Taha siap tanya lagik nak tolong bawa kan ke...huhu
tak sangka Taha masih kenal aku lagi
dan aku sendiri tak sangka yang aku masih
mengigati muka Taha...hahaha tak sangka dapat jumpa dia lagi...!

Saturday, 10 January 2009

♥ Geram ♥

Geram, geram, geram....
sengal lah devil sampai terkantoi...
sesuka hati dia jek sampai number fon aku
sampai ke tangan bapak dia...
dan paling aku benci dengar perkataan
"menantu"....bila masa plak aku ckp yg aku
nak kahwin dgn devil....
apa dia ingat aku nie apa tak de perasaan ke...
bodoh piang~ bencik...!
aku tak nak kahwin dgn devil...!
aku anggap dia sbg kawan..
tak faham kah dia aku anggap dia kawan
tak lebih daripada seorang kawan...
mana boleh aku ada rasa cinta sebab
aku anggap dia kawan...KAWAN..!!
kenapa dia tak faham...
kenapa susah untuk dia memahami...
dia 2 saja nak kasi aku marah-marah...
angin jek aku dengan dia....!!
kenapa dia x faham2..?????
bencik bila timbul kekusutan mcm nie...
kalau bapak dia call aku tak ke hancusss
konon sport check....lepas 2 kata
fon rosak pakai fon bapak dia sampai lupa nak
deleted msg....nmpk sgt dolak dalik....
menyesal aku kenal dgn org mcm nie...!!!
yang tak pernah nak fahami bila aku kata tak suka
suka mendesak, memaksa......!!!
kenapa wujud org yg sebegini..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 8 January 2009

♥ Tag ♥

Oleh fieqa

A) Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu bekenaan orang yang meng-tag dia

1) Fieqa
2) Best Friend pak din

3) Baru berkenalan

4) Melalui Ym

5) Muka dia macam kawan aku duluk

6) Selalu tolong aku
7) Mata dia sweet
8) Seronok berborak dengan dia

9) Add kat myspace
10) Dia sudi mengetag aku


B) Orang yang kena tag tulis sepuluh perkataan abaout yourselft

1) Manja
2) Suka buat kacau
3) Suka riuh kan rumah
4) Suka tidur bantal banyak
5) Mudah berkawan
6) Mudah tersentuh hati
7) Majuk lama
8) Obses colour pink
9) kaki baca novel
10) Suka buli kakak

C) Do you think you're hot?

~
No...!!

D) Upload ur favorit picture of you?

~ ERK...!!! Malu giler aku...

E) Why do you like that picture?

Tak letak so tak de maksud nya

F) When was the last time you ate pizza?

Bulan 12 tak hengat bape ari bulan
G) The last song you listen to?

Tanpa

H) What are you doing right now beside this?

Tengok tv

I) What name would you prefer beside yours?

Tak de apa-apa nama lain

J) People to tag:

~My blogger friend

K) Who is number one?

~
Black rose

L) Number three is having relationship with?

~
Kawan Pak Din

M) Say something about number five.

~
Tak de number 5

N) How about number four?

~
Pon tak de jugak

O) Who is number two?

Along a.k.a pink lavendar ( love land )

Wednesday, 7 January 2009

♥ Umairah pergi sekolah ♥

Umairah dah start pergi sekolah...
mcm bese masa dah smpi jek tmpt 2
mula pegang kak mai tak nak lepas...
puas cikgu dia pujuk tapi still tak ley lepas...
kesudahannya kena paksa lah...
so menangis lah umairah...
huhu semua budak-budak masuk menangis
pelik sedangkan beriya-iya nak pergi school

Monday, 5 January 2009

♥ Zoo ♥

Semalam pergi zoo s'pore...
tgk animal wakakaka
dah besar2 pon tgk binatang..tapi yang tak best nya
penat giler kaki sakit sib baik pakai selipar kalau pakai
kasut lain mau nya tak ley nak jalan lagi..
yang paling best aku tak bawak camera
tapi posing sakan pakai camera fon
mudah saja tak yah sesusah nak bawak camera..
tak pepasal jadi kanak-kanak ribena...
suka-suka jadi kanak-kanak ribena
pas 2 posing gediks-gediks sampai kena usik jek
auww tak suka tak suka...!!!

Thursday, 1 January 2009

♥ Panggilan ♥

Sejak bila entah selalu sgt aku
tgk couple menggunakan panggilan

papa-mama
papa-ibu
ayah-ibu
daddy-mummy

tapi tak pernah lak dengar bapak-mak
tapi ada gak dlm minda aku memikir kan nama
yang agak sesuai haha
banyak sgt kalau nak di list kan huhu
dulu masa dengan "dia"
tak gunakan perkataan-perkataan nie
tapi gunakan syg-ayg...
skrg dgn member devil-angel
dlm masa sama tak suka kalau mamat tu
panggil aku ayg terasa seperti mamat itu
adalah "dia" tak suka sebab nanti

aku akan mengigati dia

♥ Posting banyak ♥

Erk kalau nampak aku posting
bebanyak tu nama nya aku tgh bosan...
semalam masa gi jusco tak de keje
amik gambar dekat pokok kristmas
ngeh ngeh ngeh nak transfer tak ley lak
mungkin kena fikir cara lain...
what ever lah janji ley send
maybe masukkan dalam friendster
sebab hanya di friendster jek
aku letak gambar sendiri

♥ Sakit ♥

Kakak sakit tapi tak tahu sakit pe...
dah gi Doktor Hafeez siap scan plus
amik darah tapi Dr kata tak de apa-apa
cuma kencing kotor tapi peliknya
bila sakit a.k.a. krem kat perut
mula akan kuar darah ermm nape ye...
cian lak tgk harap2 tak de lah apa-apa...
minggu depan Dr nak jumpa lagik....

♥ Lagu ♥

Aku terpaksa buang lagu dalam blog
bukan pe rasa mcm menyemak lak
tapi adakala nya perlu gak lagu tu...
haha tengok lah kalau rasa nak letak
sok or lusa bila on9 lah baru letak...
skrg nie asyik hari-hari on9...
ntah bila tak on9...

♥ Sms ♥

Bukan nak menunjuk atau mengediks
tapi saja nak letak sebagai kenangan saja...
suka sgt sebenarnya huhu tapi rasanya more
kepada gedik lah tapi tak kira gak nak letak gak...~

Thanks..happy new yer 2 u too..love u always

Suka-suka dah berabad lama tak dapat msg mcm nie....
thanks to my brother sebab sudi menyayangi aku
walau mengetahui aku nie degil sangat huhu....

♥ Wajah baru ♥

Alang2 tukar layout maka aku pon tukar sekalik
cinta terindah kepada my dream my life my love...
huhu mcm nak rak fikir nak tukar apa tak tak menjadi
kesudahannya sampai gak ayat tu ngeh ngeh ngeh...
saat semua org tidur aku jek blom tido lagik...
mata tak gantuk tapi mulut penat sangap....

♥ Selamat Tahun Baru ♥

Baru saja bape minit dah masuk tahun 2009...
adeyy dah 19 cepatnya masa berlalu huhu
selamat tahun baru buat semua yg aku kenali....