Sunday, 30 September 2018

3 lock gituk

Tadi entah kenapa keluar pulak story nak buat face unlock ala ala face id lah tapi versi oppo

So yayaz start dulu then rah then aku haha gigih finger unlock face unlock and password macam apa kekonon semua dalam satu masa lah kekekeke

Masalah aku ialah bila letak muka si kakak boleh pulak bukak hampehh bila try mum tak boleh eii benci lah..!!!

But whatever lah 

Senang sikit bila leceh use jari can use muka hehehehe but nak try fully makeup then test boleh detect tak

Ala contact lens tak de pulak if ada can try jugak buat demo can detect or cannot 

So tired dari smart then pergi tesco kota masai then pergi makan kat adda height cuaca panas aduhaii tak tahan tapi tu lah kan baru panas kat dunia hmm *ayat orang selalu guna*

Hmm nak tidur jek tapi nak tengok youtube nak berangan hahaha

Friday, 28 September 2018

Hidung Keluar Darah

Again hidungku keluar darah lagik hmm rasanya macam tahun nie belom keluar lagik kot as usual every year sekali mesti akan keluar

Dah 2 hari panas membahang so hari nie balik dari amek belanja dapur keluar pulak darah nasib baik dah sampai rumah nak keluar dari kereta kalau kat tesco or giant mana nak carik tissue

Aku nie bukannya spesis suka bawak tissue huhuhu

Panas kan cuaca tu yang badan pon bahang panas so bila dah panas zass keluar darah from hidung

Nasib baik sikit and sekejap walau rasa 2 kali keluar cepat cepat masuk amek tissue lap and nasib baik tak de bekas darah kat bahagian hidung...

Wednesday, 26 September 2018

Ubat Cacing Sofea

Hari nie sofea ada appointment untuk ubat cacing sekali lagi kakak tak dapat cuti so aku kena bawak hmmm

Tunggu punya lah lama pukul 11:04 pagi sampai dekat pukul 2 petang baru settle aduhaiii

Mula mula sampai jumpa tempat duduk tanya sofea nak milk then dia minum tapi lepas tu macam loya and terbelahak adeyy 

Aku syak dia mabuk sebab orang ramai sebab aku pon dah mula nak mabuk tengok orang ramai dengan budak susah nak explain

Masuk bilik no 3 aduhaii punya lah lama menunggu kalau injection cepat weyy 

Mabuk lah orang ramai menunggu lama no aircond kipas macam tak rasa arghh dulu pergi tak rasa macam ginik tapi nari boleh pulak rasa macam ginik stress aku

Next appointment kakak kena jugak amek cuti aku dah tak sanggup..!!

Tuesday, 25 September 2018

Berangan Je Lah

Gambar yang di amek kat google ke Pinterest gituk lah so not mine maybe one day hahaha

Aritu berangan dengan rah kononnya nanti ada duit nak ada bathtub sendiri then beli bath bomb from lush lagipon dah bukak kat malaysia (KL, Pavilion)

Bayangkan air suam suam panas then letak bath bomb lepas tu sambil tengok drama korea dengan bukak lilin bath and body works flavor lavender or anything yang boleh rilex

Enjoy me time di kala malam hari fuhh indahnya dan nikmatnya maybe satu hari nanti aku akan jadikan ianya reality

Then rah kata nanti macam mana nak tukar bila dah habis episode kalau ipad kena air macam mana so aku jawab make sure ada towel and tak perlu letak air or makan macam yang selalu dibuat hahaha

Kenapa bath bomb lush?? 

Sebab aku baca ramai kata best badan wangi jek bila pakai sampai esok wangi kalau pagi mana sempat nak enjoy me time so malam jek lah sempat huhuhu

Tapi kalau tak kahwin syok lah buat bila kahwin mana boleh buat sebab ada anak so mana boleh buat semua tu then rah cakap haah ekk kuikuikui 

Lepas tu kena pastikan lampu toilet ada 2 jenis iaitu 1 normal lampu untuk mandi shishi or poopoo manakala 1 lagik lampu ala ala romantic untuk berendam macam badak berendam wakakakka syok ekk berangan :P

Memang kat toilet belakang ada bathtub tapi dah tak boleh pakai sebab si tikus jahanam kerjakan kalau tak siap ada macam ala ala water apa ntah damn you tikus..!!

Kenapa lah dulu tak jumpa bath bomb kalau tak boleh beli boleh buat macam gituk hmm 

Tak pe lah hanya mampu berangan jek mana taw satu hari nanti ianya menjadi kenyataan siapa taw kan..!! *Ayat sedapkan hati*

Sunday, 23 September 2018

Overload Selfie

Tadi lepas zohor yayaz balik sekolah pergi kenduri kahwin sedara and aku as usual siap awal sebab nak makeup and hari nie aku use lagi too faced sweet peach palette

Settle siap pakai tudung makeup kan si kakak ngam ngam yayaz balik school nasib baik aku dah settle kan diri

Dah siap makeup wajib lah selfie kan so sementara menunggu yang lain siap selfie dengan mum kebetulan mum nak amek gambar dengan daddy so apa lagik selfie time 

Majlis kat galeri gulam tampoi dah lah tak bawak kad so dari jauh macam tak ramai orang dah masuk parking melilau mata carik orang kenal sebab takut majlis orang lain kuikuikui

Nasib baik nampak laki kak waydah so fuhh betol lah majlis hahaha so masuk dengan confident sebab betol

So bebual kejap coz mum pon dah tak lama tak jumpa masa dorang hantar card tak dengar panggil dorang bell sekali and sadly bell tu dah tak berfungsi aka rosak

Dah settle bebual carik tempat untuk makan and as usual amek extra suap yayaz sekali then dah nak habis yayaz mintak nak nasi sahaja hmmm tu jek lah kerja si yayaz

Masa amek nasi yayaz jumpa cake macam cake marble so amek lah apa lagik lepas settle makan nasi makan cake ehh macam mana nak diet nie...!!!!

Settle makan selfie time start lah carik port but before carik port touch up lip cream dulu hehehe

Tak pernah aku selfie atas pelamin tadi tiba tiba jek aku buat pengantin dah keluar aku selfie siap gambar pelamin siap fully pelamin nampak grrrr 

Masa fad kahwin dulu pon aku tak selfie atas pelamin dia wakakkaa kakakakka

Jadik lah ekk merasa sedangkan aku tak sure adakah aku akan naik pelamin akan datang :P

Mum bebual dengan kak waydah amek gambar tukar no phone ye lah as usual mum kan baru tukar no phone so semua contact hilang sebab no lama mum kat handphone lama mum buat hal semua no hilang

Then jumpa photo booth apa lagik orang tak ramai ini lah masanya untuk selfie hehehehe

Siap selfie diri sendiri use crown entah haper haper jek aku nie

Hari nie mood a bit ting tong tu yang buat macam gitukk

Malasnya nak bersihkan makeup yang penting tukar baju and amek balik gambar yang guna photo booth untuk jadikan as profile picture gigih i taw hahaha

Saturday, 22 September 2018

Luahan Hati Ku

Aritu aku rasa happy coz aku dapat balik Instagram tu but lama kelamaan aku rasa macam something tak kena dengan account tu hati aku asyik nak tukar jek instagram lain tapi otak aku kata tak payah

Berkali kali perasaan tu datang tapi aku tepis sebab fikir berapa banyak kali daa nak tukar stress orang yang nak kena add aku hahaha

Then masa tukar phone a83 tu suddenly tak boleh log in kena hantar security code masa tu aku rasa nie lah masanya untuk aku tukar but aku ingat password email tu ciss 

Bertahan use walaupon nak sangat tukar lain tapi entah lah

Sampai lah satu hari tu aku rasa macam tak boleh nak in lagik so aku zass bukak laptop sign up kalau sign up guna phone nanti keluar suggestion friend from fb

Bila tukar Instagram lain dia punya feel fuhh lain macam perasaan yang dulu tu pon dah hilang so aku can use username "princess" tanpa risau sebab aku suka usernames princess tak taw kenapa

Later aku nak deactivate Instagram yang tu biar lah terkubur untuk seketika belom masanya untuk aku buat kerja deleted satu per satu gambar

Macam lega pulak bila dah luahkan apa aku rasa nie wakakka nonsense seyy 

Lepas tu ada jugak feel macam kenapa aritu tak teruskan jek instagram yang create sanggup deleted tu sebab nak continue yang lama haiyaaa

Tapikan better start new dari terus use yang lama sebab nanti akan rasa feel macam ginik berterusan sampai tukar lain baru rasa macam freshh

Maybe instagram tu harus dibiarkan tak berusik lagik hmm entah lah gasak lah 

Friday, 21 September 2018

Seram: Tak Kuasa Nak Layan

Aku syak benda tu geram sebab aku tak kuasa nak layan kacauan dia lah muahahaha siapa suruh kacau aku kan dah kena ignore wekkkk

Disebabkan tadi makan keseorangan kat dapur then sambil menikmati ayam aku dengar bunyi kesek kesek macam ada benda usik sana sini so just ignore jek lah kan 

Lepas tu rasa macam ada orang duduk bawah meja macam si sofea selalu buat dah lama sikit baru aku jenguk bawah meja wakakaka nasib baik tak tunjuk muka walaupon dalam masa aku risau jugak nak jenguk

Tak lama lepas tu aku rasa macam ada angin lalu kat kaki tapi aku just husnozon kononnya kipas sebab tu rasa gituk wakakka nampak tak lapar punya pasal ignore semua benda

Then dah settle basuh pingan teman kakak makan ehh ehh nampak lalu dari arah depan masuk ke dalam ke tempat rak baju sofea cisss hampagas betul

So aku sengaja buat rasa kat kaki macam tadi masa kipas tengah pusing ehh rasa tu tak sama macam aku rasa tadi sejuk woo 

Maybe dia kacau masa makan aku ignore benda tu bosan blah then show yang dia jalan babisss betol....!!!

Tuesday, 18 September 2018

Goodbye Path


Woww tak sangka path pon akhirnya menutup service dia

Aku terjebak dengan path masa tahun 2012 masa tu ternampak kat satu blogger nie dia use so aku try download feel best seakan akan facebook jugak

Tapi yang nie bestnya ialah kita nak tidur then can buat time tidur so bila bangun kita click i'm awake so nanti boleh check berapa lama kita tidur adakah cukup 8 jam or kurang or terlebih

Aku banyak kali buat account then remove lepas tu lupa email lupa password then create lagik huhuhu

But lepas nie no more path yang boleh track waktu tidur ku lagik

Good apps tapi tak ramai yang use tapi lama jugak bertapak dan bertahan

Bye path terima kasih untuk memory yang dahulu

Tak Boleh Tidur

Aku tak boleh nak lelapkan mata entah apa yang tak kena pon tak taw lah padahal dah baca doa sebelum tidur hmm

Stress fikirkan period aku yang tak kunjung lagik aku takut if kes lama berulang peruod problem seksa woo ulang alik hospital amek ubat untuk stabilkan everything 

Maybe sebab aku extra stresssssssss few days nie lepas tu maybe aku makin gemok mana tak asyik makan makan makan lelagi bila diet dah ke laut

Aku nie badan tak boleh naik confirm period buat hal tapi tu lah ikutkan kena kurus but asyik diet ke laut acaner tu

Dulu masa sekolah exam stress then period delay now asyik stress jek so petanda jugak benda yang sama macam time sekolah dulu 

Lepas tu few days nie jugak aku stress dengan diri aku sendiri berperang dengan perasaan aku bukan sebab in love nope aku tak akan in love dengan sesiapa pon apatah lagik kahwin

Cuma aku stress dengan kehidupan aku yang ada jek serba tak kena bila agaknya sihir akan berakhir..!!!

Hmm apa nak buat supaya period muncul tak nak jadik macam dulu cukup lah sekali terkena tak nak berulang kembali...

Bila tak datang period terus tak datang but bila keluar amek kau bukan main banyak sampai rasa darah fresh pon keluar ngeri teringat balik seksa woo

Sampaikan bila period aku keluar banyak pon aku risau kena macam dulu nie bila tak keluar lagik lah risau semua serba risau

Aku bukan apa dulu ada duit untuk pergi hospital kasi settle dengan ubat but now duit ngam ngam sebab tu aku kena elakkan dari terjadi lagik

Susahnya bergelar aku semuanya serba stress...!!!

Monday, 17 September 2018

Berangan Itu Indah

Seperti tittle semua setuju yang berangan itu indah sebab in reality apa yang kita nak mustahil untuk menjadi kenyataan terutama apa yang aku idam idamkan

Sebab anganan tu memerlukan duit yang banyak untuk ianya boleh tercapai hmmm

Orang boleh kata kalau nak ianya jadi kenyataan kerja dapat duit then kumpul mesti akan boleh dapat

But tak ada siapa yang faham situasi aku cakap memang lah mudah entah lah susah nak aku bebelkan 

Kan best kalau ianya boleh menjadi reality satu hari nanti...

Sunday, 16 September 2018

Makan Mozzarella Chicken Lagi

Pergi lagi sini ehh minggu lepas baru pergi then pergi lagik hahahha sebabnya si pak tam nak makan mozzarella chicken burger

Kali nie dah on the way call cakap nak order so masa sampai dah siap makan cuma tinggal order air jek

Mum ikut sekali hoyee shuker shuker so enjoy the burger 

Aku makan Mozzarella cheese part last sekali perghh dia punya nikmat masyukkk haha mana tak gemok cakap jek nak kurus tapi tak dapat nak kurus sebab asyik makan

Rah kebetulan ada so rezeki dia dapat lagik makan and dia pon suka hehehe

Gigih aku makeup well rah pon makeup sekali kali nie nak test power simple skill untuk eyeshadow ^_^

Okey now nak cuci makeup tadi sebelum keluar dah settle baju sekolah yayaz buku sekolah yayaz ehh salah ayat dah settle kemas beg sekolah yayaz

Kang jap gi nak layan youtube pulak

Saturday, 15 September 2018

Princess Username

Finally i can use username princess kat my Instagram muahahahhaa 

Dah lama idam but cannot buat sebab kang muntah hijau cousin and friend tengok username instagram

So dah tukar baru tak add mereka baru can use "princess" username..!!!

Tuesday, 11 September 2018

Salam Maal Hijrah

Salam maal hijrah aka tahun baru islam buat semua ^_^

Orang lain pergi holiday lepas tu kena tempuh jalan jammed but keluarga aku lepak kat rumah jek tak ke mana mana pon

Lepas tu masing masing qada tidur sebab cuti kan ehh salah si kakak kena kerja wawawa

So pak tam settle kan urusan apa ntah

Ehh yang qada tidur tu aku..!! Kuikuikui

Nonsense post lah kan

Salam Maaf Hijrah ^_^

Semoga tahun baru islam nie pertingkatkan ibadah and berjaya dalam kehidupan Amin

Monday, 10 September 2018

Dapat Apa Yang Diidam

Syukur Alhamdulilah berjaya dapat apa yang selama nie aku idamkan aka wish list yang aku nak sangat sangat

Berjaya beli cuma tak sure bila nak pakai and tak sure bila boleh upload kat instagram twitter dengan blog or vlog hahahaha

Nanti lah akan datang akan aku buat kerja ^_^

Syukur Alhamdulilah terima kasih Ya Allah terima kasih Mum

Sunday, 9 September 2018

Mozzarella Chicken


Pak tam nak makan lamb chop so mencari cari mana tempat yang best paling penting no sst or another caj huhuhu

Kakak carik kat fb then ada kat kampung sg danga perling fuhh jauh pergi sampai ke situ kuikuikui

So sampai order apa yang nak si yayaz nak tower burger and aku umairah pilih mozzarella chicken burger kakak pak tam lamb chop and sofea chicken chop

Sedap weyy tak sia sia pergi jauh then makan and kalau lah cheese mozzarella tu panas confirm boleh tarik jauh hahaha

Kids enjoy makan orang besar pon so okey lah kan apa lagik nak janji sedap and harga tu sesuai dengan rasa

Paling menyampah rasa tak sedap harga jek mahal huhuhu

And aku tetiba rajin nak makeup and simple makeup jek kira laju laju makeup and ianya okey lah

Lepas tu gedik selfie lama tak selfie tu yang lepaskan gian test power oppo F7 gitukkk

Sementara tunggu kakak dengan pak tam habiskan makan aku edit gambar dengan letak watermark malas dah nak edit satu persatu so just use collage jek sonang kerja aku kuikuikui

Belikan mum dengan daddy sekali bawak balik sekali nak belikan mozzarella chicken untuk mum dah habis so ganti with beef and daddy as usual lamb chop huhuhu

Balik hantar umairah balik rumah dia then settlekan barang sekolah sebab esok dah sekolah no more cuti kalau lah sambung cuti bestnya hmmmm

Masa untuk cuci makeup kemudian restkan badan atas katil yihhhaaaa

Thursday, 6 September 2018

Habiskan Makeup

Selalu bila before sleep berangan kalau kaya nak beli apa bla bla bla padahal masa tu tengah syok cakap aku nak beli vlog camera lah laptop baru lah imac lah hahaha berangan syok aper

Then entah macam mana aku cakap dengan yayaz 

Me: Kalau kita kaya kan yaz asu nak beli skincare laneige dengan makeup..(belom habis cakap dah kena potong)
Yayaz: Habiskan dulu makeup asu then baru kita beli makeup baru
Me: Asu nak beli dream eyeshadow palette jek lepas tu dah tak beli lagik
Cett dia beli toys banyak banyak boleh bila part aku nak beli makeup banyak banyak tak boleh apa pon tak boleh lah budak masham sorang nie

Hahaha actually memang dah niat just satu jek lagik palette then stop beli or maybe kalau ada promotion untuk simpan stock macam mascara ke eyeliner ke

Tu lah bila budak banyak mulut bersuara sabo jek lah geram rasa macam nak gigit jek taw tak...!!!

Wednesday, 5 September 2018

Ikea Adventure Gitukk

Si sofea sibuk nampak ikea dok panggil kea kea dia nak pergi ikea aritu lalu pon sama bising then jalan arah lain alahaii nangis wakakka apa kes budak kecik oii

Then pak tam tak sampai hati bawak lah pergi and use tali kat tangan pasal minah sorang nie boleh tahan membuas tak mau pegang tangan so malas nak handle sumbat jek dalam stroller wakakkaka

So bawak lah pergi sempat jugak melantak meatball tapi tak jalan banyak sebab pak tam dah naik mabuk haha terpusing pusing tak heran langsung tali tu apa daa

Tapi sempat lah aku tengok nie lah tu lah then bebel bebel hahaha actually tak payah bebel pon boleh but aku pilih untuk bebel sebab saja nak kasi memekak

Pergi hari biasa ok lagik jangan weekend or hari cuti tak sanggup aku nak hadap orang ramai boleh naik mabuk woo tak sanggup dengan budak lagik haishh no thanks

Then nampak lampu cermin walaweyy bahagianya hidup kalau kat middle tu letak meja makeup by the way dalam gambar tu ada gambar lampu tu haishh gerammm jek

Maybe one day but kena bilik luas lah untuk buat or maybe beauty room bilik khas full with makeup haishh bahagianya hidup ku lolz

Just jalan kat show room jek kat bawah tu jalan tak de apa apa untuk dibeli so nahh no need go situ 

Terus balik dari ikea si sofea start balik dedar haishh musim kan dah panas terlalu terik then hujan lebat so agak kecelaruan so virus pon syok lah merebakk kasi demam batuk selsema package yang selalu kena hmm

Hope tak kena menjangkit lah kalau demam dah serang aduhaiii tak sanggup lah 

Balik isi minyak amek mum then pergi makan mee rebus aku amek gambar but masa tengah on the way isi minyak aku dah edit gambar dengan watermark so macam malas pulak nak edit lagik hahahha dasar pemalas ekk

Kejap lagik nak edit vlog banyak sangat vlog lama yang aku tak edit ada tu dari bulan February punya aku tak edit tak upload hmm pemalas sangat

Lepas tu aku ingat lepas nie nak rajin pakai skin care and rajin simple makeup macam dulu dulu hehehe hope berjaya lah nak buat

Kesian makeup aku jarang sangat use but asyik nak beli jek if ada duit kuikuikui

Okey nak edit vlog bye bye

Monday, 3 September 2018

Bila Dedua Demam

Yayaz dari malam merdeka demam balik balik then bila malam naik panas mengigil so bawa pergi klinik dapat mc 2 hari patut lah kasi ubat tak baik rupanya tonsil bengkak

Lepas tu tadi tengah hari haba tiba sofea pon demam jugak badan dah dedar panas aduhaii 2 ketol nie

Aritu demam pon sama sama then now demam pon nak sama sama jugak ape kes

Cepat lah baik risau la kalau sakit nie

Saturday, 1 September 2018

Chapter 9

Hello september chapter 9 untuk 2018 and also welcome back SST haishh dah lah skincare makeup 10% bukan sikit weyy banyak sedangkan gst yang 6% pon semut nak beli nie kan pulak 10% nak lawa pon susah lah

So bulan nie permulaan bulan stress sebab semua akan amek kesempatan menaikkan lagik harga barang and ianya semakin mahal

Ibarat keluar mulut buaya masuk mulut naga but semua kata ohh sst murah lah tak macam gst percaya ke dulu masa nak lancarkan gst pon cakap gst lagik murah tapi makin melampau harga naik

Hmmm so stress lepas nir if nak beli skincare makeup baru and nak beli urban decay punya palette pon mesti tak kan terbeli sebab akan naik lagik harga 

Arghhh so stresssss