Thursday, 31 May 2018

Nasi Mcd


Semalam yayaz berjaya puasa penuh yeaayy tapi untuk suruh dia puasa penuh kena kasi reward wakakaka

As usual reward baba kena kasi RM2 nenek kena kasi RM1 dengan buka puasa kat mcd memula dia nak happy meal tapi last minute plan tukar yayaz makan nasi lemak mcd

So yayaz request tak nak tuisyen sebab puasa penuh padahal esok exam then janji nanti balik mcd nanti belajar then okey lah sebab nak kan yayaz puasa penuh punya pasal

Siap pergi beli kuih kat bazar sebab just buka dulu then mum solat baru boleh gerak pergi mcd leceh pulak kalau buka kat sana mana mum nak solat

Dah nak dekat dekat buka pukul 6 lebih dah start bila nak buka tapi tak rengek still under control wakakkaa ada jugak yayaz bebel lapar lapar then pujuk mcd tengah tunggu yayaz

Main dengan sofea kejap itu pon aku tak kasi kang jap gi haus lah lapar lah no energy lah ada jek

Alhamdulilah yayaz berjaya jugak puasa penuh and masa buka laju je minum air makan kuih then makan kurma lapar kan mum settle solat terus gerak pergi mcd

Muka happy jek bila suruh puasa penuh lagik tak nak cett apa daa hmm tak pe lah yayaz nanti cukup time yayaz puasa penuh sebulan okey

So kitaorang pon boleh bangga yang yayaz boleh puasa penuh ^_^

Sunday, 27 May 2018

Happy Birthday Daddy

Hari nie birthday daddy tapi daddy tak cuti pon daddy kerja hmmm tak celebrate apa apa pon cuma malam semalam kakak masak steam ikan kira untuk birthday daddy lah

Nari uruskan renew lesen daddy ingat nak renew kat tesco seri alam tapi orang punya lah ramai so kalau buat jugak rasanya terawih nanti baru settle wakakkaka

Lepas tu pergi tesco apa benda ntah jual half price then carik serika sebab yang lama menunggu asa untuk jahanam dari tesco pergi amart amek cermin mata pak tam yang agak lambat siap berbanding cermin mata yayaz dengan daddy

Balik dari amart pergi giant plentong untuk renew lesen daddy Alhamdulilah sempat renew kalau tak kena bayar untuk 2 tahun rm62++ kalau tak silap huhuhu

Ingat balik nak ke econsave tapi tak sempat adeyy seharian berjalan tak larat wooo

Happy birthday daddy we love you super duper muchhh...

Saturday, 26 May 2018

Seram: Anak Pontianak

Aku nak bukak story nie dari 2 hari yang lepas tapi tak berani nak typing malam hari sebab terasa macam teringat ingat then terbayang bayang pulak wakakakka

Kalau siang hari tak pe nie pon dok terbayang jugak wakakaka but can wat donno jek

Bulan puasa pon kena kacau mum nampak macam budak umur bawah yayaz tapi atas sofea dalam 3 until 8 tahun tengah duduk kat meja makan rambut kusut

Then kakak kan tengah buat kuih raya so nanti dia kerja dah tak payah penat nak buat then benda tu kacau naikkan suhu kat oven 200 nasib baik tak rentung kuih raya siot jek

Kakak tegur amek kau lebam and tangan sakit eii orang nak buat kuih raya kau kacau bulan bulan puasa pon nak jugak mengacau ehh

Mum cakap dah nampak balik kelibat tapi kali nie laluan lain lepas tu kakak mimpi ada pontianak dalam rumah hmmm

Betol jugak aku cakap dengan mum ntah ntah yang mum nampak tu anak pontianak tapikan aku macam terbayang pulak apa yang mum cerita

Pasal aritu masa puasa ke berapa ntah sebelum mum nampak kakak mimpi tu aku tengah nak duduk untuk buka puasa then nampak kat tingkap macam budak tengah jalan rambut hitam tapi rasanya tak kusut kot and zass terus hilang

So aku syak dah datang balik as usual jenis yang lain sebab dah jenuh tangkap yang lepas lepas hmm tak puas lagik ehh nak mengacau..??

Insaf la wey bulan ramadhan nie hmm

Wednesday, 23 May 2018

Bermula Hari Stress

Esok bermula lah hari stresssss hari yang tersangat lah stress sampai lah 31 mei nanti

Yayaz esok ada exam pertengahan tahun then cikgu arab cakap siapa tak dapat A nanti kena rotan adeyy bila dengar macam gituk yayaz kata tak nak pergi sekolah pasal dia tak reti

Alamakk apa boleh buat dengan budak disleksia yang masih merangkak rangkak dalam pelajaran then aku cakap tak pe pergi jek buat semana yang yayaz mampu

Hope yayaz buat properly and tak buat hal haishh benda yang paling menakutkan aku setiap kali exam hmm yayaz please buat properly buat slow slow buat mana yang yayaz mampu jek

Yayaz complain masa tak cukup hmm buat kita yang normal yes but yayaz sangat sangat tak cukup sebab dia mengeja bila baca satu per satu and sometimes apa yang dia eja kelam kabut

Disebabkan esok exam si yayaz tidur awal kol 8 lebih dah tidur hahaha tak pe take rest esok exam jawi arab dengan pendidikan islam budak seketol nie bukan bawak balik buku pendidikan islam and arab aku tak pandai dulu zaman sekolah mana belajar arab

Tak pe kang lepas sahur study sikit lepas tu sambung tidur menunggu alarm untuk pergi sekolah bunyi

Aku jugak jadi extra stress sebab risau hmm cayok cayok yayaz boleh buat

And today aku dah start puasa muahahaha dah seminggu orang lain puasa then aku baru start muahahaha and today bila lepas asar Ya Allah lembik seketika lepas tu bahu bukan main sakit macam pikul beg isi batu sabo jek lah

Selsema pulak kejap okey kejap tak eii sabo jek lah tapi dah malas nak makan ubat sebab karang macam aritu tidur tak sedar diri bukan main lama aku terbongkang....

Rilex..cool...

Tuesday, 22 May 2018

2 Ulser

Belum start puasa then naik 2 ulser kat dalam mulut satu bahagian bawah 1 bahagian atas adeyy

Nie tak taw lah bila akan kecut dah kenapa ulser bulan bulan pose jugak nak muncul kan diri sekali 2 pulak tu

Time nie jugak selsema muncul batuk muncul sakit kepala muncul selalu dorang nie suka muncul dah nak last puasa but kali nie awal puasa pulak

Haishh go away lah kacau jek lah sakit pulak tu kalau terkena uwaaa

Agaknya panas lah kot cuaca kejap hujan kejap panas kalau kena panas ya Allah teriknya sampai bikin sakit kepala seharian kalau nak hujan then hujan sejukk jekk

Dugaan bulan ramadhan lain sikit dengan dugaan bulan biasa hmmm

Hey ulser please go away..!!

Monday, 21 May 2018

Nak Buat Reaksi Apa


Kacang panjang 6 batang berharga RM1.70 tak taw lah sama ada nak gelak ke nak nangis hmmm

Bila agaknya harga nak turun semua benda dah penat nak hadap semua serba mahal kadang kadang harga tu rasa macam tak logik hmmm

Dulu elok jek beli barang semua murah tapi makin rasa mahal sejak 2014 aka sejak GST muncul huhuhu

Aku jumpa gambar lama milo kotak besar dulu baru berapa RM sekarang dah jejak RM6 ke RM7 sedangkan dulu baru RM4 ada sen tapi lupa sen berapa

Now nak beli apa pon kena fikir berkali kali woo stress seyy

Sephora pon naik harga lepas tu etude house dulu pon naik harga over now semua naik harga hmm

Bila dapat balik harga macam dedulu huhuhu berangan jek lah kan

Hope bila GST jadik 0% and harga barang makin murah macam dulu balik

Sunday, 20 May 2018

Mula Dah Sakit

Eii apa nie masa start puasa tekak rasa semacam and selsema pon muncul aduhaii pe hal pulak baru start puasa dah nak sakit

Memandangkan aku tak puasa lagik so still boleh hadap lah tapi nak kena pastikan semua virus nie berambus before aku dah start puasa hmmm lagik few day dah boleh puasa nie

Ari jumaat aritu aku makan ubat selsema dengan panadol so lepas beberapa hours dah mula rasa gantuk but steady lagik siap pergi tesco wakakkaka

Lepas jek buka ehh mata dah mula gantuk semacam so ala just take nap jek lah mum pon bising tidur sekarang nanti malam tak boleh tidur huhuhu dah macam sofea pulak

But aku tidur lepas buka tu and sampai ler pagi kol 10 amek kau punya lah mengantuk semacam jek boleh pulak bantai tidur sampai gituk nasib baik tak puasa so semua boleh skip wakakakka

Tidur macam dah beberapa hari tak tidur dasyat weyy

And malam tadi kol 11 malam pon rasa mata tak gantuk mentang mentang malam jumaat tu tidur bukan main lama wakakaka

Tapi masuk jek kol 12 tengah malam dah mula rasa gantuk hehehe but pagi tadi nak bangun aduhaii susah giler macam sayang jek nak tinggalkan bantal

Haishhh tekak stop lah sakit tekak and feel tekak kesat dan hidung stop selsema aku nak puasa tak lama lagik please kasi aku focus pada puasa and rasa selesa....

Arghhh gantuk giler mata....

7:34AM (bila nak sampai rumah)

Friday, 18 May 2018

Kenapa Kucing Tak Berpuasa

So how puasa tadi and Alhamdulilah semuanya berjalan lancar cuma si yayaz jek setengah hari hahahaha

Yayaz bebel lapar and lapar and lapar aku suruh tengok tv sekali cerita scooby doo buat scene makan apa lagikk rengek lagik lapar lapar lapar wakakaka yayaz kalau yayaz dah besar jumpa blog asu so baca balik nie

Lepas dah diam kejap aku tengah scroll twitter then yayaz dekat masa tu aku tengah tengok video kucing so sekali lagik yayaz cakap kenapa kucing tak payah puasa kenapa manusia kena puasa

Aku dah mengekek gekek gelakkan budak sorang nie tu lah bangun jek sahur suruh makan ke minum tak nak sekali hah amek kan dah lapar

Dok bebel jek dengar azan zohor laju jek mintak buka siap makan extra nasi goreng masa sahur lagik wakakakaa

Keluar kejap pergi jusco carik baju sofea kebetulan baju melayu yayaz dah settle tinggal carik sofea punya sekali tak de pulak ada match color but baju tu besar tak muat hmm

Lepas pusing pusing cuci mata balik masa nak balik bukak grab bukak apps ehh pe hal umobile kakak buat hal so kakak suspect phone dia problem pasal sofea baling hmm

Settle sampai rumah rupanya ramai bebel kat twitter pasal umobile then phone aku pon sama jugak hmmm tunggu jek lah

Lepas buka puasa pergi smart carik baju sofea Alhamdulilah jumpa fuhh jenuh mencarik then promise yayaz bawak makan mcd so bawa makan kasi bebudak enjoy

And again umobile still tak boleh haishh jenuh dok bebel kat twitter nasib baik ada wifi kalau tak confirm stress semua tak dapat buat

Katanya upgrade network ke apa punya lah lama baru okey kejap ada line kejap emergency calls only macam tu berulang kali

Then bila twitter umobile cakap dah boleh aku pon try lah off on kan balik but still cannot grr dekat kol 12 tengah malam baru boleh hmm

Sebab tu entry bebel nie jadik lambat sebab stress tak boleh nak call... 

Wednesday, 16 May 2018

Salam Ramadhan

Esok kita semua umat islam akan bertemu dengan bulan mulia iaitu bulan ramadhan

So this year tak sure either akan terjah bazar ramadhan or not as usual every year cakap tak nak pergi tapi pergi jugak wakakaka

Hari nie semua dah start terawih pertama 2018 and mesti azam every year nak buat sampai habis puasa kan kan kan

And nampak gayanya tahun nie puasa pertama aku tak dapat sambut tengah hari tadi kena period wakakaka esok puasa today period datang wakakaka

So apa apa pon selamat menyambut bulan ramadhan buat semua ^_^

Tuesday, 15 May 2018

Appoiment Test IQ

Hari nie kol 12 appoiment untuk test iq si yayaz hmm pergi mak aii ramainya orang wakakaka macam macam jenis ada

Lepas nama panggil check berat and tinggi alahaii kudutnya si yayaz cuma 23.7kg jek makan bukan main banyak tapi tak taw kenapa tak jadi isi hmm

So kena tunggu seketika sebab doctor ada emergency so lambat sikit lepas dah test segalanya Alhamdulilah test iq normal cuma tu lah tahap baru 1 maybe sebab yayaz baru ada hati nak belajar so agak slow sedikit proses

Yayaz jenis tak yakin diri dia boleh baca dia seakan akan takut tak berani nak mencuba hmm macam mana nak kasi yayaz berani dengan diri dia yang dia boleh baca tak selancar seusianya tapi masih boleh baca

Dapat 3 sticker dinosaurs and si yayaz lekatkan kat card appoiment so boleh buat ala ala collection lah gitukk hmm

So next appoiment bulan 9 fuhh nasib baik tak kena time bulan puasa kalau tak haishh lepakk weyyy

Untuk next appoiment ada lagik 2 test so dapat beri rumusan apa yang menyebabkan yayaz susah nak focus bila time belajar and dia cepat boring bila terlalu lama kena baca or tulis sesuatu benda

So everytime untuk beri kerja kena beri something so baru kerja tu dapat diselesaikan hmm

Balik tu beli pau daging sambil tunggu pak tam amek then ngap bila pak tam sampai pau pon habis so pergi sayed kat tepi jalan makan nasi ayam goreng kuah madu

Memula nak pergi jusco carik baju melayu raya si yayaz tapi tak jadi so pergi kempas buat cermin mata boleh pulak power naik plus ada silau pulak hmm

Masa test mata si yayaz dia bila part huruf no 5 tu jadik e lah s lah then dia cakap tu tulisan cina ehh then explain dengan orang tu pasal kes si yayaz minta tunjuk huruf baru okey dia ingat yayaz main main je cakap gituk

Balik je rumah yayaz makan kejap sofea minum susu habis urusan bebudak pergi giant carik baju mengecewakan sebab tak de jugak pergi tesco pon sama tak de aikk tahun lepas bukan main banyak ada jual

Baru ingat before puasa settle kan baju budak budak but nampak gayanya masa puasa kena jugak berjalan mencari baju bebudak hmm

Yayaz cakap agaknya BN kalah sebab tu baju pon tak banyak jual and tak ada sangat wakakka apa kena mengena baju raya dengan politik haishhh....

Then pergi diy carik something untuk cikgu favourite yayaz and settle kan apa yang dia nak then fuhhhh tired giler rabak seyy nak cuci muka pon malas

Golek golek atas katil bukak aircond syok woo

Aku malas nak edit and upload gambar wakakka penat lah nak buat...

Sunday, 13 May 2018

Happy Mum Day

Happy mother day for my nyawa my mum my everything sorry tak ada bunga lagik kalau lah boleh belikan memang akan beli kan yang palingggggg special khas untuk mum

Maaf jadi anak yang degil tak nak dengar cakap

Maaf jadi anak yang tak pandai masak sehingga mum everyday kena masak

Maaf jadi anak yang tak tolong mum apa apa kerja

Maaf jadi anak yang suka buat perangai

Maaf jadi anak paling worst sebab tak boleh nak belikan mum apa apa

Maaf jadi anak palinggg teruk

Maaf jadi anak yang selalu menyusahkan mum

Maaf jadi anak yang selalu buat mum risau

Maaf jadi anak yang tak sempurna

Saturday, 12 May 2018

Makan Meatball Before Puasa

Before puasa mari makan meatball ikea hahaha kebetulan ada free makanan for kids tunjuk jari ada tanda ink mengundi then pilih either nak meatball or nugget dengan pasta

So jimat lah si yayaz kira harga kids meatball tu dia boleh beli benda lain dia just bayar harga nugget hahahha

Kitaorang memang suka beli kids meatball sebab suka makan mashed potato sodapp kalau beli orang besar punya dapat 1 jek kalau beli kids dapat 2 walaupon harga 2 kids tu agak mahal wakakakka

Pergi just jalan jalan cuci cuci mata buang segala lemak and aku nak carik something for decoration gitukkkk

Pergi pon dah nak dekat kol 5 petang so sampai jek jalan bawah dulu lepas dah puas cuci mata ingat nak beli hotdog time nak makan meatball then yayaz cakap lapar bawak pergi makan stop kejap kunyah kunyah

Habis makan naik display part ingat nak jalan jalan but tengah jejalan tetiba aku teringat kan cuti kalau lambat meatball habis pulak kan better makan meatball dulu

So makan dulu habis makan tukarkan baju sofea then sambung jalan but tak tengok banyak sebab dah nak kol 8 malam kan

Asal gi ikea mesti akan terpusing pusing jalan mencari jalan keluar wakakkaa still tak hapal jalan lagik hmm bila nak hapal ekkk...!!

So settle makan meatball before puasa kang nanti takut tak menyempat sebab lepas buka dah malas nak pergi

Lepas puasa baru sambung balik makan meatball hahahhaha...

Thursday, 10 May 2018

Appoiment Terapi Bulan May

Hari nie appoiment terapi yayaz untuk bulan may last aritu bulan january kira after 5 bulan lah ikutkan hari nie yayaz ada geng sama sama disleksia but budak tu tak datang hmmm

Appoiment kali nie kol 8:30 pagi and sangat ler kelam kabut dengan mana aku tidur pukul 2:30pagi sebab nak taw keputusan siapa menang wakakaka semangat pulak kali nie al maklum i kan pergi mengundi hahahha

Pagi bangun mengagau carik phone nak tutup alarm rupanya aku tertidur tanpa letak phone kat tepi as usual yang aku buat wakakaka nasib baik lah tersedar dengar bunyi alarm kalau tak terlajak and bangun jek scroll twitter nak taw siapa menang wakakka 

Jalan lenggang giler sampai hospital pon orang tak ramai and ingatkan tutup rupanya bukak and maybe sebab cuti so orang ingat tak de ohh ya cuti 2 hari khamis jumaat tapi kes johor jumaat tu ganti ahad yeaayy yayaz cuti panjang and aku off alarm selama beberapa hari

Ingatkan terlambat then ada time so as usual kena tunggu selama 1 jam untuk yayaz buat terapi so kakak pon kat pakar kanak kanak nak cakap ubat sofea tak serasi then aku pon pergi ke appoiment pakar yayaz untuk bagi taw yang aku dah tukar number phone so apa apa hal appoiment tunda dah ada number phone baru

Nari punya terapi yayaz masih keliru kiri kanan so kena buat bouncing ball every hand sebanyak 50 kali and sedikit test disleksia as usual yayaz bila tengok kertas banyak ada jek alasan and few benda can buat tapi copy balik gambar dia susah sikit buat and tak boleh buat banyak

So next appoiment bulan 8 sambung balik habiskan test tu and doctor cakap yayaz dah 9 tahun still tak boleh nak copy gambar tu agak merisaukan lah but tak pe insya Allah yayaz akan boleh buat jugak hmm

Cerita pasal exam jugak sebab doctor kata nampak cara yayaz suka number then aku cakap ye exam math dapat B lain semua kureng then doctor cakap bagus tu siap cakap good job wawawa and still menunggu kakak kat bahagian amek ubat sebab dapat ubat yang salah ubat yang tak serasi so kena lah tunggu plus orang dah mula nak ramai kan

Balik amek mum then sementara tunggu mum siap aku isi perut then pergi layang layang untuk urut lutut mum and petang baru balik 

Ahhh so lepak but still enjoy peliknya susah sangat nak lelap dalam kereta dulu jalan jauh sikit pon boleh lelap sampai ler ke destinasi di tuju wakakakka

And today Malaysia dapat Perdana Menteri yang baru semoga tun sihat selalu dan dapat jalankan tanggungjawab seperti yang rakyat minta 

Wednesday, 9 May 2018

First Time Mengundi

Hari nie buat pertama kalinya aku pergi mengundi wakakakka dedulu masa belom cukup umur excited nak daftar undi

Nervous weyy tak reti macam mana nak undi lepas tu apa harus aku buat nak pangkah macam mana untuk elakkan undi tu rosak serius weyy pening kepala nak fikir

Semalam kat FB keluar cara mengundi macam mana apa nak buat so tengok and still macam blur blur hmmmm

Tulah masa dulu semua mengundi tak nak tanya macam mana apa nak buat wakaka buat donno jek now baru kelam kabut

Siap tanya daddy lagik cara nak pangkah and buat contoh betol ke cara ginik lepas tu amek info kat twitter sebab ada cara diajar katanya gunakan ic as pembaris so nampak lawa sikit

Cakap pasal ic mana ekk aku letak ic aku hmm kena carik balik kat pocket seluar kang hilang jadi hal lagik nak buat baru

So masa masuk sekolah berdebar then pergi kat kaunter kasi ic dapat surat pergi bilik mana and tak bestnya kakak number 5 and aku number 6 dah lah aku tak taw macam mana si kakak cakap ala pangkah je jangan lebih kotak

Masa masuk kasi ic susah betol orang SPR nak sebut nama sampaikan aku kena tolong dia wakakka dia siap cakap kalau tadi masa orang ramai mesti berbelit dan banyak kali nak menyebut hahahha siap cakap nama bapak pendek jek

And masa nak celup ink rasanya orang tu taw kot my first time so dia tolong letakkan lepas tu aku tak masuk kan jari ke dalam just sipi then dia suruh masukkan dalam sikit

Masa dapat surat nak pangkah tu aku boleh terhuru hara mencari tempat walhal aku nampak tapi nervous punya pasal boleh salah pulak wakakkakaka

Alhamdulilah kertas tak comot plus aku elakkan jari yang ada ink terkena kertas and gigih aku gunakan ic buat ala ala pembaris huhuhu hope pangkah undian aku diterima lah

Balik tu gigih selfie jari first time katakan and memula light purple so aku dengan kakak cakap ala tak gelap kita punya lawa sebab kitaorang pergi undi dah petang pukul 3 lebih

Sekali amek makin lama makin gelap dah macam versi pakai inai satu jari pulak wakakkaka

Selfie jari mengundi berempat then upload kat instagram weeee saja buat kenangan di masa hadapan

Kakak kata ink jari aku nampak lawa macam pakai inai and dia punya agak messy hmmm aku punya jari pon tak sangka boleh nampak lawa ingatkan buruk sekali tengok orang post gambar jari macam macam jenis ada

Ada yang sikit jek ada yang terlebih panjang hampir satu jari penuh kena celup wakkakaka but mine just nice macam aku dedulu pakai inai hehehe

And malas nak upload kat blog huhuhu

Masa nak balik ada kecoh sikit then aku nampak lelaki cina tu dok record bertekak kalau viral nampak ler belakang ku and kakak aka vontot entah apa tujuan tak taw lah

Lepas undi blah la apa nak tunggu lagik if nak jugak tunggu tak perlu buat kacau rilex lah

Now berdebar menunggu siapa akan menang..

Monday, 7 May 2018

Kena Gigit Apa Ye

Balik dari rumah mak dia yayaz complain mintak letakkan ubat kat telinga kena gigit apa dia pon tak taw haishh budak nie kan

Pergi laut kutip siput then panjat panjat batu so tak perasan apa binatang yang gigit kat telinga yang pasti rasa macam gatal gatal

Malam tu dah lap tukar baju aku story dengan kakak bila check dah mengelembung dalam tu ada air so letak minyak gamat dengan harapan pagi nanti kecut

Amek kau pagi tu masih sama jugak and yayaz tak nak pergi sekolah hmmm katanya penat bangun pagi dalam pukul 5 then tak dapat rehat dia keraskan badan

Aku tunjuk pak tam telinga yayaz then pak tam amek gambar tunjuk mak yayaz and tanya kenapa and mak yayaz kata dia pon tak taw hmmm

So masa nak pergi kenduri kahwin arwah nenek punya abang punya cucu so makin besar and sekeliling tu merah haishh tak boleh jadi then yayaz macam ala ala sesak napas katanya tak boleh nak napas and muka dia semacam jek

Kali nie yayaz mintak pergi doctor rasanya dah sakit kot maybe tak selesa bila tanya katanya tak sakit but muka dah semacam jek

Pergi doctor check telinga semua okey doctor pon tak pasti apa yang gigit sampai jadi macam gituk so dapat antibiotik ubat tahan sakit and cream

Doctor pesan jangan cucuk keluarkan air tu takut nanti ada infection and biarkan kecut sendiri but kalau dah terpecah tak mengapa jangan kita pecahkan

Dapat 2 hari mc kang selagi bulat gituk buatnya kawan kawan kacau tak ke jadik hal sedangkan kat rumah je si sofea dok mengacau usik pelik tak pernah nampak telinga abe macam gituk

So kena extra jaga elakkan sofea pegang and elakkan kita terlanggar and pecah fuhh scary bhaiii

Lepas letak cream Alhamdulilah dah mula kendur nak mengecut hope kecut habis lah before start sekolah risau jek tak hilang

Hmm yayaz ohhh yayaz ada jek kan....

Friday, 4 May 2018

Back Up La Ye

Si yayaz aku suruh mandi kang jap gi mak dia datang amek then dia kata nak tadah air lah ada je alasan nanti lambat kena bebel kang

So aku cakap lah mandi shower jek lah senang tak payah tadah air bukannya best pon hahaha saja nak menghanjing kan budak tu

Sekali si adik back up baik punya lepas aku cakap macam tu si adik jawab nice...nice..nice maybe maksud si sofea mandi tadah air tu nice than mandi shower

Amboiii adik bukan main back up abe ehh

Mengekek gekek si yayaz ketawakan sofea back up dia

Entah apa yang nice mandi air tadah then shower pon tak tahu lah

Dah lambat nak tadah air kang tak sempat apa mandi shower cepat cepat then settle but tadah air cuma valid untuk di pagi hari jek wakaka so sementara tunggu penuh then can sambung tidur kejap hehehe

Wednesday, 2 May 2018

Bomb Mana

Cerita pagi tadi akibat mamai lain yang daddy tanya lain pulak telinga aku dengar hahahha

Sementara menunggu yang lelain buat urusan kat toilet so aku pon amek ler peluang untuk lelap lelap ayam fuhhh nikmat weyy menghilangkan saki baki gantuk ler

Kebetulan malam tu aku cakap dengan daddy aku letak form sekolah yayaz kebenaran untuk disign ada program so letak situ untuk pak tam sign pagi nanti sebab masa tu pak tam dah tidur

Letak atas meja dengan pen sekali sebab risau terlupaaaa and tak ingat kalau buat gituk then boleh lah ingat kuikuikui

So pagi tu daddy tanya ler

Daddy: Bomb tu mana (actually form)

Me masa dalam mamai mamai ayam: Bomb apa ekk *dalam hati berkata-kata* lepas few minute baru teringat bukan bomb but form kuikuikui

Me dalam sedar: Malam tadi pak tam dah sign dah masukkan dalam beg sekolah yayaz..

Fuhh jauh betul beza form dengan bomb amek kau bila mamai mamai ayam macam tu lah lain di tanya lain pulak di dengar hahaha

Nasib baik aku tak bersuara cakap bomb apa wakaka kalau tak mesti daddy pelik pe hal pulak bomb

So moral of the story bila mamai ayam memang macam gituk nasib baik brain dengan telinga dapat connection balik kalau tak jenuh nak explain hahahaha

Tuesday, 1 May 2018

Heyy Mei


Hari nie masuk bulan baru untuk tahun 2018 cepatkan masa berjalan meninggalkan kita yang terkial kial meneruskan kehidupan

Tak lama lagi dah nak puasa kira kira dalam 16 hari lagi wee tak sabarnya nak masuk bulan ramadhan 

Disebabkan few more day puasa tapi dah terasa ramadhan aritu baca kat twitter cuaca rasa macam bulan ramadhan tapi boleh minum air 

Harap ramadhan nanti cuaca sedang sedang tak panas terik bahang or tak hujan lebat sangat

Malam nie alarm kena on balik kang tak sedar pulak kuikuikui