Sepatutnya syok tidur tapi tulah tertidur sekejap amek kau now dok terkebel kebel mata menunggu gantuk haishhh
Aku selalu cakap dengan mum yang sofea tu cucu last mum hahaha kecuali kalau pak tam kahwin ada anak lagik hahaha or maybe dari kakak but nahh aku halau kakak kalau dia ada anak lagik suruh duduk sendiri tak koser nak layan :P
Then aku cakap lah yang dari aku tak de cucu untuk mum atau erti kata lain aku tak akan kasi mum cucu muahahaha sebabnya jodoh aku pon tak muncul so umur dah berapa then tak koser aku dah 35++ nak ada anak kecik hahaha
Now dah 27 so rasanya memang tak akan ada pon aku kan spesis tak tahan sakit muahaha so lalalala mari kita enjoy hidup dengan travel sana sini melihat keindahan ciptaan Allah itu pon kalau ada duit lah
Jaga sofea pon sekarang dah rasa penat haishh dah rasa tua lah so nama baru untuk sofea ialah sofea monster sebab dia bukan main garang lepas tu suka bantai yayaz tak padan setahun 10 bulan...!!!
Yayaz ada suara kalau aku ada anak mesti aku tak akan sayang dia perghhh menusuk betol dengar hahaha nak ada anak apa bapak budak tu pon tak muncul-muncul :P
Nahhh aku pon tak taw segala apa yang akan terjadi di masa hadapan cuma kalau boleh aku nak yang makin elok makin happy makin senang makin kaya lepas tu tak perlu nak semakkan otak asyik berfikir jek
Kalau boleh aku nak bahagiakan mum daddy balas budi mereka walaupon sebenarnya tak boleh nak terbalas but cukup lah buatkan mereka dah tak risaukan tentang aku...
Mum selalu risau sebab aku tak kahwin lagik mum kata siapa nak jaga aku yayaz akan mencelah yang dia akan jaga aku hahaha tak pe lah andai tak de siapa jaga janji Allah ada bersama nak buat apa kalau ada yang jaga tapi menyakitkan hati
Kena fikir negative dulu baru boleh ke postive huhu entah lah aku sebenarnya makin malas dah nak fikir lagik lepas apa yang terjadi aku cuma fikir siapa nak jaga mum daddy...
Kalau dapat suami memahami bagus tapi kalau dapat yang jenis ikut kepala dan kehendak dia nanti aku jugak yang lagik extra stress so tak perlu nak stresskan diri rilex sudah la
Aku selalu cakap dalam hati selagi aku hidup aku akan bahagiakan mum daddy kalau boleh aku tak nak mum daddy tinggalkan aku :( biar lah bahagia bersama-sama untuk selamanyaaa...
Suka usik mum cakap tu lah anak mum daddy merujuk kepada kakak then mum cakap habis aku anak siapa pulak wakakaka of course anak nakal gedik manja mum daddy
Yayaz cakap bila lah hidup kita nak end then aku cakap lah hidup kita akan end bila dah mati hahaha stress jek mamat tulang rupanya maksud yayaz bila nak end malam before tidur dok tengok youtube sampai terlelap hahaha entah lah yayaz tak pe one day every night kita akan kepenatan sebab siang ada banyak aktiviti nak buat contoh larik satu taman, or makan jek kerja
Dah dah dah cukup merepekkk yang mengarut seperti ini see asyik typo jek jari debab sangat plus mata kelat gantuk tapi tak boleh tidur grrrr
Uittt dah 2:21 pagi baik paksa tidur kang terbabasss bangun huhuhu.......
No comments:
Post a Comment