Friday, 19 June 2009

♥ Kata-Kata Hati ♥

Sesekali jadilah kawan yang mendengar yang becerita.Ambillah masa
untuk menyelami perasaan kawan.kerana die jua seorang manusia
yang ada rasa takut ,bimbang,sedih dan kecewa.Dia jua ada kelemahan
dan dia jua perlukan kawan sebagai kekuata.Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihatnya ketawa,tap mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan.Di sebalik ketenangannya,mungkin tersimpan seribu
kekalutan.Kita tidak tahu...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan
yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian terebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita..
( Ayat nie memang membuat kan aku terasa )

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu.
Yang telah dilupakan.Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Kebahagiaan seseorang manusia,tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak pada mereka
yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba.hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai kita kembali..Namun jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia mekar di dalam hati kita..Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati.Satu jam untuk menyukai seseorang.Satu hari untuk menyintai seseorang,tetapi mengambil masa sepanjang hayat untuk melupakan seseorang...

Semoga kite memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
kita menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan kita hebat,
kesedihan yang cukup untk memastikan kita adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia....

No comments:

Post a Comment