Tuesday, 30 June 2009

♥ Transformers ♥

Bayangkan sabtu dan ahad tiket habis perghhhh
kesudahan hari ahad pergi beli sekali tiket takut karang tiket habis
semalam pergi tgk transformers dengan kakak, abg dan pak din
abg nak sangat tgk transformers mula nya Mat ajak aku pergi tgk
tapi di sebabkan dh janji dgn abg nak tgk bersama so aku ckp dgn Mat nanti
lar tgk dulu keadaan mcm mana....
cikgu Rashid ckp nak pergi tgk so masa tu aku msg dia tanya best ke tak
so dia jawab boleh lar aku agak mesti bosan sampai dia ckp mcm gitu
so semalam pergi lar tgk wayang penuh sesak giler
best gak lar cerita tu tapi ending nya sedih seyyy meleleh-leleh air mata aku
tapi aku suka yg kembar ais-cream tu trak tu comel seyyy
and aku suka gak yg bubble bee sampai abg kena gelar " babam bee "




Semua dah settle di kemas tinggal lagi sedikit barang-barang
tak sabar nya rasa nak pergi...
semoga selamat pergi dan jua balik ameen........

Monday, 29 June 2009

♥ Keranamu Durian ♥

Korang mesti pernah tgk kan cerita nie...?
skrg nie aku tgh tgk kat tv9 .....
bila tgk Rusdi Ramli ajar Rita Rudaini makan durian tu kan
takut seyyy aku dapat suami mcm gitu....
bila tgk durian tu aku punya tekak dh start rasa loya....!
uwaaa Izzat dengki dia kata baru tgk durian dh loya
tu belom makan lagik.....aku tak kan makan punya durian mencik taw.....!!!
kalau dpt suami hantu durian mcm mana...???
habis lar aku mcm gini.......nanti habis aku kena main kutuk dgn dorang
dapat suami hantu makan durian...kena isteri tak makan langsung durian



tak kan ku buat bila majlis perkahwinan ku mcm gitu....
makan durian di dalam majlis persandingan ku...!!
wekkk wekkkk wekkk wekkkkkk.....!!!! nak muntah.....

Sunday, 28 June 2009

♥ Kenduri ♥

Semalam buat kenduri doa selamat cikit
so semalam gedik-gedik kekonon nak jadi penyambut tetamu hampeh sungguh
lepas gosok jek baju aku pon beratur untuk masuk toilet untuk mandi
lepas jek mandi bersiap mencantikkan diri yang tak cun ( weyyy lama tak perasan )
semua dah siap mula lah operasi menanti sesiapa yang telah kenal
bila Shah sampai perghhh mula lar operasi ketawa tak hengat sekeliling...
bila habis jek kenduri rasa sesangat penat terutama kaki coz lama sangat berdiri
belom tua dh macam-macam...! cian cian cian....!
tak sabar nak menanti 2.Julai.2009.....!
nak taw apa dia..? biar lah rahsia hak milik aku.................!
penat plus menyakitkan hati boleh plak tiket transformer full.....
memenatkan jek pergi..............................................

Friday, 26 June 2009

♥ Nasi Lemak ♥

Cerita pasal nasi lemak pula....
cerita nya bermula bergini kakak aku nak makan nasi lemak
then pergi lar beli masa itu baru balik dari jucso beli lampu
so bg taw lar kat mamat nie nak empat bungkus ada ke patut dia hengat
aku nak makan kat situ ciss tak kan lar sampai nak makan 4 pinggan
lauk memang dh tinggal cikit so mamat-mamat hampeh tu kata ayam tgh goreng
okey lar terpaksa tunggu nak buek macam mano kan...!
yang paling hampeh ada ka patut dia panggil aku Leha ( mentang2 aku pakai baju kurung )
si kakak aku kena panggil tomtom ( cikit lagik jadi tom yam ) manakala si Zara kena
panggil kuntum ( nie lagik lar tak logik ) sementara nak menunggu ayam di masak
sompat gak gossip satu cerita dan cerita itu biar lar rahsia.....!
Zara datang rumah aku and tidur with me....actually akak aku lor....
sok Moon datang gerenti gempak giler lar....!
tak sabar nak tunggu sok ....!!!! and malas nya nak charge Handphone
dh ler langsung tak de bateri lgpn tak perlu nak risau coz tak de sapa yang
mencari aku huhuhu.....

Wednesday, 24 June 2009

♥ Cinta Itu ♥

Cinta itu mahal
Jangan beri cinta pada sebarangan
Memberi cinta atau meletakkan cinta
kepada sebarangan adalah sia-sia
dan akan menyesal
Kerana cinta itu mahal biarlah
pulangannya sepadan dengan mahalnya
Kalau kita cinta kepada sesuatu kita pula
yang memberi sesuatu kepadanya
adalah orang yang bodoh macam baghal
Kita beri cinta pada perempuan terutama
yang bukan isteri kita,
berbagai-bagai perkara dan benda dia
minta kita berikan kepadanya
Bukan dia yang memberi sesuatu kepada
kita bukankah kita dibodohinya?

Adakalanya setelah dia kikis harta dan
kekayaan kita, dia pun tarik diri dari kita
apakah untungnya?
Begitu juga kita berikan cinta kepada isteri kita, berbagai-bagai perkara yang
dia minta kita kena beri juga
Dia tidak fikir lagi apakah kita ada atau
tidak ada
Sudahlah cinta kita beri kepadanya, kita
diminta pula apa sahaja! Sepatutnya dialah yang memberi kita apa
sahaja
Kerana kita telah bayar dengan kecintaan kepadanya,
cinta itu bukankah mahal?
Kita cinta harta, kita cari untuk kita milikinya
Siang malam kita tidak rehat dibuatnya kerana cintakan harta
Setelah dapat apa yang kita mahu
Banyaklah harta yang ada pada kita,
hingga kita jadi orang kaya Aduh!
Sedihnya kita pula kena jaga harta
Kalau tidak jaga orang curi pula atau dia binasa
Sepatutnya kecintaan telah kita beri kepadanya, dialah jaga kita,
mengapa pula kita jaga dia
Kita pula telah diperbodoh oleh harta
Kita diperhambanya hingga menyusahkan kita
Kita letak dia di tempat yang mulia dan terpelihara
Hartalah yang mulia bukan kita yang
mulia, kita tidak dipedulikannya
Sekali lagi harta boleh memperbodoh kita
Mengapa manusia tidak pandai meletakkan cinta kepada
Zat Dialah yang akan menjaga kita
Dia akan urus kita, bertanggungjawab kepada kita,
memelihara kita Siang malam
Dia akan jaga kita
Di waktu susah disenangkan-Nya kita!
Ketika sakit disembuh-Nya kita!
Di kala kita miskin dikayakan-Nya kita!
Di waktu kita lapar dikenyangkan-Nya kita!
Di waktu kita takut, dihiburkan-Nya kita!
Bahkan Dia memberi segala-galanya kepada
kita selama mana kita masih hidup di dunia
Yang saya maksudkan ialah Tuhan
kita yang menghidup dan mematikan kita
Bukankah baik kita cintakan Dia,
kita beri kasih sayang kepada-Nya
Alangkah patutnya bahkan indahnya kita
mencintai satu Zat yang belum kita kenal
Dia jauh sekali mencintai-Nya
Dia telah beri kita hidup, rezeki, kesihatan,
hiburan dan lain-lainnya
Kita belum beri kasih sayang kepada-Nya
Dia telah pemurah dengan kita, terutama udara
Tanpa kita bayar apa-apa kepada-Nya Kalaulah kita kenal
Dia dan cinta pula dengan-Nya
Dia akan beri kita sesuatu yang bersifat rohani dan maknawi pula
Yang bersifat maknawi dan rohani itu
lebih mahal daripada kehidupan yang lahir di dunia
Untungnya kekal abadi, kita terima di
Akhirat sana di dalam Syurga Apakah dia?
Iaitu rahmat-Nya Dia akan anugerah yang lebih besar lagi yang
kita akan terima dari-Nya Hidayah-Nya taufiq-Nya, iman dan
taqwa, cinta-Nya, redha-Nya, keampunan-Nya akhirnya adalah
Syurga-Nya Mengapa kita tidak jatuh hati dengan Zat yang kita tidak
cinta pun pemurah-Nya sudah diberi-Nya kepada kita?
Kalau kita cintai Dia lebih besar lagi kita terima redha dan
keampunan-Nya
Kita tidak payah jaga Dia, Dialah yang
jaga kita Kita tidak payah tadbir Dia,
Dialah yang mentadbir kita
Kita tidak payah menjaga keselamatan-Nya,
Dialah yang menjaga keselamatan kita
Bahkan di waktu kita tidur pun Dia jaga kita begitu setia
Mengapa kita beri cinta murahan, yang menyusahkan kita
Kitalah yang memberinya bukan dia memberi kita
Macam-macam kita memberinya itu pun dia tidak setia
Alangkah bodohnya kita bahkan malang sekalilah kita kerana
ditipunya kita Di mana akal kita hingga tidak mampu berfikir secara rasional
Marilah kita merubah sikap untuk menyelamatkan diri kita
Kita cintailah Tuhan, yang Dia memberi kita
segala-galanya hidup dan mati kita
Cintakan Tuhan selamat kita ke Syurga

Monday, 22 June 2009

♥ Happy Birthday To Kakak ♥

Happy Birthday to kakak yang ke 23 tahun
semoga panjang umur, murah rezeki cepat dapat jodoh, cepat kahwin
dan belajar rajin-rajin, jangan melawan cakap mum dgn daddy jadi anak yang
solehah.......


MySpace Comments


MySpace Comments


MySpace Comments


MySpace Comments

ada org wish ko kak

ckp kt die,..
samat ary jdie yg ke bape tah...
semoge panjang umo n d umah kn rezeki.
drie bakal adeq ipar mu..
ok.
hahahaha
Dari Izzat....


Sunday, 21 June 2009

♥ Momo ♥

Momo...apakah itu momo adakah ia nya momok..?
momo itu sejenis nama kepada barang-barang kucing bukan kucing hidup
tapi lebih kepada bantal, pakaian, pencil case dan banyak lagik..
ok kenapa aku bukak cite pasal momo nie dan apa keistimewaan momo
memula aku ternampak Bi Rain dalam cerita Full House ( Korean Movie )
memakai apron gambar dua ekor kucing so cute then kat Jusco Tebrau City
pon ada nama kedai tu " House Of Korea " kalau tak silap lar kan...
memula dulu saja jek masuk kedai tu pusing-pusing tapi tengok sahaja
then dulu ada beli satu beg kecil untuk letak barang-barang make up
so bebaru nie dah tak hengat tarikh tapi aku taw itu hari membeli barang baby
aku beli 2 ekor patung kucing colour pink sambil tu aku order set Bed Room
and Curtain untuk di gunakan pada hari raya nanti Insya Allah..
tadi balik dari rumah mak mertua pak tam kitaorg singgah ke Jusco Tebrau City
untuk mengambil gambar untuk visa pergi ke Umrah..
masuk jek kedai House Of Korea ( Kalau tak silap lar lupa dah nama kedai tu )
aku beli Pillow Case, Pencil Case, Selipar, and Patung meow mewo...
rasa skrg nie mcm dh menggilai barang kucing nie coz so cute
nie ada website Momo misalan kata korang terbekenan ker..
walau tanpa gambar coz tunggu bilik ku sudah sesempurna...

http://www.fc-momo.com/

Si Momo


HAPPY FATHER DAY UNTUK DADDY, ABANG-ABANG KU DAN SEMUA
YANG BERGELAR BAPA....( BAPA MERTUA KU BELOM TERMASUK SEBAB
TAK DAPAT DI KESAN LAGIK )

Friday, 19 June 2009

♥ Busy ♥

Kebuzy-an tahap melampau sampai kekadang rasa macam tak cukup waktu jek
tension nya...!!! assaigment kena reject seyyy nasib baik tak kena baling luar
banyak silap nya tapi ok jua Pn Ramlee tegur kalau tak sampai bila pon tak pandai
betol tak..???
tapi kerja-kerja note terpaksa di photostap or print sebab nya
buku nota belum dpt lagi yang lecture beri tahu seminggu sebelum mid term
hancur lar kitaorang macam mana nak menghafal untuk setiap sampai 5 chapter
untuk Intro PC & Aplikasi dengan Element Of Graphic mana tak blur seyyy
hanya yang boleh buat adalah dengan print dan photostap..!
yang happy nya ketiga-tiga akak ipar aku boleh pregnant walau tak serentak
tapi sorang abis pantang ada lagik orang baru sampai lar bulan 1 nanti
gempak seyyy tahun nie jek mum dpt cucu 2 orang tahun depan dapat lagik sorang
hahaha amik riuh rumah suara tangisan baby happy nya~....
happy ek bukan sepatut nya bingit ker...?
tapi okey lar what ever lar janji dorang happy dengan kehadiran anak-anak mereka
raya tahun hadapan confirm riuh giler ..!
tapi kena tunggu ketiga-tiga budak tu keluar dulu lar...




Celebrate B'day kakak hari nie buat awal 3 hari ( ehh 3 ke 2 ek )
best nya dapat makan cup cake tapi nasib baik pipi aku tak kena krim
tu lar yang paling best..!
untuk kakak aku happy b'day semoga bertemu jodoh cecepat
( weyyy nanti abis lar kak kena langkah bendul )
jadi anak yg baik & dengar cakap...( kak kalau baca ayat nie paham2 jer la ek )
tak per nanti hari ahad kan buat lagik dengan lenggang perut bek
( betol ke eja perkataan nie..? alah paham2 jer lar )
nanti hari khamis enjoy habis-habisan sampai pengsan..!
tapi yang tak best nya aku dah tak boleh minum ais untuk 44 hari
( mcm pantang orang bersalin jek )
sebab nya nak baik kan resdung aku actually kan aku yg mintak kena selsema
sepanjang musim durian agar tak der lah terbau durian yang bucuk tu..
yg pelik nya bau lain memang tak de bila durian jek senang jek bau
mencik sey...!
yang tak best nya kaki aku kena bucu kayu abis terkopek kulit kaki
sakit nya bila di letak minyak gamat pedih
apa lar malang nasib hari nie...!




To my father happy belated b'day pada 27-5-09
aku x sempat nak tulis coz tenet memang tak de
aku cuma mampu wish sahaja walau di dalam hati..
jahat kan aku..?
To my brother Happy Belated B'day pada 8.6.09 ( Tarikh start sem )
walau pon dh wish guna fon tapi just nak tulis gak kat dalam blog...!
To Fad liana happy belated b'day gak sorry coz aku lmbt beri present nanti ek
aku betol2 skrg tgh tak de masa untuk ke rumah kau...!

♥ Kata-Kata Hati ♥

Sesekali jadilah kawan yang mendengar yang becerita.Ambillah masa
untuk menyelami perasaan kawan.kerana die jua seorang manusia
yang ada rasa takut ,bimbang,sedih dan kecewa.Dia jua ada kelemahan
dan dia jua perlukan kawan sebagai kekuata.Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihatnya ketawa,tap mungkin sebenarnya dia tidak
setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,mungkin banyak cerita sedih yang
ingin diluahkan.Di sebalik ketenangannya,mungkin tersimpan seribu
kekalutan.Kita tidak tahu...

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan
yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian terebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah dibukakan untuk kita..
( Ayat nie memang membuat kan aku terasa )

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu.
Yang telah dilupakan.Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan
sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Kebahagiaan seseorang manusia,tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik.Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang dalam perjalanan hidup mereka.Kebahagiaan terletak pada mereka
yang menangis,mereka yang terluka,mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba.hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Memberi seseorang seluruh cinta kita bukanlah satu kepastian yang mereka
akan menyintai kita kembali..Namun jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia mekar di dalam hati kita..Ia cuma mengambil masa seminit
untuk jatuh hati.Satu jam untuk menyukai seseorang.Satu hari untuk menyintai seseorang,tetapi mengambil masa sepanjang hayat untuk melupakan seseorang...

Semoga kite memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri
kita menarik,percubaan yang cukup untuk membuatkan kita hebat,
kesedihan yang cukup untk memastikan kita adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia....

Friday, 12 June 2009

♥ Hati yang kau sakiti ♥

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

♥ Your Call ♥

Waiting for your call, I'm sick, call I'm angry
call I'm desperate for your voice
Listening to the song we used to sing
In the car, do you remember
Butterfly, Early Summer
It's playing on repeat,
Just like when we would meet
Like when we would meet

I was born to tell you I love you
And I am torn to do what I have to,
To make you mine
Stay with me tonight

Stripped and polished, I am new, I am fresh
I am feeling so ambitious, you and me, flesh to flesh
'Cause every breath that you will take
When you are sitting next to me
Will bring life into my deepest hopes,
What's your fantasy?

'Cause I was born to tell you I love you
And I am torn to do what I have to,
To make you mine
Stay with me tonight

And I'm tired of being all alone, and this solitary moment makes me want to come back home
x4

I was born to tell you I love you
And I am torn to do what I have to,
To make you mine
Stay with me tonight

I was born to tell you I love you
And I am torn to do what I have to,
To make you mine
Stay with me tonight

Nape lagu nie yg tetiba dia beri

♥ Kawan ♥

Lama tak post apa-apa aku nak meluahkan jek apa yg selama ini aku perhatikan
kenapa ya perempuan kurus nie banyak songeh @ menyusahkan
maksud nya kenapa nak gedik-gedik ek...?
kalau perempuan kurus gedik-gedik org akan cakap biasa ar dorang kan cute
kalau kena pompuan gempal mula mengutuk...
bukan kah ia nya seolah-olah tidak adil..?

Sunday, 7 June 2009

♥ Masuk Balik ♥

3 minggu aku tak boleh online gara-gara bilik ku di pecah
habis bersepah dan berhabuk...
akhirnya dapat gak on9 sok dh start alam persekolah hampir 3 minggu aku bercuti
masuk myspace rindu nya kat myspace, friendster dan sudah tentu blog gedik aku..
nanti-nanti bila mood dh datang aku start menulis merepek-merepek...