Tuesday 25 December 2018

Swatch Tester

Aku kan suka masuk sephora main swatch tester letak kat tangan dengan cakap wahhh cantik one day ada duit nak beli tu jek kerja aku buat dari hujung sampai lah ke hujung sephora yang selalu swatch eyeshadow palette, blusher, glitter and sometimes lipstick

Sofea masa kecik dia rilex jek paling dia bingit bila kakak tak bawa dia masuk sephora jugak dia sekadar memerhatikan saja tapi bila dah besar sikit dah mula paham dia dah mula main swatch eyeshadow letak kat tangan dia

Kebetulan aritu ternampak budak kecik nie swatch kat muka so aku cakap dengan kakak selamat sofea sekadar swatch kat tangan dia tak letak kat muka macam budak nie kalau tak jenuh nak bersihkan

Tak lama selepas tu hahahha dia buat begitu habis tangan penuh dengan colourfull eyeshadow sofea letak kat muka pulak alahaii amek yang ada glitter pulak jenuh angkut dia carik kapas carik remover makeup yang ada khas sental bersihkan nasib baik hilang kalau tak nangis lah kakak nak menyental anak dia

Settle bersihkan kakak terus bawa keluar dari sephora wakakaka bertambah bingit la si sofea sebab dia tak boleh nak main swatch wakakaka

Ohh sofea jangan cepat besar boleh tak..!!!!

No comments:

Post a Comment