Monday, 31 December 2018

Penutup 2018

Alhamdulilah hari nie hari terakhir 2018 terima kasih atas segala memory yang telah terjadi 

Alhamdulilah segala ujian dan dugaan yang Allah berikan dapat kami lalui dan tangani dengan cara redha dengan cara berserah terlalu banyak ujian dan dugaan daripada kegembiraan 

Ya Allah moga berakhirnya 2018 maka berakhir lah jugak segala kesakitan kesengsaraan yang kami rasai dan jugak berakhir lah segala dugaan yang kami sedang lalui

2018 bawa lah bersama segala kedukaan kesengsaraan kesakitan bawa jugak sekali dugaan cabaran dan ujian kehidupan keluarga aku

Aku berharap 2018 adalah tahun terakhir apa yang keluarga ku rasa 

Selamat tinggal 2018 pergi lah bersama memory yang menyakitkan memory yang pedih dan jugak segala ujian dan dugaan hidup...

Sunday, 30 December 2018

Settlekan Apa Yang Boleh

Demam yayaz sejak semalam tak berkurang pon makin panas so pagi tadi mengigil so memang kena pergi jumpa doctor jugak lagi 2 hari dah nak start sekolah kan

Demam yayaz 40.9 tinggi tu so kena lah ubat masuk tontot untuk redakan panas sangat disebabkan masa tengah prepare ubat sekali yayaz muntah so dapat lah 2 ubat masuk tontot ubat demam dengan muntah

Settle doctor gerak ke sekolah yayaz as usual for register then pak tam isi minyak yayaz cakap lapar tak nak roti so tengah pilih nak makan apa terkeluar lagi muntah kelam kabut lari cari toilet muntah color kuning lagi

Beli biskut oreo makan sampai sekarang yayaz ikut turun cikgu dia cakap kalau sakit tak pe tak ikut masalahnya baru balik klinik terus gerak ke sekolah huhuhu

Yayaz angkut semua dalam rumah ikut dia wakakka so rumah tak de orang lah

Settle kan buku but aku belum tulis nama sampul buku ya Allah malasnya nak buat wakakaka apa boleh buat

Balik register pergi makan nasi bajet breakfast + lunch si yayaz cakap dah tak larat so baring atas meja yayaz kata kepala sakit tengah baring duduk zass muntah lagik aduhaii dah lembik habis si yayaz

Makan secepat boleh dalam kereta yayaz tidur sampai rumah angkat letak atas katil sambung tidur ye lah dah 2 malam tidur tak lena kan so bila badan dah okey sedap lah tidur

Ingat balik nak lap lap tapi bila tengok tidur tak sampai hati lah pulak nak kejut or lap lap biarkan je tidur 

Tersedar mintak susu then sambung balik tidur 

Haishh nie baru betul bila mula sekolah sakit pon datang..!!

Cikgu yayaz siap tanya dia ada pergi mana mana ke sampai demam huhuhu tak de pon duduk rumah jek 

Then cikgu yayaz cakap yang yayaz jenis tak boleh lasak dia cepat sakit

List buku dah settle jadual pon dah dapat hmm cayok cayok yayaz...

Friday, 28 December 2018

Prosperity

Dapat pon makan wakakka tapi tu lah few days nie aku yayaz sofea tak sihat selsema batuk and sakit tekak dah nak habis 2018 sakit pon muncul hmmm

Yayaz pulak dah nak sekolah but Alhamdulilah yayaz dah makin better sofea pulak lepas pergi doctor dah nak better but aku makin worst pulak hmmm

Pergi makan prosperity then tengah syok gigit sampai kat tekak sos black papper tu membuatkan tekak aku mengenyam gatal terus batuk damnnnnnn

Tak nikmat lah masa makan bila sakit tak pe tunggu lepas aku baik sakit then aku akan pergi makan lagik untuk enjoy wakakakka

Dah lah syok sos black papper tu banyak sekali tekak aku say no and batuk terus reject but habis jugak aku paksa makan wakakaka 

Sakit please go away dah lah suara macam cartoon stress taw...!!!

Tuesday, 25 December 2018

Swatch Tester

Aku kan suka masuk sephora main swatch tester letak kat tangan dengan cakap wahhh cantik one day ada duit nak beli tu jek kerja aku buat dari hujung sampai lah ke hujung sephora yang selalu swatch eyeshadow palette, blusher, glitter and sometimes lipstick

Sofea masa kecik dia rilex jek paling dia bingit bila kakak tak bawa dia masuk sephora jugak dia sekadar memerhatikan saja tapi bila dah besar sikit dah mula paham dia dah mula main swatch eyeshadow letak kat tangan dia

Kebetulan aritu ternampak budak kecik nie swatch kat muka so aku cakap dengan kakak selamat sofea sekadar swatch kat tangan dia tak letak kat muka macam budak nie kalau tak jenuh nak bersihkan

Tak lama selepas tu hahahha dia buat begitu habis tangan penuh dengan colourfull eyeshadow sofea letak kat muka pulak alahaii amek yang ada glitter pulak jenuh angkut dia carik kapas carik remover makeup yang ada khas sental bersihkan nasib baik hilang kalau tak nangis lah kakak nak menyental anak dia

Settle bersihkan kakak terus bawa keluar dari sephora wakakaka bertambah bingit la si sofea sebab dia tak boleh nak main swatch wakakaka

Ohh sofea jangan cepat besar boleh tak..!!!!

Saturday, 22 December 2018

Ubat Untuk Focus

Appointment masa monday aritu yayaz diberi ubat retalin / retalina untuk brain yayaz boleh focus pada pelajaran kata doctor bila cikgu mengajar hanya sedikit saja yang brain yayaz dapat catch 

So ubat nie sebagai cara untuk brain yayaz boleh focus pada semua pelajaran di dalam kelas tapi ada side effects macam loya sakit kepala hilang selera makan and hearr beat akan jadi laju lepas kesan ubat habis back to normal

Dalam masa yang sama sejarah family side kitaorang and side mak yayaz ada antara both side sesiapa yang mati muda sebab heart attack so if ada tak boleh makan 

Doctor suruh start makan half biji one weeks before school and tak boleh beritahu cikgu sebab nak tengok apa jawapan cikgu lepas diberi makan ubat nie if tak boleh jugak then ada ubat lain and another option tukar sekolah ppki 

Bila balik and baca kat group adhd semua cakap after makan anak dorang terus jadi pendiam ada tu jadi murung jadi sedih ada yang memberontak bila diberi ubat katanya baik dia mati dari makan ubat lepas tu ada pembesaran terbantut

Lagik lah risau nak diberi tak sanggup rasanya nak yayaz amek risiko semua tu tak pe lah yayaz tak dapat straight A pon tak apa janji yayaz pergi sekolah belajar 

Risau giler lepas baca apa nasib budak memang nak focus belajar tapi dari budak yang active akan jadik pendiam senang cakap macam orang bodoh lah diam semacam jek

Call cikgu tuisyen yayaz mintak cadangan then dia kata tu more kepada ubat penenang and yayaz tak perlu makan sebab yayaz bukannya hyperactive dia nak pergi toilet pon ask permission and bila dah boring belajar ajak bebual 

Then cikgu dia mintak nama ubat dia tanya kawan kawan dia yang lain semua cakap negative dari positive katanya lama kelamaan organ dalaman pon akan rosak

Now guna alternative lain hasil pencarian iaitu fish oil hope okey lah sebab ramai try fish oil then dorang kata boleh focus pada sesuatu so dorang said no need makan ubat lagik

Ada tu lepas kesan ubat tu habis anak makan macam orang kelaparan tak makan beberapa hari ada tu bila malam time untuk tidur jadik terlalu hyperactive ada yang balik sekolah terus tidur sebab katanya tak larat

Even ubat tu diberi pada hari persekolahan saja hari tak sekolah tak perlu makan or tak pergi sekolah also tak perlu makan tapi effect nya menyeramkan lah bagi aku yayaz tak de lah terlalu hyper sampai susah nak dikawal hmm

Dulu teacher shaan pernah pesan jangan sesekali beri makan ubat yayaz tak teruk effect ubat tu sangat tak bagus

Lagipon kawan kawan yayaz suka buli dia even dulu but now kalau dia buat sesuka hati and yayaz tak melawan kang makin melarat pulak satu hal lagik terus diam apa yang kawan dia buat so disitu ada kelemahan if yayaz diberi ubat tu big no no no...

Bila agaknya brain yayaz boleh start focus tak pe lah yayaz janji yayaz pergi sekolah buat apa cikgu suruh boleh jawab exam and tak mengamuk tu pun dah cukup

Tuesday, 18 December 2018

Legoland Water Park

Hari ahad bersamaan 16.12.2018 kak geeyah belanja pergi legoland water park ikutkan memula nak tidur kulai then esoknya pergi legoland tapi disebabkan sepupu kak mas husband dia meninggal and kereta tak de so rancangan dibatalkan so pagi kak geeyah datang amek kitaorang 

Pergi jusco bukit indah sebab nak beli botol susu zuqi then baru gerak ke legoland sampai pon dah dekat pukul 2 petang

Aku use biore sunblock watery essence bertabah jek lah agar tak kena sunburn and entah lah aku tengok before after macam sama jek wakakka yang lelain mandi masa tengah siap nampak macam sunburn 

Sumbat phone camera semua barang dalam locker then zass masuk dalam air orang lain siap beli macam zip bag letak phone amek gambar kitaorang simpan phone main air wakakaka

Then kak geeyah cakap lupa nak beli zip bag tu kalau tak boleh amek gambar tak terfikir pulak kan kalau tak maybe ada gambar but tak pe lah just enjoy main air lupakan phone

Sekali tengah syok main air tukar tempat lain nampak macam tomok tapi aku tak koser amek port sebab cermin mata dah blur dengan air aku tak use contact lens sebab malas then rupanya betul lah tomok bini dia and anak2 dia

Maybe kalau zamani baru aku amek taw kot hahaha 

Yayaz dengan mimin dah pergi main slide ohh ye mula mula yayaz merajuk tak dapat main slide sebab dia use baju biasa bukannya baju swimming so slide tak boleh main so kak geeyah belikan dia swimming suit so dia hilang merajuk and enjoy main slide

Dulu time kecik baya 3 ke 4 tahun adalah then kitaorang bukannya selalu pergi water park sebab tu tak beli lagik

Sofea pulak bukan main suka main air tak nangis and enjoy main slide baby siap tak nak pakai pelampung nak swimming sendiri sofea pakai macam life jacket not sure nama betul benda tu so floating lah dia 

Kesudahannya aku tengok slide tinggi suddenly rasa gerun ciss padahal aku suka main slide air pon tak dalam tapi tak taw kenapa rasa takut grrr

Main slide pon yang duduk kat pelampung tu jek tak tinggi sangat and tak rasa gerun ehh apa nie ape kes now rasa gerun rasa takut dulu okey jekkkk

Ingat nak main air kat wave sekali wave punya machine rosak so no wave just main macam ala ala river tu sofea pon enjoy hahaha

Then part slide kecik jek khas for baby kiranya kitaorang pon ada jugak main just for fun then sofea splash air kat bini tomok adeyy nasib baik dia tak marah senyum jek tapi kitaorang cakap sorry lah 

Main air rasa macam lama ingat dah pukul 6 petang sekali baru pukul 4 petang lama jugak main air tapi waktu gerak slow so Alhamdulilah bebudak enjoy

Main air part bucket sekali sofea terkena terus dia cakap don't want hahaha maybe effect jatuh tu agak kuat tu yang sofea tak suka and aku kena pegang cermin mata takut terjatuh

Then just main air gituk gituk jek lah masa last year pergi ksl dinosaur aku period and kali nie pergi pon period nasib baik ler air tak tukar color huhuhu

Masa main kat river air tu not sure the name lah so main terapung dengan sofea tapi rasa macam nak tergolek tak balance so aku nak capai dinding kat tepi nasib baik tak tercapai sebab ada lelaki diri situ kalau terpegang bukannya pegang dinding but paham paham jek lah fuhhh scary wooo

Dah kol 6 gituk stop lagipon bebudak dah start complain lapar ingat nak beli makan kat situ sekali 3 nuggets and fries dah rm33 hurmm tak pe lah makan luar jek lagik kenyang macam macam boleh dapat

Lepas bersihkan diri sofea dah melalak lalak penat gantuk kan and bila keluar dah hujan Alhamdulilah masa kita main air belum hujan so habis jek main air baru hujan turun 

Yayaz mata dah merah asyik tergolekkan diri dalam air mana tak mata merah ingat nak amek gambar kat sign water park sekali hujan dah nak lebat tak pe lah tak mo jahanamkan phone so bye jek lah

Aku ingat nak bawak hair dryer tapi risau kalau tak de plug sekali plug bersepah and ada orang tu bawa hair dryer keringkan rambut huwaaa 

Lepas mandi tukar baju nak balik semula kat kereta rasa penat rabak macam tak boleh nak jalan hahaha bebudak pon dah penat lepas tu lapar dalam kereta diam jek

Singgah rumah sedara kak geeyah kat kulai sebab nak solat magrib kan then sementara tunggu lain lain solat bedal roti sekeping habis solat siap siap then pergi makan nasi lemak wak kentut masing masing kelaparan 

Settle isi perut abg nagib isi minyak then sambung makan ice cream settle makan ice cream gerak ke bazar karat

Masa on the way ke bazar karat bebudak dah recharge energy amek kau sambung main game jerit lah bising lah hahaha gasak ler 

Tapi aku recharge sedikit energy masa balik dari legoland tak berani nak tidur banyak kang malam tak boleh tidur huhuhu

Call mum then mun cakap tak pe nanti pak tam datang amek jadi tak de lah patah balik then okey lah sekali jalan jammed so sampai bazar karat dah dekat kol 11 whatsapp mum then mun cakap pak tam dah tidur so kak geeyah kena tolong hantarkan balik

Masa jalan kat bazar karat yayaz dah kepenatan nampak sangat muka penat dia and esoknya ada appointment hospital jumpa doctor pakar sofea pulak dah melalak lalak buat hal adeyy

Sekali mum call cakap pak tam dah bangun boleh amek sebabkan yayaz pon dah penat sofea pon dah melalak sementara tunggu pak tam sampai sambung lah jalan tengok harga catch dreamer tu semuanya rm50,60,70 ada tu sampai rm100 beli saja saja jek bekenan yang pink tapi nak letak mana kang habuk kumpul pulak

Tengah jalan sekali pak tam sampai so balik lah dalam kereta sofea tidur and yayaz also tidur sampai rumah pukul 12 lebih bersihkan diri cuci muka segala yang patut nak tidur pon payah sebab kepenatan huhuhu

Nie jenis penat tapi enjoy best next time ada rezeki macam nak pergi austin pulak wakakka tapi kan nak kumpul duit beli swimming suit lah senang sikit boleh main slide huhuhu

Friday, 14 December 2018

Lipstick Challenge

Sofea kan suka tengok youtube dalam bebanyak paling favourite dia ialah tengok tik tok lipstick challenge yang di gabungkan kemudian di upload ke youtube haishh bukan main khusyuk minah sorang nie layan ingatkan dia just tengok biasa macam cartoon sampai ler satu hari tu kitaorang perasan

Dia amek pencil then buat straight line kat bibir macam dalam tik tok challenge tu then dia buat bibir gituk walaweyy dia menghapal rupanya tengok then buat aiseyman sofea jangan macam macam ehh

Then daddy nampak daddy bising ingat sofea cucuk pencil kat bibir dia then kitaorang explain kat daddy sofea tengah buat lipstick challenge yang dia tengok kat youtube huhu pandaii ekk kang kalau kasi lipstick betul kalau buat tak pe kalau buat benda lain haishh darah boleh up bebel kang

Datang idea ajak rah buat gituk but kitaorang use real lipstick lah ehh not lipstick tapi lip matte sofea tengok jek lepas tu dia ketawa kan kitaorang then mula dia ajak buat tapi guna jari jek lah

Aritu pergi sephora then kaka amek brush yang sample tu untuk betolkan kening dia sekali sofea amek dia buat lipstick challenge lagik adeyy pandai pulak tu amek yang eyeshadow brush yang bentuk macam pad tu not sure apa nama dia sebab aku tak suka use jenis tu lebih suka use jenis brush

Ohh sofea asu belum ajar step lagik tapi sofea dah belajar step from youtube ehh

Thursday, 13 December 2018

Muncul Dalam Mimpi

Tadi masa sofea tidur dalam buai aku pon join sekaki wakakka syokk wo tidur everyday benda yang sama kecuali hari ahad wakakakka

Entah kenapa aku mimpi perempuan kurus baju putih rambut hitam panjang tunduk kepala entah kenapa aku mimpi tu pulak and dulu aku pernah ternampak benda nie masa nak bangun kencing tengah malam dulu masa tahun 2013 ke 2014

As usual muka sedih tapi setelah sekian lama dah tak nampak dalam rumah boleh pulak muncul dalam mimpi ape hal lah pulak kan

Entah apa yang nak disampaikan pon aku tak taw so as usual ignore saja and aku tak cerita dengan mum sebab bagi aku sekadar mimpi mainan tidur di siang hari

Maybe kalau kerap mungkin akan diberitahu kot but aku rasa sekali jek lah tak akan berulang kali entah kenapa jadi tanda tanya pulak hmm

Wednesday, 12 December 2018

Disney X Cathy Doll CC Powder Pact

Cute kan hehehe aku beli jugak sebab too cute and price rm29.90 packaging sangat lah cute and dalam tu kecik jek tak besar mana boleh selit dalam pocket woo

Disebabkan yang aku nak design tu packaging dah rosak kat bawah tanya bila sampai lagi dia kata tak taw ala kalau nak beli boleh beli 

Ala kotak jek pecah as long dalam tu still okey aku tak de hal boleh so aku pon beli jugak wakakaka gigih okey

Beli sebab rasa ianya tersangat lah cute code honey beige #25 kalau tak silap tone for darker skin and kat situ satu code jek honey beige hmm

Rasa sayang nak pakai lah simpan jek boleh tak hahaha but rugi pulak ekk

Maybe aku akan simpan sponge dengan plastic tsum tsum tu so just compact powder dengan brush saja and sejak use brush aku dah tak berapa suka use sponge kuikuikui

Tak sabar nak pakai 

Tuesday, 11 December 2018

Family Mart Johor Bahru

Finally berjaya jugak jejak pergi family mart semalam malam 

Try bento but aku tak amek bento tapi aku amek chocolate, tiramisu dengan harajuku cheese kalau tak silap and yayaz amek sushi inari yumm yumm

Nak beli frape entah betul ke tak aku eja hahaha kan viral sana sini cakap sedap tapi sedihnya tak de jugak kat johor katanya dah habis adeyy laju jek licin 

Lepas tu oden entah betul ke tak word tu just amek fish cake and few more yang aku dah lupa nama hahaha amek tom yam dengan original lepas tu try udon 

Yayaz suka makan udon lepas tu air chocolate ice dalam masa yang sama try latte and packaging botol sangat lawa cute cute

Try jugak yang strawberry macam roti tu so soft and yummy cuma strawberry mashamm tak sanggup nak digigit wakakaka

Lagi apa ekk pak tam beli pau, karipap lepas tu ada cheese fishcake tu pon sedap rugi beli 1 wakaka sebab share beramai ramai so boleh beli yang jenis lain then ada ayam goreng yang kecik kecik dengan sausage tu semua aku tak amek gambar sebab focus pada makan jek 

Meja just ada 4 set means 1 baris 2 meja and weouls ramai so kena amek 3 meja bercantum huhu gasak ler orang nak kata apa sebab weouls enjoy our meals okey meja tak banyak orang ramai lepas tu space a bit limited aka sempit but ada aku kesah janji dapat makan hahaha

Yang oden tu ada rm0.50 ada rm2 ada rm3 and sangat lah panjang beratur untuk makan tapi sedap tak de lah rasa macam ubat ke sebab kadang kala benda ginik rasa semacam kan cuma aku tak hirup kuah tom yam si yayaz cakap sedap hmm

Next time if pergi lagik tak taw lah akan pergi lagi ke tak huhuhu nak beli udon, seafood fishcake, korean apa ntah tu jek and enjoy makan if ada rezeki akan dapat lah jejak if not maybe akan datang

Then dah habis makan kemas then pecahkan balik meja kasi orang lain sementara nak habiskan balance macam pau karipap sebab mulakan bento dengan oden dulu

Habis semuanya baru ler gerak beli ice cream yeaayy and makan ice cream kat luar kedai sebab orang ramai and tak sempat nak amek gambar ice cream tu secara properly sebab aku beratur beli something huhuhu 

Masa beratur nak bayar tu pak tam datang hantar ice cream dah cair sikit then ada baby kat depan tu bukan main bulat mata tengok ice cream matcha cisss

Aku bukan hantu matcha and ice cream matcha lagik sedap dari another one yang coconut tu lepas tu last year kat kl ada cheesecake walaweyy mesti sedap

Okey sambung balik everytime aku dengan yayaz makan ice cream baby depan tengok jek so kitaorang pon menghanjing baby tu dengan enjoy lick our ice cream wakaka so bila buat sembunyi ehh baby tu pusing tengok lagik aiyoo baby lagik kan kecik lagikan tengok lah kitaorang enjoy our matcha ice cream yumm yummmyy

Family mart sila bukak kat jusco tebrau sonang nak ke sana kat skudai jauh sangat lah..

Sunday, 9 December 2018

Kemalasan Sungguh Lah

Aku ada masalah kemalasan untuk update blog even ada kisah yang aku nak coret but aku terlalu malas nak update wakaka

Kadang kadang nak update tapi bila dah buat benda lain then jadi malas 

Ingat nak pakai clay mask but macam malas jek nak cuci muka then pakai then takut jadik macam aritu disebabkan malas nak pakai skincare amek kau muka kering giler kat bahagian yang pakai clay mask

Okey semua serba malas so kita panggil bulan nie ialah bulan malas..!!

Tuesday, 4 December 2018

Dip n Dip

Alhamdulilah berjaya jugak makan dip n dip actually kalau bukak kat jusco or city square boleh jugak pergi but bila bukak kat paradigm mall tu agak sukar untuk ke sana after banyak "kisah misteri or mistik" but Alhamdulilah masa masuk tak de apa apa fuhh

Memula beli tripple chocolate waffle then tambah tripple chocolate crepe so yummy sedap giler weyy kenapa lah sedap sangattt and rasa macam tak nak move on

Jangan lah next pms tekak teringin nak makan nie dah ler mahal lepas tu jauh susah nak ke sana lain lah kalau bukak kat jusco boleh jugak pergi

Dip n dip why tak nak bukak kat jusco jek kan senang aku nak ke sana haishh 

So yummy but tak boleh nak move on Insya Allah if ada rezeki then nak ke sana and buy lagik hehehe

Saturday, 1 December 2018

Last Chapter 2018

Sedar tak sedar kejap jek 2018 dah nak melaburkan tirai kehidupan segala suka duka yang dah pon terjadik

Ingatkan masuk jek 2018 tamat lah segala kisah but lambat pulak nak tamat just kasi kitaorang happy bahagia lah enough dengan segala dugaan dan ujian :(

Moga berakhirnya 2018 membawa sekali semua kenangan pahit pergi lah wahai kenangan jangan sesekali kau datang kembali even jenguk pon kehadiran mu adalah di HARAMKAN