Thursday, 4 January 2018
Restkan Brain
Semalam yayaz ada terapy and tak pergi sekolah sebab takut tak sempat
dari sekolah nak kejar ke hospital disebabkan malas nak terkejar kejar
so whatsapp cikgu yayaz bagitaw yayaz kena cuti
Alhamdulilah dapat jumpa Dr yang sepatutnya attend kes yayaz last
appoiment aritu Dr attend kes lain pulak haishhh
So Dr tu akan tengok segala pasal yayaz so dia akan bagitaw apa
masalah utama yayaz and hasil 45 minit dia tengok yayaz buat aktiviti
and yayaz sorang jek masuk so ok la kebetulan aku tengah beratur
menunggu untuk register so yayaz dengan bapak dia
Kalau asu ada confirm nangis nak asu ikut masuk huhuhu so after dah
few minit then Dr cakap level confident yayaz tak kuat so kalau sesuatu
benda or belajar yang yayaz tak boleh nak buat dan lakukan itu yang
menyebabkan yayaz tak tentu arah and maybe dia rasa susah untuk
buat benda or belajar hmm tak pe darling slow slow kita belajar
buat jangan stress enjoy ok...!!
So macam duit besar pon agak sukar untuk yayaz beri jawapan
balance dengan kalau beli 3 item berapa total hmm selalunya
yayaz kalau beli ice cream memang kasi duit RM1 or RM5 jek tak
pernah pulak try kasi RM50 untuk tengok cekap tak yayaz bab
balance duit oleh sebab budak budak gini tak peka sebab tu kes
buli amek duit orang or kadang kala beli sesuatu kat kantin
lupa amek balance
Cikgu yayaz kalau boleh suruh makan ubat untuk kasi yayaz
focus pada belajar tapi masa dulu yayaz start belajar teacher
tu tak kasi yayaz makan ubat katanya tak bagus sebab nanti
diam semacam tapi tu lah untuk control yayaz elakkan tantrum
bila belajar yang dia tak boleh nak catch up apatah lagik bila
exam tak nak yayaz larik hmmm
So Dr kata dia cuma terapy untuk bab ubatan kena jumpa Dr
pakar so terus pergi klinik kesihatan untuk mintak surat refer
ke pakar kanak kanak and Dr tu khas untuk kes budak budak
disleksia tapi nak jumpa kena tunggu lagik bulan 5 or 6
tunggu giliran hmmm
Balik bawak pergi makan meatball kebetulan kak geeyah kasi
yayaz RM30 so dari bulan lepas nak pergi makan tapi asyik tak
sempat jek nak tunggu kakak cuti tapi mak yayaz dah amek
yayaz so agak kekacauan di situ
Masa nak sampai tanya yayaz boleh ke tuisyen tak penat ke
then yayaz cakap yayaz nak restkan brain ye lah masa terapy
use brain untuk solve puzzle 2D dengan 3D lepas tu bab kira kira
duit pulak kan nanti bila tuisyen nak perah lagik brain untuk
baca tulis dan kira
Ok la laling so tanya lagik macam mana nak restkan brain
yayaz cakap nak jalan jalan okey dokey darling
Habis makan meatballs dengan pasta gerak ke jusco pergi situ
sebab aritu raya aku gunakan duit raya beli cleansing system
pink color 4D vibrate kekonon nak kan pink and nak beli clarisonic
entah kurun abad ke berapa pon tak taw hahaha so after few months
pakai tak boleh on dah tukar battery still sama so aku try use battery
tu gunakan kat device lain then boleh haishhh stress aku
Pergi cakap kan ada warranthy setahun tapi SA dia cakap tak lah
sepatutnya 3 hingga 6 bulan amboiii banyak cantik masa nak beli
cakap setahun sekarang lain cerita boleh mendatangkan kemarahan
nie tapi aku cuba cool walaupon eiii geramnya aku hahaha
So tinggal no phone katanya tak esok (hari nie lah), friday or
monday baru call untuk double confirm kerosakkan nak hantar
ke HQ balik buat lah apa pon janji aku taw benda tu boleh
pakai back to normal
Alhamdulilah tadi dorang call cakap HQ tukarkan beri yang
baru tapi untuk masa sekarang tak ada stock lagik kena tunggu
monday okey janji yang baru ehh tapi aku suruh dorang call
bila stock dah sampai hmm
Yayaz nak cuci cuci mata kat toysrus okey lah tengok lah mana
nak nanti kalau ada rezeki kita beli okey...!!
Aku masuk bath and body work perghhh candles dia bau ada
yang sedap kau tunggu ehh ada duit aku sambar beli hahaha
then main diamond shimmer body mist ada tu bau wangi
favourite aku harga hmm RM80 Insya Allah satu hari nanti
so spray kat baju and tangan nampak lah glitter glitter and
yayaz pon sama nak spray yang peliknya bila yayaz balik
sekolah kat baju sekolah dia bau body mist tu hurmmmm
pekikkkk tu
Sempat masuk victoria secret tapi bahaya bawak yayaz kita
tengok barang yayaz tengok model yang pakai bikini
sungguhhh bahaya...!!!
And nars nak bukak january 2018 yeaayyy foundation
dia ramai kata best walaupon harga mahal nak mampus
termasuk concealer dia the best katanya ayoooo control
later dah bukak kita main swatch jek lah nak beli belum
mampu huhuhu
Sempat jeling masuk sephora sebab nak bau toner fresh yang
ada rose kekonon for hydration harga hmmm RM209 tapi bau
tak best busuk semacam eii apesal harga mahal tapi bau
tak sedap...!!!!
Mask innisfree pon dah naik harga dari RM4 jadik RM5
lepas nie ada duit beli mask A'pieu jek lah yang strawberry
milk baru RM3.90 kalau yang macam vitagen tu RM6.90
hmmm mask the face shop pulak dah jadik RM5.19 itu
etude house tak taw lah jejak berapa last aku tengok masa
outlet dia still bukak mask sekeping RM10 perghhh
Ada satu cream aku lupa nama ramai kata bagus harga pon
dalam RM60 SA a'pieu kata can use as moisturizer pakai satu
muka tapi jangan skip la everyday pakai hmm menarikkkk....
Habis round balik pasal yayaz sekolah kan tapi hahaha malam
tadi aku tak boleh tidur sampai kol berapa pagi dah lah nak
bangun kol 6 tapi mata tak boleh tidur walaupon dah gantuk
mengadu dengan mum then bukan aku sorang sebab
mum pon sama jugak :(
Yayaz pon malam tadi gelisah duduk carik sesuatu bila
tanya baring balik tidur tak sampai berapa minit buat benda
sama bila tanya lagik baru cakap nak urine hmmm
Ingat nak jek makan ubat batuk yang gantuk tu dengan
harapan dapat tidur tapi fikir balik kang nanti dah batuk
tak lut pulak so tak jadik makan
Pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena semua serba tak
kena sabo jek lah tapi tak fikir lain maybe penat ke sana sini
lama tak merayap banyak :P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment