Tuesday, 30 January 2018

Cuti 1 Hari

Pagi tadi siapkan yayaz aku cakap lah hari nie last bangun pagi malam nie boleh tutup alarm so syok lah hahaha paling malas nak bangun pagi
Me: Yayaz esok tak school taw
Yayaz: Kenapa
Me: Cuti deepavali.... ehh salah thaipusam
Yayaz: Thaipusam tu apa
Me: Tahun baru india...
Aku lupa kejap entah betol ke tak aku bagi jawapan kat yayaz sebab pepagi blur okey brain tak berfungsi sangat kang dah syok tidur baru okey hahahhaha

Yeayyy malam nie off alarm tidur dengan nyenyak hoyeeee

Monday, 29 January 2018

Pergi Kenduri Kahwin


Anak kawan daddy kahwin so dia jemput lah masa mula mula dapat kad ingatkan siang hari mujur lah masa nak dekat kawan daddy bagitaw malam bila check kad lah malam rupanya hahaha

Pergi lepas isyak senang kan dah solat so masanya untuk aku tunjuk skill makeup ku hahaha risau jek terover tapi boleh lah masa nie lah nak asahkan bakat and aku pakai contact lens sebab nak habiskan balance before expired

Mula mula yayaz cakap nak pakai gold then last minit dia tukar nak pakai blue so dia pakai baju raya dia hahaha dia sorang je pakai baju melayu daddy dengan pak tam pakai kameja jek semangat okey si yayaz then sofea pakai baju kurung masa raya

Dulu kan sofea merangkak so tak nampak sangat function baju tu now dah pandai jalan bukan main cute lagik terkedek kedek lawa pulak tu nasib baik yayaz pilihkan tu tapi dah ketat sikit lah pasal dah besarkan

Sampai jek ngam ngam berapa minit pengantin sampai so dorang buat mercun dapat lah tengok bunga api and aku record sejenis gigih buat demikian muahahaha tapi aku tak masukkan dalam instagram lah
 
Then makan isi perut ada kompang si sofea bukan main suka dia tengok kakak bawak dia then aku dengan kakak buat lipstick challenge tapikan maybe sebab aku tak heran makan lipstick hilang janji enjoy and menikmati makan ala nanti hilang touch up jek lah balik

Tak kuasa aku tak enjoy makan sebab fikir nanti lipatick hilang lah ala lepas settle touch up elok elok apa susah daripada buat muka pelik sebab nak jaga lipstick tu baik tak payah

Lepas settle balik so sementara menunggu si yayaz pergi amek ice cream sekali ada flavor durian mati terus napsu aku so sad kenapa mesti ada flavor durian kenapa kenapa kenapa

So pergi kat depan tanya ada apa jek then dia kata tak ada durian yeayy can enjoy aku pulak selsema then orang tu tanya selsema ke aku jawab haah then dia kata nie buat ubat selsema hahaha yezzaaa mana taw selsema aku baik

Kakak ajak pergi guardian nak beli suppliment mum so dah hantar mum balik terus pergi then akak guardian tu tak kenal pon lepas sofea macam usha baru dia perasan wakakaka

Masa bayar boleh pulak akak tu tersasul tanya raya kat mana hahaha abis dah sedodon biru yayaz siap baju melayu sofea baju kurung padahal dalam hati aku cakap rasa macam balik beraya pulak tup tup dah ada bersuara

Balik benda paling penting ialah bukak contact lens takut mata kering and susah nak bukak dah lah aku tak ada eyes drop untuk contact lens leceh then nak remove makeup tu punya lah malas hahaha pakai rajin remove malas tapi dah golek golek baru terhegeh hegeh remove

Tu pon yayaz dah cakap gantuk then aku terus berdesup carik cleansing oil sabun cuci muka then say bye bye makeup terima kasih berkerjasama untuk aku asah skill makeup

And yes aku agak over makeup bila terjumpa jiran belakang yang tak pakai makeup muahahha ala tu kira terapy buat aku lah si kakak pon pakai sikit aku jek over sikit tang eyeshadow huhuhu

Okey nak tidur dah kol 1:44 pagi kang alarm bunyi mamai mamai satu hal lagik...

Sunday, 28 January 2018

The Silly Project

Aku kan tengah buat kerja tak berfaedah wakakakka

Sebab tu aku busy few days nie sebab tu hah buat kerja bodoh lah tapi bagi aku tu bukan kerja bodoh cuma kerja yang menyusahkan tapi hasilnya menyenangkan gituk lah

Aku buat instagram untuk semua makeup beauty stuff apa yang aku rasa boleh aku masukkan then aku masukkan lah bukannya semua pasal makeup skin care banyak lah benda lain-lain even earing pon aku masukkan sekali sebab aku rasa ianya girls thing ehh women things

Start 4 hari lepas aku mula korek gambar lama-lama dari 2013 sampai now kat instagram yang private ada tapi aku carik gambar lama untuk buat silly projek nie Alhamdulilah dapat lah korek few gambar kat twitter lama hahaha cuma dulu aku jarang amek gambar beli barang makeup sekarang jek rajin amek gambar sebab ianya memory ^_^

So dari gambar 2012 sampai lah sekarang tapi kena struggle lah screen shot gambar then edit letak watermark bukan apa dulu ada someone nie bagi taw buat ada watermark kalau tak jadi macam dia gambar kena curik even gambar muka dia sendiri ayooo

Aku pulak buat watermark sebab nak bagi taw yang gambar tu hak milik aku walaupon tak de siapa pon nak amek or anything tapi biar lah nampak cute sikit wakakakka

Buat kerja tu semua benda yang lain aku tinggalkan stop bila kena buat kerja lain lepas tu ada time sambung balik hahahha apa jek...

Tapi tinggal lagik gambar-gambar tahun 2016,2017 and sekarang entah bila akan siap pon tak taw lah haishhhh.....

Tuesday, 23 January 2018

Musim Sakit Melanda

Musim sakit telah melanda keluarga aku auu
lepas jek sofea dah nak baik sakit sorang demi sorang kena apa lagik kalau bukan selsema dengan batuk aduhaii seksa okey nak tidur asyik tersedar sedar sebab tak cukup napas hidung block lepas tu kena aircond bernapasss menggunakan mulut memang mendapat lah

Batuk pon adalah tapi tak seteruk selsema tapi bila sesekali menjelma perit jugak dada tengah syok syok tidur sekali terbatuk batuk naik stress aku dah lah nak bangun pagi sepanjang tersedar batuk tu adalah masa tidur aku so rugi okey hahaha

Tapi batuk boleh control but selsema tarak boleh control pakej dia best siang hari asyik keluar jek hingus macam air paip kejap kejap bocor tapi malam time nak tidur tu dedua lubang tersumbat seksa betol dah tonyoh dengan vicks pon tak berkesan langsung ehhh sabo jek lah kan sampaikan hidung pedih keluar tiny jerawat arghhhh stresssss

Aritu yayaz 2 hari tak sekolah sebab dah nak demam memula sakit kepala then malam tu dah dedar cepat cepat kasi ubat Alhamdulilah tak jadik demam risau jugak kalau demam sebelum start dedar tu tetiba muntah lepas tu lembek semacam jek scary kan dah lah yayaz kalau demam pakej muntah muntah or cirit birit kena amek darah 

Kawan kelas yayaz pon sama asyik ramai tak datang sebab sakit see musim sakit lah and klinik pon hari-hari orang ramai pergi dengan sakit yang sama hmmmm

Kakak pon aritu dapat 2 hari mc and aku jugak bedal ubat dia hahhaa sebab malas nak pergi klinik and ubat batuk + selsema aritu masih ada so bedal tu jek sekali ubat habis sakit tak habis lagik so kena telan ubat lain jugak wawawa nasib lerrrr

Sakit please go awayyyyy......

Tapikan aku suka bila lalu sebelah durian tak bau apa-apa so wish aku musim durian kena selsema dah tercapai yeaayyyy i shukerrrrr.....

Bukan setakat durian jek tak rasa air milo bila minum pon tak rasa makan lah apa semuanya tak rasa apa-apa wakakakka padan muka aku....

Nikmat sedap makan minum di tarik sekejap then now dah diberi balik so dapat dah rasa balik nikmat makanan muahahhaha

Friday, 19 January 2018

i'm backkkk

rindunya kamu wahai blog banyak aku nak bebel tapi aku dah tak ada masa seperti dulu yang mampu hanya sesekali saja untuk aku bebel
sepanjang 2017 aku asyik bertukar tukar platform penulisan ku
memula wordpress then blogspot then wordpress wordpress wordpress again
and now january aku use balik blogspot sebab easy untuk upload gambar bebanyak
kalau wordpress hanya 3 gb jek terhad

Monday, 15 January 2018

Get Well Soon Sayang

Since hari khamis malam tiba tiba jek sofea demam panas panik 
jugak sebab kakak belom balik kerja so lepas kakak balik kerja 
baru kasi makan ubat sebab aku pon tak berani nak kasi ubat last
 ubat demam sofea pon aku tak ingat huhuhu apa lah asu nie kan 
sofea semuanya lupa lupa dan lupa
 
Demam sofea on off on off kasi ubat okey lepas tu tak okey bila 
datang tak okey rengek jek tapi still boleh control makan memang 
tak nak tapi susu every 2 hours akan mintak 5oz mesti habis punya 
sambil minum dalam buai as usual
 
So masa hari friday dah mula tekak loya macam nak muntah tapi 
tak muntah lah masa tu susu pon dah kurang sikit bila mintak 
baru buat sebab buat every 2 jam tak nak minum so okey lah layan 
kan jek bila mintak susu buat 5oz minum habis lepas tu sambung 
main regek tetap ada lah tapi still okey tapi batuk dah mula 
menjelma sikit sikit jenis batuk kering tak ada kahak wushh perit 
batuk tu
 
Masa saturday tengah tidur tetiba melalak so keluarkan dari buai masa 
nie kakak kerja pagi so nangis nangis pujuk segala bagai mintak air so 
kasi badan dah melentok habis sampaikan minum air masa baring tak 
layan nak duduk dah beberapa kali minum air tiba tiba muntah tapi 
keluar lendir dengan air so angkat bersihkan tukar baju sofea and 
baju seluar aku habis lecun kira mandi muntah lah senang cerita 
so lap mak aii lembik semacam panggil pon tak jawab risau woiii 
then muntah lagik kali nie tak sebanyak macam tadi tapi badan 
still lembik
 
Pagi tu memang dah nak bawak pergi klinik tapi menunggukan 
sofea bangun dulu so call klinik tanya dr apa tapi tak berjawab 
so daddy pergi untuk tanya sementara menunggu tu yang sofea 
muntah daddy sampai rumah terus bawak pergi klinik cuak weyy 
lembik semacam baring diam jek selalu mulut riuh susu dah tak 
nak minum terus dipeluknya botol susu dengan bantal tapi tu pon 
serba tak kena mengaruk merengek jek
 
Jumpa dr then dr kata badan tak panas just dedar saja kemudian 
loya muntah tu sebab perut dia tak makan apa apa kecuali susu 
kakak jek dia minum then dr kata susu mak dia lagik bagus lah 
untuk budak then dapat lah ubat balik klinik amek kakak balik 
scary anak kakak jadik lembik mum lagik lah risau so hari 
sunday kakak amek unpaid leave tu pon asyik rengek jek sikit 
sikit nangis main lagik la tak nak
 
Bila bawak keluar diam nangis ada lah tapi benda yang dia tak 
dapat macam nak larik jalan sana sini tak nak kena pegang tapi 
sepanjang jalan tak de rengek tak de melalak semuanya tak de lah 
nampak enjoy pulak budak nie bila keluar dah lah cuaca pulak 
haishhh sejukk bila sakit kan bahaya keluar takut lagik teruk 
tapi tu lah dia enjoy jek berjalan huhuhu
 
Hari nie lagik worst dari hari semalam dan semalam lagik lah 
bila kakak dah start kerja bangun pagi melalak lalak selalau 
kalau kakak kerja pagi sofea akan bangun dalam kol 11 or 12 
tengah hari so tadi kol 9 lebih dah bangun tu pon bangun 
melalak lalak semua kasi tak nak susu lagik lah tak nak 
aduhaii buntu seyy
 
Then ajak breakfast so mintak air kasi air mineral tak nak then 
kasi sejuk pon tak nak rupanya nak kan air teh so mum sejukkan 
buat cair minum suku gelas habiskan then makan sikit cake sambil 
kita dok tepuk tepuk tangan untuk kasi dia happy sebab makan 
tapi sekejap jek lepas tu dah tak nak lagik tu pon dah start nak 
merengek semua serba tak kena
 
Kita kalau sakit tekak ke mulut tak sedap mesti akan carik ice cream 
so as usual for tekak ke tonsil ke ice cream vanilla adalah yang the 
best fuhh dia punya nikmat tak terkata rasa macam melawan denga
bacteria yang jahat gituk lah metaforanya hahahha so daddy beli kasi 
makan tak nak selalunya sofea akan sibuk nak tengok dalam gelas 
peliknya kali nie tak nak so kitaorang syak dia tak reti then beli 
ice cream batang RM1 okey baru makan duduk satu tempat so 
dapat tolong mum masak
 
Habis jek kelam kabut amek yayaz balik sekolah so nampak macam 
okey sikit lah bila yayaz balik nampak happy hug hug yayaz cium lah 
apa so bawak jumpa kakak masa kakak rehat untuk kasi susu minum 
pon sikit jek tapi atleast minum jugak sebab nak kasi ubat kan
 
Balik aku adjust buai tetiba melalak rupanya nak masuk buai so 
mintak susu buatkan 3oz yang minum cuma 1oz jek tapi okey lah 
minum jugak daripada tak minum langsung kan so kitaorang just 
buat summary maybe ice cream tu tolong legakan rasa sakit kat 
tekak gituk lah overthinking asu hahaha
 
Hantar yayaz tuisyen sambung melalak lalak sebabnya ialah aku 
tak bawak turun sebab hujan kan leceh dengan payung nak hantar 
yayaz dari tak kena hujan kang nanti kena hujan dah lah tengah 
sakit satu hal lagik nanti kita lagik yang pening kepala
 
Masuk rumah melalak lalak aduhaii apa nak buat bukak tv pon 
sama last last aku cakap dengan mum bukak lah ayat qursi ke apa 
ke untuk kasi senyap bukak ayat kursi jumpa pulak ruqyah halau jin 
kalau tak silap so bukak tu sambil berharap agar sofea stop melalak 
dah tak taw apa lagik nak buat buntu habis sofea tengok youtube 
pakai phone mum pusing sana pusing sini padahal nak tidur tapi 
tak nak jugak tidur nak kan ami dia hurmmm
 
Tengah elok diam diam tetiba melalak lalak cakap engi engi (pergi) 
aduhaii aku stopkan ruqyah pujuk dia daddy masuk rumah pon pujuk 
dia tak jalan so lagik beberapa minit kakak dah balik tapi kakak suruh 
amek 5:30 petang sebab nak beli pampers so whatsapp kakak cakap 
sofea ke sana sama sama beli pampers sepanjang perjalanan 
melalak lalak sampaikan dah tak taw macam mana nak pujuk lagik
 
Dah nak sampai melalak lalak sampaikan tertidur then tersedar 
melalak lagik bila nampak kakak melalak lagik so kasi kat kakak 
diam kejap balik dari amek kakak pergi jumpa kawan daddy mintak 
tolong apa yang patut buat so dia tolong segala bagai dia cakap 
dalam dia tak sakit sebab cerita lah apa yang dr cakap then 
amek yayaz balik tuisyen
 
So apa lagik syak lah yang kena kacau sebab lepas balik sofea 
dah okey tak melalak meraung raung macam tadi boleh ketawa 
ketawa dah habis makan lollipop ajak kakak tidur bila bangun 
pon okey tak melalak lalak so kira faham lah kenapa dia 
melalak cakap pergi pergi
 
Weyyy stop lah kacau kacau penat taw tak..!!!!
 
Masa lepas magrib aku baring penat rabak okey tetiba rasa 
penat sangat sangat eii semacam lah penat dia nak tidur tapi 
aku tahan sebab nanti tersedar tengah malam dah susah nak 
tidur yayaz sekolah pagi tak terbangun nanti tahan tahan 
Alhamdulilah lepas rasa gantuk mamai penat rabak tu then 
tetiba yayaz cakap hari nie yayaz rasa penat sangat lah tapi 
yayaz tak nak tidur lagik pulak dah so aku syak yayaz rasa
 macam aku rasa tadi kot
 
Hurmm entah lah sampai bila semuanya nak berakhir..???
 
and now dah kol 11:40 malam aku tak boleh nak tidur pulak 
muahahaha so muncul lah entry nie

Saturday, 13 January 2018

Musim Sejuk

Malaysia mengalami perubahan suhu yang sangat sejuk actually 
sekeliling Malaysia berikutan perubahan monsin angin eiii sejukkk 
hujan non stop tak lebat tapi gerimis jek tak pe Allah kasi sejuk kan 
orang complain cakap Malaysia panas jek
 
Cuma bila hujan jek kain baju memang tak kering lah so dobi dobi 
layan diri sangat untung masyukk kacing hahaha see complain 
baju pulak tak kering tapi aku suka cuaca sejuk syokkk jek kipas 
pon bukak no 1 kalau tak mesti bukak no 2 huhuhu
 
Hari ke 2 mula dah weyy rasa sejukkk Ya Allah mengigil gigil 
rasa baru aritu berangan dengan yayaz cakap kalau ada duit 
banyak sangat banyak jom pindah negeri ada snow muahahaha 
baru ginik dah tak tahan sejuk kalau duduk kat snow mau tak 
bergerak ke mana mana
 
Bukak air adeyy sejuk rabak nak mandi pon macam malas tak 
pon mandi petang sebab pagi sejuk sangat walaupon letak air 
panas muahahaha rupanya ramai weyy buat macam tu baca kat 
facebook ramai tak tahan sejuk nak mandi muahahaha rakyat 
Malaysia kesejukkan nak mandi pagi bukan orang besar yang
 kecik pon sama semua tak tahan kesejukkan
 
Syok sejuk tapi bila kena angin luar sampai meremang bulu roma 
menahan so terfikir siapa berani keluar rumah pakai short pants 
dengan baju spaghetti fuhh kalau berani jugak memang power lah 
kulit dia menahan sejukkk and aku kat rumah pon dok pakai baju 
lengan panjang sebab tak tahan sejuk muahahahhahaahaa 
penangan musim sejukkk
 
Lena agaknya yayaz tidur kat rumah mak dia sebab sejuk kan 
kalau tak balik complain panas lah apa lah grrr budak masham 
sorang tu kecoh lebihhhh ala bila sejuk taw pulak suruh kepit dia 
abis kita yang sejuk kalau kepit dia taw pulak dia bising grrrrr
 
Tak taw lah sampai bila cuaca macam nie dulu pernah kena sekali 
cuaca sedap sedap sejuk agaknya cameron lagikk sejuk kan huhu 
so boleh lah feeling feeling pergi korea gitukkk
 
Musim sejuk syokk selubung dalam selimut haishh nak bangun 
pagi pon rasa malas sangat tak nak lepaskan selimut tapi tetap 
gagahkan diri bangun wawawa tapi musim sejuk ginik dengan 
cuaca mendung mendung mesti ramai yang terlajak bangun 
sedar sedar dah tengah hari wakakaka syok seyy
 
Kahwin time ginik syok makeup tak cair hahaha kalau panas kan 
berpeluh then makeup start cair pasal panas now sejuk tak panas so 
makeup maintain hokey tak risau cair tapi yeke hmm entah lah kalau 
ikut pemahaman aku kalau panas ofcoz lah berpeluh so makeup pon 
asyik nak kena touch up kalau sejuk kurang berpeluh and tak adalah 
makeup asyik kena touch up
 
Makeup cair maybe sebab base tak kuat and foundation tu 
bukannya waterproof susah nak carik foundation waterproof yang 
ada semua biasa jek berpeluh bila kesat dahi so kesat sekali 
foundation so peluh plus foundation gitukk
 
Eiii suka sejuk best ^_^

Friday, 12 January 2018

Angin Dalam Badan

Nie bukannya pasal angin aka berangin marah nope nie angin 
dalam badan yang membuatkan rasa perut sebu lepas tu asyik 
sedawa and now aku tak boleh nak tidur pasal tu lah haishh dah 
lama tak kena bila kena sengsara aku

Maybe silap sendiri pi balun ayam spicy lepas tu makan tanpa rasa 
bersalah dah rasa pedas then slumber minum air gas so rasa lah 
penangan nya haiyaaa ingat syok makan pedas bila dah kena attact 
bukan syok dah sengsara weyy

Dah lama tak kena angin nie bila kena balik rasa nak muntah pon 
ada tapi sangkut tak boleh keluar melainkan aku jolok tekak paksa 
keluarkan and untuk berbuat demikian haishh tak rajin baik 
selubung dalam selimut

Minum air pon tak hilang nak tidur dalam perut nie rasa 
panas effect makan pedas kan so untuk legakan kena minum 
susu memandangkan susu tak de so buat donno sudah lah 
lantak pi lah malas weyy nak layan

Sabo jek lah siang siang tak nak attact time ginik amboi syok ehh 
attact stress aku baru nak syok berangan sebab pagi nanti alarm 
tak bunyi sekali jadik macam ginik lah pulak kannnn eii benci i

Please lah pagi nanti sambung nak tidur nie dah kol 2:29 pagi 
mata nie tak larat nak bukak tapi perut pulak buat hal 
eiii eiii eiii eiii vencikkk vencikkkkk

Monday, 8 January 2018

Pink Cleansing Tools


Alhamdulilah semalam pihak kedai tu call bagitaw yang dah ada stock 
untuk replace tools aka device aku yang dah jahanam tanpa sebab yang 
kukuh nak kata kena air kata waterproof kecuali part battery lah and 
aku use secara gentle and proper okey setiap kali pakai akan make sure 
device tu kering siap lap lap lagik cuma kepala brush as usual lah 
makan masa sikit untuk kering tapi tak kisah pon 

Bila SA tu call amek yayaz balik school terus pergi terasa macam 
paranoid pulak kalau tetiba tangguhkan pergi then stock tu habis 
walau aku taw SA tu simpan bukannya taruk kat display hurmm tak 
kisah lah janji dah boleh guna as usual sudah itu yang penting lupa 
pulak nak tanya sebab kerosakkan apa punca ayoooo sebab dah 
excited tools tu can use again hahaha

Alhamdulilah lah can use back cuma tu lah still belom use sebab 
takut terjadik lagik benda sama walaupon kalau boleh tak nak terjadik 
lagi biarlah sekali jek terjadi and can use forever gitukkk ye lah beli 
bukannya murah mahal so rugi lah kan pakai sekejap lepas tu 
problem and harap sampai bebila pon tak de masalah Amin Amin

Haishh dah lah color pink cute and kena use battery bukannya charger 
tak kisah janji enjoy pakai bulu dia lembut so sangat soft and gentle 
kat muka bila pakai tak harsh kat muka 

Please be nice jangan buat hal lagik okey

Sunday, 7 January 2018

Bila Agaknya

Dear awak, 

Bila agaknya kan dapat buat video call bebual bual 
macam aritu haishh rindu nak tengok muka awak lagik 
dengar suara awak buat video call sampai pagi 

Lama tak use ganti nama as Donald hahaha ingat balik kelakar seyy 
tak pasal pasal hmm

Mungkin awak tak akan baca pon sebab awak tak akan sedari 
kehadiran blogspot nie tak pe lah

Mungkin satu hari nanti awak terbaca betapa rindunya kami kat awak

Moga moga Allah permudahkan untuk kita berjumpa lagik setelah sekian 
lama kita tak berjumpa 

Miss you so so much...!!

Study hard one day kita jumpa okey

Capai apa yang awak cita cita asu still simpan mesej impian awak tu

One day kita sambung main makeup together okey kita asah skill 
makeup and buat just for fun lama tak buatkan awak kat sana 
main makeup asu kat sini pon main makeup lepas tu kita 
amek gambat show hasil makeup kita...

Arghhh wendunya... sangat sangat rindu hanya 
Allah saja taw macam mana rasanya :(

Friday, 5 January 2018

Untuk Apa Tu

Guardian buat promotion concealer yang untuk bawah mata ada sales 
dari harga normal RM32 jadik RM25 not bad kan lagipon concealer 
tu always out of stock

Lagipon si Nat cakap tu bagus dia pon pakai lagik better than tarte 
concealer huhuhu memandangkan kat tangan ada duit sikit mari beli 
and try tapi tulah tak taw bila nak pakai muahahahaha

Masa nak carik puting susu sofea tiba tiba daddy tanya
Daddy: Beli apa tadi
Me: Concealer
Daddy: Untuk apa tu
Me: Pakai bawah mata
Selama nie bila aku beli makeup daddy akan cakap tak habis habis 
beli makeup and tak pernah tanya fungsi apa benda yang aku beli but 
kali nie tetiba tanya hahaha rasa macam bestt gitukk :P

Sebab aku pernah terbaca ada girl nie every makeup dia beli bapak 
dia akan tanya apa tu and untuk apa tu hahaha 

Cuma aku belum tercapai nak beli fit me concealer tu pon dupes nars 
concealer macam best aritu ada sales dari RM27 jadik RM22 tapi 
masa tu belum ada puluss so terlepass

Tak pe next time ada rezeki beli and try actually nak taw betol ke 
tak tu kena beli both and compare baru taw either betol kira as 
dup gitukkk tunggu la ada kacingg then will buy it


Thursday, 4 January 2018

Restkan Brain


Semalam yayaz ada terapy and tak pergi sekolah sebab takut tak sempat 
dari sekolah nak kejar ke hospital disebabkan malas nak terkejar kejar 
so whatsapp cikgu yayaz bagitaw yayaz kena cuti

Alhamdulilah dapat jumpa Dr yang sepatutnya attend kes yayaz last 
appoiment aritu Dr attend kes lain pulak haishhh 

So Dr tu akan tengok segala pasal yayaz so dia akan bagitaw apa 
masalah utama yayaz and hasil 45 minit dia tengok yayaz buat aktiviti 
and yayaz sorang jek masuk so ok la kebetulan aku tengah beratur 
menunggu untuk register so yayaz dengan bapak dia

Kalau asu ada confirm nangis nak asu ikut masuk huhuhu so after dah 
few minit then Dr cakap level confident yayaz tak kuat so kalau sesuatu 
benda or belajar yang yayaz tak boleh nak buat dan lakukan itu yang 
menyebabkan yayaz tak tentu arah and maybe dia rasa susah untuk 
buat benda or belajar hmm tak pe darling slow slow kita belajar 
buat jangan stress enjoy ok...!!

So macam duit besar pon agak sukar untuk yayaz beri jawapan 
balance dengan kalau beli 3 item berapa total hmm selalunya 
yayaz kalau beli ice cream memang kasi duit RM1 or RM5 jek tak 
pernah pulak try kasi RM50 untuk tengok cekap tak yayaz bab 
balance duit oleh sebab budak budak gini tak peka sebab tu kes 
buli amek duit orang or kadang kala beli sesuatu kat kantin 
lupa amek balance

Cikgu yayaz kalau boleh suruh makan ubat untuk kasi yayaz 
focus pada belajar tapi masa dulu yayaz start belajar teacher 
tu tak kasi yayaz makan ubat katanya tak bagus sebab nanti 
diam semacam tapi tu lah untuk control yayaz elakkan tantrum 
bila belajar yang dia tak boleh nak catch up apatah lagik bila 
exam tak nak yayaz larik hmmm 

So Dr kata dia cuma terapy untuk bab ubatan kena jumpa Dr 
pakar so terus pergi klinik kesihatan untuk mintak surat refer 
ke pakar kanak kanak and Dr tu khas untuk kes budak budak 
disleksia tapi nak jumpa kena tunggu lagik bulan 5 or 6 
tunggu giliran hmmm 

Balik bawak pergi makan meatball kebetulan kak geeyah kasi 
yayaz RM30 so dari bulan lepas nak pergi makan tapi asyik tak 
sempat jek nak tunggu kakak cuti tapi mak yayaz dah amek 
yayaz so agak kekacauan di situ

Masa nak sampai tanya yayaz boleh ke tuisyen tak penat ke 
then yayaz cakap yayaz nak restkan brain ye lah masa terapy 
use brain untuk solve puzzle 2D dengan 3D lepas tu bab kira kira 
duit pulak kan nanti bila tuisyen nak perah lagik brain untuk 
baca tulis dan kira

Ok la laling so tanya lagik macam mana nak restkan brain 
yayaz cakap nak jalan jalan okey dokey darling

Habis makan meatballs dengan pasta gerak ke jusco pergi situ 
sebab aritu raya aku gunakan duit raya beli cleansing system 
pink color 4D vibrate kekonon nak kan pink and nak beli clarisonic 
entah kurun abad ke berapa pon tak taw hahaha so after few months 
pakai tak boleh on dah tukar battery still sama so aku try use battery 
tu gunakan kat device lain then boleh haishhh stress aku

Pergi cakap kan ada warranthy setahun tapi SA dia cakap tak lah 
sepatutnya 3 hingga 6 bulan amboiii banyak cantik masa nak beli 
cakap setahun sekarang lain cerita boleh mendatangkan kemarahan 
nie tapi aku cuba cool walaupon eiii geramnya aku hahaha

So tinggal no phone katanya tak esok (hari nie lah), friday or 
monday baru call untuk double confirm kerosakkan nak hantar 
ke HQ balik buat lah apa pon janji aku taw benda tu boleh 
pakai back to normal

Alhamdulilah tadi dorang call cakap HQ tukarkan beri yang 
baru tapi untuk masa sekarang tak ada stock lagik kena tunggu 
monday okey janji yang baru ehh tapi aku suruh dorang call 
bila stock dah sampai hmm 

Yayaz nak cuci cuci mata kat toysrus okey lah tengok lah mana 
nak nanti kalau ada rezeki kita beli okey...!!

Aku masuk bath and body work perghhh candles dia bau ada 
yang sedap kau tunggu ehh ada duit aku sambar beli hahaha 
then main diamond shimmer body mist ada tu bau wangi 
favourite aku harga hmm RM80 Insya Allah satu hari nanti 
so spray kat baju and tangan nampak lah glitter glitter and 
yayaz pon sama nak spray yang peliknya bila yayaz balik 
sekolah kat baju sekolah dia bau body mist tu hurmmmm 
pekikkkk tu

Sempat masuk victoria secret tapi bahaya bawak yayaz kita 
tengok barang yayaz tengok model yang pakai bikini 
sungguhhh bahaya...!!!

And nars nak bukak january 2018 yeaayyy foundation 
dia ramai kata best walaupon harga mahal nak mampus 
termasuk concealer dia the best katanya ayoooo control 
later dah bukak kita main swatch jek lah nak beli belum 
mampu huhuhu

Sempat jeling masuk sephora sebab nak bau toner fresh yang 
ada rose kekonon for hydration harga hmmm RM209 tapi bau 
tak best busuk semacam eii apesal harga mahal tapi bau 
tak sedap...!!!!

Mask innisfree pon dah naik harga dari RM4 jadik RM5 
lepas nie ada duit beli mask A'pieu jek lah yang strawberry 
milk baru RM3.90 kalau yang macam vitagen tu RM6.90 
hmmm mask the face shop pulak dah jadik RM5.19 itu 
etude house tak taw lah jejak berapa last aku tengok masa 
outlet dia still bukak mask sekeping RM10 perghhh 

Ada satu cream aku lupa nama ramai kata bagus harga pon 
dalam RM60 SA a'pieu kata can use as moisturizer pakai satu 
muka tapi jangan skip la everyday pakai hmm menarikkkk....

Habis round balik pasal yayaz sekolah kan tapi hahaha malam 
tadi aku tak boleh tidur sampai kol berapa pagi dah lah nak 
bangun kol 6 tapi mata tak boleh tidur walaupon dah gantuk 
mengadu dengan mum then bukan aku sorang sebab 
mum pon sama jugak :(

Yayaz pon malam tadi gelisah duduk carik sesuatu bila 
tanya baring balik tidur tak sampai berapa minit buat benda 
sama bila tanya lagik baru cakap nak urine hmmm 

Ingat nak jek makan ubat batuk yang gantuk tu dengan 
harapan dapat tidur tapi fikir balik kang nanti dah batuk 
tak lut pulak so tak jadik makan 

Pusing kiri tak kena pusing kanan tak kena semua serba tak 
kena sabo jek lah tapi tak fikir lain maybe penat ke sana sini 
lama tak merayap banyak :P

Monday, 1 January 2018

Heyyy 2018

Alhamdulilah bertemu kembali january 2018 semoga di tahun 
baru ini keluarga ku diberi kekayaan kesenangan kebahagian 
kegembiraan dan tiada lagik dugaan dan ujian dan bebaskan 
lah keluarga aku dari di sihir Amin

First january yayaz pon dah tak start sekolah yeaayyy pagi tadi 
Alhamdulilah senang bangun untuk ke sekolah harap selamanya 
lah seperti itu takut jek kisah lama berulang kembali harap kisah 
lama tu tak akan terjadi lagik 

Pagi tadi hujan lebat mum kata dari 2 pagi perghhh alarm kol 6 
pagi bunyi dengar bunyi hujan ingat baru hujan lebat rupanya 
tak jalan pon gelap yayaz ingat kejut dia pagi pagi sangat hahaha 

Sampai sekolah pon ngam ngam masuk kelas boleh pulak jalan 
jammed adeyyy

Moga tahun nie bertambah baik dan moga tahun nie kami 
menang untuk bebas dari di buat benda bukan-bukan

Happy new year 2018

2018 please be nice

Page 1 of 365 days

New year new life