Sunday 26 February 2017

Makeup Untuk Tarik Perhatian

Aku tak faham bila perempuan suka makeup soalan pertama
yang akan dapat ialah untuk tarik perhatian lelaki
abis tu kalau lelaki pakai makeup tu untuk tarik perhatian
lelaki jugak ker...???

Soalan pandai sangat ler...!!
habis dah muka seciput merah-merah then seciput parut
tu belom lagik kulit tak sekata berminyak atau kering
sekali pandang mesti rasa macam euwww muka dia
apesal teruk sangat

Okey pakai makeup memang bukan untuk menarik perhatian
sesiapa terutamanya lelaki.....!!
pakai makeup bukan sebab confident cantik or naikkan
rasa semangat untuk diri sendiri pakai makeup sekadar untuk saja-saja jek
lepas tu kan macam colourfull gitukkkk

Ada orang yang suka ada orang yang tak suka
aku panggil benci orang yang tak suka makeup tapi dok
kutuk mengata orang yang suka pakai makeup
deyy orang tu beli makeup bukannya pakai duit kau pon
yang kau nak kecoh macam dia pakai duit kau pehal pulak

Pelik manusia nie kau tak suka dah lah diam jek lah
tapi dalam tak suka tu cuba tengok mesti ada
compact powder, eyebrow, eyeliner and lipstick
see konon tak suka tapi semua tu bukan makeup ehhh...???

Lagi satu orang yang tak suka makeup nie kan
kenapa bila kahwin dok sibuk carik mak andam or MUA
then suruh pakaikan makeup nampak tak permainan disitu
rilex sudah lah tak payah nak kecoh sangat

Cakap nie pon dari pengalaman sendiri
bukannya panas bontot tapi menyampah dengan spesis
manusia yang macam ginik kecoh sangat
macam lah beli makeup tu gunakan 100% duit dia
lain lah kalau gunakan duit dia....

Aku nie makeup ke tak makeup ke tetap macam gituk
tak de perubahan pon sabo jek lah
yang lagik best aku rasa makeup aku heavy sangat
and rasa macam aiseyman over seyy
sekali jumpa orang lelagi kenduri kahwin aikkk
muka dia lagik heavy daripada aku huhuhu

Entah kenapa dia punya nampak blusher tapi aku
pakai blusher tapi last-last tak nampak pon blusher
just nampak pakai bb cream or foundation hahahhaha
pelik betol setakat eyeshadow jek lah yang nampak
yang lelain sama jek

Kekadang aku keluar tak pakai any makeup pon
just keluar slumber tak risau pon soal makeup ke tak ke
yang penting balik tak payah penat cuci makeup huhuhu
pernah lah dalam hati cakap just pakai bb cream lah
tapi last-last tak pakai pon

Pernah sekali just pakai bb cream balik lupa nak basuh muka
baru nak lelap teringat ehh tadi pakai bb cream lah
kelam kabut bersihkan and basuh muka
sebab tu kekadang malas nak pakai huhuhu

Mungkin ada perempuan bangga pakai makeup lawa-lawa
then lelaki pandang tak berkelip mata
apa yang nak dibanggakan sangat semua tu

Aku paling scary kalau makeup muka flawless sekali remove
makeup semua parut acne, acne, redness terkeluar kebabom
perghh dasyat macam mana lah cover baik punya
aku nie try jugak buat tapi nan hado tak menjadi hahahha

Stress tengok kat youtube cover redness, jerawat, parut jerawat
then bila dah pakai foundation so flawless and nampak
macam pakai makeup

Aku nie walaupon suka makeup tapi tak pandai nak beli foundation
yang sesuai aku tengok beauty guru kat youtube ajar
beli color skintone yang cerah sikit daripada kulit kita or
beli gelap sikit then mix so nampak cantik
lelagi kalau jenis warna kulit tak sekata

Yang aku taw test kat jawline then aku carik color yang match
dengan skin aku kira kalau pakai tu nampak macam tak pakai lah
pakai ke tak pakai ke sama jek...!!!

So soal pakai makeup untuk siapa or untuk apa
dah tak relevant okey
gasak pi lah kat depa yang suka makeup bukannya pakai
duit korang pong...
plus now aku pelik apa kes lelaki pon sama dok beli makeup
then pakai makeup

Yang buat aku stress depa makeup lagik lawa lagik flawless
daripada aku ciss tak fair okey...!!!
nape korang makeup lawa and expert haishhhh....

No comments:

Post a Comment