Tuesday, 31 January 2017

Free Hello Kitty Ticket


Umobile kasi free ticket pergi hello kitty town kat Puteri Harbour yeeaayyy 
Syukur Alhamdulilah rezeki dah lama idam nak pergi then baru lah dapat rezeki kan bukak apps umobile kat bahagian reward sekali ternampak apa lagik jerit lah suka

Terus redeem ticket pasal mesti susah nak dapat kang nanti orang lain redeem dah tak dapat ye lah benda free kan sekali baca alahaiii siapa cepat dia dapat lepas tu ticket hanya 500 sahaja walaupon promotion sampai may 2017 if ticket tu habis then kira habis lah walaupon promotion tu masih ada


Tadaaa rezeki kan dapat pon ticket
masa pergi kat kaunter untuk tanya hati nie dup dap dup dap mana taw sekali tak boleh ke apa ke taw jek lah benda ginik ikut nasib

So aku cakap lah dah redeem then betul ke nie then orang jaga kaunter tu kata ya betul umobile ada cakap then dia cakap tahniah kami orang pertama yang redeem ticket yeshhhh rezeki berpihak pada kami

Ingatkan hello kitty dengan thomas jek boleh masuk sekali dia kata semua tempat boleh masuk lagik lah suka dapat explore tapi tutup kol 6 ptg masa sampai tu dah dekat kol 2 ptg


Card nie untuk activity dalam hello kitty saja kena simpan elok-elok kalau hilang dah tak ada lagik
kebetulan pergi hari khamis lepas then orang pon tak ramai ye lah hari biasa kan kalau weekend or public holiday baru lah ramai

Masuk jek dalam hello kitty terus main games yang cup tu lepas tu baru pergi kat bahagian activity


Memula buat deco cookies so dia kasi contoh nak buat macam mana tapi terpulang pada kita nak buat macam mana nak deco macam mana so aku punya part ribbon tu comot okey tak lawa yang mata hidung tu okey and misai okey part ribbon tu comot stress i...!!!!

Then settle deco apa lagik ngap lah sedap rasa macam nak lagik jek haha tapi yayaz sumbat dia punya yayaz cakap dia tak nak padahal dah makan setengah kira aku makan 1 and setengah gitukkkk

Habis cookies pergi coloring pulak kali nie kena color hello kitty  ikut suka then kasi dia so dapat buat macam pin bulat atau brooch pin aku tak sure nama betul dia apa then dah siap boleh pakai
yayaz letak kat baju dia aku dengan kakak simpan dalam bag by the way dalam gambar tengah tu kiri yayaz tengah kakak kanan aku

Lepas habis katanya kol 3 ptg ada show hello kitty so tengok show okey lah bebudak suka hello kitty joget-joget aku pulak bekenan dengan kasut yang ada pompuan baju biru tu pakai lawa pulak tu huhuhuhu

Then jalan masuk dalam rumah hello kitty orang tak ramai pe lagik selfie lah kan dengan 

aman damai tanpa ada nampak muka orang lain terselit i suka okey bukan main lama berangan kat situ kekonon nie bilik i nie toilet i lepas tu welcome to my dapur ala-ala poyo gitukkk :p

Habis tu masuk kat bahagian craft so tu kena ikut betol-betol naik kenoneng mata nak buat tapi berjaya jugak buat dalam pening nak pastikan masuk laju jugak aku buat siapkan hahaha
lepas tu kasi mereka then mereka iron tu boleh lah jadikan alas mug air tapi aku tak taw nak buat deco macam mana

Masa buat tu cuma aku, yayaz dengan kakak then dah siap iron orang tu kasi satu yang dah siap tu contoh untuk tengok dia suruh yayaz kasi kat sofea bukan main suka minah tu dapat apa lagik amek masuk mulut jek lah kerja dia....

Habis hello kitty naik tingkat satu lagik tengok angelina ballerina, bob the builder, pinggu lagik apa ehh lupa dah aku hahhaha jejalan tengok sana sini then naik ke thomas pasal nak kejar time
masa kat tingkat 2 dah kol 4 ptg so masa adalah limited

Naik tingkat 3 main nie main tu....
sofea enjoy main train, bus, lepas tu yang pusing-pusing tu yayaz main hellicopter, yang macam crane naik turun, bumper car okey lah untuk bebudak main

Then dah puas main turun balik tingkat 2 then yayaz jek main and aku join main kat slides hahahha rela panjat untuk main slide nasib baik orang tak de so tak de lah malu sangat :p

Turun balik kat hello kitty pusing yayaz nak main kat playground sekali tutup pulak haishhhh
lagi satu aku tak jumpa yang macam lorong kat hello kitty huhuhu tapi tak pe lah dah have fun kan

Balik tu pusing kedai tapi tak beli apa-apa pon walaupon bekenan dengan satu bag tu rega RM140++ simpan jek lah niat nak beli :p

Nak masuk cafe sekali cafe dah tutup tapi tak pe tak de rezeki kan next time pergi nak beli bag tu dengan beli cake kat cafe hello kitty ahhahaha amboi tak berhagak-hagak kan...!!!

Balik singgah kat tepi ferry tu duduk atas tempat macam buai ianya dibuat daripada kayu pokok so selfie sedas dua then balik pasal dah gelap kang payah pulak carik jalan balik

Balik tu singgah KSL tunggu pak tam habis kerja amek sekali yayaz nak makan pizza RM5 pasal just sarapan jek  penat tapi berbaloi and extra berbaloi umobile kasi free yeaayyyyy

So daripada sebelom GST muncul nak pergi asyik tak dapat then GST muncul masih tak pergi then dah 2017 baru lah Allah turunkan rezeki untuk pergi....

Syukur Alhamdulilah impian ku menjadi kenyataan.....





No comments:

Post a Comment