Tuesday, 31 January 2017

Free Hello Kitty Ticket


Umobile kasi free ticket pergi hello kitty town kat Puteri Harbour yeeaayyy 
Syukur Alhamdulilah rezeki dah lama idam nak pergi then baru lah dapat rezeki kan bukak apps umobile kat bahagian reward sekali ternampak apa lagik jerit lah suka

Terus redeem ticket pasal mesti susah nak dapat kang nanti orang lain redeem dah tak dapat ye lah benda free kan sekali baca alahaiii siapa cepat dia dapat lepas tu ticket hanya 500 sahaja walaupon promotion sampai may 2017 if ticket tu habis then kira habis lah walaupon promotion tu masih ada


Tadaaa rezeki kan dapat pon ticket
masa pergi kat kaunter untuk tanya hati nie dup dap dup dap mana taw sekali tak boleh ke apa ke taw jek lah benda ginik ikut nasib

So aku cakap lah dah redeem then betul ke nie then orang jaga kaunter tu kata ya betul umobile ada cakap then dia cakap tahniah kami orang pertama yang redeem ticket yeshhhh rezeki berpihak pada kami

Ingatkan hello kitty dengan thomas jek boleh masuk sekali dia kata semua tempat boleh masuk lagik lah suka dapat explore tapi tutup kol 6 ptg masa sampai tu dah dekat kol 2 ptg


Card nie untuk activity dalam hello kitty saja kena simpan elok-elok kalau hilang dah tak ada lagik
kebetulan pergi hari khamis lepas then orang pon tak ramai ye lah hari biasa kan kalau weekend or public holiday baru lah ramai

Masuk jek dalam hello kitty terus main games yang cup tu lepas tu baru pergi kat bahagian activity


Memula buat deco cookies so dia kasi contoh nak buat macam mana tapi terpulang pada kita nak buat macam mana nak deco macam mana so aku punya part ribbon tu comot okey tak lawa yang mata hidung tu okey and misai okey part ribbon tu comot stress i...!!!!

Then settle deco apa lagik ngap lah sedap rasa macam nak lagik jek haha tapi yayaz sumbat dia punya yayaz cakap dia tak nak padahal dah makan setengah kira aku makan 1 and setengah gitukkkk

Habis cookies pergi coloring pulak kali nie kena color hello kitty  ikut suka then kasi dia so dapat buat macam pin bulat atau brooch pin aku tak sure nama betul dia apa then dah siap boleh pakai
yayaz letak kat baju dia aku dengan kakak simpan dalam bag by the way dalam gambar tengah tu kiri yayaz tengah kakak kanan aku

Lepas habis katanya kol 3 ptg ada show hello kitty so tengok show okey lah bebudak suka hello kitty joget-joget aku pulak bekenan dengan kasut yang ada pompuan baju biru tu pakai lawa pulak tu huhuhuhu

Then jalan masuk dalam rumah hello kitty orang tak ramai pe lagik selfie lah kan dengan 

aman damai tanpa ada nampak muka orang lain terselit i suka okey bukan main lama berangan kat situ kekonon nie bilik i nie toilet i lepas tu welcome to my dapur ala-ala poyo gitukkk :p

Habis tu masuk kat bahagian craft so tu kena ikut betol-betol naik kenoneng mata nak buat tapi berjaya jugak buat dalam pening nak pastikan masuk laju jugak aku buat siapkan hahaha
lepas tu kasi mereka then mereka iron tu boleh lah jadikan alas mug air tapi aku tak taw nak buat deco macam mana

Masa buat tu cuma aku, yayaz dengan kakak then dah siap iron orang tu kasi satu yang dah siap tu contoh untuk tengok dia suruh yayaz kasi kat sofea bukan main suka minah tu dapat apa lagik amek masuk mulut jek lah kerja dia....

Habis hello kitty naik tingkat satu lagik tengok angelina ballerina, bob the builder, pinggu lagik apa ehh lupa dah aku hahhaha jejalan tengok sana sini then naik ke thomas pasal nak kejar time
masa kat tingkat 2 dah kol 4 ptg so masa adalah limited

Naik tingkat 3 main nie main tu....
sofea enjoy main train, bus, lepas tu yang pusing-pusing tu yayaz main hellicopter, yang macam crane naik turun, bumper car okey lah untuk bebudak main

Then dah puas main turun balik tingkat 2 then yayaz jek main and aku join main kat slides hahahha rela panjat untuk main slide nasib baik orang tak de so tak de lah malu sangat :p

Turun balik kat hello kitty pusing yayaz nak main kat playground sekali tutup pulak haishhhh
lagi satu aku tak jumpa yang macam lorong kat hello kitty huhuhu tapi tak pe lah dah have fun kan

Balik tu pusing kedai tapi tak beli apa-apa pon walaupon bekenan dengan satu bag tu rega RM140++ simpan jek lah niat nak beli :p

Nak masuk cafe sekali cafe dah tutup tapi tak pe tak de rezeki kan next time pergi nak beli bag tu dengan beli cake kat cafe hello kitty ahhahaha amboi tak berhagak-hagak kan...!!!

Balik singgah kat tepi ferry tu duduk atas tempat macam buai ianya dibuat daripada kayu pokok so selfie sedas dua then balik pasal dah gelap kang payah pulak carik jalan balik

Balik tu singgah KSL tunggu pak tam habis kerja amek sekali yayaz nak makan pizza RM5 pasal just sarapan jek  penat tapi berbaloi and extra berbaloi umobile kasi free yeaayyyyy

So daripada sebelom GST muncul nak pergi asyik tak dapat then GST muncul masih tak pergi then dah 2017 baru lah Allah turunkan rezeki untuk pergi....

Syukur Alhamdulilah impian ku menjadi kenyataan.....





Saturday, 28 January 2017

Innisfree Johor Bahru


Yeaayyyy innisfree dah sampai kat johor bahru ^_^ penantian ku akhirnya menjadi kenyataan tersangattt suka katanya kat fb yang nie adalah first innisfree kat johor bahru lepas nie tak pasti akan bukak kat mana lagik

Ohh ya innisfree pertama johor kat Aeon aka jusco tebrau  bukan main happy lagik aku
memula ternampak ada orang nie pegang paper bag innisfree then aku macam ehh ada bukak ke kat sini then ternampak dalam paper bag tu toys bebudak so aku pon maybe kawan dia kasi lah tu

Sekali jalan nak ke lift ternampak sign kat depan harris bookstore INNISFREE aku punya exited then ehh kat mana pulak rupanya kat bangunan lama and dulu kedai makan kira berdekatan dengan the body shop haishh kenapa lah tak satukan dekat-dekat the face shop



Hahaha aku pi beli 2 ketol mask..
satu mask harga RM4 kat giant jual rm6++ aikkk jauh betol harga tapi tak pe now i can buy already

Lepas tu aku pon saja tanya pasal ternampak pasal benefit membership pasal aku pernah terbaca katanya kena beli RM300 then baru dapat so aku pon tanya lah then SA kata any purchase boleh beli
then aku tanya even mask 2 ketul then dia kata yes

Yeaayyy bukan apa kang tetiba mask tak termasuk tak ke sakit hati so masa nak collect point tu system down pulak adeyy menunggu lagik tapi tak pe menunggu sesuatu yang syok i redha hahhaha

Tapikan price innisfree jauh berbeza dengan etude house and lagik murah daripada etude house aku dah try compare so ada part boleh beli innisfree ada part boleh beli kat etude house

Aku dah aim beberapa produk tunggu lah duit ada aku beli... 

now just beli mask next time sikit demi sikit aku beli hahahhaha tak sabar nak menghabiskan duit sebab nak beli makeup

By the way nie first purchase yang aku beli from innisfree yeaayyyy
 


Friday, 27 January 2017

Sakit Kepala

Disebabkan nak mencari gambar then buat edit vlog kena pulak sakit kepala  memula sikit demi sikit ingat boleh tahan sekali makin lama makin sakit fine  dah tak boleh nak tahan kena jugak carik ubat hmm

Makan ubat pusing sana pusing sini dah hilang then nak menunggu firework  nak tak nak bertahan jek lah huhuhu

Aku rasa migrain kot kena sebelah kiri rasa denyut denyut sampai kat tengkuk  terasa semuanya haishhh takut pulak jangan lah jadi apa-apa hahahha bongok  kan tapi tu lah aku makin aku over risau makin kuat so aku just istifar jek lah  dengan harapan please please hilang nak tengok firework :p

Bila sakit kepala menyerang memang extra stress sebab tak tahan mesti  akan carik kain basahkan then tekap kat kepala and mata nanti rasa lah lega  sikit sebab panas dah keluar kan dulu pakai cool fever tapi sekarang cool fever mahal okey so beter guna kain jek lagik senang tekap lelama keluarkan panas then lega....

Tu pon aku tampal koyok dengan harapan cepat lah lega...!!! eiii tak suka kalau  kena sakit kepala lah dari dulu sampai sekarang tak suka bila sakit rasa macam huru hara paling benci bila sakit kepala mesti nak duduk tempat gelap no lampu no tv no phone no ipad no cahaya

Dah tak tau apa cara nak buat untuk hilangkan sakit kepala dengan secepat yang mungkin.....

Buat Vlog Untuk Apa


Kekadang mesti orang terfikir kau buat vlog nie pasal apa
nak famous macam orang lain ke
atau nak ikut-ikut macam orang lain
jawapannya ialah tidak sama sekali...!!!!
semua tu tidak betol.....

Last aku buat vlog masa tu january 2016 pasal internet tak de
then lepas dah dapat balik aku start sambung masa december 2016
dah nak setahun kau baru start balik
tetiba menghilang lama hahhahaha

Bila aku tengok balik vlog yang lama terasa weyyy
cepatnya yayaz dah besar dulu kecik jek 
and ianya kenangan terindah dari cinonet sekarang dah besar
hahahaha kenangan tu semua weyyy mana boleh dapat tengok
balik yang ada tu hah gambar :p

Then bila now aku suka buat vlog yayaz main dengan opiyah
tu pon akan jadi kenangan mereka berdua makin membesar
sekarang main bersama nanti lelama sikit yayaz pon dah buat
hal dia sendiri pasal dah besar busy dengan homework belajar
exam ini itu 

Opiyah pulak makin besar makin besar dari situ akan nampak
ehhh dulu cinonet sekarang dah besar cepatnya
and aku ofcoz lah makin tua :(
tahun nie dah 27 weeeyyyyy scary lelagi bila dapat soalan
bila nak kahwin...!!!!

 So jangan lah buat muka pelik bila aku cakap dengan camera
aku nak buat vlog jadikan ianya sebagai kenangan terindah
kenangan yang sentiasa boleh tengok berulang kali

Buat vlog bukannya untuk jadik popular ke haper
buat vlog pasal nak jadikan ianya as kenangan
tau tak bila apa yang telah terjadi now aku rasa macam
ala sayangnya dulu tak record buat video...

Lelagi arwah nenek hmmm now rindu boleh tengok gambar
rindu nak dengar suara nenek...
rindu nak usik nenek
rindu bila nenek pegang aku
semua tu rinduuuuuuuuuu

 

Thursday, 26 January 2017

A'pieu Johor Bahru

Aku baru taw another korean brand masuk kat pasaran Johor kali nie brand A'pieu pulak yang nie jarang sikit dengar  sebab tak berapa banyak produk famous cuma ada sekali dua aku nampak kat instagram cushion cartoon dia so so cute

Hmmm aku bekenan dengan milk mask harga pon murah RM3.90 lepas tu few makeup dia harga also murah single eyeshadow RM16.90 tapi aku tak main swatch color huhuhu

Orang pon tak ramai sangat masuk takut tak lama jek kat Aeon aka jusco tebrau ye lah kos sewa kan mahal yang nie berdekatan dengan thefaceshop tingkat 1 kat bangunan baru

Tunggu lah nanti aku nak try dia punya mask, makeup, cushion and skincare or remover makeup

Now tak boleh beli duit belom ada kena tunggu dah ada duit then try sikit-sikit and hope jangan lah time ada duit dia tutup huhuhu pelik kenapa tak ramai orang masuk brand nie agak kurang dengar kecuali design cushion dia lawa

Tapi aku tak sure design yang cute tu termasuk ataupon tidak sebab masa tengok tu aku tak berapa nak tengok sangat pasal aku dok belek tengok mask huhuhu

Mask dia harga ada murah ada mahal tapi tak de lah sampai RM8++ paling mahal RM7 kalau tak silap aku ala rugi tak amek gambar :p

So apa yang the best item from brand nie nanti aku nak try buat research tengok kebanyakkannya nak tengok kat youtube senang kot hehehe....

Wednesday, 25 January 2017

Banjir Sekaligus


Tahun nie semua tempat kena banjir sekaligus
memula kelantan then terengganu then johor
semalam baca katanya selangor pon ada tempat banjir
hmmm secara serentak terjadi

Beberapa hari hujan non stop tidur syokk sejuk jek
tapi memalam mengigil kena tutup aircond hahaha
tulah kan kita syok hujan tidur sejuk tapi mereka
yang rumah anytime air masuk nak tidur pon tak lena
pasal risau air masuk mana nak selamatkan nyawa
benda penting

Dugaan pertama dalam bulan january untuk tahun 2017
bersabar lah walau apa pon terjadi
cakap memang senang sebab tak merasakan tapi apa lagik
yang boleh cakap

Kekadang takut tengok bila banjir dalam air tu macam-macam ada
nasib tak baik ada ular ada buaya so berhati-hati lah
and paling scary bila bebudak main air aduhaii tak takut ke
memang lah syok nampak air untuk bermain tapi fikir lah dulu
fikir mak ayah jangan memain nyawa tu tak ada yang kedua ketiga

Aritu nampak kat twitter orang tu tunjuk air masuk rumah dah paras
tayar kereta viva scary okey terfikir macam mana nak selamatkan diri

Lepas banjir surut jenuh nak bersihkan rumah
lumpur-lumpur segala benda yang terlekat penat
sedangkan nak mop rumah pon aku malas 
lagik lah tengok orang bersihkan rumah kat fb lepas banjir
aduhaiiiii

Bagi bebudak baya baya yayaz nampak macam ehh bestnya
main air bagi kita yang dah dewasa Ya Allah malasnya
hah gitukkkk.....

Alhamdulilah hari nie hujan pon dah berhenti
and rasanya dah tak hujan kot
kain pon nasib baik kering tapi sejuk lah
nie dah panas dapat lah keringkan yang mana tak kering
hujan-hujan nie basuh kain part paling stress
belom kering dah menambah kain huhuhu

Saturday, 14 January 2017

Cuba Untuk Kuat

Walaupon aku cuba untuk kuat untuk lawan dengan perasaan sendiri adakalanya aku akan kalah dengan perasaan sendiri lebih teruk aku akan marah dengan semua yang terjadik
and aku benci diri sendiri...aku benci dengan apa yang terjadi macam mana aku nak redha dengan ujian Allah...

Aku cuba untuk redha tiap kali aku hampir capai redha ada saja yang terjadi yang membuatkan aku kembali marah kembali benci...

Aku tak kuat....tak kuat untuk terus menerus menghadapi benda yang sama sejak 2012 sampai sekarang dah masuk 2017 keadaan masih sama sampai bila boleh bersabar...!!!

sampai bila aku boleh redha....!!!

sampai bila asyik menjadi mangsa....!!!

sampai bila ujian nie akan berakhir....!!!

Aku rasa tak guna aku selindung lagik bukan nak menuduh tapi aku nak kan kebenaran
sampai bila penipuan yang terus menerus dilemparkan bilakah kebenaran akan datang dan bersama-sama dengan kami

Hari demi hari aku berharap agar dia taw kebenaran apa yang mereka lakukan 
apa yang mereka dah buat tapi itu lah kebenaran tu seolah-olah tak muncul  tak menyapa 
tak memberitahu kepada dia tak hadir kepada dia

Mum kata sabar tapi kesabaran manusia ada hadnya setelah bertahun tapi satu kebenaran pon tak muncul sebaliknya keadaan makin bertambah rumit seribu satu penipuan dilemparkan
hanya penipuan yang dia nampak.......

Salahkah andai aku ingin menegakkan kebenaran 
salahkah andai aku juangkan apa yang terbaik
salahkah andai aku beritahu kebenaran
ya kebenaran yang mungkin dia tidak sama sekali akan percaya mata hatinya telah ditutup dengan penipuan dan penipuan hingga kelam langsung tidak nampak akan kebenaran

Aku selalu berharap agar dia tau cerita sebenar dia taw kerja siapa....siapa yang merancang...
tapi tu lah bila penipuan nampak lebih agung daripada kebenaran sampai bila-bila kebenaran tak akan dapat ditegakkan

Cuma aku tak nak dia menyesal...
bila dia sedar keadaan tak mungkin akan sama
tidak akan jadi seperti dulu...
dia membawa kebahagian itu pergi bersama-sama

Tuesday, 10 January 2017

Mr DIY Cosmetic Organizer


Aku beli nie lagik ^_^ dulu beli pasal nak letak pin, sepit dengan segala pin untuk tudung
so easy nak use tak usik sana usik sini ada khas department :p then bebaru nie rasa macam leceh pulak nak amek cotton puff memula letak yang panjang then leceh nak bukak nak amek
then malas nak susun biarkan cotton puff kat dalam box tu pon leceh jugak nak amek huhuhuhu
 
Memula ingat nak beli brand muji tapi bila convert RM ke $ dollar benda tu singapore dollar S$46 then convert RM143.56  alahaiiiii ruginya baik aku beli jek lah kat mr diy baru RM19.50
dulu beli RM17.90 kalau tak silap aku pon dah lupa tu yang beli hahahha
 
Dulu masa duit belom mahal tak rasa sangat bila tukar nie duit mahal so macam rugi pulak bila tukar :p tak pe tunggu nanti duit dah tak mahal aku tukar then pi beli :p dengan new mycube hahahaha tunggu....!!!!
 
So dah beli nie senang nak letak cotton puff dengan cotton pad and aku letak dekat dengan skincare so senang nak bukak amek and pakai lepas nie dah senang lah kerja aku hahahha 
gigih pergi beli cuma tu jek lah daily contact lens tak muat pasal box dia panjang kalau aku beli muji drawer then boleh masuk dengan aman damai hikhikhik

Sunday, 1 January 2017

Happy New Year 2017

Happy new year 2017 buat semua yang pernah baca blog nie pada yang aku kenal dan mengenali aku
 
Tinggalkan semua kenangan pahit 2016 mari lah kita buat agar 2017 semuanya kenangan manis...!!!
 
Teruskan hidup yang mendatang hahahhaha hadiah tahun baru 2017 adalah minyak kereta naik harga so maksudnya no more merayap or jejalan duduk rumah diam-diam
 
Okey happy new year.....!!!
Dulu tepat kol 12 tengah malam aku dah update blog sekarang bukan main malas kol 2 petang baru aku update blog nampak sangat dah tak kuasa nak update selalu hahhahaha