Friday, 27 May 2016

Happy Birthday Daddy

Hari nie birthday daddy just celebrate kita-kita jek tak de buat apa-apa pon mum kata nak belanja daddy makan kat luar so kita celebrate kat kedai mamak ^_^

Semalam beli cake red velvet so today kita potong ala just a normal cake je tapi daddy tak taw ingat beli cake tu sekadar nak buat breakfast dengan minum petang muahahha

Yayaz & sofea jek yang ikut celebrate

Happy Birthday Daddy love u so so much...

Tuesday, 24 May 2016

Bila Turn Kau

Si kakak lah tetiba tag kat FB pasal jaga anak buah dah boleh kahwin datang pulak minah sorang nie yang tak habis-habis suruh aku kahwin 

Soalan yang selalu ditanya bila jumpa kawan sekolah balik haishh

Kat sekolah geng aku ada 3 orang include aku 4 orang lah si Mai kahwin dulu dapat anak girl lepas tu Azma kahwin baru bersalin anak boy bulan 12 giliran Fad pulak kahwin tinggal aku jek lah single mingle

Tu yang si Mai asyik dok tanya bila bila nak kahwin geng lain semua dah kahwin aku jek belom lagik huhuhu rilex umur aku belom cukup untuk kahwin lah Mai 

Aritu add cikgu zaman sekolah rendah rapat jugak lah pernah jadi cikgu tuisyen bebual kat messenger then dapat jugak soalan cepumas cikgu tanya aku dah kahwin ke

Kekadang tak taw nak cakap apa kat orang yang tanya aku pon tak taw nak cakap apa sebab hati tak de rasa nak kahwin tak taw nape BF pon tak de macam mana nak kahwin.....

Just gurau dengan Mai kata nak abang sado lah tunggu putera kayangan lah just alasan untuk tutup cerita Bila Nak Kahwin

Rilex enjoy hidup dengan Mum, Daddy, Yayaz & Sofea 

Sampai masa aku kasi kau kad jemputan ehh Mai

Nak tengok anak aku ehhh hmm bapak budak tu pon tak jumpa celah mana budak tu nak wujud okey pe tengok anak buah aku dulu :p

Sunday, 22 May 2016

Hate U Mr Durian

Dalam family cuma aku sorang yang tak suka durian tak boleh makan malah tak boleh bau langsung durian terhidu pon cukup membuatkan tekak aku loya

Bila musim durian tu bermaksud musim stress kalau boleh sepanjang musim durian aku nak selsema so bila hidung block tak de lah bau busuk durian menyemak masuk ke dalam rongga hidung

Ingat lagik dulu tuisyen cikgu nie tanya siapa tak suka makan durian cuma aku sorang jek angkat tangan kira geng lah dengan dia siap dia cakap kalau husband dia beli durian dia duduk dalam bilik

Yayaz suka dengan durian favourite habis so aku cakap kalau nak makan pergi makan jangan dekat peluk or cium aku lepas makan durian brush your teeth then lepas tu baru dekat

Bila beli durian aku akan kurung diri dalam bilik sampai family aku habis makan durian and aku akan pastikan ada spray wangi if terbau apa lagik zasss spray supaya bau durian hilangggg

Paling stress kalau durian yang tinggal masuk tupperware then masuk dalam fridge walawey dia punya bau cukup menyesakkan diri masa tu request nak beli fridge sendiri so tak de lah bau durian

Kereta pon sama busuk okey lelagi lepas beli durian then naik kereta tu aduhaiii dia punya bau perghh nak nangis rasa

Bila musim durian memang tak de maknanya aku nak pergi pasar eii bau durian merata-rata penat asyik nak tutup hidung jek

Loya tekak aku bila terhidu bau durian Yayaz pulak setiap kali nampak durian suruh aku tutup hidung tapi kalau datang naughty dia paksa aku suruh makan memang tak lahhh...!!!!

Pernah aku cakap tak nak life partners yang suka makan durian eii busuk okey bau durian then asyik kena kutuk dengan BFF's aku kononnya nanti dapat yang giler makan durian cettt no way still tak taw lah macam mana kan tu belakang cerita

Aku memang tak suka durian kau buat lah apa sekali pon memang aku tak makan dan tak akan sentuh

Pernah dengar cerita girl nie tak suka durian sekali pregnant mengidam nak durian iskkk dasyat start dari tu terus suka 

Datang idea jahat rasa nak racun jek semua pokok durian biar lenyap terus durian dari muka bumi hahahahaha *gelak jahat*

Kekadang kena jugak kutuk semua dalam family suka makan durian tapi apesal aku sorang je tak suka durian include makan and bau hmm tak taw lah dari kecik semua makan aku pulak tutup hidung

Penat nak survived bila musim durian bagi pebenci durian seperti aku yang hanya mampu berharap kena selsema sepanjang musim durian tapi percayalah memang tak kena langsung

Stress okey orang jual durian tepi jalan sometimes kita bukak tingkap kereta lepas tu bau-bauan durian menyelinap masuk 

Semua dalam rumah stress aku cakap lepas makan durian please brush your teeth or kalau tak nak jangan dekat dengan aku

Selalunya Yayaz lah jadi mangsa aku sport check tengok ada bau lagi or tak siap tangan tu aku paksa cuci berkali-kali supaya bau hilang

Yayaz suka dengki aku lepas makan durian sibuk nak peluk lah nak cium lah ehhhh no way sila bersihkan dulu buang bau durian baru datang dekat

Nie nanti sofea tak taw lah suka makan durian ke tak... Kalau tak ada jugak aku geng kalau suka abislah buatnya join dengan abang Yayaz nangis lah aku

Yayaz setiap kali balik rumah mak dia puas lah makan durian kat sana bila balik semula dengan kitaorang uishhh macam nak pengsan bau durian kat tangan

I hate u durian

Benci..... Benci..... Benci
 
Bau durian busuk menyekskan rongga penghiduan aku 

Pakal jek selsema nie tak boleh diwujudkan secara sendiri kalau tak dah lama aku buat tak adalah aku terseksa nak hadapi 

Kekadang rasa macam nak lari pergi ke tempat yang tak ada durian so boleh lah hidung aku bernafas dengan selesa aman damai tanpa bau-bauan yang busuk itu

Attention Mr, Mrs & Miss Durian i hate u... 

I hate u so so so much..!!

Friday, 20 May 2016

Cushion Makeup

Sekarang kan tengah musim cushion makeup dari foundation, bb cream, cc cream, eyeliner & blusher

Pernah sekali aku beli katanya cushion foundation tapi rasa rugi pulak beli harga agak tak berbaloi tapi isi sangat sedikit

Aku pakai pon tak selalu coz tak taw mana nak beli refill masa tu cushion kat Malaysia tak famous lagik

Agak lama jugak entah macam mana jumpa kat youtube kita boleh guna balik cushion tu tak payah beli refill guna bahan yang kita dah ada

Last year lepas raya kalau tak silap aku lah aku beli balik cushion tak taw lah tu cushion foundation or cushion bb 

Ingat nak beli color pink dengan puff color pink sekali hajat tak kesampaian pink dah stop yang ada cuma color yellowish gitukk

Tak lawa okey terpaksa aku letak deco guna germs sticker :( puff pink pon dah tak ada lagik :(

Yang aku stress cushion case sekarang gambar strawberry color pink eii ada jugak kumpul duit then beli *hahahahhaha*

Now aku dah use mix ingredients yang aku nak

So aku guna:

Bb cream + foundation, sunblock, nymph aura, moisturizer

Kekadang moisturizer dengan sunblock lagik banyak 

So far aku puas hati hasil aku mix dari beli kat kedai maybe semua dah mix jadi satu so easy untuk aku pakai

Sejak dah sedap pakai cushion dah malas nak pakai liquid lepas tu guna brushes ratakan now press using air puff then apply pap pap pap okey settle 

Nampak nah sekarang semua nak cepat settle lagik satu senang nak bawak ke mana-mana tanpa perlu bawak 2 barang bottle dengan brushes 

Aku rasa diri aku jek kata memudahkan aku tak taw lah orang lain macam mana

Mix ingredients dah banyak aku buat tapi sangat leceh using mousse liquid foundation nanti macam cream kat cake tak bestt

Next aku nak beli too faced foundation nak buat experiment tapi aku tetap campur dengan bb cream tak taw kenapa

Pernah just letak bb cream jek tapi bila pakai tengok muka macam tak pakai apa-apa pulak 

Maybe lepas nie aku akan suka foundation pulak ye lah bila dah mix dengan yang lelain hasilnya akan nampak natural tak over sangat

Maybe one day aku akan beli jugakk strawberry case cushion tengok lah...!!! *itu pon kalau ada duit lah :p*

Sejak cushion dah amek hati aku feel best jek pakai and cepat siap :p

Tapi aku tengok tak ramai yang pakai cushion semua lebih suka pakai secara yang sedia ada lagipon tak semua muka sesuai pakai jenis cushion

More cerah daripada gelap tu lah yang orang macam malas nak beli 

Loreal kalau tak silap aku dah keluarkan jenis cushion siap ada refill 

Few brand dah start follow buat cushion harga lancome kalau tak silap dekat rm200 

One day aku nak beli just buat compare mana lagik best ^_^

Cushion case etude house plastick tapi laneige macam besi look more elegant review banyak kata laneige best uwaaaa nak jugakk try

Innisfree punya pon bagus dengan iope cuma iope kat malaysia tak de so kena hati-hati beli jangan beli yang fake

Johor tak de innisfree sabo jek lah kalau tak boleh try hmmmm 

Aku tak taw lah nak beli yang gambar strawberry ke yang laneige punya haishh nie kes berangan kalau dah ada duit nanti

Maybe akan beli and try laneige pulak huhuhu

Nak pink case.... 

Nak pink puff...

Hmmmm berangan jek lah apa kan daya....

By the way tak de gambar loading slow nanti lah kalau dah okey then aku just edit letak gambar or aku buat entry baru

Thursday, 19 May 2016

Seram: Siapa Tu

Ada jugak masa untuk post kisah nie. 

Masa kisah nie terjadi aku kecik lagi rasa macam 6 tahun gituk lah

Time tu malam aku tak ingat aku keluar dari mana tapi yang pasti aku ingat kisah tu terjadi cuma part yang tu lah


Sedang aku jalan aku nampak ianya serba putih macam orang pakai telekung aku ingatkan kakak lepas solat


Yang bodohnya aku pergi ikut benda tu dengan niat nak kacau kakak kot ala ala macam sergah dia lah huhuhu

Ikut punya ikut masuk bilik.. 

Aku share bilik dengan kakak...

Suddenly pop hilang aku punya pelik ehh mana pergi

Bila dah hilang terus jalan pergi tempat lain kalau tak silap carik mum and benda tu memang tak taw lah apa benda

Ingat balik ehh apa ke bodohnya aku nie pergi ikut buatnya benda tu pusing kepala tengok aku dengan muka mengerikan

Sampai sekarang aku berteka teki jugak apa benda tu and dari mana benda tu datang...

Saturday, 14 May 2016

The Single Women

Tadi kenduri kahwin jiran belakang memang rapat lah dari kecik dah kenal mum pon dulu jaga anak-anak dia

Kenduri side lelaki masa balik jumpa photo booth aku dengki yayaz suruh selfie dengan word "aku dah kahwin" lepas tu yayaz pon godeh-godeh carik yang lain

Sekali aku jumpa The Single Women kat situ jugak aku selfie hahahha over kan

Actually ada banyak tapi tak sempat amek selfie untuk diri ku just si yayaz jek amek gambar dengan word-word yang ada

Last-last kol 9 malam dua-dua dah tidur dengan lenanya macam penat sangat padahal pergi then makan jek bukannya buat apa-apa hahaha

Thursday, 12 May 2016

Hashtag Main Makeup

Aku sukaaaa sangat main makeup bila free jek mesti main makeup kekadang lama jugak tak buat coz super duper busy

Main makeup nie tujuannya ialah untuk practice makeup so dapat lah adjust sana sini yang terkurang so bila makeup untuk keluar dah perfect sikit ahakkk

Untuk sementara waktu single mingle tak de apa-apa yang dipertanggungjawab kan untuk buat so ada lah time untuk main makeup

Setakat jaga yayaz dengan life aku sekarang nie still boleh adakan time untuk main makeup ^_^

Kalau rajin jadik kalau malas memang tak sentuh lah

Ikutkan hati everyday nak buat main makeup tapi cuma rajin or malas tu jek

Lepas dah settle makeup apa lagikk selfie lah so dari situ boleh tengok ada perubahan tak

Tengok mana yang sepatutnya kena blend so nampak natural blend betol-betol or masih ada kekurangan

Kekadang nak pastikan perfect memang susah apatah lagik aku banyak benda yang aku tak pandai buat

Just buat ikut kepala sendiri hmmm ikut jugak style kat youtube but tak menjadi lepas tu rasa geram jekkk

Mungkin tu adalah hobby aku masa lapang bila dah tak de apa-apa nak dibuat

Tak taw lah sampai bila kerja aku asyik main dengan makeup jek walaupon orang nampak macam hek eleh apa jek makeup kat rumah lepas tu cuci kan membazir

Well bukannya makeup tu boleh bertahan sampai bila-bila cukup time berubah lah color, ingredient, rasa, bau semua tu akan terjadi jugak

My mum dah taw sangat perangai aku giler makeup so mum tak pernah bising kalau nak main makeup lepas dah settle cepat-cepat cuci muka jangan tunggu sampai kol 11 or 12 malam

Kerja giler aku nie tak de sapa yang taw sangat hahahha even daddy pon tak taw kerja aku asyik main dengan makeup

Percayalah tu adalah therapist untuk diri aku lelagi bila aku sedih tu jek cara untuk aku pujuk hati
Insya Allah sampai bila-bila aku nak main dengan makeup

Makeup tu adalah toys aku

Makeup boleh happykan diri aku

Aku suka makeup

Paling penting aku bukannya jenis bila bersihkan makeup muka nampak lain

Ada sesetengah orang dia pakai makeup untuk tutup semua cela kat muka contoh jerawat, bekas jerawat and apa yang tak sepatutnya berada kat muka

Hmm aku pulak tak kisah just blend blend gituk jek if tak tutup just carry on jek tapi muka aku if makeup or tak makeup sama jek tak de lah nampak perubahan yang kaw-kaw

Makeup nampak lawa tak makeup nampak buruk sampai kes kena cerai lepas bangun pagi coz isteri nampak lain giler masa majlis lawa bila dah wipe off makeup terserlah lah muka yang sebenar

Aku pon jenis tak suka macam gituk kalau main makeup baru lah tebal sikit tapi tu pon tak tutup bekas bekas jerawat and jerawat

Mereka guna jenis yang betol-betol hilangkan cela macam orang kahwin

Aku tak nak macam gituk for fun mungkin boleh lah but kalau untuk hang out no wayyyy

Just mix bb cream, tiny pump foundation, sunblock, moisturizer mix together masukkan dalam satu cushion containers then pakai easy pizzy

Untuk sementara waktu aku tak suka heavy makeup macam model or pengantin just light and tak over dah cukup

Paling penting nak makeup ke tak makeup muka serupa tak de perubahan

Tak nak lah nanti orang cakap tertipu ingat muka flawless sekali macam bulan

Siapa tak suka flawless semua orang suka aku pon guna camera 360 pasal terang and tak berbiji taw jek lah front camera mana lawa

Tapi aku tak pernah gunakan gambar flawless untuk mengurat lelaki

Even apps makeup yang boleh edit sana sini aku upload kat Instagram tapi aku tak guna gambar tu untuk menagih pujian orang baik perempuan mahupon lelaki

Instagram aku pon setakat 4 followers walaupon gambar 1+++ muka tak mandi pon aku upload hahahha

Just jadi diri sendiri ikut suka muka makeup upload muka tak makeup pon upload apa nak kisah sapa suka tengok tak suka jangan tengok

I love makeup

I love playing with makeup

I'm makeup lovers

Makeup is my life

Makeup is my happiness

Xoxo

Wednesday, 11 May 2016

Cukup-Cukup Lah

Cukup lah selama nie aku korbankan semua media social aku semata-mata malas nak kecikkan hati orang or biarlah malas nak orang baca apa aku post nanti kecik hati

Selama nie aku just biarlah aku buat yang baru... 

Tak pe lah janji hati aku tak sakit...

Nak buang nanti dikatanya macam-macam hanya sebab ikatan persaudaraan tapi sampai bila aku nak biarkan perbuatan mereka

Aku berhak marah atas apa yang mereka lakukan pada mum daddy dah sampai masanya untuk aku bertindak mempertahankan hak aku di media social

Paling penting hak mum dan daddy yang mereka guna peluang bukannya nak baikkan tapi sebaliknya makin memusnahkan

Dah tiba masanya aku tunjuk sifat kemarahan aku pada mereka semua atas perbuatan mereka

Kerana perbuatan mereka aku nekad untuk unfriend plus block so aku boleh use balik FB lama aku cukup-cukup lah aku korbankan FB aku demi kerana manusia yang bernama saudara

Dulu Instagram betapa bodohnya bila si kepoh jahanam dapat taw terus aku deleted walhal bape banyak memories yang ada dalam instagram tu

Now aku bangkit tak ku buang seperti dulu malah aku tetap teruskan Instagram aku yang sedia ada cuma aku terpaksa korbankan Instagram makeup aku kerana aku tak de cukup data untuk uruskan kedua-duanya

Pernah aku change twitter baru tapi rasa sayang coz twitter tu aku create on birthday aku tak boleh jadi aku terus block mana yang aku rasa khianat mum and daddy 

Cukup lah kerana mereka aku kena buang buat baru stress taw tak 

Kekadang jadi stranger buat mereka yang mengenali aku sejak aku lahir lagik bagus tak menyakitkan hati biar lah mereka rasa dan ingat perbuatan mereka tu adalah SALAH

Aku nak bangkit tak nak lagik fikirkan perasaan orang mana aku tak suka yang jenis khianat dan tikam belakang mum dengan daddy terus aku unfriend and block 

Tu jek lah jalan terbaik untuk semua media social aku

Dulu rasa best sedara mara kumpul kat media social tapi sekarang rasa baik kau tak payah menyemak lah

Just 2 kazen yang boleh dipercayai yang lain semua aku nak kasi zasss bersihkan media social ku

Jangan nak menyemak kat media social aku cukup lah kepoh dengan status FB ku

Mum pon tak kepoh dengan status FB anak-anak kau...!!!!!

Nie adalah kemarahan yang meluap-luap.....!!!!!!!!

Tolong berambus dalam kehidupan kami kalau boleh lenyap lah untuk sampai bila-bila 

Goodbye buat semua yang jadi pengkhianat, batu api, tikam dari belakang duduk lah korang dalam list yang aku block untuk selamanya....

Tolong lenyapkan diri korang

Friday, 6 May 2016

Pintu Adjust Sendiri

Baru tadi kol 1 lebih terjadi si Yayaz mengamuk so habis lah semua huru hara lepas tu pintu depan dia tolak ke dalam

Pintu tu kalau dah tolak ke dalam ianya akan stuck so kena tolak or tarik ke luar baru boleh

Stuck dengan kayu floor dulu masa renovation semuanya kata okey boleh but bila dah pasang hampehh 

Tengah tengok tanglin dia mengaruk garuk apa lagik dukung masuk dalam toilet mandikan

Dah settle mandi nak pakaikan baju sekali bapak Yayaz masuk dah Yayaz bising tak nak pakai baju kat bilik lari pergi kerusi depan dekat dengan pintu

Tengah pakai seluar aku nampak pintu tu kena tarik keluar so aku ingat daddy dah balik sekali ehh tak de orang

Bulu roma dah meremang angkat Yayaz ajak pakai baju kat dalam bilik or dapur aku dah ketakutan

Tadi cerita dengan daddy bulu roma meremang so taw lah kenapa Yayaz mengamuk benda tu ada kat depan

Apesal betolkan balik pintu jek yang lelain Yayaz baling campak tak nak tolong bersihkan ke..???

Stress lah makin teruk kena kacau :(

Wednesday, 4 May 2016

I hate my room

Yee nie yng aku rasakan skrg rasa mcm bilik aku semua serba tak kena tak selesa rasa takut rasa mcm arghhhh semua in one tak taw nape hmmm aku pernh ckp nak tukar bilik tapi nak guna yg mana..?? Benci pada bilik sendiri.....

Tuesday, 3 May 2016

Tertukar Milk

Kisahnya tadi si sofea melalak-lalak tak puas susu breastfeeding so kasi susu formula kelam kabut carik bottle susu... 

Masak air panas

Dah settle aku teramek pulak susu Yayaz nasib baik aku tak scoop masukkan dalam bottle 

Nasib baik terperasan ehh salah susu lah fuhh kalau tak pening budak kenit apehal pulak rasa chocolate 

Lepas tu harap-harap jangan lah pulak tertukar susu sofea dengan Yayaz... 

Scoop susu sofea masuk dalam bottle yayaz hmm nampak sangat dah pening

Dah biasa buat milk untuk sorang and a bit kelam kabut untuk set dalam otak nie milk sapa nasib baik beza white milk dengan chocolate milk

Hmmm lepas nie harap-harap no more kesilapan seperti itu lah...

Monday, 2 May 2016

Alhamdulilah Baby Pou Dah Balik

Syukur Alhamdulilah baby pou selamat sampai rumah kol 6 lebih petang fuhh tertipu gambar nampak besar depan mata alololo cinonet jek huhuhu

Alhamdulilah Yayaz pon tak jelez bila aku pegang baby pou sebenarnya aku takut kalau-kalau Yayaz jelez and memberontak or mengamuk pada baby pou

But untuk seketika semuanya berjalan dengan lancar aku harap di masa akan-akan datang pon semuanya berjalan dengan lancar

Mata dah gantuk hmm baik tidur esok nak bangun pagi and malas nak dengar bunyi yang nonsense 

By the way nama baby pou ialah Sofea

Good Night sofea... 

Good Night Yayaz... 

Good Night....