Saturday, 30 April 2016

Keguguran Jantung

Kisah tadi mengenai si baby pou yang bikin jantung keguguran ke bawah lepas tu balik semula ke tempat asal

Aku tengah syok syok potong cili si kakak jerit panggil mum sebut nama baby pou dah kelam kabut jalan 

Baby pou masuk NICU bila tanya kenapa nurse tak cakap

Hujan pon bukan main macam drama melayu bukan main lebat berangin 

Aku dengan tak mandi lagik tukar baju siap-siap pergi hospital :p nak mandi pon tak sempat risau okey

Masukkan kakak dalam kereta baju belakang dah lecun basah.. Seluar kasut semua dah basah cuma mum suruh bawak baju tukar dalam kereta

Hujan lebat selebat lebatnya Alhamdulilah selamat sampai 

Rupanya darah baby pou pekat doctor masukkan air ikut pusat haishhh seksa budak bambam 

Aku pon tak taw lah bila boleh balik susah kalau tak de doctors dalam keluarga bila kena ginik tak taw nak rujuk kat siapa tanya doctor jawapannya sangat tak puas hati

Balik-balik cakap darah baby tebal apa sebab tebal..?? Kenapa boleh tebal..?? Semuanya tak beri jawapan yang boleh terjawab segala soalan dalam kepala

Balik mandi settle uli kakak zasss carik bantal penatttt woooo

Kebetulan yayaz kat rumah mak dia tu kalau tadi petang balik lagik kelam kabut 

Baby pou balik lah cepat... Hospital tak besttt cepat lah balik nak pergi jusco tak..?? Or Sephora..?? Sephora besttt taw full dengan makeup 

Tired kaki sakit semua in one hmmm tadi beli pau tak belikan daddy plakk hmmm sowie daddy

Baby pou sila balik hari monday..!!

Friday, 29 April 2016

Tak Sempat

Aku nie asyik tak sempat jek nak update kisah seram pengalaman aku sendiri huhuhu

Dah cakap ehh today hari khamis nanti nak update bila cukup time lupa dahhh taw-taw alamak lupa lagikkk

Aritu khamis tak sempat semalam also sama sejak jaga kakak pantang nie banyak benda aku terlupa nak buat huhuhu

Ehhh nak change url lah tapi macam mana ehh nak change

Wednesday, 27 April 2016

New Decorations

Impian aku sekarang nie nak renovation bilik seciput aku kalau boleh nak tambah toilet :p tak taw lah boleh ke tak nak selitkan toilet or tukar bilik lain :p

Dalam kepala otak aku nak cat bilik color baby pink lepas tu katil almari bla bla bla nak color white from ikea maybe

Cantik giler dah ramai buat deco macam gituk eiii stress aku

Tapi tu lah cuma mampu berangan jek lah untuk jadi kenyataan tak mungkin sangat sangat tak mungkin untuk jadikan kenyataan

Kalau ditakdirkan aku boleh buat apa yang aku nak hmmm akan aku pastikan deco yang aku impikan akan menjadi kenyataan ^_^

Dari segi decoration sampai lah ke barang barang makeup haishhb kalau lah jadi kenyataan best giler

But susah nak jadikan kenyataan sangat sangat mustahil ianya menjadi kenyataan

Biar lah aku jadikan ianya sebagai impian ku saja...

Ya Allah jadikan lah ianya kenyataan bukannya impian or anganan....

Tuesday, 26 April 2016

Aduhaii Stressnya

Ingat lagik 2013 first time masuk hospital... Sepanjang 23 tahun tu kira first time lah

Kerana Denggi aku kena masuk hospital eii stress seyy duduk kat hospital 

Masa tu bulan Ramadhan baru bermula suddenly kena demam amek darah sah denggi terus kena hantar hospital

Nak masukkan air kena cucuk sana cucuk sini coz tak jumpa urat walaweyy sakit giler doctor cucuk nurse cucuk nak nangis pon ada nak menyepak pon ada jugak

Masuk ward pepagi kena amek darah ada sekali tu bukan main sejuk tangan nurse kejut aku untuk amek darah bangun terperanjat 

2 hari jek tidur hospital aku mintak dengan doctor nak balik tapi tak dapat dapat balik coz palette darah asyik jatuh jek eii geram betol

Bila mum balik tengok ketuk ketuk ramadhan aku make sure habis jek tu dalam 11:30 malam terus tidur pasal takut

Sebelom mum balik aku buang semua air urine so tak de lah bangun tengah malam urine takut otak dok saiko aku kononnya ada hantu dalam toilet kuang ajo punya otak

Setiap malam doa boleh balik tapi doa tak dimakbulkan hurmm seminggu duduk hospital

Tangan dah bengkak masuk drip air punya lah aku cover nak pastikan tak de nurse nampak sekali ada satu nurse nie nampak terus cakap drip jarum nak kena bukak tangan dah bengkak

Aduhhhh sekali lagikkkk nak menanggung sakit carik urat

Pagi tu bukak jarum drip air wahh punya suka hati aku bebas dari wayar masuk air siap cakap dalam hati dah tak masuk air lagik nie

Sekali tengah hari hah amek kau nurse datang nak cucuk drip air haiyooo punah musnah harapan tinggal harapan 

Nurse carik urat tak jumpa then dia cakap kesian kat aku urat tak jumpa lepas tu nurse tu blah dalam hati yeaayy tak kena masuk air 

Tak lama lepas tu 3 nurse datang tadah lah tangan untuk dicucuk yang bestnya tak sakit and kejap jek 

Cuma seksa bila pagi nak test darah urat halus so memang tak jumpa seksa wooooo

Balik amek lebam lebam tangan nurse kasi cream suruh pakai kat tempat lebam nanti lama-lama okey

Selera makan memang tak de tengok orang depan makan punya lah berselera aku nie makan jek muntah tengok makan tekak mual 

Ikutkan tak boleh muntah lepas makan tapi cover cover muntah pasal takut nanti tak boleh balik :p memula muntah kena masuk ubat tahan muntah 

Just cukup time makan panadol denggi tak de ubat

Cukup lah sekali tak nak masuk lagik seksa okey seminggu tu punya lah lama tak sanggup aku 

Otak aku suka saiko aku konon ada hantu lah bangunan runtuh lah siot jekk......

Saturday, 23 April 2016

Baby Pou Arrived

Syukur Alhamdulilah akhirnya keluar jugak budak bambam dari semalam tunggu tak keluar akhirnya pagi tadi keluar jugak

Berat 4.5kg sangat bambam disebabkan berat over daripada baby lain so baby pou under control and kita tak boleh tengok kecuali parent baby pou

Dah lah cuaca panas lepas tu baby pou nangis coz kepanasan ye lah selama nie bila hink panas Jah carik aircond hah now kepanasan melalak lalak budak lain diam awak sorang jek melalak

Tak sabar nak tunggu baby pou balik rumah

Panggil pou / pau hah amek pipi bulat macam pou /pau sangat sangat semangat risau jugak kalau baju newborn tak muat hmmm

Tadi atok salah kasi pampers atok kasi pampers jah bukannya pampers baby pou hahahha atok pon dah terlupa walau ada 5 anak

Well kita menunggu baby pou balik

Baby pou keluar on 23.04.2016 nak jugak same date "23" dengan asu :p

Welcome baby pou...!!!

Wednesday, 20 April 2016

Korean Skincare

Aku masih ingat lagik on November 2012 aku mula terjebak dengan korean skincare

Just beli yang basic facial foam toner and moisturizer tapi korean panggil moisturizer ialah Emulsion

Bila sekali try wahh bestnya terus meresap and tak rasa rimas.. 

Dulu aku pakai olay lepas jek apply mesti rasa kulit macam sticky and rasa hangat-hangat jekkk

Start dari tu aku pakai korean skincare walaupon aku tak ikut step yang betol-betol haishh sampai 10 step i tak rajinnnnn

Pernah aku try dari Japan tapi from Malaysia jerawat makin kaw-kaw naik terus aku stop then pergi beli new korean skincare scary seyy

Bila aku saja tanya kat another brand korean cosmetics SA tu tak suggests aku amek whitening suruh amek set jerawat huhuhu tu kira dah teruk lah

Now tak de lah flawless still ada jugak jerawat and bekas-bekas jerawat tapi tak de lah teruk sangat macam dulu still under control

Kalau aku malas nak cuci muka siaplah esok naik seketol jerawat kalau seminggu hah banyak lah

Lagi sekarang aku use Olay Cleaning System okey lah much better rasa lembut jek tapi bekas jerawat still ada lah

Aku pakai hari-hari bestt sambil berharap pore kat muka aku dapat lah kecikkk and hilang ke....

Ikutkan seminggu 2 or 3 kali kena pakai mask kena buat exfoliating tapi punya lah malas tak berbuat dulu masa rajin buat muka bebas dari bekas-bekas jerawat paling best jerawat malu nak singgah

Sekarang suka-suka hati jek nak singgah

Entah bila nak start rajin pon tak tahu lah nanti lah one day kena jugak paksa diri untuk rajin belai muka dengan buat facial muka sendiri menggunakan segala mask yang sedia ada

Lama tak scrub muka

Lama tak pakai mask

Lama tak pakai wash off mask

Lama tak pakai sleeping mask

Bila lah rajin nak datang ekkk

Hmmmmmm

Monday, 18 April 2016

Kisah Dedulu

Dulu aku tak suka dressing table rasa macam euww tak masuk dengan jiwa masa renovation bilik aku cuma mintak meja computer jek tak mo meja makeup

Semua barang makeup masuk dalam almari senang nak pakai sambil berdiri just guna normal cermin siap jugak menjadi

Satu row penuh dengan barang makeup kalau ada dalam bag pon sumbat jugak dalam almari

Yang bestnya dulu tak pakai remove makeup just basuh guna pencuci muka yang ada foam tu kira dah bersih lah

Masa tu tak suka mascara coz bila cuci muka jadi macam melekat lepas tu susah nak hilang dan mesti mata gatal

Ingat balik bodohnya aku...

Masa tu remover makeup tak berapa banyak yang ada

Yang lagik sadis bila ex maid mum rembat barang-barang makeup aku tanpa aku sedari stress giler masa tu kalau jumpa nak jek aku jotos kepala dia

Masa tu bila pergi holiday bukak beg besar sumbat semuanya kekadang tak susun balik sumbat dengan bag dalam almari see punya lah pemalas

Then entah macam mana dah mula ada hati nak susun makeup cantik-cantik

Dah list nak kemas meja computer nak letak barang makeup susun elok-elok tapi nak letak ke dalam sikit coz bebudak asyik nak capai jekk

Aku dah nekad raya nie aku nak transform meja computer jadi meja makeup tapi tak kesampaian coz arwah nenek meninggal hilang sudah mood untuk buat semua tu

Lepas dah rasa okey aku search jumpa arcylic makeup organizer masa tu dah berbunga-bunga hati nak carik and beli untuk letak makeup aku

Carik kat johor tak de yang ada cuma kat KL jek sedihhh seyyy

Dari 2012 aku idamkan and Alhamdulilah 2015 baru aku dapat beli see betapa lama tu mengidam hahahha

Dulu tak reti sangat jaga muka malas giler lepas makeup basuh guna facial foam lepas tu pakai moisturizer kalau tak makeup tak pakai lah moisturizer

Sekarang baru terkedik-kedik nak jaga muka huhuhu

Imbas balik kelakar tapi tak guna nak imbas banyak sangat nanti hati sendiri yang terluka.....

Saturday, 16 April 2016

Siapa Keluar Dulu

Kakak tengah tunggu hari anak sulung dia keluar manakala aku tengah tunggu hari period keluar so masa tengah makan aku cakap dengan kakak, kita tengok sapa keluar dulu baby pou or darah period

Kakak mengadu dengan mum perut dia sakit rasa sengal sengal aku pulak mengadu perut sakit kat ari-ari rasa macam nak period semua mengadu dengan mum tu namanya nak bermanja-manja :p

Then aku win coz period aku keluar dulu then baby pou still kat perut tak nak keluar yeeayyy me win

Kelakar plak boleh buat macam gituk tak pe sekali sekala tengok siapa yang menang hahahhaha lain dari yang lain

Thursday, 14 April 2016

Seram: Bola Bergolek

Kisah nie terjadi masa umur aku berusia dalam 7 or 8 tahun gituk

Masa tu ada orang datang rumah and tidur sekali... 

Masa tu bilik cuma ada 3 and kesemuanya penuh

Masa tu dah malam so bentang tilam kat hall bukan main panjang lagik aku plak tengok rasa excited untuk guling guling kira tak reti baring diam-diam lah

Entah macam mana aku nampak ada bola ala macam benang kait yang besar-besar tu golek panjang sampai ke depan pintu toilet then hilang

Aku perhatikan bila hilang buat tak taw then terus sambung main

Masa tu tak rasa takut pon huhuhu cuma sampai sekarang aku tak taw apa benda tu....

Tuesday, 12 April 2016

Mr iPhone 5

Aku tak taw lah sama ada USB charger problem or iPhone yang problem 

Everytime charger mesti problem kekadang charger dah cucuk plug dah on but tak charger pon

Sometimes kena pegang USB baru okey kekadang tak okey hmmm dah start buat hal ke ehhh

Baru 2 tahun dah start buat ragam stress seyyy

Dah lah aku suka use apple senang and tak pening kepala haishhhh mana nak cekau RM5000 untuk beli new phone :(

Aku try USB powerbank pon sama jugak so nak salahkan USB or iPhone..

Redha jek lah apa boleh buat.....

Tunggu duit jatuh dari langit 

Berangan jek lah

Coz tak de maknanya duit akan jatuh dari langit.....

Thursday, 7 April 2016

Pengalaman Sendiri

Aku ingat nak share pengalaman apa yang aku nampak dari yang mana aku ingat dan akan ditambah dari semasa ke semasa

Aku nak try buat tag Kisah Seram and akan published setiap hari khamis pada waktu malam

Saja nak post segala kisah yang terjadi anggap lah ianya sebagai kenangan :p

Tuesday, 5 April 2016

Hijab Mata

Aku dilahirkan dengan sedikit hijab mata terbuka.. Sedikit tu more like imbasan or nampak susuk tapi muka tak jelas 

Walaupon sometimes aku complain dengan mum stress bila nampak kelibat lepas tu aku yang takut

Alhamdulilah aku tak nampak yang scary or pusing sana nampak pusing sini nampak or jalan sikit nampak tu kira kronik habis haishh yang tu tak nakkkkk

Pernah try dengan darul shifa untuk kasi tutup dari nampak but tak de apa-apa pon coz still boleh nampak huhuhu

Ada ustaz yang tak kasi tutup katanya bagus tu anugerah Allah simpan jangan ditutup 

Dari start aku boleh nampak until now still boleh tapi aku nak biar lah macam ginik jangan nampak yang seram seram takuttttt

Friday, 1 April 2016

Bila April Tiba

Sekejap jek kan dah masuk bulan ke-4 tahun baru 2016 still tahun baru ker ekk :p

So on april nie new members akan arrived yang tu tunggu lah dah keluar karang baru aku story ehh

Hari berjalan dengan pantas and El Nino pon teruk sangat empangan air pon dah mengering betul-betul ujian dari Allah

Mungkin rakyat Malaysia nie banyak buat dosa and tak bersyukur kot sebab tu jadi macam gituk 

Bermacam-macam dugaan kan tak apa lah kita tempuh jugak lah huhuhu

Apa yang penting aku harap El Nino akan cepat-cepat beralih dan akan settle 

Amin