Thursday, 31 January 2019

40% SkinCare

Last week guardian buat promotion 40% for skincare semua jenis skincare so time ginik untung taw sebab dapat murah but sayangnya kulit muka aku mengada tak serasi but sabun cuci muka boleh cleansing oil also boleh and micellar water also boleh fuhh selamat ohh dengan bio essence rose gold tu also can

Then mum cakap nak beli cleansing oil sebab cleansing oil mum dah habis so kebetulan ada sales why not grab kan ingat nak amek cleansing oil hada labo sekali sold out licin weyy payah sangat nak beli dari dulu sampai lah sekarang so nutox nie dalam rm22++ gituk aku dah lupa wakkakaa

Aku beli concealer sebab murah 50% lepas tu aku memang use concealer nie easy peazy so senang nak apply laju jek siap kalau makeup simple lah hahaha so aku siap amek code lagik so senang nak beli and rezeki ku code medium tinggal 2 saja yang banyak code 122 sand color cerah

Lepas tu aku nak try guna eyeliner jenis pen liquid selama nie use macam ala ala pencil so why not murah 50% beli lah kan so hope best lah and hope eyeliner tu beri kerjasama wakakkaa

And the last remover wipes for mum sebab nak masuk singapore kan so leceh nak bawak cleansing oil untuk pakai remove makeup tapi mum just pakai pearl cream jek tapi tu also kena remove sama macam makeup kalau tak solat tak sah karang

Then aku use tu masa magrib remove makeup and lepas bersihkan aku dapat merasakan muka rasa tak selesa but ignore jek lah and aku rasa jerawat keluar sebab muka aku tak suka wipes biore tapi brand bifesta wipes okey tak de masalah cuma si biore nie jek dari dulu tak okey sekarang also tak okey pelikkksss

Balik penat lah rabak tetap buat double cleansing then terus tidur sebab penat malas nak pakai skincare wakakka esok tu jerawat baik punya keluar damnnnn

Even aku bawak cleansing oil facial foam tapi macam tak sedap pulak nak keluarkan and cuci muka wakakkaa

So hasil terbang duit beli 2 for mum and 2 for aku hehehe

Wednesday, 30 January 2019

Single Je Lah

Apakan daya kan so single jek lah sampai bebila ingatkan umur ginik dah kahwin sekali hahahhaa nampak gayanya memang jodoh ku use signboard jalan bukannya waze sebab tu tersesat belum jumpa aku lagik

Tak pe lah jodoh carik lah jalan elok elok ehh wakakkaa

Berapa lama lagi harus ku memegang tittle single kekekeke but nahh selagi mum daddy ada selagi tu bagi aku single tu macam tak de effect buat diri aku..

Tuesday, 29 January 2019

Ke Singapore Kita

Semalam masuk singapore atas urusan cpf mum dah beberapa bulan rasanya more than setahun jugak lah cpf cakap mum ada hutang yang harus dibayar lolz padahal last mum use cpf mum untuk bayar bil hospital arwah nenek tu pon just untuk top up sebab tak cukup after that mana ada use

Suddenly bil datang kena bayar insurans medishelf dekat $800++ bukan jumlah yang sikit tapi banyak so kak geeyah kata nie nak kena jumpa dengan pihak cpf settle kan padahal kak geeyah abg nagib tolong tanyakan but jawapan dorang ini lah itu lah so empunya badan kena jugak datang

Dah dekat setahun lebih so finally dapat masuk singapore untuk settle kan so daddy cakap lah mum and daddy tak kerja so macam mana nak bayar lepas tu mum bukannya duduk singapore dah berapa tahun duduk malaysia so memang tak use lah cpf tu and all the benefit kerajaan pon mum tak dapat apa apa huhuhu

So settle urusan tunggu pihak cpf beritahu keputusan atas rayuan then pergi jenguk mama hantar rendang ayam sebab kak diah nak makan tu pon terpusing pusing salah jalan and nak use maps dah beli top up xox but bila masuk singapore map tak boleh pakai data tak boleh apa tak boleh eiii stress seyy

Hasil berpusing pusing Alhamdulilah sampai jugak nasib baik boleh call luar so dapat lah instruction then itu pon tanya orang jugak cara nak ke sana hmmm lecehhhh

Dah kol 5 baru gerak pergi rumah mutemah mum nak jumpa mutepah dah berapa lama tak jumpa kan bebual punya bebual dekat pukul 11 baru gerak balik and jalan jammed wala penat okey sofea minum susu tertidur yayaz also tidur sementara menunggu bebual

Padahal budak berdua tu kat tempat cpf main lari lari then rumah abg aim main kucing macam apa then main phone jap lepas tu dok joget joget sampai rumah mutemah bongkar main mainan pulak habis suku toys sofea bawak masuk bilik kak geeyah haishhhhh

Penat rabak weyyyy lenguh tangan stand kepala sofea lenguh kaki stand kepala yayaz uwaaa

Sunday, 27 January 2019

Itu Cannot Ehh

Aritu aku makeup then sofea keluar masuk bilik as usual kerja dia mana reti duduk diam haishh hope nanti pergi school duduk lah diam-diam tak jalan sana jalan sini huhuhu

Then aku tuang foundation kat tangan sebab foundation tu tak de pump jenis tuang haishh rasanya nak kena carik lah jual pump so tukar cap jadi senang nak pakai tak de lah dok tuang kat tangan nasib baik dapat lah sikit nasib tak baik tertuang banyak grr so unhygienic bila terpaksa masukkan balik lebihan foundation akibat terlebih tuang

So tengah nak buat dot dot kat muka sofea nampak dia nak foundation tuang kat tangan dia and also dia nak buat macam aku letak dot dot kat muka alahaiii anak oiii cannot lah awak tu kecik lagik kulit muka pon masih elok halus mulus sayang nak pakaikan lepas tu sofea kan ada eczema so memang tak boleh nak suka suka buat semua tu kita kena pantang lah untuk elakkan terjadiknya allergic pada muka sofea

Sorry ye sofea tunggu besar dulu baru asu lepaskan untuk ajar pakai foundation untuk masa sekarang cannot nanti dah okey sofea dah besar asu ajar step cara asu nak lebih advance sila belajar from youtube 

Kebetulan aku baru basuh brush blusher so just layang layangkan brush tu kat blusher then pakaikan kat sofea suka dia akhirnya dapat jugak hahaha itu pon sebab brush bersih if ada bekas blusher memang tak lah sebab takut and tak nak muka sofea apa apa terjadik 

Aritu tengok kat insta story budak baya sofea pakai lipstick mak dia siap buat gaya lagik auwww so cute lah then kakak cakap nak bagi sofea lipstick and kebetulan aritu guardian buat sales 50% off lipstick si kakak nak belikan tapi aku tak bagi sebab tak nak jadi apa-apa

Kalau pakai kat bibir tak pe nie kalau sental kat muka lepas tu sental kat badan kaki segala bagai ngeri untuk dibayangkan tu belom lagik kalau sental kat kerusi kat dinding kat cermin siapa yang nak bersihkan oiii tak sanggup untuk dibayangkan if terjadi serius tak sanggupppp

Saturday, 26 January 2019

Kencing Kat Makanan

Si hamster yayaz oley dah penat aku bebel kat dia but tak makan saman betol ada ke patut oley kencing kat bekas makanan dia aduhhh

Dah berkali bising lah bebel lah tetap jugak buat padahal aku bersihkan cuci then buat lagik dah tak taw apa lagik nak buat

So aku tukar bowl makanan dia letak tempat lain then oley tak nak makan pon kebetulan dah malam so malas nak ke dapur untuk cuci bekas makanan yang dah dikencing si oley so tukar balik ke bowl tu then baru lah si oley makan

Aduhaii oley kau pe hal lah pulak macam ginik peel makanan tu benda yang kau makan 

Mum dengan daddy kata mungkin oley buat ubat so biar jek lah mungkin ada oley sakit but tengok ok jek hmm pelikk

Masalahnya stress bau hancing sabo jek lah hamster si yayaz nie ada jek taw benda pelik dia buat..

Tuesday, 22 January 2019

So Sweet La

Masuk bilik mum nak yak yak then sofea belum sleep lagi dia nampak dia panggil then dia bebel few word yang aku tak berapa nak paham then kakak cakap sofea kata dia sakit perut

Then aku pon cakap lah aku pon sakit perut jugak so settle urusan toilet then sofea bawa minyak yuyi dia tarik baju suruh pakai minyak yuyi kat perut alo lolo so sweet lah sofea

Haishh melting lah heart asu makin besar makin cute makin girly <3

Ohh my dear

"Nanti kalau asu dah ada anak mesti asu dah tak sayang yayaz, mesti asu dah tak nak yayaz lagi"

Ohh my dear yayaz tu adalah tak mungkin akan terjadi asu akan sentiasa dengan yayaz forever and ever..!!

Tak mungkin ianya akan terjadi even asu ada anak sekali pon asu tetap sayang yayaz dan tak mungkin aku tak nak yayaz lagik

Asu akan jaga yayaz sampai yayaz cakap yayaz dah tak nak asu lagik...

Aku usik yayaz cakap nak kahwin then suddenly yayaz cakap gituk mana mungkin aku kahwin ada anak then aku ignore yayaz or senang cakap pasal dah ada anak sendiri aku tak sayang yayaz or tak nak yayaz lagik aku paham maksud yayaz dan Insya Allah ianya tak mungkin akan terjadi

So my bakal suami aka partner please take note yang yayaz always dengan kita forever even kita ada anak satu hari nanti and please sayang yayaz macam sayang anak sendiri okey

Aritu yayaz cakap yeaayy nanti yayaz ada 2 bapak hmm 

Nie baru dari yayaz belum lagik dari sofea huhuhu

Sunday, 20 January 2019

2 Urusan

Pagi tadi bangun awal si yayaz tak school sebab dah terlambat malam tadi dekat pukul 2 pagi tidur teman kakak masak sup daging lepas settle bake cookies yang dia start since balik kerja so dah terlambat entah kenapa alarm bunyi tak sedar haishh apa pon tak boleh huhuhu

Then sambung tidur tengah syok pak tam kejut nak bawa mum pergi klinik kebetulan mum dah 2 hari tak sihat selsema batuk mabuk lepas tu seram sejuk jek kena kipas sejuk tak bukak kipas rasa panas mum baring jek and aku pulak rasa dah kena jugak jangkit sebab selsema and batuk are attack aku hmm

Lepas tu pak tam cakap settle klinik terus pergi urusan passport dia nak cepat settle sebab badan dia penat so 2 urusan lah today kena buat

Sampai klinik orang ramai and kebanyakkan batuk selsema lah jugak then mum kena amek darah kena amek urine kakak cakap ramai jugak kena buat gituk so rasanya ada virus baru lah nie sebab ramai kena agaknya then keputusan keluar dalam darah ada virus adakah mum kena jangkit from sofea sebab aritu sofea always kena virus dalam darah and urine pulak clear

Tak lama lepas tu ramai keluar bawa kertas hasil result darah so memang now musim sakit demam batuk selsema ye lah cuaca pon tak berapa nak okey panas memanjang then hujan 2 hari sambung balik panas

Settle klinik pergi setia tropika urusan passport pak tam as usual kena denda lah sebab passport hilang since 2014 kot then tak amek sebab duit tak de and nie kena masuk singapore urusan cpf mum hal medishelf ayoo donno how to eja so nak kena masuk singapore pergi tempat tu and kena uruskan jugak sebab dapat surat kata mum ada hutang padahal kes cpf tu mum bukannya bekerja sana and dulu punya cpf mum kerja before kahwin kisah lama woo then mum already use for arwah nenek masa 2012 sebab masa tu cpf mama ke abg aim tak cukup so mum use tu lepas tu langsung tak use anymore then now kata hutang fuhhh

Menunggu dengan risau sama ada boleh buat or tak then tunggu punya tunggu settle bayar pukul 2:30 petang baru boleh amek so sementara nak menunggu pergi lah mamak mzz makan tengah hari jalan lah kaki ramai ramai pergi sebab dekat gitukk hahaha actually jalan ramai ramai with sedara tu and cik dino plus kawan cik dino dengan wife dia sekali ada kisah yang aku tak boleh nak story kat sini too private later lah if everything settle then aku story

Aku makan maggie goreng + ayam goreng and milo ais sambil layan goblin cukup time sambung balik jalan kaki menuju ke immigration sementara menunggu passport pak tam then si kakak beli domino kecik pihak domino datang buat jual siapa nak boleh beli then makan lah itu ramai jugak beli padahal baru lepas makan maggie goreng wakakkaka

Tekak nak minum coke tapi tak beli sebab lupa masa type nie baru teringat wakakkaka

Alhamdulilah bukak jek nama pak tam orang pertama panggil mum pulak dah penat kepala sakit and cuaca sangat lah panas terik huhuhu

Balik jek tukar baju selalu aku malas nak tukar baju awal then cepat cepat tukar baju bukak aircond dengan kipas tutup tirai gelap and langsir tarik selimut tidur wakakka balas dendam woo sampai dekat pukul 6 petang baru bangun tu pon dok mamai mamai sambung golek

Lepas bangun badan punya penat lepas tu seram sejuk macam nak mengigil tapi yayaz ajak makan ice cream unicorn wakakkaka padahal satu hari tu sakit perut nak yak yak but tak boleh keluar wakakka bila dah makan lunch lagikk lah makin rasa

Habis makan ice cream aku terus cuci muka aku tak pakai makeup just sunblock dengan no sebum mineral powder tu jek punya lah malas nak makeup tak taw kenapa hmm then dah settle cuci muka ingat malas nak makan tapi perut lapo and right now aku kena cirit birit pulakkk haishh ada jek lah

Today pakej batuk + selsema + seram sejuk macam nak demam + cirit birit

Nasib baik lah tak sakit kepala kalau tak lagik lah aku stress

Disebabkan esok cuti aku nak edit vlog/haul disebabkan dah tidur petang memang tak gantuk ler mata aku nie huhuhu

Saturday, 19 January 2019

Bila Agaknya Kan

Dari last year (2018) aku plan nak buat fully makeup record gunakan time-lapse since dulu masa dapat phone then yayaz guna tu masa makan pizza aku nak try tapi itu lah aku tak taw bila agaknya aku dapat try sebab aku tak de time nak buat

Bila ada time aku feel malas and since ada sedara kat rumah kang pelik pulak dia pe hal pulak tetiba makeup dalam rumah hahaha dulu rajin jugak aku main makeup lelagi saturday but since sofea lahir and makin besar so no time buat semua tu huhuhu minah tu tak senang duduk if aku makeup sebab dia ingat aku nak pi jalan wakakka

Then semalam sofea ikut kakak keluar so ada time lah sekali selsema pulak ohh kebetulan feel boring tu yang rasa boleh buat lah tapi tu lah selsema lah pulak kang mana nak blend eyeshadow mana nak kesat hingus so memang tak lah kan

Tapi one day berjaya kot buat tu nak tengok hasilnya jek wakakakka

Friday, 18 January 2019

Selsema Pertama 2019

Last year aka last month kena siap pakej suara hilang dah baik and now 2019 ianya muncul balik since malam semalam memula sikit but now makin teruk

Hidung sumbat nak tido bernapas punya lah susah sampai kering dalam mulut tido bernafas menggunakan mulut asyik tersadar jek arghhh

Dah lah vicks hilang aku letak tepi katil pon hilang sabo jek lah so bila vicks tak de lagik lah seksa 

Nak beli vicks tapi duit tak de so buat bodoh jek lah 

Selsema stop serang aku and please go away..!!

Tu pon lagik suddenly seram sejuk rasa macam demam tapi tak demam

Ohh ya mum pon kena symptoms yang sama hmm bebudak dah baik sakit kita pulak yang kena serang apa pon tak boleh lah

Wednesday, 16 January 2019

Siapa Ajar

Sofea ohh sofea siapa ajar anak oiii sabo jek lah seketol sofea nie taw
Sofea: Jom shop
Me: Buat Apa
Sofea: Shopping
Me: Whatttt
Mana lah sofea belajar nie by the way sofea still belom fully cakap but since dia demam sama dengan yayaz and now few words dah jelas boleh faham lah and now dia dah pandai ajak shopping aduhaii

Kakak cakap aritu dia mintak kakak duit merujuk kepada apa dia buat maksudnya dia amek beg kakak sebab dia taw dalam tu ada duit then dia mintak ingat nak beli ice cream so kakak tanya nak buat apa dia cakap nak shopping

Hahaha asu ajar sikit jek tengok makeup ehh asu tak ajar bab shopping ehh sebab asu bukannya kaki shopping pelik mana agaknya dia belajar ekk nak kata tengok aku or kakak shopping rasanya tak sebab kitaorang pon dah lama tak shopping

Boleh tak if aku nak syak yang sofea tengok kat youtube hmm dia sikit sikit “otop otop” singkatan for youtube bangun jek carik otop dah bosan dilempar dibalingnya handphone tu haishh tak taw berapa lama riwayat phone tu wakakka

Selalu ajak pergi shop nak beli ice cream tapi sofea panggil ice cream tu “agis” haishh dah upgrade apa si pipi fishball nie kalau perempuan tu macam mana sekali pon akan buat as perempuan buat contoh shopping, makeup and etc…

Tuesday, 15 January 2019

Restock Aloe Vera

Bila sakit kepala aku perlukan aloe vera untuk redakan sakit and panas mostly akan pakai bila sakit kepala muncul lah arggggh i hate sakit kepala

Sometimes aku pakai jugak bila tak sakit kepala untuk rambut itu pon kalau rajin lah sebab aritu sentiasa pakai baby hair muncul sedikit demi sedikit best woo but now malas sangat

Bila dah sakit kepala mencarik and pakai tu jek lah see dah empty wee i love it okey

Aku dah restock masa bulan 11 tahun lepas bila face shop buat buy 3 free 1 untung lah ikutkan buy 1 free 1 lagik syokk

Satu dah ku bukak pasal aritu sakit kepala wakakka

Aku kan pemalas nak update nie sementara tengah rajin tu yang update kisah yang dah basi wawawa...

Monday, 14 January 2019

Tak De Bekenan Ke

Hahaha so funny lah kawan aku sorang nie Insya Allah satu hari nanti kau akan dapat lah kad jemputan aku ehh

Belom masanya lagi untuk aku ke next step kehidupan aku bak kata zamani mana nak carik jodoh yang sudi memahami diri kita 

Ehh apehal pulak aku amek kata zamani wakakaka sebab ayat tu macam sesuai pulak untuk diguna pakai bila dipersoalkan

Tak sempat lah kawan aku nak mencarik pilihan sebab bermacam macam rasa masa tu as usual panic of coz lah sangat then aku nak buat vlog pon rasa segan sebab feel menyebuk pulak kacau dorang buat kerja

So just dapat buat vlog sikit jekk kuikuikui

Saturday, 12 January 2019

Thank You Abam Bomba

Thank you abam bomba sudi tolong bukak kan pintu toilet yang terkunci tanpa diketahui atas sebab apa

Yang lebih sadis ada sedara kat dalam toilet bermacam cara buat untuk bukak still cannot di kopak di bermacam macam cara but cannot

Last last yayaz bagi idea call je lah bomba minta tolong fuhh good job yayaz beri idea kalau tak jenuh tak taw apa yang nak dibuat

Aku buat vlog but sikit je sebab segan pulak wakakkaka

Fuhh settle semuanya nasib baik siren tak kuat even ada siren kuikuikui nasib baik tak de neighbor dok tanya apa kisah hahaha

Pengalaman baru gitu..

Friday, 11 January 2019

Sorry Yayaz

Terpaksa beri ritalin but suku jek sebab cikgu yayaz cakap bagus for emosi jugak ikutkan memang tak nak kasi langsung but terpaksaa

Yayaz dapat taw then dia ugut cakap kalau asu paksa yayaz makan lagik ubat doctor yayaz tak nak pergi sekolah forever

Sorry yayaz asu terpaksaa but sekali jek lah sebab yayaz nampak gayanya macam tak serasi tiba tiba sakit pinggang 

Kalau lah dapat asu nak ambil kesan sampingan ubat tu then yayaz amek lah benefit ubat tu so bagus for brain and behavior yayaz

Sorry yayaz asu terpaksa sebab jiwa yayaz terlalu sensitive sayang 

Tuesday, 8 January 2019

Sental Brushes

Ikutkan hati malas tapi kena jugak buat sebab dah kotor sikit lelagi if guna liquid or cream so bila tak cuci kang nanti keras pulak brushes

Then aku baru ingat aku tak basuh puff no sebum a bit brown color and tak lawo hmm

Hmm pakai rajin cuci malas tu lah aku

Saturday, 5 January 2019

Alarm Is Back

Alarm is back selepas hampir sebulan lebih cuti wakakakka sepatutnya start 1 aribulan tapi yayaz ter extend cuti lagik 3 hari sebab sakit wakkakaka

Settle dah sampul buku kemas buku susun buku cuma aku belom kemas bahagian buku yayaz sebab buku darjah 3 tak taw nak sumbat mana wakakkaa 

So esok start kasut hitam stokin hitam thank you menteri pendidikan tak de lah kasut yayaz jadik kelabu asap hahaha

Okey telinga make sure dengar bunyi alarm cuti bangun lambat dah habis now kena start bangun awal untuk kejut yayaz huhuhu

Friday, 4 January 2019

Innisfree X Toy Story

Yeaayyy dapat pon si no sebum mineral powder nasib baik ternampak kat fb katanya start on 1.january so apa lagik kena beli cepat kalau tak out of stock or color yang aku nak tu dah habis

See beli sekali dulu 1 ketol rm24.90 beli 2 sebab aku suka pakai lepas tu rah datang sini pon makeup rajin pakai nie so nanti if dah abis then ada extra weee

Yayaz suruh beli each color berlainan but dia pon nak case tu if isi dalam dah habis so aku cakap lah nanti dah habis 1 yayaz 1 asu lah wakakkaka

Masa sampai fuhh ada banyak then depan kat gambar bahagian dahi dah kotor sikit so redha jek lah sekali sampai kat kaunter ehh ada lagi so kepoh check wahh bersih apa lagik amek 2 ketol tu then mintak yayaz line up and aku pi letak balik wakakaka dapat 2 ketol bebas dari kotoran

So cute tak sabar nak pakai ^_^

Thursday, 3 January 2019

Demam On Off

Apenie si yayaz dengan sofea demam asyik on off jek ubat doctor dah habis but still demam on off pagi okey then either petang or malam dha start dedar tak pon pagi dah dedar petang okey sikit

Yayaz belum start sesi persekolahan lagik disebab demam on off macam mana nak suruh pergi sekolah

Batuk berkahak both sofea and yayaz dengan selsema yang tak ada tanda nak baik aduhaiii payah betul dedua kalau sakit

Satu sakit dah nak kepit nasib baik nari yayaz esok sofea macam gituk jek lah melayan budak budak sakit nie hope aku kuat lah jangan sakit

Cepat lah baik dedua ketol stress la kalau asyik sakit jek...!!

Wednesday, 2 January 2019

Dinner Sekeluarga

Alhamdulilah tahun nie permulaan adalah dinner sekeluarga even tak secomplete macam dulu but tak pe lah mana taw tak lama lagi keluarga aku akan bersatu semula kan mudah mudahan Allah makbulkan

Memula planning nak pergi tempat lain sekali dorang pergi tesco belanja dapur so memang tak sempat lah nak pergi tempat planning memula then pak tam cakap daddy dah lama tak makan seafood so kali nie pergi lah senibong makan tak amek banyak just sikit sikit jek

Yayaz tak sihat so lepas makan ubat tidur jek and aku pulak terlayan cerita goblin kat tvn sampai lah petang wakakka tak ikut pon pergi tesco 

Lepas magrib baru keluar rumah pergi si yayaz nak duduk tepi hujung so layankan jek lah so just amek random punya makan yang dulu selalu makan 

Tapi yayaz sebelum keluar bebel cakap lapar but sampai kedai dia tak makan sangat hmmm 
Alhamdulilah permulaan yang best hope berkekalan lah selamanya Amin

Tuesday, 1 January 2019

Happy New Year 2019

Happy new year 2019

Moga tahun nie membawa sinar kebahagian buat keluarga ku dan moga berakhir segala ujian dan dugaan yang kami hadapi

Paling penting moga berakhir jugak sihir yang keluarga ku kena