Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di
perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita
sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama &
alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu
"Catrina...kesepian & perlukan sahabat".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke
rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan
gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis
bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persaha! batan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si
jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis.
Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak
akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi
"kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita
berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan
tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar
berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga
mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu
orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuska! n surat itu..
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang
bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang
lalu sekiranya dia turut memegang bunga.
Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di
kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat
sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si
gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka
terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu
denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu
terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.! Tapi ada
seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar
tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu
orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati
dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang
kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat
itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti
dia...
Please forward this email to spread love. May all the love in the world
comes to you & your loved ones after reading this.
Adakah lagi insan seperti lelaki ini di dunia ini???? Menerima
seadanya...dgn hati yg tulus dan ikhlas......... fikir2kanlah....
No comments:
Post a Comment