Monday, 30 March 2020

Kalau Habis

Aku tiba tiba terfikir dalam tempoh quarantine sekali skincare dah habis macam mana nak beli...

Kalau pakai drugstore punya tak apa sebab guardian and watson masih lagi bukak

Kena macam aku pakai innisfree fuhh tak ke rasa nak nangis yelah kedai tutup so macam mana nak beli

Maybe masa tu baru carik kat shoppe kot huhuhu

Nasib baik lah ada lagik banyak so tak de lah risau untuk hadapi sampai 14.04.2020...

Friday, 27 March 2020

Tukar Planning

Aku bebel kat twitter cakap nak main makeup lagipon dah lama aku tak main makeup so why not buat ingat bila semua dah chillex atas katil iyah dah sleep so boleh lah aku buat project

Minah tu mana boleh nampak aku makeup nanti kena soal siasat tanya aku nak ke mana adeyy

Then bila si iyah dah selamat tidur so aku dah macam malas nak main makeup so aku layan jek lah youtube 

Tetiba idea mengemas bilik muncul so susun balik apa yang berselerak keluarkan extra plastic buang apa yang tak bekenaan so tak de lah messy sakit woo jiwa tengok bilik berselerak tapi kemasnya kejap jek lepas tu berselerak balik

Keluarkan segala toys iyah yang dia sumbat dalam bilik aku minah seketol tu kan heran betol aku bilik mak dia tak nak berselerakkan dengan toys or makan tapi bilik aku hmmm semua dia kerjakan pandai ehh bilik mak dia bersih bilik asu dia berselerakkan grr

Susun balik buku and Al-Quran then adjust balik tegakkan all notebooks actually notebooks aku nak simpan aka record segala password media social, email segala benda tapi still belum buat makin tua nie aku makin jadi pelupa :(

Aku just sapu lantai jek malas nak mop and aku malas nak lap habuk nanti terbersin so habuk tu nanti lah if rajin aku kerjakan if malas so buat donno jek lah :P

Semua settle letak kat position yang sepatutnya tapikan aku heran lah mana datang segala habuk padahal tingkap tak pernah bukak macam mana nak bukak menghadap stor yang ada barang so memang tak akan ku bukak sepanjang aku duduk kat bilik nie

Lega jiwa tengok bilik bersih tapi aku yakin pagi nanti akan berselerak balik huhuhu jek lah kan

Monday, 23 March 2020

Happy Birthday To Me

Alhamdulilah bertemu jugak aku dengan umur 30 tahun aku dah masuk 3 series wowww

Tahun nie birthday aku tak boleh merayap ke mana mana kena quarantine so semua kedai tutup kecuali supermarket

Maybe bila bangun nanti aku nak pergi family mart and buy cake so aku kira tu as my jalan for my birthday huhuhu

Tahun nie aku tak se excited macam yang sudah entah maybe dah tua kot so rasa macam birthday tu dah nothing just umur jek meningkat

Perasaan dikala nie kosong huhuhu

Happy birthday to me

Friday, 20 March 2020

Stay At Home People

Aku tak faham kenapa segelintir rakyat Malaysia masih degil tak nak dengar arahan untuk stay at home

Just 2 minggu saja untuk control agar virus covid 19 tak merebak dan menjadi lebih teruk payah sangat ke nak tolong

Stress betol aku bila baca dan tengok video kat twitter betapa degilnya rakyat malaysia yang masih nak keluar lepak bebual, teruskan kenduri kahwin & merayap ke mall ada tu siap memancing lagik hangkut tilam sekali

Rilex ahh kita cepat cepat settle kan agar covid 19 hilang then after that korang dah boleh sambung activity as usual

Now ikut arahan duduk di rumah selama 2 minggu and jangan sampai askar ambil alih lagik susah tak pasal pasal nanti nak keluar beli roti pon susah

Stop jadi selfish and stop sebarkan covid 19

Friday, 6 March 2020

Lawatan Pizza

Aku teman si yaz semalam pergi lawatan sambil belajar anjuran pihak sekolah. Seboleh boleh si yayaz ajak aku lepas dapat tau parent/penjaga boleh ikut kalau aku tak nak teman dia nak merajuk tak nak pergi so ikut lah teman

Then cikgu dia suruh whatsapp tapi aku lupa jek so aritu whatsapp rupanya dia nak detail nama penuh dengan ic so aku dah bagi

Malam nak pergi aka rabu malam dekat kol 4 pagi baru aku dapat lelap grr mata tak nak tidur dah golek sana golek sini still hampeh tak boleh lelap

So pagi khamis tu aku tingat nak bangun kol 6 pagi sekali terlajak 6:18 pagi cisss dah kelam kabut mandikan diri sendiri then mandikan yayaz siapkan diri siapkan yayaz and yayaz siap request suruh pakai tudung

Memula ingat malas nak pakai makeup then mum cakap pakai lah sikit so just use foundation, blusher lepas tu amek sikit blusher use as eyeshadow lepas tu guna eyeliner and lip cream tu jekk simple yang boleh huhuhu

Sampai sekolah kol 7:16 pagi bebudak dah beratur berhuhuhu jek lah so dengar cikgu bagi ucapan lepas tu bacaan yassin and doa benda yang selalu aku kena dengar dulu masa zaman sekolah time hari friday

Ikutkan gerak kol 7:45 pagi tadi last last kol 8 lebih sikit pagi jugak gerak itu jalan nak menghala ke perling jammed dekat setengah jam jugak si yayaz complain boring selalu dia dalam kereta layan youtube lah pokemon go lah aku bawa phone dia cuma dia takut kalau cikgu marah 

Sampai lokasi rupanya dekat dengan mydin mutiara rini so tengok lah bebudak buat hawaii chicken pizza lepas tu sementara nak tunggu pizza masak bebudak kena color kan kat kertas yang diberi ada goodies bag dalam tu ada kertas untuk color, maze dengan word search also dapat crayon 4 batang and apron

Pizza siap bebudak dah boleh makan siap dapat mushroom soup lagik suka lah si yayaz so dia makan pizza and lupakan aku :( :( and yayaz also makan mushroom soup 3 mangkuk dah favourite dia kan terkejut cikgu yayaz

After settle makan pizza dengan mushroom soup gerak pergi kedai makan so diberi nasi ayam and aku makan sikit so pergi kedai beli kuaci, chewing gum si yayaz beli gummy lepas tu aku nampak ada mint candy then aku beli so kunyah untuk hilangkan sakit kepala

Mum dah kasi panadol active fast untuk bawa tapi aku tak berani nak makan takut kenoneng macam dulu 

Lepas settle gerak balik ke tempat terapi dekat jugak tempat pizza cuma bahagian belakang so main lah asingkan fluffy ball ikut color kat pingan then main slime keluarkan guli, main macam jahit dengan tampal sticker ikut huruf so yayaz pilih S last last kat cermin mata pon yayaz tampal sticker

Habis activity tu sambung masuk bilik entertainment pecahkan benda kat screen dapat coin main ball lepas tu ada few benda lekat kat dinding ala toys tu ada kat ikea yang display bebudak boleh main sambil mak bapak makan

Habis tu ikut yang cikgu suruh imbang badan main passing bola lompat 10 kali lepas tu merangkak then lalu tempat kecik sambil atas kepala ada benda diletak then sampai kat akhir benda yang kat kepala tu campak masuk bakul

Last cikgu lelaki yayaz ajak geng yayaz solat mana yang boleh solat dia ajak and yayaz tak nak so aku cakap pergi ikut cikgu then cikgu tu panggil yayaz ajak pergi

Lepas sesi amek gambar so masa untuk balik masuk dalam bus aku makan panadol so tak risau kalau kenoneng sebab dah otw nak balik kan so boleh lelap kejap sementara perjalanan

Balik tu singgah hospital kejap kat legoland medini apa ntah nama hospital tu melawat salah seorang yang rajin derma kat kelas ppki yayaz so just bawak budak kelas yayaz jek yang kecik tinggal dalam bus lagipon parent dorang ada boleh jaga

Memula yayaz tido then dia tersadar dia nak ikut nak bawa aku tapi takut tak boleh ikut sekali cikgu dia kata boleh so join lah sekali

Lepas tu balik semula ke sekolah yayaz nasib baik pak tam cepat sampai so turun bus terus masuk kereta 

Sampai rumah pon dekat kol 6 lebih petang then golek kejap lepas tu aku makan mee then basahkan rambut ingat nak lelap untuk hilangkan sakit kepala sekali terlajak sampai kol 11 lebih malam sadar sadar tengok yayaz dah tido kat sebelah dengan pakai cermin mata

Aku lelap tadi tak cuci pon makeup so nak tak nak bangun bersihkan makeup cuci muka charger phone yayaz adjust yayaz tidur ke tepi sikit then sambung tidur balik nasib baik lah boleh sambung tidur risau jekk kalau tak boleh tidur

Sekali kol 5 pagi tersadar teringat tutup charger phone yayaz then sambung balik tidur huhuhu jek lah

Aku dah cakap dengan yayaz confirm malam tido awal tapi dia cakap tak lah yayaz nak main game dengan shahqir see last last terbongkang jugak tidur wakakakaka tu kalau aku kutuk confirm merajuk...!!!