Friday, 30 August 2019

Pocci Beranak



30.08.2019 tarikh terkejut buat aku sebab tengok hah benda merah tu anak hamster lah

Malam tu aku sakit kepala baru balik dari rumah abg han then yayaz pulak melepak kat rumah abg jan nak tidur sorang takut so tak pe lah bentang tilam jek kat bilik mum 

Si kakak laki dia balik kol 11 malam so dia nak letak makan sekali dia nampak benda merah gerak gerak sekali tengok macam anak hamster

Dia masuk bilik mum and cakap aku pulak bangun pergi tengok sekali ehh betol lah hamster beranak lepas tu confused mana satu mak mana satu bapak nie dah kelam kabut

Message sorang pasal hamster then dia suruh asing aku pulak tak taw mana jantan mana betina dah huru hara seketika

Nie aku kena cari apa yang patut bagi makan or apa yang sepatutnya untuk mak hamster

Wee so excited nak tunggu anak hamster besar and setakat nie aku nampak 2 ekor tak berani nak explore pasal baru beranak kan lagipon girl tu cakap jangan tengok nanti mak stress makan anak hmm

Baru aritu aku bebel cakap bila lah hamster aku nak beranak sekali Allah beri rezeki wee

Thursday, 29 August 2019

3x Spicy



Amek kau kena sakit perut and a bit cirit gara gara nak makan 3x spicy hahahha

Aritu makan jugak nasi lemak mcd masa tu request nak 1 spicy and lagik satu 3x spicy tapi yang dapat both spicy so bedal jek lah orang dah terlampau ramai so memang tak akan dilayan lah huhuhu

Then cuba lagik kali nie both amek 3x spicy ingat ok lah sekali hamek kau kepedasan 

Actually kulit ehh tepung dia jek pedas yang dalam ayam normal so memula gigit fuhh pedas then slumber gigit lagik and again huru hara dalam mulut hahahha

Aku rembat air coke si yayaz kira ada 2 air lah including sundae ice cream untuk recover kepedasan tapi akhirnya berjaya jugak habiskan 1 ketol ayam itu pon 2 air habis and ice cream tinggal separuh

Untuk meneruskan ayam ke 2 memang tak lah sebab air habis huhuhu

Tengah dok amek belanja kat nsk perghh datang sakit perut ku control lagik then tetiba nak ayakyak pulak cisss dah tak pepasal carik toilet meleburkan segalanya hahha

Dah lega settle kan belanja dapur siap pergi smart then balik susun barang belanja cuci muka main game hah tengah main game fashion perut ku memulas lagikk grrr

So tahan jek lah sambil rasa macam nak ayakyak lagik so keluarkan hasil then terpaksa makan ubat sakit perut dengan charcoal huhuhu

Maksudnya di sini ialah spicy tu ala ok lagik but 3x spicy cannot lah perut aku mengada tak nak terima grrr

Tak pe lah sekali jek lah lepas nie no more order 3x spicy but aku ada lagik seketol ayam yang balance kang nanti try tengok macam mana hehehe

Monday, 26 August 2019

First Time Ku Cuba



Aku kan dah lama join fb group hamster tapi aku tak pernah try masukkan gambar si pocci so aku try lah sekali sebab cute kan

Lagipon dalam group kata jangan pakai bedding kayu tak bagus nak bagus pakai papper bedding tapi harga papper bedding mahal woo dah nak jejak rm100 mana lah aku mampu

Sedangkan beli bedding kayu nie pon rasa semput hmm sebab tu aku malas nak masukkan dalam group sebab aku tak dapat sediakan macam mereka cakap

Apa yang aku mampu tu jek aku kasi as long as hamster aku cukup makan minum sudah lah 

Cute kan mok sangat geram aku rasa macam nak picit jekk

Friday, 23 August 2019

Tengok Macam Ok

Kan aritu aku cakap yayaz tukar sekolah Alhamdulilah tengok semuanya ok jek and nampak cara yayaz macam dia happy dengan sekolah sekarang nie

Dulu mana suka main sport kali nie bukan main suka bila tak dapat pergi bukan main sedih siap cakap yayaz suka sport kat sekolah nie

Then aritu join sport main bola apa ntah dapat no 3 then lawan dengan team ramai ramai so dapat lah no 4 jadik lah kan dari dulu langsung tak nak

So aritu balik ceria jek cerita masa muzik yayaz nyanyi lagu so aku tanya lah lagu apa yayaz kata allen walker i donno betol ke tak ejaan nama orang tu so yayaz nyanyi lah lagu tu best then request nak microfont dengan speaker sebab nak nyanyi kat rumah

Tak nak lagu melayu ehh nak lagu english hahaha playlist lagu dia mana ada melayu semua english

Siap cakap tak sabar nak masuk kelas muzik lagik Alhamdulilah

Lepas tu bila pak tam tak boleh hantar yayaz macam sedih siap cakap ala 

Ada sekali tu nak isi minyak tapi ramai pulak yayaz cakap hantar yayaz dulu lah lepas tu isi minyak nanti lambat fuhh seronok dengar

Dulu masa sekolah lama tak bebel pon kalau lambat suka jek lambat tapi sekolah baru bukan main gembira nak datang awal

Nampak enjoy happy kat sekolah baru Syukur Alhamdulilah 

Budak kelas dia belajar maths darjah 1 but dia belajar maths darjah 3 so cikgu cakap ada potensi nak naik kelas mudah mudahan lah

Haritu yayaz cakap cikgu dia cakap dengan dia yang iq yayaz tinggi

Tak pe lah janji yayaz happy sebab dia pernah bersuara dulu yang dia tak boleh bawa syilibus aliran perdana tak pe yayaz mana yang yayaz boleh teruskan

Bukan straight A yang kitaorang nak tapi yang kitaorang nak ialah yayaz nak pergi sekolah and nak belajar paling penting enjoy belajar and activity yang lain

Mudah mudahan Allah lindungi yayaz Amin

Tuesday, 20 August 2019

Innisfree VIP Member



Pergi redeem trial nie ingatkan tak dapat sekali dapat Alhamdulilah aku dah nampak jeju cherry blossom kat Instagram innisfree korea (yang ditag) so soon next month akan masuk malaysia

So vip member diberi untuk pakai so kita akan bagi review lah kalau bagi dapat 300 point hehehe tak shabar nak try gitukkk

Macam taw jek kan skincare aku dah habis hahahha

Monday, 19 August 2019

Dah Jarang Sangat

Aku pon tak banyak dah update blog sebab dah tak taw nak story apa sebab tak de benda best untuk aku bebelkan kat sini hmm

So mana yang mampu aku bebelkan jek aku type selebihnya layan perasaan entah lah hmmm

Rindunya zaman rajin type kat blog dengan macam macam kisah huhuhu

Tuesday, 13 August 2019

Nak Nie Lah



Nak beli kerusi nie lah for my makeup table macam best jek tengok tapi reality masa duduk fuhh sedap weyy fluffy syokk

Tapi harga rm499 hmmm tak termampu weyy untuk aku beli

Berangan jek lah kan yang boleh

Sunday, 11 August 2019

Selamat Hari Raya Haji



Raya tahun nie tak dengar pon takbir sebab busy dengan birthday yayaz huhuhu

Malam tu (10.08) aku tak sempat pakai sheet mask sebab bersih kan pon dah dekat 2 pagi

Paling best raya kali nie just macam hari biasa sebab tak masak lauk birthday yayaz banyak lagik dengan pizza still ada so tak perlu lah masak

Cuma dah petang kak ita masak soto and lepas magrib merayap pergi ikea bedal meatball dengan jalan cuci mata amek harga and berangan hahahha

Orang lain elok berbaju melayu sedondon but kitaorang jeans tshirt jek lah hahahha

Banyak aku bekenan but tulah huhuhu kat bucu sudah lah

Saturday, 10 August 2019

Birthday Boy



Happy birthday yayaz yang ke 10 tahun moga jadi anak soleh dengar kata rajin belajar

Just small celebration beli pizza then birthday boy request nak spaghetti then chicken popcorn dengan tauhu begedil

Dulu celebrate cuma dengan sofea and rah this year tambah ada didi dengan shahqir cuma babam jek dah fly ke australia so tak boleh buat apa-apa

Tempah cake pon last minute nasib baik sds boleh terima buat macam dalam gambar kalau tak jenuh weyy nak memujuk

Tahun nie tak celebrate pon kat sekolah sebab dah tukar sekolah kan lepas tu dah start cuti sekolah

Alhamdulilah yayaz dah pon 10 tahun and mentang mentang birthday boy dia tak nak tolong bila suruh katanya sebab hari nie birthday dia hahaha apa jek lah budak sorang nie

Ada geng main game bertambah happy lah kan tak kisah lah janji bahagia kan...

Friday, 2 August 2019

Tayar Pecah



Tragedy on the way nak hantar babam ke airport boleh pulak tayar kereta pecah nasib baik babam pandai control 

Pergi 2 kereta so bebudak semua sumbat dalam kereta putih so kereta grey babam dan lelain so dorang kena cepat sampai untuk check in segala bagai

So kebetulan si sofea nak air berhenti kejap kat pam station padahal ingat tak nak tunggu just jalan jek 

Tengah jalan sekali abg han call bagitau tayar kereta pecah a bit kelam kabut okey nasib baik kat belakang if dah ke depan macam mana

So adjust balik tukar kereta masukkan luagage ke dalam kereta putih so mana yang boleh pergi naik dulu sendat lah sekejap sebab kat belakang ada banyak barang kan

So yang mana tinggal lepak kat tepi highway kat area jpo haha menunggu orang plus datang bukak tayar sebab tak boleh guna manual ada skru agak lama tunggu

Enjoykan diri dengan nyanyi lah gelak lah selfie lah sambil menunggu orang plus but after few minutes dorang sampai tukar tayar itu pon tayar spare tak balance so tak boleh nak bawa laju

So again sendat lah dalam kereta grey menuju ke airport paling sadis kunci kereta white kat kak mai then dorang dah separuh jalan baru perasan and dorang kat kereta cuma tawakal jek sebab kalau jauh dari kunci then kereta tu akan off engine hmmm

Sendat sesendat yang boleh ingatkan pak tam nak duduk bonet sekali bonet tak lepas untuk duduk so didi pangku rah hahaha  

Ingatkan memang tak de dah rezeki nak jumpa babam sebab dah lambat kan sekali rupanya flight babam delay so dapat jugak jumpa kat airport fuhh

Ada jek dugaan kan tapi Alhamdulilah semuanya dah selesai

Balik makan nasi goreng sebab tak masak and bebudak nak stay over kat rumah rah so layan kan jek lah janji dorang bahagia....

Thursday, 1 August 2019

Hello August

Kejap jek dah August kan masa jalan laju sangat tak terkejar aku but apa boleh buat kan

Esok babam dah fly balik Australia kejap jek rasanya jumpa dia lepas hampir 7 tahun tak bersama

Sedih pulak hati berpisah lagik and another setahun baru jumpa selagi babam belom habis belajar selagi tu payah nak jumpa

Dia busy dengan assignment so sekali sekala jek boleh kacau kat whatsapp huhuhu

By the way esok genap 7 tahun nenek meninggal hmmm