Perbualan aku dengan someone dekat LINE
tengok gambar kahwin then usik dia cakap suruh jadi flower girl
sekali dia request nak jadi bride maid see betapa lupanya aku
yang dia dah pon besar layak jadi bride maid daripada flower girl
Berangan lah kekonon nak buat tema garden lah entah apa merepek
yang terlintas dalam kepala otak aku hahhaha saja nak usik
pompuan mana yang tak pernah idam majlis perkahwinannya
aku pon tak terkecuali ada berangan tapi majlisnya tak tahu bila
Sekali keluar ayat power "Belom ada BF ada hati nak kahwin"
LOL tahu lah i is single and available hahahha tapi tak semestinya
kena ada BF then baru akan kahwin...
Ehh apa aku melalut plak kalau tak ada BF how to kahwin..??
seperti yang aku nyatakan " Tak semestinya ada BF boleh kahwin
mana tahu tup-tup jodoh datang then kahwin"
well kita tak tahu siapa jodoh kita siapa dia asal mana orang mana
sekali ianya datang seperti kilat zasss zisss zussss tup-tup ehh
kahwin....
Gitukkk aku percaya more kepada jodoh then BF
tak semestinya BF tu akan kekal sehingga ke akhir hayat
if dia bukan jodoh kita then putus di tengah jalan
begitu jugak akan berlaku sehingga lah jumpa jodoh yang dah ditetapkan
Kata orang kalau ada jodoh tak akan kemana...
biar jodoh lambat tapi jangan jadi bodoh boleh gitukk...???
boleh jek lah peribahasa baru LOL
Ada orang jodoh cepat ada orang jodoh lambat...
aku..?? tak tahu lah sama ada cepat or lambat or tidak ada
kalau aku post kat blog majlis kahwin aku hah jodoh aku dah
sampai lah huhuhuhuhu
Soal jodoh nie kekadang tak payah lah berlagak giler kalau dapat
jodoh awal then nak kutuk orang jodoh lambat entah haper haper jer
bukannya dia mintak pon jodoh lambat....tapi yang jodoh awal nie
percaya ke jodoh awak tu sekarang akan kekal hingga akhir hayat
if putus tengah jalan sendiri mau ingat la...
Walau pon ramai kawan classmate aku yang dah kahwin beranak pinak
BFF aku pon dah tunang tak lama lagik nak kahwin huhuhu
but aku rilex lagikk tak ada lah tergesa-gesa dalam mencari jodoh
banyak aku nak kena fikirkan apa lagik soal mum daddy and Ayyash
serabut kepala fikir...
Boleh ke jodoh aku terima kalau aku nak jaga mum daddy seperti mana
mum and daddy jaga aku dari aku kecik sampai lah sekarang
boleh ke jodoh aku terima kalau aku nak jaga Ayyash coz now Ayyash
aku yang jaga sepenuhnya and Ayyash sendiri anggap aku nie mak dia
lagi pon aku dah anggap Ayyash macam anak aku jugak ^_^
kalau jodoh aku terima 2 syarat aku settle bebeh jom kita kahwin :p
Tapi soal kahwin aku tak bersedia lah
aku tak reti masak....tak reti kemas rumah...tak reti basuh baju
semuanya serba tak reti yang reti cuma tidur...shopping...makeup
hahhaha boleh terima ka...!!!!
kahwin bukannya mudah susah woooo ianya tanggungjawab yang besar
Sekarang kita enjoy masa single....masa happykan diri
selagi boleh enjoy kita enjoy walau pon bukan bereti enjoy
keluar dengan kekawan lah naik pub lah no no no no
enjoy dalam kamus hidup aku ialah tidur...shopping or cuci mata
jejalan...feel happy dengan family...huha huha
By the way pernah tak kitaorang cerita dalam group chat or forum
aku pon dah lupa dorang ask asal tak nak kahwin
then aku cakap nak enjoy hidupan aku so dorang syak kekonon
aku nie gadis liar kaki pub lah segala bagai then kena explain
balik no no no sebab tu aku kena explain kat blog pulak
so tak de lah orang pandang serong
Kekadang mulut manusia nie haishhhh macam internet bergerak
kita maksudkan lain then mereka sampaikan lain walaweyyyy
sungguhhhhhhh tak sayang mulut :p
benci aku dengan manusia macam ginik mencik benci huh
So far makcik-makcik tak ada lah plak persoalkan jodoh
kitaorang just huha huha bersama-sama ada jugak kazen aku
belom dapat jodoh still rilex layan anak saudara bake macam-macam
ahhh rilex sudaahhhhhh
Ada plak kazen aku dulu pernah tunang then putus tunang belom kahwin
see rilex sudahhhh ada jodoh kahwin tak ada jodoh tak apa...
tak payah stress tak payah pening....
Pilih jodoh bukan macam pilih makeup....
color lawa sekali bila pakai tak lawa
macam gitu jugak perangai manusia luaran nampak baik tapi dalaman
hurmmm susah nak cakap....
Ehhh banyak ekkk entry aku pasal kahwin...
tapi nie secara tak sengaja hahahahha
pasal cute plak someone nie dok kutuk kata tak ada bf then nak kahwin
macam cute gituk ekkkk....
tang mana cute..?? entah lah soalan yang tak pernah ada jawapan...
dari dulu until now...
Lepas nie nak cakap i tak nak BF but i nak jodoh...!!!!
sila terkulat kulat berulat seorang diri ye memikirkan jawapan ku
baik punya jawapan untuk setakat ini....kang if jumpa lain
aku akan use word tu...
Kalau aku nak Fahrin Ahmad boleh dapat ker...???
fuhhhh kalau lah dapat akan ku simpan dalam almari... :p
Bye(>‿♥)