Sunday, 9 June 2013

♥ Kisah Nasi Minyak ♥

 
*Tak tahu nak cari gambar apa sesuai dengan cerita*

Salam hari nie nak story pasal kisah wedding semalam....
aku dah lama weyy tak pergi wedding actually kalau dapat pon aku malas nak
pergi grrr mum pon sama so aku ikut perangai mum la nie... :p
sampai daddy cakap dengan mum nanti anak anak mum kahwin tak de orang
datang aku siap cakap dengan mum aku kahwin nanti tak nak jemput orang
ramai just sedara rapat citttt hampehhh

Okey sambung balik story semalam selepas merempuh jammed kat singapore
aku balik tidur then mum kejut suruh teman aduhaiii malas weyyy malas
so aku ingat ahh pakai ajek lah apa yang aku pakai jeans dengan shirt
then mum suruh aku pakai Baju Kurung aku dah menepuk dahi
pasal nak kena selongkar baju kurung weyyy baju kurung yang aku dah
lipat lipat letak kat bahagian bawah :p

So cari yang selesa dah tak ada time jumpa green terus zuss amek
make up pon tak just pakai bb cream contact lens pon aku tak pakai
sah aku memang malas sangattt sangatt baru bangun tidur beb
kemalasan memang terserlah :p

Okey yang kahwin nie anak jiran aku rumah lama before pindah ke
rumah sekarang nie la
dedulu aku selalu main dengan anak dia yang lelaki bukan pompuan taw
main tembak tembak :p nasib baik dah besar besar nie macam pompuan cikit
tak terikut ikut perangai lelaki :p

Disebabkan pelat aku panggil ler mamat tu Y until now bapak mamat tu
dok panggil aku Y jek adeyyyy.....
so sampai sampai dah jam 4 lebih apa lagik pergi lah makan :p
tapi aku tak makan weyyy just makan kuih kuih jek tak boleh nak masuk lah
makan disebabkan oleh aku tak makan then tak kan lah nak cakap yang aku
tak makan segan lah plak kan bermula lah episod sengal aku

Situasi bermula aku tak kenal makcik nie tapi mum kenal lol kata dah
jiran lama tapi masa tu aku kecik umur 3 tahun aku pindah ke sini
then salam lah tak kan tak nak salam mum daddy dah ajar :p
so suddenly dia ask aku begini

Makcik: Dah makan nasi minyak ke?

Aku: Dah

Makcik: Bila???

Aku: Tadi kat sini 

Wakakakka mum cakap belom lagik aku ehh nie nasi minyak mana nie
al kisah makcik tu tanya aku dah kahwin ke belom...
makcik tolong cakap direct to the point boleh tak..???
usah guna bahasa kiasan yang aku tak mengerti...
habis di tanya dah makan nasi minyak lol bukan ke nie tengah kenduri
aku dah makan nasi minyak rupanya makcik tu ask majlis aku adeyy
siap cakap jangan lupa jemput dalam hati ku berkata iya lah makcik

Aduhaiii makcik dah spoil kan niat saya baru saya ingat majlis saya nanti
jemput saudara mara jek :p
see betapa sengalnya aku sebab aku tak fikir soalan itu yang di tanya
adeyyy siap ask mum masih belajar lagik ker...
ehhh tak makcik saya dah kerja bukan belajar lagik hikhik *ketawa sopan*

Series weyy aku tak dapat nak tangkap maksud sebenar makcik tu kalau
aku taw mesti lah aku cakap belom aduhaiii apa-apa ajek lah
yang penting lepas nie no more pergi majlis kahwin 
kang apa-apa lagik soalan yang di tanya kan bagus direct to the point
jangan ada berlapik lapik aku nie spesis suka cakap direct kalau berlapik
memang tak de maknanya aku nak paham.....

Malam tadi kol 7 lebih aku dah tidur sampai ler kol 11 pagi
entah apa yang penat sangat pon aku tak tahu padahal before tu
kol 3 lebih aku baru bangun lepas tidur masa dah balik dari singapore
jangan malam nie aku begolek golek tak boleh tidur sudah habiss
mujur kepala tak sakit pasal overdose tidur kalau tak grrrr


Bye(>‿♥)

No comments:

Post a Comment