Saturday, 30 August 2008

♥ Salam Ramadhan ♥

SALAM RAMADHAN Al-KAREEM

“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “

” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu.
Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”



@ Awal Ramadhan @

Terawih di masjid melimpah-ruah, tak cukup sejadah :: setiap malam, moreh meriah :: ramai yang baik hati pakat nak sedekah :: maahad tahfiz
lengang, pakat jadi imam merata kariah :: siang hari muka sekor-sekor monyok, badan macam nak rebah :: lepas kerja, bazar ramadhan
tempat pertama singgah :: bila berbuka melantak sampai mengah ::


@ Pertengahan Ramadhan @

Tugas penguatkuasa agama kian gah :: setiap hari cerita orang tak puasa ditangkap mengulangi sejarah :: masjid pula kian hari kian “cerah” ::
tinggal orang tua-tua mengadap sejadah :: Nuzul Quran, Badar Kubra jadi tajuk utama kuliah penceramah ::

@ Akhir Ramadhan @

Malam Lailatul Qadar jadi rebutan :: kanak-kanak pula pakat cucuh meriam buluh dan mercun , pecah muka putus tangan :: tokey pasaraya
senyum sakan :: jualan murah, melucutkan iman :: tiket bas, keretapi dan kapal terbang habis bekalan :: bas tambahan dan persiaran jadi
pilihan :: kemalangan penuh dalam akhbar harian :: tentera darat raye dalam hutan, tentera laut berbuka di lautan :: isteri *** pakat
bungkus bungkusan :: konon nak tunjuk kesian :; pelajar luar negara, pakat buat publisiti murahan :: kad raya dapat sambutan, pekerja pos
tak menang tangan :: Sofa. jendela, langsir semuanya mengalami perubahan :: maklumlah semuanya dok tunggu pengumuman ::
pengumuman tengok anak bulan semuanya tersengih, menguntum senyuman.


Sumber: Forum Cari

No comments:

Post a Comment