Tuesday, 30 June 2015

♥ Kisah Bazar Ramadhan ♥



Tahun nie aku malas nak jejak ke bazar Ramadhan
Alhamdulilah dah 13 hari berpuasa langsung tak jejak pon
kalau dulu first day puasa dah jejak ke bazar ramadhan
carik benda best tapi tak tahu lah kenapa tahun nie malas giler

Aritu pergi bazar ramadhan kat taman suria tapi aku duduk
dalam kereta tak rajin nak turun dengan asap bakar-bakar
lepas tu orang ramai dengan cuaca panas ehh tak pe lah
terima kasih banyak-banyak tak rajin nak join

Bukan apa nanti tengok nie tengok tu semuanya nak di beli
kalau makan habis tak pe lah jugak nie nanti ada yang buang
so sayangkan makanan di buang macam dulu haishhh rugi

Hari apa ntah sis whatsapp ajak pergi bazar majidee jejalan tengok apa 
yang best laju jek aku reply malas nanti mabuk coz orang ramai
wakkakaka tapi memang aku kemalasan sangat-sangatttt

Tapi if aku tak puasa or tak dapat nak puasa hah baru ler
aku ingat nak pergi tapi rasanya tak kot niat nak puasa
sebulan walau pon terbuang satu hari sob sob sob

Yang sehari tu pon aku tak pergi jugak
entah lah malas betol nak pergi bazar dengan orang ramai
lepas tu asap sana sini sesak dada

Aku sekarang lebih suka duduk dalam bilik or tengok cartoon
daripada ikut pergi bazar wakakakka
mum pon malas nak join pergi bazar ramadhan
sama jugak macam aku orang ramai mabuk

Bazar pon harga boleh tahan mahal jugak kan
apa boleh buat sana sini harga naik berkali ganda
bila tanya katanya coz GST hurmmmmm tak best betol.....  

Bye(>‿♥)

Monday, 29 June 2015

♥ Dugaan Bulan Ramadhan ♥


Dugaan ramadhan tahun nie sangat-sangatttt tak termampu
untuk aku hadapi tapi tetap kuat untuk menghadapinya

Tahun nie cuaca panas tak seperti tahun lepas
untuk negeri Johor aritu hujan sekejap jek then terus panas
sampai lah sekarang nak keluar rumah pon risau 
coz bahang panas tak boleh nak bukak mata :p

Baru kat dunia tak boleh nak tahan belom kat akhirat T.T

Disebabkan cuaca beginik so tekak adalah sangat sangat kering
lepas tu batuk-batuk hurmmm kepala pon asyik mabuk
and sakit jek 

Ingat tahun nie tak kena tonsil sekali haishhh
dia kembali lagikk terpaksa buang sehari puasa
coz dah tak larat sangat 

Dugaan Dugaan tapi kena lah terima 
kat kerachi pon ada yang maut coz cuaca panas sangat
Malaysia nie cuaca panas masih okey berbanding kat kerachi
tapi tu lah tak boleh tahan woooo
tekak kering giler lepas tu kesat hurmmm

Setiap kali lepas berbuka dalam satu jam mesti minum air
mineral banyak-banyak yang tak boleh tahan bila dah nak
tidur asyik keluar masuk toilet jek membuang perghhhh
nak tidur pon susahhhhhhh kalau tak buat macam gituk
esok puasa confirm tekak keringg giler-giler

Tak pe lah terima jek apa yang Allah beri buat hambaNya
semua nie kan untuk kekuatan kita jugak
and masih mampu meneruskan puasa dah okey lah
cuma sendiri kena kuatkan badan lah ikutkan hati semua
serba tak boleh huhuhu

Haishhh bestnya dapat tidur :p 

Bye(>‿♥)

Friday, 26 June 2015

♥ Pobling ♥

 

Pobling color hurmmm saja nak try best or tak best boleh gitukkk
jumpa nie kat pasar borong pandan rega RM30 hurmmm
aku syak ianya fake tapi tak apa lahhhh kita try pakai
kang ada rezeki kita beli original pulak

Tapi kan sama jek lah cuma bezanya vibrate dia jek kot
biar lah guna battery 3A sekali derr aku lupa nak beli battery
tapi terjumpa plak battery 3A yang lama tak pe pakai dulu
and vibrate agak slow coz battery tu pon dah low kuikuikui

Nanti lah kalau aku rajin aku beli new battery kalau malas
just use jek lah :p

First day use rasa lah muka macam lain bila basuh guna tangan
and si pobling tapi tak pe kita try use sampai sebulan *kalau rajin*
and tengok hasilnya macam mana ^_^ 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 23 June 2015

♥ Wabak Denggi Mengganas ♥

 

Deret rumah aku sekarang tengah isu panas
wabak denggi sedang merebak dengan ganasnya
minggu lepas rumah hujung 2 buah rumah then
minggu nie plak row rumah aku kat atas walaweyyyy

Sampaikan 2 nurse and another 1 ahli kesihatan siap bawak camera
datang rumah tanya sesiapa ada sakit tak and di beri langkah
pencegahan elakkan nyamuk denggi

Lepas tu aku bukak story cakap dada nie sampai naik sakit
dengan bau ubat-ubat nyamuk malangnya nyamuk masih ada
masih boleh terbang ke atas ubat nyamuk kelakar kan

Then nurse tu pon cerita sekarang nie nyamuk ada 2 jenis
satu boleh nampak manakala satu lagik tak boleh nampak
and dia pon agree bila aku kata nyamuk dah tak takut pada ubat nyamuk
siap tukar-tukar brand lagik but nothing hurmmmm

Semua nie terjadi pasal kat bahagian bawah rumah dorang buat
apartment 26 ke 36 tingkat sakitnya hati
rumah teres suddenly ada apartment lepas tu sana sini crack
pintu tak boleh tutup dah complain tapi macam tak berhasil

Ada tu rumah dah mendap giler betol lah
rasa macam nak jekkk pindah rumah lain 
so tak de isu nyamuk, rumah retak and mendap
lepas tu tikus sejak dah di ceroboh buat apartment
semua tikus datang ke rumah-rumah sakit seyy hati

Risau jugak kalau nyamuk dah mengganas
cukup lah sekali kena denggi seksaaaa sangat
tak sanggup nak kena lagikkkk 

Bye(>‿♥)