Wednesday, 29 April 2015

♥ My New Chair ♥

 

Alhamdulilah dapat jugak beli ^_^
nie lah kerusi yang aku nak beli kekonon boleh masuk bawah meja
so tak de lah nampak bilik over sangat 2 kerusi :p

Memandangkan aku ada meja computer so ianya dekat dengan
meja makeup so macam over sangat kedua-duanya nak kerusi besar
maksudnya untuk computer dah kerusi ada roda
then meja makeup kerusi yang boleh sandar
so better less lah

Beli nie masa ada GST gitukkk motipppp
frustnya color nie tinggal seketol jek
cett color lain berlambak-lambak ada grrrr
best jugak pakai rasa macam kemas jek meja makeup ^_^

So Insya Allah nie last kot dah tak akan bertukar lagik
aritu dah tukar meja now baru dapat beli kerusi khas
untuk makeup 

Ayyash suka ambil dan use tengok tv huhuhuhu
katanya kenapa tak nak belikan satu untuk dia ahakz
mana nak sumbat lagik sayang bilik kita limited jek space...

Kerusi baru suker sukerrrr....
simple jekkk ikutkan hati nak yang empokkkk
tapi malas arrrr :p 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 28 April 2015

♥ Gambar Passport ♥

 

Sekarang nak ambil gambar passport pon kena GST sodehhhh
memandangkan nak kena pergi kursus haji kahwin so kena
sediakan gambar passport memandangkan sekarang nie semuanya
melalui computer so agak susah jugak nak explain kat kedai gambar

Aku ada satu gambar passport tapi tak menutup aurat lah
memandangkan kena kursus kahwin nie kena tutup aurat
so kena amek gambar baru lerrr

Saja tak nak tunjuk gambar even pakai tudung
muahahha muka kembang giler weyyyy
sungguh frusssttttt

Mahal dah sekarang amek gambar
include with GST RM16 adeyyyyy
last aku amek gambar passport tahun 2011
bayangkan berapa dekad aku tak amek gambar passport
fuhhhhh

Lagi pon sekarang passport pon use computer
yang kelakarnya kedai gambar tu blur bila cakap
nak amek gambar passport terpaksa explain gambar
untuk register kursus kahwin so tak kisah lah background
color apa janji settle amek gambar

Ayyash pon sama amek gambar so senang untuk
register sekolah baru 
dulu baru berapa ringgit ambil gambar
haishh kalau aku terrer buat sendiri confirm
aku akan buat plus effect camera 360 sekali taw :p 

Bye(>‿♥)

Monday, 27 April 2015

♥ Mulakan Yang Baru ♥


Dulu tahun 2013 before kena denggi kan aku post sis bertunang
tapi cerita sedihnya ialah pertunangan itu terputus selepas raya
coz katanya tunang dia accident dan meninggal
pasal nak settle kan urusan nikah kahwin

Tak apa lah kisah dah lalu kan
yang pergi bukannya boleh kembali lagi
so kita yang masih hidup teruskan lah kehidupan ^_^

Masa berlalu pergi
sis telah pon temui penganti yang baru
beberapa minggu yang lepas sis bertunang lagi
tapi tak jemput orang just keluarga saja
bukan apa takut selepas dengan apa yang terjadi

Kira macam trauma lah kan
hope sis bahagia dengan si dia hingga ke akhir hayat
if dia curang siapppppp....!!!!

Aku cuma mampu doakan sis bahagia hingga ke akhir hayat
senang dah cepat-cepat kahwin lagi pon umur dah berapa kan

Moga cepat lah majlis perkahwinan sis tak sabar nak tunggu
by the way aku berharap sebelom perkahwinan sis berlangsung
semuanya akan kembali normal seperti biasa Amin

Bye(>‿♥)

Friday, 24 April 2015

♥ Amoi Farah Tertipuu ♥

 

Fine selama nie dok pung pang pung pang kata ikea bakal
di buka di Johor Bahru click article lama tahun 2012
fine fine fine sebarkan berita palsu 

Aku tak ada kerja pi lah message ikea kat facebook
kekonon nak tanya lah bila dia nak buka di johor bahru
sekali amek ko jawapannya tidak mempunyai rancangan
untuk buka...!!!!

See buka lah mata wahai rakyat Johor ikea tak mempunyai
rancangan pon nak buka di Johor selama nie kita di tipu
oleh si penipu yang dok sebarkan ikea akan buka di Johor T.T

Rasa macam nak pindah KL jekk 
ehh jap ikea kat Selangor or Kuala Lumpur...???
malas nak mencari kat pak cik google :p

Fine tak pe one day pasti aku akan merayap ke sana
memang lah kat singapore ada ikea tapi lecehnya
kat immigration johor akan di kenakan cukai grrr

Aku nak beli yang aku dok idam-idamkan tu
haishhh bila lah agaknya dapat beli kan T.T

So lepas nie kalau masih ada pung pang kata ikea buka
kat johor tak payah ler percaya unless kalau ikea war-warkan
"Ikea akan sampai di Johor Bahru" or "Ikea di buka di Johor Bahru"

Ada ura-ura kata tak mungkin di buka di johor pasal
dekat dengan singapore kan cisss tak adil
haishhhh aku bukan lah giler sangat kat ikea tu
cuma aku bekenan 2 benda jekkkkk
ehhh ada banyak benda bekenan tapi keadaan ruang bilik
tak cukup luas untuk sumbat :p

Kenapa lah dulu masa merayap pergi KL tak singgah ekk
sekarang kan dah menyesal huhuhuhuhu

Bye(>‿♥)

Wednesday, 22 April 2015

♥ 120K Pictures ♥


Sunday lepas keluar makan kat bakar-bakar BBU
bestttt wooo kekenyangan tahap tak boleh nak control
ehhh tak lah just sumbat yang boleh di isi jek
kang terlebih makan bahaya woooo

Then Umairah dah cakap nak aku duduk tepi dia
memandangkan Ayyash balik rumah mak dia so
Umairah akan bersama dengan aku
well dah besar mak cik sorang nie cepatnya masa berlalu

Umairah cerita dengan aku gambar kat instagram dia
dah sampai 400 lebih 
kalah aku coz mine only 300 ++ jek T.T
macam mana gambar niece lagikkk banyak dari ashyu..??

Aku pon cakap lah wahhh banyak tu besttt
Ayyash dah jejak seribu lebih 
see ashyu jugak yang kalah dengan dorang T.T
hahahha tak pe tunggu ehh ashyu kejar korang :p

Ehehehehehe
aku cakap dengan Umairah yang aku nak gambar kat
instagram aku 120k fuhhh banyak giler kan
agak-agaknya tersampai ke 120k
sekarang nie pon tak taw nak post apa kat instagram

Rasanya boleh kot hahahha over kan
fengsan lah orang yang follow aku silap hari bulan
terus block instagram aku :p

Sejujurnya instagram private aku tu hanya kazen jek
add malas nak war-warkan boleh gitukkk...???

Entah-entah instagram Ayyash yang dulu jejak 120k
wawawawa dah lah tak berapa rajin nak post
gambar selfie bebanyak karang pakai tudung akan
ku cantas semua gambar yang tak sepatutnya

Akan aku usaha untuk dapatkan 120k gambar
kat instagram :p
hahhaha entah apa-apa jek lah

Lepas tu Umairah macam pelik-pelik sikit
agaknya dalam hati Umairah kata betol ke tak Asyhu nie

Hahahaha aku pon tak taw nak post berapa banyak
untuk dapatkan 120K entah-entah instagram dah
habis seoson pon tak lepas-lepas huhuhuhu

Rugi pulak dulu tak buat instagram zaman baru
nak mula kalau tak mungkin dah dapat pon 120k
or maybe aku cantas kot pasal kes tu huhuhu
okey serius now aku menyesal kalau lah taw
aku buat dulu....

Dulu syok tak banyak iklan
now agak kureng syok coz terlalu banyak iklan
kalau private boleh jugak cantass kalau public
agak sukar

Aku tak kisah sebenarnya instagram public
yang follow orang jual barang cuma aku kureng
kalau buat MLM lepas tu dok follow
konon kaya cepat lah
weyyy mana ada jalan pintas nak kaya 

So untuk yang "amoifarah" aku tak de lah
nak sampaikan 120k aritu birthday aku lupa
nak post gambar birthday derr seronok sangat merayap
untuk instagram private jekk aku nak capai 120k
hahahaha dalam masa setahun :p 

Bye(>‿♥)

Monday, 20 April 2015

♥ DIY Tinted Moisturizer ♥

 

Tinted moisturizer apa tu...??
apa beza tinted moisturizer, foundation dengan bb cream..??
hurmmm apa bezanya ya...??? 

Kekadang dah terlambat nak keluar kerja or class
or kekadang terbangun lewat atau paling mudah
bila kemalasan menjelma lepas tu nak kena pakai
skin care, sunblock, primer and foundation or bb cream
banyak step so nie jek cara untuk permudahkan

Campurkan yang selalu kita guna pakai
so bila pagi or anytime just apply
all in one dah senang kan huhuhuhu

Ada yang kata ianya light daripada foundation
or terasa nak pakai ringkas so nie adalah yang the best
kekadang last minutes keluar so tak sempat nak makeup
guna tinted moisturizer dah okey jangan lupa
apply lipstick ^_^

Collagen emulsion nie tak ada SPF
so kalau pakai mesti kena pakai dengan sunblock
agak malas nak pakai banyak-banyak lebih lebih lagi bila
nak cepat hehehehehe dasar pemalassss

Disebabkan aku nak pakai bila di rumah 
aku akan pastikan tak nampak seperti pakai bb cream di rumah
nak nampak natural saja and glow hikhikhikhik

Untuk kali nie aku mix bb cream, collagen emulsion & nymph aura
and pastikan ada tool untuk mix ketiga-tiganya
pastikan ada bekas untuk letak lah container kecik ker
kalau nak guna contact lens punya bekas pon boleh jugak
aku guna tube beli daripada Mr Diy

Mula-mula aku letak emulsion dalam setengah tube
kemudian aku campur dengan nymph aura kekonon nak
dapatkan hasil glow lah huhuhuhu
last sekali baru aku pump bb cream then mix together

Disebabkan bb cream aku dah tinggal sikit so
aku terpaksa guna bb cream mum dalam 11 pump kecik
terpaksa kerana emulsion dah banyak sangat so tak boleh
nak mix together huhuhuhu T.T

Tapi disebabkan aku nak ianya more moisturizer so better
lebihkan moisturizer memandangkan dah tak boleh nak
mix terpaksa jugak menambah walau ikutkan hati
tak nak tambah bb cream lagik

Dan hasil mix sebegini

 

Emulsion, nymph aura and bb cream terhasil lah corak seperti
dalam gambar yang peliknya emulsion collagen seakan-akan 
tak nak bercampur dengan bb cream pelik betol lah
so nampak lah kesan putih emulsion and sedikit kesan pink
nymph aura hehehehe

Aku test kat muka nak tengok sama ada nampak natural or tak
lepas tu suruh mum tengok okey atau pon nak tambah lagi
emulsion huhuhuhuhu
Alhamdulilah nampak natural ^_^

Kalau nak taw kan aku terlupa nak letak sekali sunblock
adeyyyy kalau tak lagikkk senang
tapi bb cream nie ada lah SPF 30 boleh lah ekkkk

Nanti kalau habis aku nak mix dengan sunblock sekali
so senang all in one hehehehehe

Dan senang jugak sekadar pakai toner lepas tu 
apply tinted moisturizer simply sangat-sangat
paling penting ada spf and sedikit glow okey lah kot

Tak pasti bila akan habis entah setahun entah 2 tahun
atau paling lama 3 tahun............

Bye(>‿♥)

Thursday, 16 April 2015

♥ Seram: Puja Roh ♥


Tak ada pulak gambar yang sesuai tak pe lah ehhh
dah lama aku tak buat entry pasal cerita seram 
malas nak type huhuhu walau pon banyak story yang
ingin aku coretkan di dada blog cewahhh ayat skema giler

Okey ada seseorang nie bercerita 
kalau betol means betol lah kalau tipu means tipu lah
aku just nak share jek tanpa pengetahuan dirinya huhuhu
tak kan lah nak mintak izin pulakkk kannnnn

Aku tak amek taw kawasan mana and negeri mana
and kalau boleh benda tu 2 aku akan elakkan daripada
tulis berterang-terangan bukan apa tak nak orang
taw and siasat dan yang paling penting tak mo orang kecik hati

Dulu kawasan tu pernah terjadi kes perempuan kena bunuh
then tak lama selepas tu ada lah Hamba Allah 
aku tak taw dia islam atau bukan so beri lah nama A
senang nak bercerita kan

A nie pergi lah puja roh si mati untuk mintak number ekor
kali pertama berjaya kena first price lah agaknya
second time buat lagi sama jugak berjaya

Cuma kali ketiga si mati minta tolong sempurnakan
jasadnya atau kumpulkan balik tulang dia gituk lah
coz aku tak dengar jelas kan sipi-sipi gituk
then A tak berani coz dah tak taw kat mana 

Selepas tu mula lah kacau sana kacau sini
orang takut nak keluar malam apatah lagik
bila balik malam selepas kerja
scary kan

Kesudahannya aku tak pasti
tapi apa yang boleh aku simpulkan ianya kenapa lah
di puja roh orang yang mati di bunuh
dah lah terseksa coz di bunuh kan lepas tu puja memanggil
bila minta tolong sempurnakan jasad tak ada siapa taw
di mana and kat mana nak carik

Dah jadi satu gangguan
menyusahkan ramai pihak bila buat begini...

Ingatttt ambil number ekor tu berdosaaaa...... 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 15 April 2015

♥ Mousse Foundation ♥

 

Dulu aku pernah post kan pasal nie kononnya pakai bila kena
panas habis luntur and cair kan 
disebabkan ustazah guna nie so aku kena belajar guna nie
so senang untuk aku makeupkan dia
rujuk entry ini

Pagi dia bagi taw so petang tu aku beli kat guardian giant
yang cekikkan darah ialah harga tulis RM34.90 bila bayar
RM44.90 bila tanya katanya tag tu harga untuk liquid foundation
sangattt menyesal beli taw aku beli kat watson or cari tempat lain

Aku gigih google cari info pasal mousse foundation
siap tengok kat youtube lagik koo
then aku jumpa salah satu blog katanya pakai dengan sponge
basah akan nampak lagik flawless hurmmmmmm

Try jugak pakai dengan sponge basah not bad hasilnya
then try jugak dengan tangan tak berapa nak best
kalau kulit muka kering akan nampak bila apply
so aku rumuskan kalau kulit muka kering kena apply moisturizer
or primer

2 kali pakai so aku buat kesimpulan
aku akan pakai nie untuk main makeup
dah try pergi jalan pakai lepas tu kena touch up balik
dengan bb cream pasal tu lah muka kering

Masih tak berani keluar pakai tengok sama ada luntur or not
tapi satu hari nanti aku nak try jugak sebab ramai kata bestt
aku nie takut-takut berani gitukkk lahhh
but better try lah tengok hasilnya

Lepas tu kan aku tergedik bercita-cita nak beli foundation
sephora or makeup forever lolzzz
yang sedia ada pon tak habis pakai lagik nak beli lagik
maybe aku kena pakai lagik and lagik
cari cara yang best tapi aku lebih suka pakai guna
sponge basah syokk cuma tu lah setiap kali pakai
aku kena basuh sponge T.T 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 14 April 2015

♥ Pakej Sakit ♥

 

Sekarang nie tengah musim sakit kan
pakej seperti biasa demam + batuk + selsema
lepas tu rasa macam weak giler lah macam nak tidur jek

Aku dah start rasa tak sedap badan jumaat lepas
memula telan panadol tak jalan jugak
telan ubat selsema keesokkannya pon sama tak ada perubahan
makin teruk adalah

Badan sakit then lemah semacam
aku dah scary walau tak demam panas
cukup lah sekali kena tak mo kena lagik taubat weyyy

Semalam amek ubat yang agak kuat sikit
Alhamdulilah ada perubahan 
cuma batuk sesekali muncul but badan rasa lega lah
haishhh bila dah sakit nie semua kerja tertangguh

Tapi bila dah sihat lega dah
semua kerja aku dapat siapkan kalau tak grrr lemahh semacam
tu belom sakit kepala menyerang mencik betol
serangan lembut rilex jek tapi kepala rasa bengang jek

p/s: Ada budak tu jelez bila aku bukak laptop :p
ada jek buat supaya aku lebihkan dia daripada menghadap
laptop or update blog....
siapa lagik kalau bukan Ayyash bila online jek cakap jelez dengan
laptop ahhahahha.... 

Bye(>‿♥)

Monday, 13 April 2015

♥ Tiramisu KFC ♥

 

Nak try tapi takut tak sedapp
sekali try zass terus beli lagik bawak balik muahahaha
dasarr kata nak diet tapi makan benda-benda ginik
nak kata PMS tak kot :p

Selalunya aku memang jaranggg sangat beli tiramisu
maybe sebab rasa coffee kuat sangat kot
tapi yang ini not bad sedap jugak lah
cuma tu lah makin debab lerrrr huhuhuhu

 

Hahahaha tengok lebih-lebih kang tekak terkenang
bahaya tu tak pepasal singgah KFC semata-mata beli nie jek
hahahahhaa

Tapikan makan time sejuk-sejuk besttt kalau tak sejuk tak best
coz macam cair and lembik tak power
masa makan nie uruskan benda lain sampai jadi lembik
frusttt betolll lahhhhhhh
 
Bye(>‿♥)

Sunday, 12 April 2015

♥ Inai Ku ♥

 

Sunday minggu lepas aku buat inai kat pasar borong
pergi pon dalam pukul 11 lebih gitukkk
lepas anugerah bintang popular habis baru ler pergi hikhikhik
aku buat satu tangan jek RM5

Buat untuk suka-suka je sebenarnya
walau ikutkan hati nak buat kedua-dua tangan tapi tu lah
takut habis muka Ayyash kena inai satu hal lagik

5/4/2015 sampai lah hari nie 12/4/2015
still ada lagik walau ada yang dah nak hilang ye lah dah
seminggu kan dah banyak kali kena air

Raya lepas aku buat seminggu jek dah hilang habis
masa buat nie inai punya lah pekat and lambat kering
bila jalan rasa macam meleleh plak inai huhuhuhu
aritu raya buat sekejap jek dah kering 
so maybe inai dia time raya tak sepekat nie or maybe
rezeki kali nie dapat pekat 

Tak pe lah aku suka ianya lama sikit kat tangan
daripada pakai sekejap then hilang
tapi cara nak hilangkan cepat ialah dengan scrub badan
sangat cepat hilang hikhikhik

Uwaaa rindunya nak pakai inai atas and bawah tangan
lepas tu siap dengan kaki sekali
plus kuku tangan kuku kaki wahhh macam kahwin plak
last buat kerja giler macam gituk tahun 2008 bulan 2
lepas dari tu dah tak buat lagik

One day aku nak buat lagik kerja giler itu
tapi tak pasti bila
tengok pada keadaan dan jugak bajet :p

Masa memula buat risau jugak kot-kot
kena GST ker tak pepasal dah semua benda kena GST
tempe kena...tossai kena sabo jek lah
lepas tu harga naik melambung-lambung
kicap botol besar dah RM10 padahal dulu baru RM5 lebih

Sejujurnya GST nie sangat-sangat terasa coz semuanya
serba mahal sedihkan..... 

Bye(>‿♥)

Saturday, 11 April 2015

♥ Makeup Pertunangan ♥

 

Seperti yang aku war-warkan yang hari jumaat aku akan
makeupkan ustazah so tiba lah harinya jumaat
aku agak lambat coz dekat pukul 1 petang baru bergerak dari rumah
mulanya rancang nak pergi lepas zohor then ustazah request
mintak datang awal 12:50 tengah hari

Permintaan ustazah tak nak makeup over just simple and natural look
tak nak macam orang selalu makeup tunang
fuhhh senang tu tak susah sangat coz no shading no conture
no buat kening just simple saja

Aku dok tengok kat youtube lagik carik "No Makeup" makeup tutorial
untuk tengok apa yang patut amek ilmu sebanyak yang boleh
sampai macam gitukkk koooo
but Alhamdulilah semua suka pihak ustazah, keluarga & kawan-kawan

Dah lah eyeliner aku tu menyakitkan hati
coz terlalu pekat tak macam etude house senang nak adjust
lepas nie tak mo beli nyx eyeliner lah pekat sangat

Semua cakap lawa and nampak simple
ada tu cakap kalau taw dulu dia amek aku makeupkan dia
grrrr seram sejuk aku mendengarnya takut tak lawa
semua cakap lawa tapi entah lah

Done makeup pertunangan untuk ustazah
risau-risau and nebes nebes yang beberapa hari lalu
berlalu pergi dengan tenangnya.....
yang paling penting ustazah rasa happy

Tu pon aku suruh ustazah tengok boleh tak atau nak pekatkan
sikit pasal nak natural kan so tak mo nanti nampak over
eyeshadow pon gituk eyeliner pon macam gituk
bukan apa takut terpekat sangat nanti tak happy plak kan

Memula ustazah tanya tak over ke then aku kata tak
lepas makeup dah bercampur dengan peluh and minyak muka
so akan terbentuk hasilnya yang natural and simple

Blusher aku pakaikan color orange so tak over sangat
then eyeshadow color brown coz nak natural kan
ianya seakan no makeup tapi sebenarnya makeup

No bulu mata palsu fuhhhhh selamat
aku tak ada glue bulu mata palsu T.T
bukannya rajin sangat nak pakai dulu pakai sangkut
kat sunglasses terus malas dah nak pakai

So theme natural and simple look dengan izin Allah
berjaya jugak di laksanakan
nasib baik sekejap jek zas zisss zusss siap
fuhhh risau jugak kalau-kalau tak sempat

Selamat menempuh alam pertunangan buat ustazah
terima kasih sudi mempercayai aku untuk makeupkan ustazah
di hari yang berbahagianya

Ustazah bagi taw semua orang yang aku nie makeup artis
grrr no lah setakat basic simple gituk boleh lah

Kali nie pon aku tanya ada foundation sendiri tak
u know me mana aku ada foundation untuk pelbagai jenis color
yang ada tu hah bb cream kesayangan tapi demi nak belajar
aku terpaksa beli satu foundation tu nanti aku cerita ehhhh......

Alhamdulilah kali ke-2 makeupkan untuk majlis pertunangan.. ^_^ 

Bye(>‿♥)

Friday, 10 April 2015

♥ Ohhh Alex Linnmon ♥

 

Aku bekenan dengan meja nie tapi daripada ikea lah
Johor mana lah ada ikea haishhh mengidam benda yang
nun jauh di KL sungguh tak sesuaiiii

Sempoikan buat macam ginik
aku ingat yang atas tu aku nak letak mycube 2 ketol
wahhh confirm cun :p

Tapi itu lah mana mungkin dapat aku beli
pasal aku tak pasti sama ada muat or tak untuk letak
meja sekarang nie okey puas hati cuma tu lah kan
mengidam kan yang nie entah bila lah akan dapat

Laci-laci tu bagus boleh sumbat yang tak sepatutnya
letak atas meja jadi meja nampak bersih dan tersusun
taw lah meja aku without laci so cotton puff 
letak atas meja sikat cermin 2 ketol
so agak terlalu messy kalau aku tak bersihkan

Aku harap sangatttt aku ukuran meja nie sama
macam meja sekarang nie so aku boleh beli
berharap ikea bukak kat johor macam menunggu 
dapat kahwin dengan fahrin ahmad pasal
ianya tak mungkin akan menjadi kenyataannnnnnn

Penat dah asyik usha kat instagram jekkkk

Kalau lah ada ruang yang besar aku nak buy yang nie

 

Walau pon pada mulanya aku nak yang jenis malm
tapi tu just satu laci and nie kan banyak laci
so peluang untuk menambah makeup sentiasa akan ada
and tak risau kalau-kalau tak cukup space hikhikhikhik

Dan yang paling ku idamkan ialah musik wall lamp
nie hah

 

Dapat 4 or 6 ketol syok jugak terang sikit
al-maklum mata sekarang tak clear kalau tak pakai spek
serius idaman kalbu untuk meja makeup yang sebenarnya

Tapi itu lah tak taw bila semuanya akan jadi kenyataan
plus tak berani nak tebuk dinding untuk letak musik wall lamp nie
risau terkena wayar-wayar yang ada dalam dinding

Kenapa lahh ekk dulu masa renovate bilik
aku tak buat semua tu kan senang
now menyesal giler-giler lah
and ruang bilik pon limited so agak sukar lah
tak pe lah just cipta angan-angan saja......

Yang sedia ada nie pon dah mencukupi ^_^
belajar bersyukur dengan apa yang ada okey...!!!! 

Bye(>‿♥)

Thursday, 9 April 2015

♥ I Is Nebessss ♥


Esok lepas Zohor nak makeupkan orang
katanya nampak aku makeup kan fad so dia pon nak
tapi just simple jek fuhhh nasib baikkkk
berita selanjutnya akan ku ceritakan kemudian ya
scary nie weyyyy

Suddenly Ayyash tak sihat badan uwaaa
tak boleh nak cancel tak sedap kan
cuma aku risau kalau demam jek
susah plak coz Ayyash kalau demam memang berkepit jek
tak nak orang lain hurmmmmm 

Bye(>‿♥)

Monday, 6 April 2015

♥ Elianto Best Tak ♥


Korang korang semua best tak eyeshadow elianto..??
aku tengok tutorial princess yanti macam best jek
lepas tu color pon macam besttt jekk

Aritu aku try lah color purple nice jugak
glitter glitter price pon agak murah berbanding etude house

Ingat nak try lah beli few 
kalau boleh kan nak beli dalam 10 or 12
amek just color-color yang best

Dalam kepala aku ingat nak beli color

1.pink / dark pink
2.purple / dark purple
3.blue
4.orange
5.green / dark green
6.brown

So maybe akan beli another dark and light
so kena sediakan jek lah duit untuk beli kan :p

Just nak try dah boring use eyeshadow palette dulu
so nak use new or fresh punya ker

Agak-agak 10 or 12 eyeshadow berapa ketol lah aku kena
keluarkan duit lolzzz

Aku saja nak try eyeshadow setiap brand
wahhh over ko ehhhhh

Bye(>‿♥)

Friday, 3 April 2015

♥ Daiso Haul ♥

 

Hari tu aku pergi daiso ingat nak pergi daiso kat jusco kulai
but asyik ada jek halangan so pergi lah daiso jusco bukit indah

Ingat nak cari tray tapi tak ada habis makk aii laku betol
aku buy cotton puff untuk remove makeup hehehehe
so ada 2 jenis lah remove makeup dengan toner
senang tak payah bercampur-campur

Tin tu untuk aku put sikat rambut, dengan apa ntah namanya
yang aku use bila pakai makeup lupa derr namanya huhuhuhu
so senang semuanya bersatu tak ada lah berselerak kat meja

Magnetic sheet dah lama aku idam nak beli
tengok tutorial dorang use untuk lekat depot eyeshadow
so beli dulu then nanti bila nak depot eyeshadow dah senang
maybe will depot eyeshadow etude house but not sure

Terbang RM15 untuk beli benda alah semua nie
atleast kali nie puas hati dapat jumpa magnetic sheet
dah lama carik tapi macam tak jumpa

Nanti kalau-kalau dah depot eyeshadow aku show off
amboiii show off gitukkkk 

Bye(>‿♥)

Thursday, 2 April 2015

♥ Pink Alert ♥

 

Aku dah lama gian nak beli lipstick baru huhuhuhu
dah boring asyik use same color jek and nak main makeup pon
sampai terfikir nak pakai color apa ekkk :p

Dari time before birthday until dah habis birthday 
ingat nak beli etude house tapi macam tak best jekk
tunggu buy 1 free 1 baru ada untung sikit
lagi pon tak taw kenapa etude house KSL agak mahal
berbanding etude house City Square

Nak beli nyx tapi tak ada stock
lipstick bahagian nyx cepat noo habis stress aku
daripada bulan december until last aku pi sephora masa birthday
lama giler no stock haishhh

Aku dah lama idam nak beli hot pink
etude house punya ada tapi macam kesat punya
aku kan suka yang macam ada lembab lembab senang nak apply
and paling penting tak nampak kaku kat bibir

Ingat nak beli canmake sekali tak ada yang bekenan
last-last jumpa maybelline punya 
dah lama aku tak beli lipstick maybelline
paling aku suka tu hah watershine lipstick

Ingat lagik dulu kecik-kecik raya jek mesti sibuk
nak makeup so dapat beli lipstick watershine
color tak pekat punya just light jek dah nama pon
budak mana boleh pakai yang terang bederang kan huhuhu

Konangan tu pergi mana-mana sumbat lipstick
watershine kat dalam dalam bag kuikuikui
dah beso-beso nie jek mana ada sumbat lipstick
dalam bag kekadang sumbat dalam pocket
kekadang langsung tak bawak and tak pakai :p 
 
 

Aku harap-harap color nie lah yang aku nak sangat-sangat
belom pakai lagik beli pon just test kat tangan
tak berapa nak selesa pakai kat bibir guna teaster
dok terbayang berpuluh-puluh bibir dah kena pakai
so agak euuwwwwww sikit

Rega RM29.90 plus GST amek ko RM32 stress aku
aku bebel dengan mum beli lipstick pon kena gst
then mum cakap kenapa tak nak beli sebelom GST
derr sekali terkena yup salah aku jugak

Ingat raya nie nak beli lipstick MAC lah
nak cari color hot pink dengan coral tapi tak sure lagik
just ura-ura jek nak beli :p
kang sampai masanya nanti beli si etude house punya

Tak sabar nak pakai and nak tengok hasilnya macam mana... 

Bye(>‿♥)