Saturday, 31 January 2015

♥ Croc Pants ♥

 

Akhirnya jumpa seluar crocodile hehehehe
aku dari dulu suker kalau seluar ada corak cartoon animal
or bentuk love love so cuteeee 

Rezeki kot ada size untuk aku biasa lah debab kan
so tanya orang tu kata ada then saja gedik nak tengok sebab aku macam
entah dalam hati kata ntah ntah tak muat sekali ehh besar

Price pon not bad RM10 untuk seluar cotton biasa
okey lah lagi pon untuk pakai tidur pon boleh
pakai siang pon boleh cuma pakai jalan jek tak boleh huhuhu

Kalau color white macam jarang sikit lah
so kalau pakai panties colourfull akan nampak ler huhuhu
nasib baik color nie tak berapa nak nampak sangat

Ingat nak beli lagikkkk
aku beli kat bazar karat bandar yang dekat city square
beli pakai basahan pon boleh jugak tak jadi masalah
selalunya seluar aku part koyak mesti kelengkang tak tahu kenapa
maybe ganas sangat kot

Dari dulu sampai ler sekarang ahahahaha
tapi sekarang dah jarang sangat and rasanya untuk beberapa tahun
nie tak de kes koyak part kelengkang seluar
so Insya Allah lah seluar croc nie pon tak akan jadi benda yang sama
hihihihi..... 

Bye(>‿♥)

Friday, 30 January 2015

♥ Dah Hampir Sebulan ♥


Sekejap jek masa berlalu dah nak hampir sebulan kita berada
di tahun baru....
cepat masa berlalu kan kita dah pon berada di minggu terakhir
di bulan January moga kita dapat bertemu dengan January tahun
hadapan Insya Allah

Untuk permulaan tahun nie sama seperti bulan-bulan lepas
nothing special pon tapi saja gedik nak update entry end month
boleh gitukkkk...???

Kebetulan teringat tu yang berupdate
walau sebenarnya every month or every day mengharapkan
sesuatu yang lebih baik sebenarnya

So selamat tinggal January 2015 moga kita bertemu lagik
di tahun hadapan.......^_^

Bye(>‿♥)

Thursday, 29 January 2015

♥ FlashhhBackk ♥

 

Dulu nie adalah meja computer aku......
dedulu masa adjust bilik tak de fikir pon pasal meja makeup
masa renovate bilik tahun 2009 so 19 tahun then tak fikir pon
yang taw nak meja computer jek untuk put computer huhuhu

Dulu makeup aku semua aku sumbat dalam almari baju
aku tinggalkan satu shelf then put my makeup include skin care
masa tu pakai tak pakai ler ingat pakai tak ingat tak pakai
kekadang beli jek tapi asyik tak pakai huhuhu

Bayangkan masa kena rembat dengan bibik dulu pon boleh tak perasan
padahal hari-hari bukak almari untuk tukar baju heran betol
dah tak pepasal kena beli new punya hampehhhh

Then entah macam mana aku tergerak hati nak buat something
masa tu aku dah mula suker main makeup kalau dulu hanya ada
apa-apa function or majlis jek baru aku pakai makeup
ohhh baru ingat masa tu baru gedik try bb cream maybelline

Kebetulan aku dok carik bb cream brand lain masa tu belom
terjebak dengan etude house lagik nanti ler aku amek gambar then
show first bb cream aku.....

So dah berkira-kira dalam hati masa tu nak dekat raya before
nenek sakit and before nenek meninggal dunia

Aku dah fikir nanti nak masukkan computer dalam box then put dalam
store so nanti meja tu aku akan pakai untuk letak kesemua barang
makeup aku dah fikir cara susun bagai semua

Then suddenly pap nenek meninggal and peristiwa hitam tu terjadi
so aku dah tak jadi untuk buat semua tu and tinggalkan impian aku

Bila back semula masa tu computer dah masuk dalam box
then atas tu kosong seperti gambar di atas
aku tak jadi weyyy letak barang makeup seperti yang aku dok berangan
hahahahha 

Pasal apa tak jadi..??
tu hah pasal plug-plug yang tersusun elok kat dinding
kang na charger kena dok alihkan barang makeup
leceh lah nak alih sana alih sini so nekad tak mahu
plussss kat situ kalau nak makeup gelap lahhhh

Dulu ingat nak put lampu sekali lupa kooo until now
plug untuk lampu ada tapi lampunya tidakkk ada 

So memula dulu letak kat atas macam ada ruang 
dulu aku letak segala fail entah apa-apa jekkk
then bila dah clear put makeup and skin care
lepas tu rasa tinggi sangat nak capai yang dalam malas nak panjat
kerusi so letak kat bahagian ruang printer 

Tapiiii bila di tarik habis semua bersepah jatuh frustttt
itu yang bermacam-macam jenis storage memula box then macam bag
then change macam storage tinggi sampai ler aku tukar
ke wall shelve

Dulu berangan nak jadikan tempat letak kesemua makeup
tapi last-last aku jadikan sebagai meja letak laptop
tissue and handphone......

Bye(>‿♥)

Wednesday, 28 January 2015

Tuesday, 27 January 2015

♥ Hair Dryer ♥

 

Auuuuwwww so cuteeeee mana boleh dapat macam ginik
sejak beberapa minggu lepas try pakai hair dryer 
pasal nak keluar so rimas plak rambut basah then kekonon nak ikat lah
so aku pakai hair dryer mum aku punya tak tahu kat mana 

Bila dah cuba sekali and tengok hasil rambut rasa lembut
and tak curly besar terasa macam auwwww bestnyaaa
terasa macam setiap kali mandi rambut nak use hair dryer
soft jek rambut esoknya pon still soft walau pon tidur lasak

Sangattt besttttt aku sukerr tapi nak lagik best tak payah ikat
rambut just rebangkan jek tapi leceh lah tak ikat rambut
kekadang rasa rimas sekali sekala boleh lah

Lagi pon aku baca penggunaan hair dryer boleh menyebabkan
rambut kering and rosak fuhhh scaryyyyy
if nak jugak guna everyday pastikan amek yang paling tinggi
kalau ada 1, 2 or 3 pilih yang ke - 3 so risiko kerosakkan
tak tinggi fuhhh but hati-hati ler panas sangat tu

Before nak pakai hair dryer make sure pakai something
alamakk lupa lah plak apa nama ntah
tujuannya untuk protect rambut daripada kering and rosak

Hurmmm banyaknya nak kena belanja part rambut
belom lagik muka and badan memang betol lah
perempuan nie sangat sangat high maintanence :p

Ada yang aku baca tak keluarkan hawa panas but sejuk
tapi sangat mahal okey nanti nak carik jenis macam gituk lah
so tak payah natural kering ^_^

Hurmm aku ada niat nak carik hair dryer color pink
then nak beli rebonding hair dengan curly hair
tapi tak sure lah bila nak kena carik space untuk letak
kang kalau sepah sepah tak pepasal kena tendang eiii
jahanam nanti yang menangis aku jugakkkk

Niat dah ada cuma tak tahu jek bila akan beli
tak pe kumpul dulu niat and cuci mata dulu
nanti-nanti baru ler beli one by one or sekali gusss
eiii tak sabarnya..... 

Bye(>‿♥)

Monday, 26 January 2015

♥ Dating Time ♥

 

Semalam dating kat mcd ^_^
dating dengan mum daddy ayyash and sis huhuhu
habis nak dating dengan sapa lagikkkkk

Punya lah tunggu and tunggu and tunggu dari awal bulan november
but masih tak keluar-keluar apa ke hal plak nie
selalunya awal november dah keluar haishhhh frustttt

Dah masuk tahun baru aikkk tak de lagik
pujuk ler hati nie mesti Mcd dah tak keluarkan lagik prosperity
then tetiba sis cakap prosperity dah keluar yeeeaaahhhhh

Sunday aka semalam ada masa sikit so gunakan masa yang ada tu untuk
pergi mcd and makan prosperity weeee
dalam bebanyak cuma prosperity jekk susah betol nak controlll
macam mana tetapppp jugak nak pergi kira dah jadi favourite lah

Kali nie ada 2 set so aku dengan gediknya amek double hehehe
dasar tak sedar diri kan kata nak diet tapi amek sekali double 

 

Yang bestnya nak habiskan rasa macam penuhhh perutt
macam nak nangis pon iya jugak hahahha
moral of the story kalau dah taw diri tu tengah diet tak payah amek
double huhuhuhu

Best bestttt kalau dulu kan kuah lada hitam tu punya lah banyak
siap melimpah limpahhh lagikkk but now sikit jek
maybe nak jimat kot sob sob sob sob

Tapi tak pe untuk tahun nie dah lepaskan gian yeeaaayyy
macam pelik kan Mc Frizzt tapi ada float kalau coke sedappp
kalau nie mesti rasa macam euwwwwww 

Bye(>‿♥)

♥ TMNT ♥

 

3 ketol teenage mutant ninja turtles kepunyaan ayyash
entah macam mana boleh terminat kat ninja turtles pon tak tahu lah
si 4 ketol ninja turtles punya nama pon ayyash dah tahu hurmmm

Tak apa ashyu kasi can untuk tahun nie saja
next year kalau tak hafal spelling denda tak boleh tengok ipad
tengok pada kesalahan spelling ye darlingggg

Untuk seketika nie ayyash ada 2 water tumbler ninja turtles and
satu baju tidur ninja turtles lagi pon tak banyak koleksi pon
entah ninja turtles nie macam tak berapa nak ada sambutan
tak macam spiderman minion frozen

Tak apa nanti kita try cari slow slow ehh ayyash
mana tahu rezeki dapat jumpa bag or kasut 
tak kan baju raya tahun nie pon nak ninja turtles jugak errrr
belom apa-apa hal dah cerita raya ekkk

Bukan apa ayyash kalau dah obses dengan sesuatu tu
benda tu jugak yang dia nak so sebijik macam asyhu lah :p
hehehehehe

Now cuma ada 3 lego itu pon aku dok pesan jaga baik-baik
kalau bersepah or pecahkan or whatever yang selalu ayyash buat
ashyu pulangkan balik ke kedai yang kita beli

Yang bestnya 3 ketol RM10 boleh pilih tapi yang small box lah
boleh lah buat ayyash rasa happy kan tu dia pilih 3 ninja turtles
nie pon ada usha usah cakap bila boleh beli yang lain punya
adeyyy cannot lah dear simpan duit nak beli barang raya :p

Ehhh tak lah kumpul duit dari sekarang karang nak shopping
ada bajet huhuhu :p

Next time ehhh ayyash or pastikan english test dapat 5/5 or
10/10 then esoknya kita pergi beli...
penat dahh asyik umpan macam ginik tapi tak di layan grrr
frustt betol lahhh  

Bye(>‿♥)

Saturday, 24 January 2015

♥ Cat Bilik ♥

 

Rasa macam nak cabut jek wallpaper yang ada kat bilik then cat
color pink weeeeee 
wallpaper aku ada part dah selamat koyak habis stress wooo
then ada part tak tahu kenapa macam hitam-hitam
walau pon dah bersihkan pon tak nak hilang hilang sedihhhh

Aku ingat nak cat jek color pink so tak de lah terkoyak ker
kalau kotor pon boleh bersihkan balik kan
lepas tu dalam kepala otak aku nie nak buat kat dinding
meja makeup macam art ker

Kertas art dekat tesco ada jual macam-macam patern ada
tapi aku nak beli yang kecik jek yang cute cute kerr
haishhh sapa nak tolong aku cat bilik....
aku tak reti nak cat bilik T.T

Nak carik cat color baby pink kalau boleh nak sedap mata memandang
cuma tak sure pink mana yang boleh sedap mata memandang huhuhu

Aku baru berura-ura nak cat bilik hajat di hati dah ku luahkan
pada mum cuma belom pada daddy not sure reaksi daddy macam mana
but sapa nak help aku nanti ekkk

Maybe aku kena buat sendiri jek kot
cuma not sure berapa tin cat yang aku perlukan and tool cat
lepas tu nak kena calculate berapa banyak di perlukan
and berapa banyak RM di perlukan huhuhu

Lepas dah calculate semua nya baru ler fikir either nak cat
or biarkan jek wallpaper...... 

Bye(>‿♥)

Friday, 23 January 2015

♥ Gambar Lama ♥

 
Bila kazen whats app gambar dedulu terus semangat nak carik
gambar lama berkobar kobar hohohohoho
disebabkan tak ada scanner aku use jalan paling mudah
amek gambar guna iphone lepas tu put filter sikit
then upload kat instagram

Kekadang best tengok gambar lama ada kenangan
yes kenangan dengan arwah nenek
sekarang nie yang tinggal hanya lah gambar and memory

Tapi sambil buat kerja sambil mencarik
jumpa lah few gambar tapi nie pon masih lagikkk
dok gatai nak carik gambar yang boleh di upload
stress orang yang follow aku kat instagram
banyak gambar yang aku upload hari nie :p

Biar lah aku abadikan gambar kenangan or gambar lama
kat instagram macam ada someone nie kata
instagram dia ibarat diary harian so suka hati lah
nak upload gambar apa...nak upload berapa banyak
huhuhuhu so banyak cakap unfollow sudah lerrrr

Itu pon aku mintak kazen aku send few gambar then
aku nak masukkan dalam instagram
ingat balik kelakar dulu suka buat rambut mushroom
sekarang kalau buat fuhhhh makinnnn debabbbb nampak
walau pon sebenarnya rambut pendek tu lagikkkk senang huhuhu

Kang kalau aku dah pakai tudung baru ler
deleted satu per satu gambar yang tak pakai tudung hikhikhik

Bye(>‿♥)

Thursday, 22 January 2015

♥ Vitamin C Ampoule ♥

 

Selama nie tak pedulik pon semua nie but whyyy sekarang baru reti
nak pedulikkan semua nie.... T.T

Semalam malam pergi bazar karat kat bandar kekonon nak tengok
lampu sekali lampu tutup maybe coz hujan kot sebab tu tak bukak
or maybe cuma malam minggu jek bukak

Jalan punya jalan tak banyak pon orang and tak banyak bukak
so senang sikit lah merayap orang tak ramai so tak berlengasss
aku nie kalau orang terlalu ramai mula lah mabukkkk T.T

Vitamin C Ampoule seketol bottle nie RM5 kalau satu box RM40
errr kat mana jek boleh carikk ekk ingat nak bandingkan harga lah
dalam box tu just ada 10 bottle sahaja and satu ampoule nie
cuma boleh bertahan cuma 48 jam saja T.T

Dah try kalau untuk seorang agak banyak sangat untuk habiskan
bayangkan satu bottle nie boleh kongsi 3 orang taw
mum, me and sis so jimat satu bottle boleh pakai lagik weeeee

Paling besttt ianya meresap cepat ke dalam kulit
aku kureng kalau ianya still meleket leket euwwww
sangatt tak selesa lelagi tidur haishhhhh

Akak tu ajar kalau nak tengok keberkesanan
lepas cuci muka terus pakai so semalam aku buat macam tu weee
kebetulan ada seketol jerawat baru nak keluar
stress betol lah jerawat asyik keluar jekkk

Pagi tadi bila belek belek muka ehhh jerawat dah kecuttt
suker giler seyyy kira berhasil lah and kira puas hati ler
nanti nak pakai lagik and nak tengok hasilnya macam mana
muka pon rasa lembuttt jekkk

Mum cakap muka aku nampak perubahan lahhh yeaayyy
selain vitamin C ada bermacam-macam serum
target aku nak beli whitening dengan pore but nanti lah
cuma collagen umur aku belom boleh lagik coz 28 ke atas
lepas tu kulit jenis oily pon tak boleh jugak huhuhuhu

Tak apa slow-slow walau pon sekali pakai
suker nampak lah sikit perubahan nanti nak beli lagik lah
bottle tu jenis kaca wooo so kena berhati-hati
and pati dalam tu pekat and color orange tak ada bau 

Tak rugi laburkan RM5   ^_^ 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 20 January 2015

♥ Hidung Keluar Darah Lagik ♥


Masuk jek tahun baru tak lama pon dalam beberapa hari
sekali pap hidung aku keluar darah lagik
tempat yang sama hurmmmmm

Dah agak dah every year hidung yang sama saja
pasti akan keluar darah tanpa bersebab
bermula tahun 2011 sampai ler sekarang 2015

Aku sendiri pon tak tahu mana silapnya
nak kata panas maybe tapi masa tu cuaca hujan jek
so still boleh katakan panas ker...??

Tapi bukannya selalu setahun cuma sekali
kekadang awal tahun kekadang akhir tahun
and kekadang pertengahan tahun ikut suka dia lah
nak keluar bila

Cuma kali nie tak sebanyak macam tahun lepas
fuhhhh tapi walau pon sikit pusing jugak kepala aku
terus tangkap sakit kepala and feel macam mabuk

Dah lah masa tu nak pergi pasar borong tup-tup kena
haishhh nak or tak nak terpaksa aku kuatkan badan
and pergi ke pasar borong tu pon terasa jugak mabuk
tapi aku terpaksa diamkan diri

Kebetulan bawak 2 budak perghhhhh
kekadang gaduh kekadang okey cuma bila gaduh tu jek
naik pusing kepala aku huhuhu pening nak handle wooo

Tapi yang bagusnya lepas tu masing-masing pandai
behave diri mereka fuhhh selamat.... 

Bye(>‿♥)

Monday, 19 January 2015

♥ Bath & Body Works Johor Bahru ♥

 

Satu lagik kedai bath & body works (BBW) bukak kat komtar JBCC
yang paling best sebelah jek dengan sephora hehehehee
kat situ ada jual candles, body lotion, body scrub, perfumes
and banyak sangat 

Aku tak sempat nak snap snap gambar kat dalam kedai tu
so just mampu snap gambar kat front jek lah
boleh lah ekkk daripada amek gambar google

Candles pon just basic-basic jek
yang aku tengok kat google flavour yang best best belom ada lagik
aku tanya jek lah SA kat kenapa tak ada and bila akan ada
katanya maybe dalam sebulan dua gituk coz baru bukak kan
tak banyak yang di bawak lagik so kita tunggu lah ekkk

Aku suka bau candle warm vanilla sugar besttt wooo
ingat nak beli time raya nanti hahahaha tak beragak agak kan
and ada few candles yang wangi tapi aku tak cium sangat
terlalu banyak and boleh feel mabuk wooooo

Perfume pon not bad tapi tak semua perfume aku try bau
nanti belom apa-apa hal dah mabuk coz terlalu banyak
belom apa-apa hal sis dulu yang dah mabuk hahahaha

Ada few yang aku nak try beli
slow slow lah maybe tunggu sampai flavour yang macam best best
dah ada then aku akan beli kot huhuhuhu

So lepas nie dah boleh beli candles yang wangi-wangi
cuma sediakan duit jek lah coz candle yang ada 3 api tu
tapi satu sahaja dekat RM80 
aku tak reti lah nak explain apa nama candles tu
but as long bau rilex duit terbang banyak pon tak apa

Ohhh candles wait for me...!!!! 

Bye(>‿♥)

Saturday, 17 January 2015

♥ VS Sephora Haul ♥

 

Baru ada time nak update blog busy sangat sampai tak menyempat
kisah semalam ikutkan nak pergi sunday sekali sunday ada hal
so percepatkan ke hari friday huhuhu

Kan aku cakap etude house ada buy 1 free 1 
every friday, saturday and sunday so ingat nak beli eyeliner favourite la
sekali pergi pap semua eyeliner dah habissssss T.T
yang ada play 101 pon tak ada black frust betol lah

Rasa macam kat etude house city square macam tak banyak barang
then bawa hati yang kecewa ke sephora sob sob sob
niat nak beli nyx lipstick sekali pergi pon habis jugak
clear habis kat bahagian lipstick ehhh sakitnya hati grrrr

 

Last-last capai body mist dengan eyeliner tapi brand lain sob sob sob
tak tahu lah kenapa semua yang aku nak tapi tak ada stock
maybe ada sebab kot huhuhuhu

Dah lama aku impi nak beli body mist daripada victoria's secret
sekali rezeki dapat beli Syukur Alhamdulilah yeaaayyyyy
yang aku beli nie pure seduction umtamed nie katanya
limited edition perghhh kalau habisss mana nak carikkkk T.T

Aku beli 3 RM140 not sure berapa yang sebenar macam lupa plak
then ikutkan aku beli 3 sama bau sekali sis nak mango adeyyyy
hope satu bottle habis lambat ler kang nak kena kumpul lagik duit
untuk beli sob sob sob T.T

Ikutkan nak beli yang teaser punya tapi aku sabarkan dulu diri
teaser ada body mist RM106 tapi seketol grrr
tak pe lah buy nie jek dulu patut ler macam tak nak beli
bila baca review katanya perfume teaser tak berapa lama tahan
derrr harga sikit punya mahal entah betol entah tidak

Aku siap google lagik cara terbaik pakai body mist
sebenarnya nak carik apa beza body mist dengan perfumes
so terjumpa sekali cara pakai lol

Ikutkan pakai lotion then baru spray body mist untuk tahan lama
tapi aku nie kureng sikit bab lotion lah huhuhu
dulu Vaseline punya pon belom habis lagik 
aku tak suka lotion bila pakai baju then baju melekat kat badan
and feel macam melekit euwwwww

Cara yang terbagus pakai bila lepas mandi kononnya pore kat
badan terbukak then bila pakai masuk ke dalam kulit lah
entah betol entah tidak huhuhuhu
aku ikut cara katanya spray kat brush then sikat rambut
nanti rambut bau wangi hehehehe

Then aku beli sekali eyeliner kang dah habis satu hal lagik
sementara dah pergi beli jek lah kang bila nak pergi lagik
masing-masing dah super busy so sangat lecehhhhh
asalkan twist bukannya korek huhuhuhu

Haishhh kalau lah aku taw dari bulan lepas
aku dah standby beli eyeliner etude house cukup cukup
bila no stock merapu jugak nak or tak terpaksa beli lain

So impian nak beli body mist dah tercapai sukernya
cuma impian nak beli perfume teaser from victoria's secret
jek belom tercapai huhuhuhu.....  

Bye(>‿♥)

Wednesday, 14 January 2015

♥ Eyeliner Kontot ♥

 

Nie lah eyeliner yang dah nak kontot 
lagik beberapa kali pakai then habissss tinggal case eyeliner jek
yang bakal di buang ke dalam tong sampah huhuhu
sangat seciput aku siap keluar kan lagik and ukur huhuhu

Tak pe lah macam mana tak habis merayap use eyeliner nie
main makeup pon use jugak nie kira macam favourite lah
bila dah pakai sekali terusss jatuhhh chentaa gitukkkkk
nie pon seakan akan mac punya walau pon mac tentu lah lagik bagus

And eyeliner nie jugakkk dah kena curi then rezeki Allah dapat balik
kena curikkk oleh tetamu yang panjang tangan eiii ingat balik geram pulak
tapi tak pe lagi pon dah dapat balik kan....

Memandangkan etude house ada buy promo buy 1 free 1
and few things yang aku rasa macam besttt jekkk
hahahha ingat sunday nie nak pergi tapi tak sure daddy nak bawa
or tak hope bawak ler ada few things yang aku nak buy :p

Dekat setahun jugak lah pakai then habis kira jimat jugakkk
so kalau buy 1 free 1 then dapat jimat untuk 2 tahun punya eyeliner
hahaha i likeee

Ada few jenis eyeliner kat etude house
terasa macam nak try yang lain tapi takut tak bestttt
terasa jek macam nak try tapi nanti dah sampai sana tetap pilih nie

Kalau boleh nak carik yang simple macam ginik senang pon senang
aku suka yang jenis macam ginik daripada pencil yang kena korek lah
sooo lecehhhh dah terbiasa pakai eyeliner macam ginik
bila habis even brand favorite habis pon tetap carik brand lain
tapi kena macam ginik jugak 

Aku kureng sikit dengan liquid eyeliner tapi kalau liquid yang jenis
macam pencil punya style aku sukerrrr
gel eyeliner pon aku suka tapi aku kena buat garis dulu using pencil
then baru touch up balik dengan gel eyeliner macam tak reti gitukk
kalau terus using gel eyeliner

So apa eyeliner favorite korang pencil or liquid or gel..???  

Bye(>‿♥)

Monday, 12 January 2015

♥ Lips Organizer ♥

 

Syukur Alhamdulilah tercapai jugak hajat nak beli si cute nie
beli nie pon pasal scary if lip tint tertumpah lelagi yang dear girl
jenis air lagikkk lah risau 

Aku beli nie rega RM5.90 not bad below RM10 dapat 9 slot lipstick
berbentuk square actually ada 2 jenis satu square and another one
bentuk heart and kalau heart tu macam kecik sikit lah
tak pasti berapa slot boleh masuk so aku rasa pilih nie lagik bagus

Untuk yang nie aku beli kat Mr DIY lain so risau jugak kalau kalau
tak ada ker tapi happy bila nampak ada juall weee
bayangkan benda alah nie tempatnya kat bawah sekali and
dalam kuantiti sedikit saja sob sob sob

Aku rasa ramai masih belom sedar kewujudan cosmetic organizer
dah lama aku idam and berharap ianya akan wujud kat johor
walau pon sedikit and tak banyak but atleast ada daripada tak ada

Lagi pon kat online boleh tahan harganya
untuk yang nie jek jejak lah RM40 ke atas
kekadang ada gak dapat RM20 tapi tak termasuk postage huhuhu

 

7 lip tint and 2 lipstick hehehehe
aku tak tahu mana silapnya fresh cherry tint punya tutup retak
pulak tu favourite aku color pink sabo jek lah
maybe terhempap hempap kot semasa duduk dalam drawer
tak pe lah i redha jek lah walau pon hati hancurrrr

Untuk lipstick tu plak ianya tergantung tak muat sob sob sob
pasal riben tu lah besar sangat so ianya sangat tergantung
tapi tak pe aku happy cuma princess etoinette punya lipstick
tak muat coz besar sangat hahahahah tak ku sangkaaa
ingatkan normal size rupanya tidakkk sabo jek lah

Aku happy dapat yang selama nie aku idam idamkan
cuma aku harap satu hari nanti aku dapat buy my makeup cube
yang harganya RM290....

Happy tersangat-sangat so cute..... 

Bye(>‿♥)

Saturday, 10 January 2015

♥ Eiii Tak Sabarnya ♥

 

Eiii tak sabarnya aku nak tunggu Umairah besar and jadi anak dara
now aku feel macam umairah still bebudak lagik walau pon
tahun nie umur dia dah 8 tahun see still bebudak lagik kan

Hari rabu lepas umairah datang rumah biasa lah cuti sekolah kan
daripada aritu umairah request dengan aku 
nak suruh aku makeupkan dia disebabkan busy so tak ada peluang
until that day so dapat lah main makeup

Umairah request dengan aku kononnya nak beli barang makeup
dengan aku suddenly aku terbayang kononnya kami sama-sama
pilih makeup sama-sama try and error mana yang best
eiii bila bayangkan semua tu rasa macam tak sabar plak

Kenapa aku tak buat macam gituk dengan didi...??
maybe sebab didi lebih prefer untuk beli barang makeup sendiri
lelagi if shopping dengan family didi so tak ada kesempatan 
so maybe hanya boleh buat dengan umairah maybe

Then aku cakap lah nanti umairah dah besar then kita
shopping makeup kat sephora 
so umairah tanya aku sephora tu apa so aku explain lah
cakap kat situ jual makeup macam-macam ada
umairah cakap nak beli semua yang ada dalam kedai hehehe

Favourite umairah ialah tengok satu per satu barang makeup aku
so now umairah cakap dia belom ada makeup brush lagik
aku pon cakap untuk seketika nie umairah belom boleh lagik
tak apa nanti umairah dah besar sikit nanti kita pergi beli okey
apa lagik yang mampu aku ucapkan

Aku faham naluri umairah sama seperti aku suka makeup
so mungkin umairah dah mula bercita-cita nak ada barang
makeup sendiri tapi memandangkan umurnya masih budak
so tentu lah tak boleh kan

Untuk seketika nie aku boleh makeup kan umairah
cuma kalau kat rumah dia sendiri susah lah sikit
coz mak umairah pon bukannya suka makeup sangat
tak apa umairah nanti dah besar sikit then dapat green light
kita shopping makeup okey

Umairah pon sama macam aku rajin tengok youtube 
tutorial makeup hehehe tak ku sangka....
tapi memandangkan barang makeup umairah tak banyak
so a bit terhad kot untuk umairah try and error

Paling umairah suka eyeshadow palette aku 
nak pakai kan lebih-lebih risau plak kan so aku just cakap
tak apa nanti tunggu umairah dah besar sikit then kita beli
colourfull eyeshadow palette ^_^

Lepas makeup kan then umairah cakap lawa aku makeupkan
haishhh kembang kuncup rasanya dalam hati
aku just makeup simple jek tak berapa nak terang
pasal umur umairah kecik lagik kan

Kerja umairah asyik main tukar color lipstick
carik ler dalam drawer tu pakai lah mana yang suker
tu jek color lipstick yang ashyu ada malas nak buat
collection banyak-banyak

Umairah punya kulit sensitif kalau salah product mula lah
timbul macam ruam sama macam sis kalau satu jenama tu
sesuai hanya boleh pakai tu jek tak boleh tukar-tukar
kalau kulit jenis demand nak brand mahal-mahal nangis pocket

So masa makeup kan risau jugak kalau kulit umairah sensitif
mujur semuanya okey fuhhhhh risauuu

Memandangkan 2 jek anak saudara aku perempuan
so semua ikut aku suka makeup hehehehehe
aku ingat mesti umairah tak berapa nak suka makeup
coz sejak dari kecik mak umairah tak berapa nak dedahkan
sangat makeup tak sangka plak aku bila makin meningkat
besar boleh suka makeup plak

Didi memang dari kecik dah biasakan makeup so memang 
dari kecik sampai ke besar lah suka makeup
cuma umairah jek tak berapa nak sangat dedahkan makeup

Nie umairah dah siap pesan birthday nya akan datang
umairah nak aku makeup kan macam princess anna frozen
okey boss kecikk cuma mak and paknya setuju ke tak
kang kena marah plak dakkk kecikkk

Kekadang tak terfikir plak anak-anak saudara perempuan
aku semuanya dah meningkat besar terasa macam masih kecik
and aku plak makin menuju ke alam tua huhuhuhu 

Tak apa one day mesti punya akan jadi kenyataan
cuma masa tu hidup lagik or tidak tak tahu lah
and masa tu nanti sama ada aku single or dah jadi cik puan
tak tahu ler hanya Allah jek lah yang tahu segalanya.... 

Bye(>‿♥)

Friday, 9 January 2015

♥ Soklan Maut ♥

 

Antara soklan maut bila dah masuk 2015...
fuhhh ingatkan tak kan di persoalkan ternyata aku silap
tup-tup sebeginikkk

Kawan aku sejak darjah 3 yang pertama aku kenal sejak jejak
kaki ke sekolah al maklum darjah 3 aku tukar sekolah permas jaya 2
tak tahu kenapa sedangkan lebih elok aku sekolah johor jaya

Sekejap jek anak dia dah masuk 3 fuhhhh dasyatttt *bagi aku*
last-last dapat soalan bila turn aku hurmmm jawapan paling
giler yang aku dapat beri ialah kalau ada jodoh Insya Allah ada
kalau tak ada jodoh apa boleh buat

Aku sendiri pon belom jumpa jawapan yang sesuai untuk diberi
bila soal jodoh mula di tanya tanya haiisshhhh
ingat kahwin nie senang kerrr

Perkahwinan adalah satu perjudian hidup woooo
kalau nasib baik bahagia selamanya kalau sebaliknya haishhhh
sapa yang nak kalau terjadi sebaliknya semua nak bahagia
entah lah sukar untuk di perkatakan

Sekarang bukan senang nak carik yang boleh memahami diri ku
and paling penting nak carik yang beragama bukannya mudah
yang kenal erti tanggung jawab sangat sangat susah nak jumpa
kalau yang tahu berjimba jimba tu ramai ler grrrr

Tak apa lah selagi mampu menepis akan ku tepis habis habisan
if tak mampu nak menepis akan ku cabutttt larikkk hahaha

Kadang kala ada yang tak faham main cakap atas sebab umur
cuba tanya semua pompuan kat dalam dunia sapa yang tak nak
kahwin pasti semua akan jawab nak kahwin 
so cepat or lambat bukan lah urusan kita 

Cakap senang lah kononnya kena usaha carik
kalau belom takdir untuk berjumpa nak buat macam mana
kang dok mencari-cari katanya terdesak sangat nak berlaki
haishhh macam-macam mulut manusia nie kan

Bagi aku mungkin hati aku belom terbuka luas soal jodoh
aku nak settle kan semua masalah yang sedia ada ketika nie
paling penting aku nak bahagiakan mum dengan daddy
kemudian baru lah aku fikir soal jodoh aku...... 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 6 January 2015

♥ Salah Satu Dream ♥

 

Sangat-sangat gembira salah satu dream aku dah ada di depan mata
patut ler tergerakkk sangat hati nak menuju ke tempat itu rupanya
ada sesuatu yang aku sangat suka di jual yeaaayyyy

Aku beli kat Mr Diy harga RM12.90
niat di hati nak ajek beli semua benda yang ada tapi bajet tak cukup
so beli jek dulu satu

Not bad boleh tahan besar jugak
so a bit makan space untuk tempat makeup aku but it's okey
janji dream aku dah pon tercapai

Aku put cotton puff dengan kapas q-tip ehhh tak sure nama
sebenarnya then another satu ruang kosong tak pasti nak put apa
tak pe biar jek kosong nanti dah dapat idea taw lah nak put apa

Ada satu put lipstick bentuk love and 2 ada few slot lipstick 
and another can put lain benda selalunya yang tu berserta
dengan drawer tapi nie just seketol tu rega RM20
tunggu bajet lepas then aku boleh beli yeaaayyyy

Just berharap akan ada jual drawer lah tak kisah lah
3 or 2 ker.... kalau ada kan bestttt
kalau ada jual aku angkut few things barang makeup aku
then try tengok fit tak

Kat situ ada 2 small drawer hurmmmm nanti nak beli lah
aku kan tak berapa nak suka beli online
spesis suka beli yang ada depan mata so nanti boleh adjust try
fit or not bukan apa kalau tak fit then sendiri akan frust
so jalan terbaik buat aku ialah try tengok

Tak pasti bila drawer plak akan di keluarkan
but nak kena buy yang atas dulu takut takut kehabisan plak
grrr ikutkan hati nak ajekkk beli sekarang tapi rilex dulu....

Hope dapat lah cukup kan set seperti yang aku idam idamkan

Bye(>‿♥)

Monday, 5 January 2015

♥ Alhamdulilah BFF ♥


Alhamdulilah di tahun baru BFF aku dah pakai tudung ^_^
so happy untuk pihak dia baru aritu bebual pasal kisah tudung
dah lama katanya kalau nak pakai tudung kena betol-betol
tak nak main-main anymore means kepala pakai tudung
tapi baju lengan pendek gitukkk

So happy untuk dia akhirnya betol-betol dah pakai tudung
then mum cakap entah bila aku nak pakai tudung huhuhu
sabar lah mum sikit jek lagik tunggu bajet cukup untuk
beli contact lens aku tak berapa suka nak pakai tudung 
dengan cermin mata lecehhh

Katanya sejak hari Khamis lepas dia dah start pakai
means start 1 hari bulan lah
tapi ramai taw mula pakai tudung bila birthday katanya
mulakan hijrah dengan hari lahir hurmmm
tapi ada jugak yang bila terasa dah pakai terus pakai

Aku pon kalau boleh tak nak lah on off pakai
kalau boleh nak terus pakai tapi tu lar tak tahu bila
maybe one day aku akan mula pakai tudung hurmmm

Kazen aku kak Geeyah pon dah start pakai tudung
kebanyakkan yang dulu free hair semua dah mula pakai tudung
tinggal beberapa jek lah yang masih belom pakai tudung
kalau boleh biar lah ianya dari dalam hati bukan kerana
paksaan or ikut-ikut orang

Aku kalau main makeup mesti akan amek gambar pakai tudung
setakat lilit-lilit bodoh boleh lah tapi tak tutup dada
aku jadikan as profile picture kat facebook so kureng lah
sikit dosa membuka aurat huhuhuhu

Tak apa Insya Allah satu hari nanti aku pon akan bertudung
cuma aku tak tahu bila aku akan pakai tudung
harap tak lama lagik lah.....

Aritu raya aku nyaris nyaris nak beli tudung taw kekonon nak try
tapi last-last beli benda lain maybe hati aku belom betol-betol
ready untuk start pakai tudung kot

Untuk Fad aku happy sangat tengok kau dah pakai tudung
doakan aku jugak ehh moga cepat pakai tudung dengan ikhlas
dari hati aku sendiri bukan atas sebab lain ^_^  

Bye(>‿♥)

Saturday, 3 January 2015

♥ Salam Maulidur Rasul 1436/2015 ♥

 

Ssalam Maulidur Rasul buat semua ^_^
mesti ada yang join perarakan kan macam mana best tak..???

Hari nie mum masak nasi jagung dengan ayam masak merah
haishhhh habis diet aku lari lintang pukang coz dah makan nasi
tak pe esok sambung balik diet anggap today is cheat day huhuhu

Salam Maulidur Rasul 1436 ^_^
 
Bye(>‿♥)

Thursday, 1 January 2015

♥ Assalamualaikum 2015 ♥

 

Hari nie kita dah mulakan hari baru di tahun baru 2015
semalam post dah jadi tahun lepas kuikuikui
azam tahun baru nak jayakan azam tahun tahun lepas yang asyik
tak menjadi but tahun nie nekad habisss kena jayakan jugakkkkk

Moga harapan dan impian akan menjadi kenyataan
Johor cuti weeee negeri lain ada yang cuti ker..??
aku always cuti walau pon hari bekerja acaner tu...!!!

Apa-apa pon selamat menempuh dugaan dan cabaran untuk tahun 2015
tapi harapnya tak ada lah dugaan dan cabaran yang teruk 
kalau boleh tak nak langsung niat di hati tahun 2015 nak hadapi
saat kegembiraan kebahagian kesenangan pendek kata semua yang
happy happy saja weeeee

Moga-moga semua impian ku and keluarga aku tercapai Amin

Happy New Year 2015 buat semua yang mengenali aku Amoi Farah
dan yang sudi membaca blog aku yang super merapu :p
moga tahun nie lebihhhhh baik daripada tahun lepas Amin 

Bye(>‿♥)