Thursday, 31 December 2015

♥ Seram: Terlupa Buka Ruqyah ♥


Last kisah seram bagi tahun 2015 see u again on 2016 :p

Kan post dulu aku pernah cakap everynight routines
wajib bukak ruqyah so sometimes kita nie manusia biasa
ada kalanya banyak benda lupa lelagi kalau
mata gantuk kelat then tertidur memang tak bukak lah

Or kekadang dah habis so masa tu dah lena so tak de
siapa yang play again pasal dah tidur kan lain lah
if tersedar boleh play nie tido memang letak bom
kat sebelah pon tak bangun :p

If tak bukak start lah nenek yam kena kacau
rasa macam pijak tilam pijak bantal
akan berulang sampai tersedar then kena bising
pasal kacau

Bila ruqyah dah habis play benda tu kerjakan lagik
tarik selimut sampai pintu
kuang ajo kan tak beradab punya mahlok
orang nak tidur sibuk nak mengacau

Pernah nenek yam mimpi atas katil aku ada ular
ko tak ngeri start dari mimpi tu lah aku asyik
kena kacau kena cakar rasa macam nak pindah jek
tapi tak semudah untuk pindah randah

Kekadang aku fikir sampai bila semuanya akan berakhir.... 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 29 December 2015

♥ Acrylic Organizer ♥

 

Alhamdulilah impian aku menjadi kenyataan...
benda yang aku idamkan dari tahun 2012 akhirnya menjadi milik aku
ambil masa yang agak lama untuk menjadikan ianya realiti huhuhu

Yang bestnya dapat design yang sama jenis
so nampak semuanya sama ianya berlaku secara tak dirancang
hahahhaha i is terlebih suker and happy ^_^

Okey penerangan sikit
yang atas ialah Muji drawer
yang bawah pulak Makeup Organizer 

Kita mulakan cerita yang bawah okey
beli pada February boleh rujuk entry di sini
nie kekonon birthday present lah auwwwww

Tak sabar nak masukkan semua makeup kat dalam tu
and tak sabar nak deco deco walaupon dengan 
menggunakan kertas A4 saja 

Kat atas plak from muji
disebabkan daddy tak izin pergi kl so kita pergi
singapore jek lah haishhh bila ingat balik macam kelakar
sanggup tu semata-mata pasal chubby box nie jek

Beli pada June boleh rujuk entry di sini
duit yang kumpul-kumpul tukar and buy nie
dengan sumbat dalam bag then angkut bawak balik
berat memang berat tapi dah nak sangat

Dengan bawak Ayyash lagik hahahha kelakar
ingat-ingat balik tapi tu lah demi impian
sanggup buat apa saja gagagaggaa

Tu kekonon untuk brush makeup dengan lipstick
benda tu kan macam small item so kena taruk
kat tempat yang senang untuk di nampak so taw nak pakai
yang mana

Brush plak kalau letak macam selalu yang orang buat
confirm bulu brush penuh dengan habuk habuk yang 
entah dari mana muncul pon tak taw lah
so cara paling selamat sumbat dalam drawer sonang
tak risau kalau berhabuk and tak risau kalau habuk kotor
campur dengan habuk makeup huhuhuhu

Cukup dah kot dengan 2 mycube and 2 chubby box
lepas nie tak de lagik penambahan acrylic organizer
aku sayang giler-giler dengan 4 ketol nie
Insya Allah akan jaga elok-elok coz bukan senang
untuk beli mereka hahahahha ayat poyo okey....

So nie bila semuanya dah masuk and dah susun
always cantik dimata aku hahahhaha
kebanyakkan pink stuff but still ada yang color lain
nak buat macam mana kan bukan senang nak pastikan
semuanya color pink huhuhu....

Bye(>‿♥)

Sunday, 27 December 2015

♥ Double Cleansing ♥


Hari nie aku nak share tips lagi pon aku dapat tips nie pon dari forum
and aku dah try sebab tu aku berani nak share ^_^
cerita makeup pasal kecantikkan exited aku nak share

Before puasa aku beli cleansing oil dari Lipidol
botol color blue dengan night oil gituk lah
masa beli tu was was jugak jadi ke aku ikut cara tu
before beli aku dok search pasal double cleansing

Seperti yang kita taw after makeup cuci guna remover
bla bla bla macam normal step bersihkan eyes and lip
lepas tu baru uruskan bahagian muka
pastikan bersih then cuci guna sabun cuci muka

Pernah tak cuba buat double cleansing tapi tak pakai makeup
hari nie aku nak share pasal double cleansing tapi langsung tak
pakai makeup just bare face

Gunakan apa saja cleansing oil maybe yang sedia ada tu
boleh jek pakai tak de masalah or kalau nak khas untuk cuci muka
pon boleh tak de masalah pon

Tuang cleansing oil ikut suka hati muka korang
lepas tu urut lah untuk beberapa minutes
kemudian amek sedikit air urut lagik muka
nanti oil tu bila campur air akan hasilkan color putih
just buat sampai rasa puas hati lah

Then basuh muka as usual lepas tu korang akan rasa
muka macam lembut jekk sedap jek pegang pegang pipi
pakai skin care seperti biasa lah

Masa buat nie yang bestnya muka clear ko jerawat pon
bersih and memalu nak keluar syok weyy muka soft
aku plak masa bulan puasa kemalasan tahap gaban so
aku stop tak buat lama jugak aku tinggalkan

Nak kena rajin buat semua nie
aku baca kat forum ramai kata muka bersih dari jerawat
ikut kan nie kaedah campur oil apa ntah kira langsung
tak guna sabun biasa and just guna oil as skincare

Bahan-bahan tu kat Malaysia payah nak carik
ada pon kat online oversea so agak-agak dengan RM jatuh
buat rugi duit jek lah :(

So far guna cleansing oil with facial foam
pon dah nampak hasil bestttttt
cuma nak kena rajinkan diri jek lah huhuhuhu

Kena enjoy lah masa urut guna cleansing oil tu
lenguh jugak tangan tapi nak pastikan bersih redha jek
dulu aku pakai sunblock waterproof tapi aku tak bersihkan
betol betol dok bantai bersih guna sabun cuci muka
bila search pasal double cleansing baru taw

Banyak jugak lah ilmu yang aku dapat so try and error
mana yang best aku share mana yang aku rasa macam alahai
leceh and banyak guna product memang tak de maknanya aku
nak share huhuhu

Bye(>‿♥)

Friday, 25 December 2015

♥ Jumaat Terakhir 2015 ♥


Online twitter sekali ehh jumaat terakhir 2015 aper tu blur kejap
then bukak calender okey paham nie jumaat terakhir bagi tahun
2015 so nie kira jumaat flash back selama 2015 lah

Kejap jek kan so lepas nie kita jumpa di jumaat 2016 plak
ari nie cuti kan tapi tak rasa pon macam cuti
orang lain sambut raya aku dok sibuk kemas bilik
bersihkan habuk padahal before raya haji aritu dah
kasi settle hurmmm every month kena bersihkan lah

Aku plak kalau mata asyik gatal then asyik bersin
confirm habuk dah bertakung kat bilik
nie bila dah bersihkan mata dah tak gatal
paling best hidung dah tak mengenyam gatal

Tinggal few more days before kita melangkah ke tahun baru... 

Bye(>‿♥)

My pink brushes weeee

Nahhhh nie selfie dari brushes makeup aku kekonon keluar dari oven gitukkk hahahha mentel kan 


Brushes Haul

Okey nak bebel dah nie hahhahaha so nie lah hasil tangkapan beli abaikan lah coz senget malas nak adjust

Thursday, 24 December 2015

♥ Seram: Kena Cakar ♥


Entah dimana silapnya aku asyik kena cakar aka cekau
ari-ari mesti akan ada bekas cakaran kekadang panjang
kekadang pendek

Dulu selalu kena kat kaki lepas tu hilang
then now start balik habis kaki aku kena cakar
betis pon jugak kena cakar elok hilang bekas
then cakar baru muncul

Kekadang kaki still ada cakar 
kena plak tangan habis lah setiap part ada kesan cakar
kat siku 2 kesan cakar sedar-sedar ehhh apa nie
tengok dah bergaris kena cakar walhal tak de plak
kena langgar apa-apa

Pernah sekali time mandi pedih giler
aku dah ehhh apesal belakang aku nie pedih pedih
cepat-cepat selesaikan mandi mintak mum checkkan
tengok tak de apa-apa luka so just siap as biasa
esoknya raba tempat pedih grrr kesan cakar

Aku pon merungut lah kata kenapa aku asyik kena
cakar jek apa masalahnya setahu aku tak de plak
langgar apa-apa objek kat dalam rumah 
tapi mana datang kesan cakar tu

Rumah tak de kucing pon
lain lah kalau ada kucing nie tak de apa-apa binatang
yang ada cuma ikan tu pon kat dapo 
pelik betol

Last sekali suddenly kat betis ada lebam
nenek yam cakap tenyeh dengan bawang
amek ko esoknya tepi bekas lebam ada kesan cakar
nak nangis ke apa ekkkkk

Seriously tak de rasa pedih or sakit kecuali yang
part belakang taw-taw berbekas lepas tu tangan gatal
pergi kopek tempat cakar dah berparut huhuhu

Apa benda yang dok cakar aku nie ehhh..??
Cik Pong ker...???
Nak tuduh dia tak de bukti so diam-diam jek lah..... 


Bye(>‿♥)

Tuesday, 22 December 2015

♥ Pantang Ada Duit ♥


Aku nie pantang tangan ada duit memang terasa nak beli
nie nak beli tu but mostly banyak beli barang makeup
pantang weyy tangan ada duit walaupon sikit
mesti punya beli nie beli tu

Sampai kena bising coz tak reti nak buat saving
hahahha tak taw lah nie pon rasa macam nak
beli makeup kat sephora

Rasa macam nak beli urban decay palette lah
lepas tu rasa macam nak beli Mac lah
kekadang aku fikir balik nak beli untuk apa
then akan rasa tak payah lah tapi percaya lah
lepas sejam datang balik rasa nak beli benda lain
tapi fokusnya tetap makeup....

Entah macam mana nak hilangkan pon tak taw lah
walhal dah rancang nak buy new phone
but asyik dah buy makeup memang tak de maknanya
nak buy phone

Haishhh tak boleh jadi nie mesti nak kena saving
dengan keadaan ekonomi sekarang nie huru hara
so wajib kena simpan sikit-sikit.....

Now nak beli brush makeup color pink
lepas tu nak pergi daiso nak beli few item
lepas tu nak beli eyeshadow then nak depot
okey huru hara kepala otak asyik fikir makeup jekkkkk

Agaknya kalau ada beribu ribu pon tak cukup
or maybe dapat beli semuanya sekali gus baru puas hati kot
tapi nak sumbat mana lagik huhuhuhu 

Bye(>‿♥)

Sunday, 20 December 2015

♥ Pejam Pelik Pejam Pelik ♥


Kita dah sampai penghujung 2015
untuk tahun nie sangat sangat terseksa dengan GST
lepas tu semua benda naik harga lepas tu duit macam
tak de nilai

Yang aku geramnya kata GST boleh turunkan harga barang
tapi naik berkali kali ganda adalah
kekadang rasa harga tu sangat tak logik 
tapi tu lah apakan daya

Disebabkan RM jatuh teruk barang makeup
yang import from oversea nak dinaikkan harga
tak ke rasa nak nangis

Semua merungut kata dah berhabis habisan jimat
cermat but pihak yang bertanggungjawab
mudahnya naikkan harga semua benda

Lepas nie banyak subsidi kena di tarik
means semuanya makin mahal kan
kekadang rasa macam nak nangis okey

RM50 macam tak de apa-apa nilai lagik
bayangkan RM10 pon sekarang dah rasa macam
RM1 apa lagik yang boleh buat.....

Kata dulu wawasan 2020 ada kereta terbang
tapi duit makin terbang melayang ada lah sob sob sob
bersabar lah duhai hatiku..... 

Bye(>‿♥)

Thursday, 17 December 2015

♥ Seram: Lembaga Hitam ♥


Few weeks ago aku rasa macam berperang dengan perasaan sendiri
huru hara dalaman aku semuanya serba tak kena
nak nangis ada semua perasaan tu ada lah senang cakap

Yang lagik best siang hari kau actually gangguan nie
always siang or malam still ada sometimes memalam rasa
seram semacam jek mesti dah taw lah benda tu ada kepoh

Ko bayangkan tengah solat rakaat pertama tengah baca
surah Al-Fatihah sekali pap ko nampak benda tu
and benda tu nampak kau then memasing terkejut
hah tu yang aku kena

Tinggi giler setinggi pintu tapi benda tu siap tunduk
coz tinggi kan hitam legam ada mata and mulut
hidung aku tak sure ada ke tak then lepas tu zass hilang

Aku still tak boleh lupa weyy rupa benda hitam tu
hmmm mesti kerja dia selalu kacau-kacau seakan
akan orang melintas or jenguk kepala kat pintu bilik

Before nampak tu memang aku rasa macam leher kena
cekik but ingat dah nampak then rasa tu hilang sekejap
lepas tu start dada rasa sesak macam kena duduk lepas tu
leher rasa macam kena cekik tak selesa

Masuk bilik lagik terasa ditekan tekan dada
bukak surah Al Jin dengan Ruqyah tapi tak membuahkan hasil
bukak surah Yaasin baru rasa lega dada sesak hilang
leher terasa dicekik also hilang

Every night wajib kena bukak ruqyah ibarat music every night
kalau tak mesti gelisah tak boleh tidur pusing sana pusing sini
bantal pelok and lemparkan bantal hmmmmm

Alhamdulilah sejak nampak tu lepas tu 
dah tak nampak apa-apa lagik maybe benda tu dah
malas kot nak kacau coz tak dilayan hahahha
siapa suruh kacau lagipon kehadirannya pon tak di undang...!!! 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 15 December 2015

♥ Syukur Alhamdulilah Back Normal ♥

 

Syukur Alhamdulilah zon 18 bebas daripada kena catuan air
huh bayangkan betapa lamanya menahan azab catu air
dah lah air kena catu bill air naik pulak tu haishhhh
tadah air dengan guna biasa dari paip mesti lah tadah air lagik banyak
kalau tak tadah banyak tak cukup plak

Penghuni rumah ramai so memang kena berperiuk periuk isi air
tu belom lagik tong tong kat dalam toilet
sesak dada bila masuk toilet coz too many tong tong berisi air
kalau tak buat macam gituk memang tak cukup lah

Bayangkan 1 tong besar, 1 tong kecik and 2 besen normal size
tak ke sesak kat dalam toilet tu
selalunya 1 tong kecik and 2 besen normal akan habis dalam masa
sehari sometimes belom sempat hari ke 2 air dah habis

Belom masuk bab masak leceh woo nak basuh basuh
nak cuci pinggan gelas bla bla bla

Muka plak jenis sensitif salah guna air jek jerawat naik banyak
sanggup aku potong rambut pasal leceh bila time nak mandi
tu belom lagik stress bila time period berbesen besen angkut air
untuk bersihkan sisa sisa yang keluar

Alhamdulilah lah zon 18 settle kalau tak amek
3 hari ada air 3 hari tak air....
sehari ada air 2 hari tutup pon dah rasa sesak lagikan plak
3 hari perghh tak terbayang seyyy

Semua dah bising 
ada part catu air ada part tak catu air
hurmmmm 

Yang peliknya everyday hujan tapi still kena catu air
aritu panas tak de hujan tapi okey jek empangan

Susah kalau ada orang tua and bebudak
lepas tu bila kawasan banyak nyamuk kes denggi
puncanya daripada air yang ditadah coz kena catu
bila buat check kita jugak kena marah coz ada air yang
bertakung lah nie lah itu lah

Bayangkan bawak air pon tumpah sana tumpah sini
belom lagik nak basuh pinggan
lepas tu nyamuk tanpa beri salam sibuk menyebuk

But now dah okey so mudah-mudahan sampai bila-bila
pon okey tak ada masalah catu air lagik
cuma kalau boleh biarlah settle semua zon tak perlu lagik
catu air kesian weyyy 

Ingat tak sakit ke pinggang nak tadah air nak angkut air
seksa weyyy semuanya serba menyeksakan lah senang cakap

Hope lepas nie no more kes catu air untuk semua tempat
sampai bila-bila just back normal seperti dulu kala...
Amin 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 2 December 2015

♥ DIY BB/Foundation Cushion ♥


Hari nie aku exited nak update blog ^_^
selalunya kalau habis kita buang beli baru satu set
or cari kat mana-mana yang ada jual refill 
setahu aku lah Laneige ada jual refill cuma
etude house masih belom jual lagik

Okey ari nie aku nak buat diy bb cushion
so lepas nie tak payah lah beli baru complete
or refill just use apa yang ada jek

Okey boleh start sekarang ehhh

 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah bb cream kalau ada foundation
pon boleh jugak taruk tapi aku tak de foundation yang ada
cuma bb cream nie jek lah huhuhu
Sunblock, Nymph Aura & Moisturizer

Memandangkan moisturizer collagen aku tak taw sumbat mana
so aku use skinfood punya tu tak pasti apa nama sebenarnya
more kepada whitening program 

 

Pump kan semua bahan-bahan ke dalam container cushion case
aku tak taw nak panggil apa so apa yang terlintas dalam kepala
tu lah yang aku sebut huhuhuhu

Terpulang nak berapa banyak so nak kena pastikan ianya setengah
container cushion case agak dalam tiga suku gituk

 

Campurkan semuanya sama macam kita buat air 
kacau-kacau sampai kita rasa dah puas hati dengan hasilnya

 

Make sure jadi seperti ginik taw
tak mahu lah benda benda lain still tak bercampur tak syok pulak kan
pastikan semuanya menjadi sebati ala sama macam buat tepung cake

Selepas dah mix semua try test kat tangan tengok okey or not
nak tambah apa-apa lagik ke or rasa macam tak puas hati
tak cukup moisturizer ke apa-apa yang rasa macam terkurang
so tambah dan mix kannya

Rasa macam dah okey lah tak de nak tambah apa-apa lagik
kita pergi ke next step pulak

 

Untuk step nie kebanyakkannya akan tekan-tekan supaya
liquid tu akan meresap ke dalam sponge
ada satu jek yang aku tengok biarkan and sponge tu akan absorb
liquid tu secara semula jadi tapi nak kena tunggu lah

Aku dap dap supaya sponge absorb liquid yang dah tersedia ada
cuma sponge nie kat bahagian tepi banyak sangat liquid
masa bebaru nak basuh tekan jek bukan main banyak sisa yang tinggal
perghhhh kat tepi jek lah yang tengah tekan tekan dah tak de
apa yang keluar sabo jek lah

Basuh sponge nie pon memerlukan kesabaran
masa basuh sponge air di tutup aku guna air tadah jek weyyy
hampir kesemua sabun basuh brushes aku habis gara-gara
menyental sponge supaya jadi putih and bebas kotoran
biarkan semalam sampai kering habis habisan ye

 

Dah boleh use seperti biasa yeaaayyyyyy
and ianya sangat perfect untuk skin kita
so tak de lah macam terputih sangat huhuhu

Kebanyakkan mesti akan putih jarang jumpa yang gelap
masa bebaru beli amek masa jugak untuk match kan
dengan kulit muka aku tapi lelama dah okey
now lagik lah okey

Disebabkan aku cuma guna bb cream saja so nampak
ianya natural macam tak pakai apa-apa pon
suka weyyyy walhal semua benda dah digabungkan
dalam satu tempat hahhahaha i suka

Next time nak try campur dengan foundation tengok
macam mana plak :p

Senang jek kan kalau tak faham jugak
cer tengok kat youtube berlambak orang tunjuk
bermacam-macam cara ikut jek mana yang rasa sesuai

Aku pon amek masa jugak belajar tengok
then bila dapat buat nie ada jugak kesalahan yang aku buat
kesalahannya ialah aku buat sikit sangat so sponge jek
absorb liquid so bila tekan tak keluar sangat huhuhu

p/s: Dulu aku buat bb cream ikut suka campuran kekonon
more macam tinted moisturizer lah
aku just guna bb cream, nymph aura dengan moisturizer
untuk yang tu aku put moisturizer extra banyak hahahhha
tapi bila pakai ada lah bb cream tu cuma kekonon tu
untuk more light jek lah kat muka

Dah nama pon tube aku kena tekan kat tangan
then mix pasal moisturizer banyak and tak mix
betol-betol so keluar bermacam-macam patern
aku nak kena mix untuk menjadi sebati then apply
kat muka

Now semua tu aku masukkan dalam container cushion case
tapi kali nie tambah sunblock almaklum cuaca panas
cuma aku tak masukkan sekali primer .....

Simple jek kan tapi nak kena pastikan semuanya
betol-betol bersih agar tak de lah bacteria terjoin sekali
kang habis muka berjerawat huhuhu....

Ada tu aku tengok dia tak beli set complete or yang
set DIY tapi dia guna small container and sponge
step yang sama cuma tempat yang lain kat youtube ada

Kebanyakkannya gunakan balik case yang sedia ada
sama seperti aku...... 

Bye(>‿♥)

Monday, 30 November 2015

♥ This Is Me ♥

 

Nie lah aku alami sekarang luaran aku hanya mampu ketawa
tapi dalaman aku terlalu sedih sangat
sesuatu yang tak mampu diluahkan tapi hanya mampu
disimpan kemas dalam kepala otak....

Sometimes aku sendiri dah tak taw apa lagik yang harus
aku buat supaya semuanya kembali normal
supaya luaran dan dalaman aku bersatu ketawa
bukannya seperti sekarang nie bukannya kedua-duanya
menangis....

Kekadang kita sendiri yang rasa sukar untuk atasi
sukar untuk luahkan pada sesiapa hanya mampu pendam
hanya mampu tengok dari jauh 

Bagus jugak ekk orang yang design nie
sama seperti aku...seperti keadaan aku sekarang
hurmmmmm......

Bye(>‿♥)

Friday, 27 November 2015

♥ New Member Is Coming Soon ♥

 

Tahun 2016 ada seketol new member's akan keluar
tapi tak pasti either girl or boy
kena tunggu dah keluar lah baru taw hahahhaha

Sis dah mengandung hurmmm
mujur tak mabuk teruk tapi yang aku stressnya ialah
kerja dia asyik tidur tidur and tidur jek
lepas tu kuat makan tak boleh lambat makan sabo jek lah

Memula bleeding jugak sampai pergi hospital 
not semuanya dah okey.....

Ayyash bebaru anti jugak dengan sis
tak nak dekat sis panggil pon dia buat donno jek
now dah explain kata dia baby no 1 so dah boleh accept

Yang kelakarnya aritu before pergi sekolah
tengok buku baby sis siap cakap anak sis dah besar
hahahha so funny

Tapi jelez lah kata aku tak boleh dekat lah nie lah tu lah
maybe belom keluar bila dah keluar then sayang lah tu

Asal gi check up ingat dah boleh keluar
padahal baru berapa bulan funny lah kan

Kita semua nak girl pasal dah ada boy kat rumah
so kalau girl dah sepasang tapi tak taw lah
still belom taw lagik huhuhu

Aritu bulan march kita sekeluarga kehilangan hero
now Allah dah gantikan dengan kehadiran yang baru
mungkin dengan hadirnya si cinonet seketol maka
semuanya akan kembali seperti dulu mana kita taw kan 

Bye(>‿♥)

Thursday, 26 November 2015

♥ Berjalan Di Malam Hari ♥

 

Jumaat lepas saja jek keluar malam kekonon nak tengok lampu
lepas tu boleh lah main selfie hahaha
plan sekadar nak berjalan and selfie sekali keluar plak
jomm try makan kat kedai lokap

Ala kan ada viral buat lawak pasal kedai makan lokap
so pergi untuk try sesaja walhal aritu plan nak situ
sekali plan bertukar ke kilang batery lah

Keluar rumah pon kol 8:30 so before yang lain get ready
aku pon siap ler dulu biasa lah baru belajar pakai tudung
so semuanya agak lambat and tak kena :(
tak pe nanti lelama semuanya okey lah kan

Aku sebenarnya jarang nak order spagetti
sekali tengok menu balik-balik sama hurmmm boring plak
tekak mintak spagetti tu yang try
not bad and si Ayyash pon suka makan heheheehe
sedap terasa rasa di tekak okey

Lepas settle makan main tulis-tulis kat dinding plak
suka lah Ayyash dapat conteng conteng 
best jugak tapi aku tak conteng pon sibuk
amek gambar sana sini apa yang patut and best

Settle semuanya bergerak ke tempat yang lain plak

 

Siapa tahu nie and kat mana ianya berada...???
first time tengok mujur malam tu orang tak crowded kalau tak
confirm stress so apa lagik selfie lah bebanyak kat sini
cuma harapkan lampu kat tembok tembok sahaja ahahah

Ayyash paling suka coz boleh main lari sana lari sini
suruh amek gambar dengan askar boleh plak berdiri sama patern
tegak semacam memula takut tapi cute okey sesama berdiri tegak
nasib baik tak de senapang kalau tak dah sepesen huhuhu

Kat situ pon ada air pancut tapi kol bape entah dah tutup
not bad sekadar duduk duduk lepak or tengok Ayyash main lari sana
lari sini okey lah

Sometimes syok jugak keluar malam tapi tu lah 
keadaan sekarang nie sangat bahaya lah takut weyyy
manusia nie kekadang perangai mengalahkan hantu

Aku pon tak pasti either castle tu ada yang duduk or tak
tapi ramai amek gambar kat gate nak suruh Ayyash selfie kat situ
lampu tak berapa nak lawa so tak best lah

Settle si kenit main lari-lari apa lagik balik lah
jam dah kol 11 lebih malam mata dah mengantuk
sekarang Ayyash dah pandai pose so sangat best
ajak selfie hehehehhee..... 

Bye(>‿♥)

♥ Matlamat Hidup ♥

 

Setiap orang ada matlamat hidup masing-masing
semuanya dah pon direncanakan sebagai azam tahunan
kadang kala apa yang dirancang berjalan lancar
tapi adakalanya terganggu dengan pelbagai dugaan

Aku entah sejak kes aritu langsung dah tak de plan untuk
kehidupan sekadar ikut apa yang dah ditetapkan oleh Allah
bila pagi bangun bila malam tidur
just nothing tak de apa yang harus direncanakan

Lebih-lebih lagik melibatkan soal jodoh
next year dah 26 tapi until now still tak de pasangan
and tak de sesiapa pon yang mati coz tak de pasangan hidup
so enjoy single girls or women ehhh ahhahahahha

Tapi satu jek plan yang sampai sekarang aku tunggu Allah
makbulkan untuk kembalikan semula apa yang telah terjadi
even aku taw makan masa yang lama tapi aku harap sangat
ianya dipercepatkan dan dipermudahkan

Entah sampai bila agaknya kan nak tunggu
tak apa lah bersabar jek dan senyum pasti ada sesuatu
kemanisan yang akan Allah berikan

Bohong lah kalau tak rindu
rindu sangat-sangat tapi apa lah daya aku untuk
menolak or menetang takdir yang dah di depan mata
sekadar sabar dan berjalan menunggu semuanya
akan kembali bersatu

Sometimes feel boring dengan semuanya
tapi entah lah susah nak cakap coz memory tu
always menari-nari di dalam otak lelagi time nak tidur
potong steam betol lah

Yang pasti aku still teruskan matlamat yang satu itu
berdoa dan bertawakal saja lah
ehh bukan soal jodoh ye yang tu entah lah
biar lah dulu kalau hadir terima kalau tidak redha

Moga Allah makbulkan segalanya Amin 

Bye(>‿♥)

Monday, 16 November 2015

♥ Busy Day ♥


Hujan-hujan nie best kan tidur lagik bukak aircond
confirm sampai esok pagi tidur
tu kalau tersadar pagi sedap jugak
buatnya tengah malam tersadar dah terkebil-kebil
biji mata hahahhaha

Lepas tu ada effect yang menyeramkan
or suara menyeramkan syok ekkk terkencing jugak
kat situ :p

Aritu aku tengok video clip something like scary lah
orang tu record kat hospital kekonon jalan tu
menuju ke bilik mayat then dengar suara tapi
tak taw suara apa tu

Dorang mintak pendapat dengan pembela kucing
suara tu kucing or bukan
then kebanyakkan kata tu bukan suara kucing
macam-macam nama hantu semuanya dorang 
keluarkan

Cuma few jek cakap tu kucing nak gaduh
sejujurnya ehh aku paling tak suka kalau kucing
gaduh tengah malam sometimes bunyi scary weyyy

Ex bibik kata kalau kucing gaduh means dalam
rumah pon akan bergaduh and aku dah tengok
and ianya benar :(

Tapi serius aku watch video tu sekali jek
scary nak habis kan lepas tu baca comment
katanya ada nampak bayangan kat berapa second
woooo nasib baik aku tak tengok habis

Nak taw jugak kebenaran tu suara kucing or "lain"
lepas tu video kucing takut dengan timun pon best jugak
kalau ada kucing boleh try tengok melompat tak
hehehehe motip mereka melompat tak sure
tapi aku rasa mungkin ingat tu ular kot

Sesiapa ada kucing cer try tengok melompat tak
tapi ada jugak tunjuk kucing tu tak melompat
rilex jek buat tak layan ada tu lagik best
kucing tu makan timun hahahahhaha 

Bye(>‿♥)

Thursday, 12 November 2015

♥ Stress I Okey ♥


Aku tak taw lah sampai bila johor nak kena catu air
this month kawasan johor jaya dah terlepas
then aku ingat tak pe lepas nie kawasan zon B also
terlepas sekali amek ko sekadar anganan jek lah
coz sampai december lah masih catu air lagik

Orang semua dah start bising 4 bulan okey
walau pon hujan tapi still kena catu air
tak fair okey 

Lepas tu bermacam-macam ura ura keluar
kalau benar lah apa yang dikata hurmmmm
aku nak sumpah orang tu boleh tak ehhhh
sangat menyusahkan hidup

Dah lah catu air lepas tu bill melambung
makin bertambah tambah stress taw tak
semua serba susah

Nak membuang yang besar pon fikir berkali-kali
sangat leceh arghhhhhh stress i....

Bila nak settle ehhhh
kenapa tak ada pihak yang boleh tolong settle kan
boleh tak cuba jangan menyusahkan orang lain
untuk kepentingan diri dorang sendiri

Dah lah ada tempat kena and ada tempat tak kena
stress baju basuh menimbun lepas tu nak masak leceh
nak buat nie susah nak makeup pon susah taw takk
eiiii benciiii menyakitkan hati jekkkk 

Bye(>‿♥)

Friday, 6 November 2015

♥ BB/Foundation Cushion ♥

 

Nie lah Bb Cushion aku aka Cushion Compact
aku beli germs pink kat Mr DIY kekonon nak kasi lawa
pasal bb cushion aku bukannya color pink sob sob sob
nak case pink then air puff also pink :(
aiseyman germs tu terkeluar dari landasan lah pulak

Kalau dulu aku macam tak berapa sangat dengan cushion
bagi aku harga mahal isi sikit jek so tak berapa nak untung
lepas tu aku baca kat blog mana ntah kata kalau boleh
elok pakai untuk sebulan lepas tu tukar lain hmmmmm

Dah lah kat Malaysia tak de refill kalau nak kena beli
satu set complete buat rugi jek duit aku
tapi percaya lah tak guna pon ikut cara yang aku baca tu
just pakai jek sampai habis

Lepas tu aku jumpa dorang buat diy bb cushion or
diy cushion foundation so bermacam macam cara dorang ajar
mix yang selalu use kat muka masukkan satu tempat then sekali pakai
so senang and jimat masa tak perlu nak mulakan satu per satu

Dari situ aku rasa lebih untung use cushion and jimat masa
habis jek semua produk kat dalam tu then dah boleh mix
terus pakai tak perlu pakai brushes lagik adeyy
menyesal plak beli core collection

Ada orang tak boleh pakai coz putih sangat or gelap sangat
sampai ada yang jual empty case so boleh buat sendiri
yang paling pemes brand missha tapi untuk kat Malaysia nie sukar
coz Missha tak de outlet kat Malaysia

Kalau sanggup beli and shipping then no hal
tapi amek masa yang lama tak sanggup woooo

Kan best kalau it's my cushion ada jual kat Malaysia
aku nak beli color pink then buat my own version bb cushion
best sikit dulu dah try buat mix masukkan dalam tube punya lah best
rasa muka dah flawless habis

Aku tak sabar nak habiskan bb cushion ehhh kejap
macam mana aku katakan tu bb cushion hmmmm
aku pon tak taw tu bb ke foundation ke tapi aku buat kesimpulan
tu bb cushion so aku just panggil bb cushion jek lah huhuhu

Tak sabar nak mix ingredient yang aku suka
if aku buat then aku akan amek gambar step by step
jenuh weyy nak tunggu habis dah jarang merayap keluar

Beli bulan 8 then now bulan 11 baru sponge atas habis
so dah selamat aku flip kan yang atas pergi bawah
then yang bawah naikkan ke atas dah rasa macam beli new
bb cushion hahhaha

Rata-rata aku tengok korean girl semua pakai cushion compact
jarang aku tengok dorang pakai foundation or bb cream
lepas tu blend dengan brushes semuanya just dap dap dap
suka tengok tutorial korean cara dorang cakap macam cute

Lancome pon sekarang buat cushion compact
tapi harganya lagik mahal lah kan
lagi after GST memang nangis lah poket
banyak  jugak aku tengok review kat youtube

Dulu ingat nak beli Laneige punya cushion compact
limited edition gambar love color merah
pergi Jusco tengok tak de tu yang beli etude house punya
Ingat dapat pink sekali putih kuning

So far makeup yang paling jimat and mudahkan aku ialah
cushion compact cepat jek siap lepas tu bestnya bau wangi
aku suka bau tu then ada effect dewy lah tapi aku tak heran
janji nampak okey sudah lah

Yang best muka nampak macam tak pakai makeup
sekarang kalau keluar pon just pakai bb cushion
Eyebrow and lipsticks sometimes lip tint datang rasa malas pakai
lip balm ada color

Aku rasa tak lama lagik mesti semua brand makeup akan
buat their own cushion compact nie lancome dah ikut
tak lama lagik satu per satu brand akan ikut

Suka tengok dorang design decoden cantik giler
as usual tak de jual kalau ada jual aku nak letak semua part
so dapat tutup putih tu glue white tu aku letak color pink
nampak lawa sikit walau pon kenyataan menyedihkan

Nak case pink lepas tu air puff pon pink
kalau nak case pink kena beli magic cushion pink
aduhaiii bila lah nak beli ekkk just amek case jek yang isi dalam tu
pakai kat rumah jek coz pink tu untuk pale skin

Kat singapore magic cushion ada color purple
sini tak de tak taw kenapa haishh geyammm jek
decoden pon kat singapore ada ehhh why kat malaysia tak de
kan best kalau ada dapat lah aku tutup jadikkan pink

Ada yang tanya kat aku mana lagik best either cushion or
normal bb tube so aku pon suggest kat dia beli lah cushion
ianya akan memudahkan perjalanan makeup anda ahhaha
over seyy aku

Nak everything PINK.....
case and air pufff nak pink nak pink nak pink......

Bye(>‿♥)

Thursday, 5 November 2015

♥ Seram: Jumpa Benda Pelik ♥


Aku masih belom boleh share gambar nanti lah
bila keadaan okey then aku akan post balik okey...

Ceritanya begini akhirnya kami tebang jugak
pokok yang selama nie yang aku dok story kata ada cik P

Dah tebang pokok konon nak gembur balik tanah
niat nak tanam pokok baru sekali macam mana ekk
nak cakap ala macam kita korek something dalam tanah
then kita kambus balik something like that lah

Aku nak story tapi aku tak tahu macam mana nak explain
so pepaham jek lah ekkk

Korek punya korek amek ko jumpa benda pelik
ianya 2 marker pen dalam tu ada kertas macam ayat
tak sure ayat apa then macam ada benang merah
ditanam secara menegak lepas tu dililit dengan
tape and dibungkus dengan plastic

Sekali pandang bentuknya seakan akan mayat
actually ada kepala tapi disebabkan tercangkul so kepala
tu hilang termasuk balik kot dalam tanah

Nak kata macam pocong pon iya jugak taw
ala pocong macam dalam cerita kat TV tu

Kami merujuk kepada pihak yang pakar
mengucap habis pihak yang pakar melihatnya
katanya nie sihir tujuannya nak porak peranda kan keluarga
aku 

Dulu batu menyerupai muka manusia
kini jumpa something macam mayat

Ada yang kata lepas tunjuk gambar tu kononnya
tu mewakili mum dengan daddy atas tujuan yang sama jugak
untuk musnahkan keluarga aku

Dalam kepala dah fikir suspek yang buat semua nie
but tu lah tak taw betol atau salah 
hanya Allah saja yang taw

Hmmmm hanya Allah jek lah yang boleh melindungi
keluarga aku daripada segala sihir
maybe kalau aku edit or update gambar akan aku
beritahu

Yes gambar ada tapi aku masih belom boleh nak share
coz risau keselamatan keluarga aku.... 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 3 November 2015

♥ Kilang Battery ♥

 

Akhirnya jejak jugak kaki ke kilang battery tampoi Johor
dalam tu macam-macam ada sampai tak tahu nak pilih untuk makan apa
pergi sekeluarga alahaiii lamanya rasa tak keluar makan sekeluarga
semua busy last kumpul raya haji aritu

Hanya snap gambar waffle magnum saja yang lelain tak sempat
coz entah macam dah malas nak amek gambar tak macam dulu
see nampak noo dah tua so dah malas nak buat semua tu :p

Magnum waffle nie RM15 coz 2 ketol
kalau seketol RM10 memandangkan perut dah penuh so share share
jek lah memang dah jangka waffle tu tak habis so betol lah tak habis
hahahhaha nasib baik tak beli sorang satu

Aku dah target nak beli cake tiramisu sekali dah sumbat
macam-macam mana lagik nak letak cake haishhh terasa macam
tong perut dah mengecik lah pulak kan :p

Sebenarnya perut mengah coz banyak minum air
panas giler weyy lepas tu tekak kering giler dah lah jerebu
so asyik sumbat air jekk makan pon susah nak habiskan
memula minum air float lepas tu tekak lagik kering

Bebudak plan nak makan nasi ayam bila dah sampai sana
masing-masing cancel nasi ayam nak makan lain 

Dah isi perut jejalan kat kedai yang jual macam-macam
then aku nampak mawi and ekin but tak de lah pergi amek
gambar apa kan just tengok dari jauh tak rajin wooo
maybe kalau fahrin baru pergi kot haipp laki orang :p

Sempat aku beli 3 tudung hahahhaha nak menambahkan koleksi
aku suka shawls bila pakai bawal terasa macam huru hara muka
suka chiffon shawls besttttttt

Balik jek masing-masing lepak dalam kepala taw nak tidur jek
ahahhahaha...... 

Bye(>‿♥)

Sunday, 1 November 2015

♥ Hello November ♥

 

Sekejap saja kan dah jejak ke bulan november so 2 bulan terakhir
untuk tahun 2015
aku rasa tahun nie bergerak punya lah pantas tak terasa langsung
seakan akan tak mampu nak mengejar waktu...

Hello november please be good
and as usual dari dulu punya berharap masih belom jadi
kenyataan and aku masih berharap agar tahun nie ianya
menjadi kenyataan wink wink... 

Bye(>‿♥)

Saturday, 31 October 2015

♥ Why So Cuteee ♥

 

Eiiiiiiii kenapa cute sangat nie...???
aku jumpa kat facebook then aku search nama orang tu then
auwww so cute lepas tu aku save untuk jadikan inspire
mana taw nanti dapat buat ker hahhahhaha

Using plant apa ntah kat ikea bila search kat Malaysia tak de
and Singapore also tak de hmmmmmm tengok gambar jek lah

Cantikkan berangan nak buat macam ginik tapi tu lah
bilik cepat sangat ada habuk so peluang untuk buat sangat nipis
kang habis brush penuh habuk

Plus aku bukannya spesis rajin nak basuh brush every week
so tak payah lah kang nampak brush kotor jek lol

Orang nie punya lawa brush bersih then susun pon lawa
eiii geramnya macam nak jek buat macam ginik
woooowwww so cuteee
tapi nak sumbat mana ekkk meja aku bukannya ada space huhuhu
so berangan jek lah kannnnn

Tapi so cute maybe one day aku buat macam gitukkk wink wink 

Bye(>‿♥)

Thursday, 29 October 2015

♥ Banner Art ♥

 

Yeeaayyy berjaya jugak buat banner art seperti ginikkk ^_^
selama nie aku asyik tengok orang punya yang lawa-lawa
tapi nak edit tak reti coz laptop yang ada photoshop tu
tak boleh bukak lama-lama nanti mati sendiri
so untuk buat kat situ memang tak lah kang aku jugak yang stress

Then search kat google then jumpa orang ajar buat
senang jek no need download apa-apa just use online
wahhh sonang giler kerja aku :p

So edit sana edit sini walaaaa menjadi yeeezzzaaa
dah lama impi nak buat macam ginik
finally berjaya jugak buat Syukur Alhamdulilah

Untuk seketika aku kena blur kan segala-galanya
biar lah sekadar beginik saja
tapi masih boleh detect ke apa yang diblurkan..???
perghhh giler arrr ...

So tadaaa simple jek malas nak edit edit picture
biar simple dari nampak serabut kan...

Bye(>‿♥)

Tuesday, 27 October 2015

♥ Everyday Is Malas ♥


Hari-hari tiap kali bangun tidur rasa alahaiii malasnya nak buat nie
malasnya nak buat tu kalau boleh nak tidur or just scroll instagram

Tapi aku taw ikutkan hati semuanya kerja tak siap
so tak boleh ikutkan perasaan malas
kalau ikutkan diri sendiri yang teruk

Bila agaknya nak istiharkan hari malas sedunia ekkk
so on that day boleh buat apa yang kita suka
tak payah buat benda yang kita tak suka...

Bye(>‿♥)

Monday, 26 October 2015

♥ Mandikan Puff ♥

 

Sebulan sekali mesti aku basuh hahhahaha hilangkan kotor kotor
lepas tu elakkan bacteria makin membiak kat dalam puff
memula basuh tak berapa nak bersih coz tak de air kan
so use air tadah agak leceh

Lepas sebulan cuci lagik kali nie ada air so agak bersih
cuma part atas tu susah nak bersihkan still ada stain bb cream
apa cara aku buat tetap tak hilang so nampak agak kotor
macam tak basuh pulak

Aku post kat instagram then ada yang kata brand yang dia pakai
ajar every month tukar puff baru lepas tu ada yang ajar elok
tukar bila dah 8 bulan

If koyak better tukar yang baru
bila bersihkan nampak lah keluar hahhahaha
masalahnya satu puff nie jek dah RM20 untuk blue
kalau pink RM19 dulu baru RM14 lepas GST amek ko


After bersihkan using apa ntah nama benda alah tu
selalunya orang akan use tu before cucuk untuk amek darah
test diabetes aku tak taw nama benda alah tu apa

Use tu untuk bersihkan semua part so tadaaa
look macam baru beli kan kan kan

Tapi aku still nak case pink lah color nie macam tak berapa
nak match dengan hati aku acaner tu ekkkk

Macam nak buy magic cushion pink then just using the case
kira exchange lah hahhahahha lepas tu beli puff pink
then everything is pink waaahhhh bahagianya hidup...... 
 
Bye(>‿♥)

Friday, 23 October 2015

♥ Ehhh Siapa Dia Nie ♥


Pergi Danga Bay pasal nampak kat fb bazar tudung
so aku ingat mesti macam dulu expo tudung sekali ehhh
tu jek then jumpa benda lain

Aku tak taw ada few retis yang datang sana
just kenal few jek so nampak lah AC Mizal secara life
depan mata and isterinya sekali

Lepas tu jalan-jalan cuci mata aku nampak
handsome guys tapi dalam hati macam kenal siapa ehhh
entah lah gasak lah then nampak pompuan nie ehhh
baju dia blink blink seyyyyy lepas tu orang amek gambar
aku lalu sebelah lagikkkk siapa entah 

Masa dah settle carik apa yang patut
i saw yang handsome guys tu bawak anak kecik
aku ingat ex husband rita so dalam hati kata
patut lah handsome macam ginikkkk
selama nie tengok gambar jekkk

Sementara menunggu perhatikan gelagak orang
then dorang dah balik nampak 2 anak laaa
yang pakai baju blink blink tu Ayu Raudha dengan
husband and 2 anak mereka cehhh aku tak kenal

Nampak sangat tak hirau orang hahhahahhaha
lepas tu ada husband vanida imran
setakat tu je kot yang aku kenal or actually ada lagik
tapi mungkin baru nak naik agaknya

Masuk jek bau candy rupanya ada booth vape
perghhhh macam nak mabuk pon iya jugak
rimas weyy kalau orang ramai and macam penuh
tak tenang rasanya nak jalan

Aku rasa AC nak promote radio dia kot entah
malas nak amek taw hahhahaha......
umairah dah tergamam siap tanya aku banyak kali
lepas tu dia lupa nama hahhaha so cute

Aku tak record or amek gambar mereka
just sipi-sipi jek tapi malas lah nak upload :p

Bye(>‿♥)

Thursday, 22 October 2015

♥ Cakap Memang Senang ♥

 

Cakap memang lah senang tapi orang yang alaminya tu
susah nak cakap tapi itu lah kenyataan hidup

Kekadang aku cuba nak lupakan semuanya
tapi kenapa sukar untuk melupakan kenapa asyik ingat
lepas tu aku jadi emo....

Bila dah emo semuanya aku akan mengamuk
perangai entah haper-haper jek kan....

Tapi yes aku if dah benci gasak ko lah 
kalau ko kacau aku siap ler...!!!!! 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 21 October 2015

♥ Bifesta Wipes ♥

 

Aku macam tak percaya jekkkk biore wipes dah habis
masa beli dulu aku cakap dalam hati nie habis ke tak
or berapa abad akan habis sekali amek ko asal malas nak bersihkan
satu per satu asyik carik wipes jek :p

Memandangkan dah habis aku macam nak carik lain brand
lepas tu biore macam ada pedih pedih lah ke aku sorang jek
rasa macam gituk ekkk hurmmmmm

Search then search then search akhirnya baca review bifesta
then ramai cakap best so apa lagikkk jommm kita try

Aku stress kat sasa jusco ada hello kitty uwaaa
i want thatttt tapi tu lah nie still ada lagik sayang plak kan
aku suka packaging yang nie memula bukak macam tin can
bau pon not bad

Walau dah bersihkan using wipes aku still cuci muka use sabun
even tak perlu pon tak apa tapi entah rasa muka macam tak bersih
so better wash lah 

Bau pon not bad lepas tu bila pakai nie tak rasa pedih macam 
biore so aku suspek muka aku tak suka biore suka bifesta
alamakkk demand lah pulak kan........

So lepas nie kalau habis then aku akan beli lagikkkk
hehehehhe dah lama kan tak buat review produk
nanti lah bila ada masa then aku buat sekarang busy giler... 

Pssssssssssssssttttttttttt aku nak hello kitty tu :(

Bye(>‿♥)

Tuesday, 20 October 2015

♥ Makeup Je Ke ♥


Rasanya lepas nie aku banyak post pasal makeup saja
so kalau rasa boring aku tak boleh nak cakap apa-apa lah
if ada anything benda yang aku nak share as memory then
aku akan share if tak just post about makeup

Makin meningkat umur rasa macam dah tak de benda
nak share life just sama jekk semua kerja pon sama
tak de apa-apa yang istimewa pon sob sob sob
just a boring life jekkk....

Aku ada benda nak share tapi tu la nak carik time untuk
story agak makan masa lepas tu fikirkan keselamatan
then perlu ke nak share or just forget it...

Lepas tu dunia aku more kepada makeup
suka tengok tutorial then aku ikut
lepas tu just makeup makeup then makeup
bayangkan entry makeup aku jek makin banyak
lepas tu nak story pasal life lagikkk

Oooo cannot woo kang tak settle satu hal lagik
so sedia jek lah just entry makeup jekkkkk.... 

Bye(>‿♥)

Monday, 19 October 2015

♥ Chill Babe ♥

 

Tak semua orang bernasib baik temui pasangan yang betol
lepas tu terus kahwin tanpa ada liku liku pahit perjalanan
kalau dapat tu kira beruntung lah

And kebanyakkannya ingat tu ada lah jodoh sekali
pup putus kalau muka lawa macam nora danish ke
maybe senang putus then dapat lagik
so kalau yang tak berapa nak lawa tu acaner pulak

Aku still rasa rilex walau pon dah 25 tahun still belom
bercinta tak ada pasangan hidup kawan-kawan sebaya
dah kahwin ada anak ada kehidupan

Well dengar jek 25 aduhaiii dah lewat tak kahwin lagik
ikutkan memang lah mum pon risau 
abg jan lagik nak carikkan aku jodoh pasal aku tak carik
hahhaha funny kan mana nak carik sekarang nie pon
susah nak carik hahahha

Aku suka usik kata tunggu putera kayangan datang
meminang lah or doctor masuk meminang lah
saja nak kasi kekawan stop tanya itu tanya ini

Bagi aku senang jek aku tak nak carik boyfriend
aku nak carik suami so aku doa ditemukan dengan suami
aku tak nak buat dosa if aku sibuk couple....
cukup lah yang sedia ada nie...

Kita chill babe...
ada ke sesiapa geng seperti aku hahhahaha....
orang kata nanti dah masuk 30 lagik susah nak kahwin
bak kata nenek yam kalau ada jodoh ada lah
tu prinsip pegangan hidup aku :p 

Bye(>‿♥)

Saturday, 17 October 2015

♥ Wonder Pore + Pearl Aura ♥

 

Beli nie time Etude House Membership Day kalau tak silap
ada buy 1 free 1 lepas tu RM100 ke atas dapat 5% discount

Memandangkan muka dah macam apa 
gatal tangan search pasal wonder pore then dorang kata bagus untuk
jerawat so aku apa lagikkk memandangkan ada trial toner wonder pore
7 in 1 so aku just pakai then tengok okey macam better
kemudian ada promo so aku grab ler so taraaa my new skincare

 

Amek ko botol sangat chubby sama seperti aku hahhahahha
lepas tu aku sengaja tambah benda alah 2 ketol tu
daripada terbiar tak pakai so aku masukkan ke dalam ini

Yang botol kecik tak sure apa tapi use selepas toner
then another one is serum so senang lah dah ada serum
rata-rata aku baca review serum is important
so nahhh 4 ketol

Okey lah kot aku nak pakai after 6 month kita tengok perubahannya
macam mana.....

Hope much better and better..... 

Bye(>‿♥)

Thursday, 15 October 2015

♥ Musim Sakit Pulak ♥


Disebabkan oleh jerebu then ada jek yang sakit datang
aritu 2 minggu asyik cuti 2 hari coz jerebu teruk
jalan gelap scary woo bangunan tinggi pon tak nampak
dah lah air kena catu then jerebu dugaan oiii

Bila jerebu dah ansur hilang then langit clear
amek ko badan rasa tak sihat
si kenit demam 2 hari bila dah sembuh
ehhh aku pulak kena bila selsema plus batuk
fine....!!!!

Jangan lah demam kang lagik susah satu kerja pon
tak berusik kang menimbun lagik kerja kerja ku

Nasib baik lah masa jerebu teruk anti body still
kuat tapi effect lepas jerebu habis sakit menjelma
tak pe lah dugaan kan....

Lagi pon sana sini asyik sakit jek kan
hmmmmmm.... 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 14 October 2015

♥ Matam Makan Matan ♥

 

Lepas tu mula bebel cakap nak diet tapi until now
hmmmm tinggal cakap jek hahhahaha
aku pon tak taw bila nak start diet
asyik kencundang saja
lepas tu salahkan air coz kena catu

Ingat lepas raya nak start balik diet atkiens
kan diet tu disuruh minum air banyak
kalau dah masuk banyak so keluar pon sama jugak banyak
abis dah air kena catu semuanya serba nak kena catu

Hasil pengeluaran pon kena catu jugak :p

Haishhh entah bila nak start balik kan
dalam kepala fikir diet diet diet tapi mulut pulak
makan makan makan grrrr mulut ko memang ehhhh.... 

Bye(>‿♥)

Monday, 12 October 2015

♥ Bertemu Kembali Di FB ♥


Alhamdulilah kerana facebook aku kembali bertemu dengan
sahabat-sahabat sekolah menengah and maybe rendah
lepas tu aku dah jumpa geng aku hoyeeee

Memula Fad then tak lama selepas tu jumpa maimunah
lepas tu jumpa azma so dah lengkap lah kami berempat eiii
suka seyyyy

Masing-masing dah ada life mereka
Mai dengan Azma dah kahwin
lepas tu Mai ada anak satu then Azma pulak tengah pregnant
Fad pulak dah tunang tak lama lagik dah nak kahwin
and aku still macam ginik single sampai bebila

Fad kata aku memilih hmmm actually tak de lah
memilih rupa or harta or anything just memilih
cari yang sempurna iman dan rajin bekerja
lagi pon belom terbuka pintu hati lepas tu aku takut
if terjumpa then pihak sana sibuk nak kahwin ooo scaryyyy

Aku ingat nak bincang dengan Fad pasal nak create
wechat group kami berempat so best sikit borak-borak
dah susah nak jumpa so cara macam gituk jek
boleh eratkan balik

So happy hope kami berempat tetap bersahabat
sampai bila-bila

Masing-masing mencari antara satu sama lain
korang carik lah nama penuh aku memang tak akan
jumpa lah ehhh just using my nickname saja
senang derrr.....

One day nak kumpul then jumpa balik
yang tu aku dah suarakan pada fad then fad setuju
tapi tu lah tak taw bila kan masing masing dah busy
ikutkan jumpa kat giant jek senang and dekat
nanti lah suara bila buat group chat hehhhee 

Bye(>‿♥)

Sunday, 11 October 2015

♥ About Memory ♥

 

4 october yang lepas aku attend ke concert Ayyash
kol 8 pagi nak kena hantar ke KSL bukannya ke sekolah
then concert start kol 10 pagi so agak kelam kabut kalau pergi balik

Last-last amek keputusan just stay sana disebabkan tak sempat
untuk makeup so just bring yang penting penting then makeup
kat sana jek dalam toilet hahahhahaha
boleh pulak aku lupa nak bawak mascara :(

Bila dah nak makeup baru perasan amek ko hahhahaha
kebetulan aku tak sempat nak snap gambar barang makeup
dalam kepala nak cepat coz takut tak sempat huhuhu

 

Tahun nie theme garden so budak-budak k1 just cute pakai
costume flower aku usik Ayyash nasib baik tak kena pakai
gituk kalau tak sure kena kutuk dengan ashyu :p

Just watch Ayyash dance boleh pulak part Ayyash dance
aku tak tekan record hampehhhhhh punya handphone :p

Tak sangka sekejap jek Ayyash dah k2
amek certificate haishhhh cepatnya dah membesar
tak sangka kan dari berapa tahun aku jaga
lepas tu makin besar and besar :(

 

Wee aku dapat flower then bear from my baby
aku put kat meja makeup jadikan as sweet gift from my sweet boy
auwwwww jangan cepat besar boleh tak... :p

And ada painting tapi yang tu aku tak boleh nak share
coz leceh nak tutup banyak part :p
so just share yang nie untuk jadikan kenangan terindah buat aku

Macam biasa Ayyash tak nak bawak mak dia so Ayyash
nak aku yang pergi tak pe demi sweet heart yang satu nie
so aku pon pergi lah

Bersurai dalam kol 3 petang mata dah rabak gantuk
malam sebelumnya pergi danga bay sekali ada artis
niat dihati nak cari tudung last-last jumpa yang lain
tu nanti aku story lah ehhhh 

Now baby boy dah k2 tak lama lagik nak masuk primary 1
sekejap jek kan masa berlalu sedar tak sedar baby dah makin besar
ohhh mann.... 

Bye(>‿♥)

Saturday, 10 October 2015

♥ Fine Sambung Balik ♥

 

Derrr sambung lagik sampai ke bulan depan 
sedangkan 4 kawasan dah lepas daripada kena catu air
bila kawasan aku nak lepas weyyyy

Ingatkan semuanya akan settle tapi tu lah
ikut kan jek lah apa yang dikatakan
mujur aritu raya haji dibuka sampai 3 hari
kalau tak haishhh menangis nak basuh pinggan basuh periuk

Waiting sampai SAJ cakap catuan air akan berakhir
entah January 2016 or until November 2015
mana taw kan berakhir november ^_^ 

Sumber gambar from SAJ

Bye(>‿♥)

Wednesday, 30 September 2015

♥ Alamak Present Fad ♥

 

Birthday fad on may tapi until september aku belom kasi apa-apa
ingat nak beli tudung lepas tu tak taw nak belikan tudung jenis
macam mana sekali aku ternampak something yang best
apa lagikkkk beli kan tu lah

Memandangkan aku nak beli compact powder from baby pudding
so beli sekali color lips-fit
aku and fad use sama color ^_^
so akhirnya kita berdua punya lipstick yang sama dari segi
color, brand and rupa bentuk hehehehehhe

Color lips fit nie pakai sikit jek dah cukup
kalau banyak-banyak look like over sangat
lepas tu before use kena goncang 
color nice macam hot pink gitukkkk

Bila dah settle kan hadiah fad fuhhh lega rasa hati
Ayyash pon kasi jugak makanan dia and minyak wangi dia
so sweet lah budak tenit sorang nie
ntah-ntah dah besar jadi romeo tak huhuhuhu

Dapat free gift wonder pore
sabun then toner dengan essence kot
sayang giler nak pakai so simpan jek hahhaha
dasar :p

Aku mintak kasi macam paper bag dengan plastic bag
ala paper bag yang kecik untuk beli sikit barang tu
then aku stapler so tak risau kalau terjatuh huhuhu
sorry lah fad aku kasi satu jek barang.....

Bye(>‿♥)

Tuesday, 29 September 2015

♥ Sampai Bila ♥


Kekadang fikir jugak sampai bila air nak terus dicatu
dengar ura-ura kata kalau empangan masih tak naik
then 3 hari tutup air satu hari ada air
if tak boleh jugak seminggu sekali

Baru 2 hari tutup kain baju kena basuh sampai 5 bakul
tu belom masak lagik dah masak setengah air pakai
lelagi kalau hari yang ke-2 air tutup boleh habis semua
air bila masak sahaja

Belom lagik sesi pembuangan kecik dan besar
mandi segala bagai
haishhhhh bukan nak complain just mengeluh jek
taw orang lain pon sometimes air langsung tak de
lagi dengan meniaga kena use banyak air

Lepas tu ada yang cakap mungkin kes catu air nie
sampai ke akhir tahun hurmmmmmm
aritu memula sebulan then naik sebulan lagik
aku takut jek if naik lagik sebulan entah entah
betol sampai end of this month

Yang stressnya bila nak masuk comforter
nak kena tunggu dobi ada air then basuh
tapi nak tunggu beratur nie hah orang punya lah
banyak stress seyyy

Mujur aritu raya haji dibuka air selama 3 hari
syok sikit nak mandi lama and main makeup
lepas tu baju pon senang tak de berbakul bakul

Lepas tu bila period agak leceh sikit
nak kena use air banyak aduhaiiii *mengeluh lagik*
lelagi time jerebu disarankan minum air banyak
habis air kena catu so minum air pon kena catu jugak
kang pengeluaran banyak sangat :p

Sejak-sejak air tak de mood nak update pon
kelaut jugak :p
sangat-sangatttt malasss

Tapi ada something yang aku nak story tengok lah
if bulan depan kalau rajin ngeehhhhhhhh  

Bye(>‿♥)