Sunday, 31 August 2014

♥ Hari Kemerdekaan ♥

 

Alhamdulilah dah 57 Tahun kita hidup dalam aman dan jugak damai
tanpa ada peperangan dan keperitan akibat berperang
so guys jangan lah cipta apa-apa peperangan or rusuhan kan kita dah
aman damai why need rusuhan or cari gaduh

Betapa susah payahnya mereka-mereka yang ingin memerdekan negara kita
tapi sekarang nie ramai generasi baru yang sibuk nak berperang or sibuk
nak buat rusuhan kalau nak sangat berperang pergi tolong Gaza
or mana-mana tempat berperang untuk mempertahankan Islam

Kami semua nak hidup aman damai hidup bahagia
so jangan lah nak carik pasal gaduh-gaduh yerr
jangan nak kata aku poyo plak semua orang nak seperti itu cuba tanya
mana-mana pihak negara mereka dalam peperangan apa yang mereka rasa
dah syok syok hidup aman damai saja nak buat kacau

Untuk kali nie negeri Johor cuti lawa woooo
dari Jumaat sampai Isnin perghhhh syok syok
lelagi johor dah beberapa hari nie asyik hujan lagik syok tidur hahahha
can balas dendam balik tidur nak merayap hujan hujan sangat malas

Dan yang lagik bestnya hari nie aku bangun lambat walau pon tidur awal
syokkk sangat tapi tak boleh selalu buat macam ginik mau kena bebel
untuk elakkan kena bebel so sebulan hanya sekali saja boleh
padahal tidur awal pon bangun lambat maybe sejuk syok kot
sampai kol bape aircond tak tutup :p

Cuma tahun nie a bit suram coz kes MH370 dengan MH17.....

Bye(>‿♥)

Thursday, 28 August 2014

♥ Cupcake Dress Cake ♥

 

So cute lepas nie mesti ramai akan buat birthday cake macam ginik
hasil daripada gabungan cupcake so terhasil lah seperti ginik aumm 
nie sumber from uncle google yaa...
disebabkan yang nie super duper cute so aku abadikan dalam blog :p

Mungkin lepas nie akan jadi trend kat Malaysia plak
silap ari bulan ada yang use pants and shirt hahaha tak sabar nak tunggu
kalau girl boleh lah kot buat ginik but if boy macam mana
tapi its so cute geram tengok 

Nie kalau ada depan mata confirm sayang nak makan coz too cute
hahaha over sangat :p
kalau aku pandai baking and deco mesti akan akan test buat nie
disebabkan aku tak pandai semua tu so tengok jek lah gambar

Kang kalau aku pandai buat plak sapa nak kerja menghabiskan
every day makan benda yang sama lelama muak jugak
kang stress isi padu dalam rumah asyik kena paksa makan cupcake
tak pepasal nampak or dengar word cupcake ada yang muntah dulu

Tapikan aku geram lah tengok terasa macam hari-hari nak tengok
disebabkan ianya terlalu cute so boleh lah tengok hari-hari

Nak carik small notebook aku nak pergi belajar korean language
belajar dari youtube and google saja just untuk suka-suka
and senang nak watch korean drama or movie yang tak ada subtittle
or senang jugak nak paham isi lagu korea hahaha over.... 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 27 August 2014

♥ Tukar Menukar ♥

 

Ada rezeki aku ingat nak change header and footer lah
if harga tu dua kalau tukar hampir sama dengan background maka
dengan background sekali aku tukar hehehhehee
tapi tak tahu lah bila macam aku cakap ada rezeki aku tukar
if belom ada rezeki maka tak bertukar lah :p

Hahahaha masa buat nie dulu pon jenuh fikir tak akan tukar tak akan tukar
tapi now dah mula hati ku nak menukar nanti lah if ada masa and rezeki
akan ku kerjakan new header hehehehe
buat masa sekarang nie tak kot coz seperti ku kata ada rezeki aku tukar.....

Sekali sekala need to change untuk refreshkan balik pemandangan
tapi ikutkan belom pon 2 tahun or maybe dah 2 tahun
hahhaa lupa dah coz tak berkira pon bila permulaan and bila akan di akhirkan
apa-apa jek lah...

Bye(>‿♥)

Monday, 25 August 2014

♥ Siapkan Kerja Ku ♥

 

Baru tadi ingat nak tidur sekali mum ingatkan aku kerja untuk design harus
dilakukan malam nie coz esok nak submit uwaaaaaa mata dah tak boleh
nak bukak badan dah penat giler haishhh nie namanya kerja last minute
yang harus disiapkan malam nie jugak sob sob sob

Haishh baru tadi ingat dapat berangankan abam fahrin ahmad sekali
hancur berkecai sudah anganan ku sob sob sob
macam tak de mood jek nak design uwaaaa

Sejujurnya mata aku dah tak boleh nak bukak
kuyu and kuyu bukak pon sikit jek yang boleh rasa macam nak tertutup jek
apa kan daya ada kerja harus di siapkan malam nie jugak
nak atau tidak harus di laksanakan

Well now i bukan lagi burung hantu yang boleh stay up sampai kol 5 pagi
keadaan sekeliling dah mengubah aku untuk menjadi manusia normal
cukup time tidur paling lewat kol 12 tengah malam
aritu dah syok tidur awal and bangun awal sekali tersilap sikit
back to routine tidur kol 12 tengah malam paling lewat or terlebih 30 minute

Misi ku siapkan rangka dulu then esok tinggal touch up
cepat cepat siap cepat boleh tidur sambung berangankan Fahrin Ahmad
apa yang buat aku nak berangankan Fahrin Ahmad pon tak tahu lar

Siapkan kerja cepat-cepat cayok cayok
tapi sempat ehh update blog hahahaha saja nak kasi diri sendiri semangat
bayangkan berangan Fahrin Ahmad so cepat lar kerja settle....!!!! 

Bye(>‿♥)

Saturday, 23 August 2014

♥ Beauty Container ♥

 

Sudah lama aku nak carik small container seperti ginik untuk put
etude house mask wash off sejak kes aritu sekali bukak berketol ketol
takut perkara sama berulang kembali huhuhu

Ayyash bebel-bebel ajak pergi Mr DIY nak cari sticker macam teacher
dari ari jumaat berjanji nak pergi tapi tak sempat sempat
so tadi lepas magrib pergi sekejap...

Hahaha sesambil Ayyash carik sticker aku pon carik lah benda alah nie
cari punya cari sekali jumpa tapi color blue aiseyman tak puas hati
aku korek korek sekali jumpa pink yeaayyy i like.....
peminat setia pink tatap akan carik pink jugak hoccay...

Harga cuma RM1.30 untuk 2 ketol and ada small spoon untuk korek
sisa macam mask untuk masukkan dalam small container
color transparent kalau salah simpan memang lupa or terbuang la jawabnya

 

Hasil masukkan strawberry yogurt wash off yang dah 2 kali pakai still banyak
tapi selekah lah aku letak tak rata-rata well aku tak reti nak adjust kasi
gempak then amek gambar huhuhu

Ala sekali sekala bukannya selalu tapi nie confirm akan rata lah
lepas nie senang tak payah risau kalau-kalau termasuk angin ker
coz tak larat nak letak tape bebanyak then nanti bila nak pakai lagik
semuanya huru hara

Kat tutup atas Ayyash dah tampal sticker malas plak aku nak snap gambar
hahahha nanti kalau rajin aku snap lah gambar nie musim malas membara

Hahahaha okey lah nak bersihkan muka then nak sleep
esok nak kena bangun awal pagi... 

Bye(>‿♥)

Friday, 22 August 2014

♥ Malaysia Berkabung ♥

 

Pada hari Jumaat penghulu segala hari Malaysia Berkabung
pada pagi Jumaat yang mulia nie Malaysia menerima kembali
sebahagian jenazah MH17 untuk disemadikan untuk selamanya
sebak sedih hanya itu sahaja yang bermain di fikiran walau pon kita
bukan ahli keluarga atau sahabat

Secara jujur aku tak sanggup nak baca or lihat lagi mengenai MH17
coz terasa sangat-sangat sedih kalau boleh tak mampu nak baca luahan hati
keluarga mangsa sedih sangat-sangat apatah lagi bila dengar
"sempat ke sebuah keluarga berpelukan, sempat ke boyfriend berkata
kepada girlfriend aku cintakan kamu" 

Satu keluarga bersama-sama meninggal dunia walau pon baru jumpa
mak and anak yang lain-lain masih lagi dalam proses 
sedih sangat sangat...sempat kah mereka berpelukkan sesama sendiri
segalanya bermain dalam fikiran aku

Apatah lagi bila berada dalam flight and nampak kejadian meletup
ketika nyawa belom lagi bercerai dengan badan
Ya Allah benda yang tak mampu untuk di gambarkan dalam fikiran ku
pada saat itu yang pasti Allah sedang menjemput mereka selamanya

Mereka-mereka pergi pada hari Jumaat dan di semadikan pada hari Jumaat
walau pon sebahagian daripada mangsa yang dalam dalam proses untuk
dibawa pulang semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Amin

Tak sanggup nak tengok lama-lama masa tadi kat tv
cukup lah sekadar ketahui tak sanggup nak tengok 
kita sebagai sama-sama agama pon tak sanggup nak tengok apatah lagik
ahli keluarga yang sangat sangat terkesan 
maksud aku ialah tengok siaran langsung jenazah tiba dan di masukkan
ke dalam van jenazah di solatkan sebelom di hantar ke kampung halaman

Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam dan rest in peace buat
mereka yang bukan beragama islam...Tenang lah di sana wahai mangsa-
mangsa MH17.....  

Bye(>‿♥)

Thursday, 21 August 2014

♥ Seram: Menyalak Dan Mengilai♥

 

Alahaiii cutenya kamu wahai Dog mujur lah aku tak boleh bela kamu
sumber gambar uncle google ye....

Hari nie nak cerita another kisah seram selepas few weeks
tak ada post any cerita kisah seram bukan apa kemalasan
and malas nak ingat balik :p

Masa kejadian malam dalam kol 12 tengah gituk aku tak tengok
jam so aku just anggarkan masa kejadian jek lah
memang tak de niat pon nak check jam kol berapa

Aku sedang menunggu massage from seseorang katanya kol 12
dia akan chat dengan aku tunggu punya tunggu tak ada pon
sabo jek lah rupanya dia balik kol 2 pagi cisss
aku tahu dia akan baca punya hahahha :p

Tunggu punya tunggu belek-belek phone sambil Ayyash gelisah
merengek-rengek nie mesti ada sapa-sapa balik jalan tak reti
cuci kaki terus naik katil lepas cerita dah habis blah
masuk bilik mereka sendiri...

So aku just peluk rilex kan Ayyash jangan nangis
then suddenly aku dengar suara anjing menyalak campur mengilai
masa tu aku perhatikan betol-betol nie menyalak ke mengilai
rupanya campur mengalak mengilai hampehhhhh

Keseraman dah terasa sangat-sangat haishhh tak boleh jadi nie
baik aku tidur terus daripada menunggu kang kalau dia text jugak
aku reply bila bangun story hal sebenar nasib baik dia tak text
coz pergi mana ntah dia cakap aku lupa balik kol 2 pagi

Aku peluk Ayyash terus tidur hampehhhh
esoknya aku cakap dengan bibik semalam seram dengar anjing
menyalak seakan akan mengilai sekali bibik pon perasan
and dia pon cakap seram jugak hahahhaha

Mum bising cakap tak reti-reti nak baca Fatihah or Kursi
hahahaha bila dah terjadi dah tak terfikir dalam kepala semua tu
yang tahu nak tidur cepat-cepat coz seram sangat

Mujur boleh tidur kalau masa tu tak boleh tidur tak tahu lah
nak cakap apa huhuhu padahal masa Ayyash dah start rengek-rengek
aku dah nak bukak ayat ruqyah sekali hati nie tahan-tahan
tup-tup dengar bunyi gituk haishhhh ngeri

Dengar segala bunyi tak apa janji jangan sibuk menjelma kat
tepi tingkap dah lah aku tidur tepi tingkap kang nak lari mana...
nasib baik cuma malam tu saja dengar esoknya tak ada lagik kacau
kalau kacau gak aku ingat ketuk ajek pakai kuali or periuk
menyebuk mengacau orang nak tidur

Last-last aku story dengan dia miahahhahaha
then dia bising cakap dia tidur sorang nanti ketakutan
still macam dulu ketakutan if cerita any kisah seram
lol so cute....!!!

Bye(>‿♥)

Wednesday, 20 August 2014

♥ Kadang-Kala ♥


Terkadang aku selalu fikir andai aku tahu hayat ku akan berakhir
akan ku buang semua media social tanpa meninggalkan satu pon
kalau boleh aku tak nak bila aku "pergi" tapi media social aku
masih ada lagik

Tak kan nak buat wasiat terakhir untuk meminta waris
buang segala media social ekk....
andai kata ku dapat tahu kan bagus

Supaya tiada sisa-sisa aurat yang ada di media social ku
mahu pon daripada saudara mara haishhh
kalau lah boleh kan tapi itu lah kita sendiri pon tak tahu bila
sampai masa kita akan "pergi".......

Bye(>‿♥)

Monday, 18 August 2014

♥ Masih Beraya Ke ♥


Adakah anda masih beraya lagi...???
secara jujur aku and family dah tak beraya ke rumah orang lagik hahahha
yang lagik best belom pergi beraya ke rumah mutemah lagik
entah bila nak pergi agaknya....

Sabtu lepas kazen dari singapore datang
si kenit 2 tu dah besar last aku jumpa masa arwah papa meninggal
lepas tu dah tak jumpa lagik lama giler hoccay
well busy teramat sangat

Seriusly raya tahun nie tak ada rasa best pon
nenek dah tak ada lagik then now pakcik jugak dah tak ada lagik
rasa macam dah tak complete family

Betol lah kata-kata yang aku jumpa aritu
kehilangan yang tak akan ditangisi adalah kehilangan berat badan
yang tu saja kehilangan yang kita akan rasa happy 
lain-lain punya kehilangan adalah sangat-sangat sedih

Diam tak diam kita makin menghampiri penghujung syawal
sekejap saja masa berlalu pergi 
nanti diam tak diam bertemu kembali dengan syawal tahun hadapan

Disebabkan tak ramai saudara mara so raya every year tak kecoh
so sangat untung hoccay tak payah pening nak beraya ke mana dulu
every year same routines so memang tak ada istilah lah untuk aku
buat entry raya pertama hingga lah raya habis hahaha

Raya raya nie makan sini makan sana mesti makin bambam kan
grrrr benda paling utama harus di elakkan ialah rumah terbuka
nanti kerja asyik nak makan makan and makan bahaya tu
dah ler minggu pertama raya ketupat lemang rendang

Bulan puasa turun lah sampai 3kg nanti raya naik sampai 10kg
hahahha bahaya gilerss namanya
lepas habis raya semua mula buat sesi berdiet membuang 
lemak-lemak raya :p 

Bye(>‿♥)

Thursday, 14 August 2014

♥ Duhhh Malasnya ♥


Kemalasan update datang lagikkkkk
tunggu lah esok kalau kalau rajin actually aku ada story baik punya
tapi aku hold dulu coz memikirkan aspek-aspek keselematan
menunggu masa yang sesuai saja now belom sesuai lagik

Wait aku nak settlekan ringtone lagu normal daripada ringtone
lagu raya kekonon amek feel sekali nan hado
tak datang pon mood raya hahahha mood makeup jek datang... 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 13 August 2014

♥ Biore Wipes ♥

 

Kadang kala datang sikap malassss nak bersihkan makeup guna remover
dalam hati nak cepat muka bebas dari segala jenis makeup
capai sabun muka cuci-cuci then tidur itu lah yang aku rasa setiap
kali keluar mana-mana satu hari berjalan then balik malam mata gantuk

Ingat nak buy etude house punya every month wipes tapi dalam tu
hanya ada 15 keping sahaja harganya aku tak sure plak coz jarang
aku nampak walhal aku ada lah try search etude house wipes
tapi macam tak banyak jek

Then aku jumpa biore yang travel pack, box and refill
dalam hati berkata-kata nak buy or tak payah yes or no
banyak kali jugak berperang dengan diri nak buy atau tak payah
last-last tadaaaa aku buy jugak huhuhuhu

Ada discount 20% tu yang capai jek kang tak de discount cancel lagik
nak beli walhal aku pon tak sure bila aku akan pakai huhuhu
dalam nie ada 44 wipes so berbulan bulan lamanya baru lah habis
senang kot kalau ada nie rasa malas nak pakai remover makeup
just use biore wipes

Hope best and sangat best so bila habis aku akan maintain beli lagik
hahhaa aku suka packaging dia girly ada patern patern
tapi paling penting harus ler pinkk
now aku ada 2 jenis biore makeup remover cuma purple tu bagus guna
untuk heavy makeup kalau bb cream kureng menyerlah hahaha

Aritu aku attend makeup class then balik aku bersihkan using
biore makeup oil remover hilang and sangattt bersih suker
tapi aku jarang use heavy makeup tu pon tak tahu bila akan habis
menyesal plak beli dulu :p

Lepas nie makin jimat lah eyes and lips remover coz aku asyik use wipes
kalau berjalan angkut dengan box ayooo berat and leceh seyyy
baik angkut isinya saja hahahhaa

Aku rasa kalau macam kes raya aritu siang makeup lain malam makeup lain
nak cuci muka lah nie lah tu lah alahaiii leceh wooo
masa tu dalam kepala fikir nape tak beli wipes kan senang sekali zass jek
lelagi musim membersihkan makeup malasss nak buat haishhh

Dulu aku tak ada pon peningkan kepala makeup remover lah
now saja baru lah tergedik kekonon jadi girly hurmm
ada beza taw basuh gituk dengan normal cuci muka dengan bersihkan makeup
then baru cuci muka secara kasar nampak macam bersih
tapi dalamnya tak pasti bersih or not

Baca review banyak cakap best siap 4.5 dengan 5 star
tapi aku pon tak sure nanti lah aku akan try pakai untuk tengok hasilnya
macam mana maybe aku akan guna just 1 wipes coz tak heavy makeup....

Bye(>‿♥)

Tuesday, 12 August 2014

♥ Ayyash Birthday ♥

 

Sunday lepas birthday Ayyash yang ke 5 tahun
birthday boy buat request nak cake octonauts tapi nak captain
okey lah akan cuba untuk memenuhi permintaan birthday boy
last minutes order cake tapi berhasil lah jugak

Balik dari rumah mak dia rest sekejap lepas magrib baru celebrate
suka Ayyash dapat cake yang di idam-idamkan
asalkan happy sudah ^_^

Not bad rasanya vanilla sponge cake ada blueberry sedapppp wooo
habis lah diet asyu sob sob sob
nie cake untuk celebrate kat rumah lah

Dah potong cake Ayyash nak kepala captain yang topi ada octopus
ikutkan nak letak semua ahli-ahli octonauts yang lain tapi macam
sempit jek nak sumbat semua dalam satu cake kang tak lawa plak
so nie dah cukup simple ajek

Lukisan dia not bad berhasil menjadi jugak
risau jugak kalau-kalau jadi lain daripada gambar
walau pon bukan 100% sama tapi okey lah 94% sama
janji ada jugak bentuk captain daripada tak ada

Suka sangat Ayyash masa amek cake then nampak captain
senyum ajek terus tak sabar-sabar nak celebrate birthday hehehehe
excited berkali ganda coz agree nak celebrate kat sekolah sekali

Gambar cake kat sekolah aku tak sempat nak snap
sekali lagi permintaan birthday boy nak aku pergi sekolah and celebrate
okey lah darling asyu pergi huhuhu

Celebrate kat sekolah dengan kawan-kawan cuma yang baby punya jek
tak de coz nap time agaknya
smile saja tak sempat nak amek gambar sangat coz busy with Ayyash

Ada budak tu siap suruh aku pegang pinggan coz nak makan cake
tapi tak nak duduk makan berdiri boleh gituk hahahha

Cuma cake kat school ialah ninja turtle
entah macam mana Ayyash bekenan dengan ninja turtle pon tak tahu lah
siap show aku water bottle kawan dia yang pasti water bottle tu gambar
ninja turtle jugak same cartoon dengan water bottle Ayyash

Aku ingat nak post entry nie semalam tapi kemalasan plak
kebetulan hujan lebat plus guruh plus kilat dentam dentum
cabut internet tidur lagik bagus hahahaha

Sangat-sangat scary wooo kilat petir guruh...... 

Bye(>‿♥)

Sunday, 10 August 2014

♥ Air Puff And Scrub ♥



Hasil haul pada hari ini....
aku buy etude house collagen air puff untuk bb cream sejak pakai
precious mineral any cushion terus feel in love dengan puff dia syok woo
dap dap dap hasilnya kebabommm di mata ku bukan mata orang 

Kebetulan ada buy 1 free 1 aku beli derrr 
bila aku cerita dengan sis betapa syoknya menggunakan collagen air puff 
nie sis pon agree share duit then buy kira separuh separuh lah
dah nama pon buy 1 free 1 soooo bestttt

Satu RM14.90 ada 2 color blue and pink tapi aku tak amek pink coz
takut tak sebest color blue so haper lagikkk ku buy blue sudah ler
walau pon aku fanatik pink sob sob sob

Scrub tu plak beli 2 jenis lain so dapat ler sorang satu
dulu aku pernah beli but belom pakai lagik nie sengaja beli coz
ada promotion so dapat save sikit duit mana taw kot-kot best ke
hope best ler...

Aku beli yogurt sis plak beli bubble tak tahu apa bezanya
nanti bila dah pakai aku buat review kedua-duanya
tak tahu lah bila nak pakai huhuhuhu.....

Promo buy 1 free 1 sampai end of this August syokkkk.......
haishhh aku nie kena hujan sikit cepat saja sakit kepala
kalau dulu siap mandi hujan baju kering balik rilex jek tak sakit kepala
or demam sejak bermenjak-menjak nie grrrr
maybe anti body dah tak kuat macam dulu agaknya

Kena sikit hujan nie dah sakit kepala sabo jek lah

P/s: Today birthday Ayyash ada surprise menanti Ayyash tunggguuuu
akan ku update suprise Ayyash.. ^_^

Bye(>‿♥)

Saturday, 9 August 2014

♥ Review: Etude House Yogurt Wash Off ♥

 

Aku nak buat review yogurt wash off Apple
beli dah lama tapi jarang sangat pakai huhuhuhu
raya-raya nie makeup over sangat so masanya untuk manjakan kulit muka pula

Best taw sesekali dapat belai muka pakai mask tak kisah lah apa-apa mask
sama ada wash off atau pon mask yang yang sheet tu

Guna sekadar untuk 20-30 minutes sahaja kalau lebih maybe boleh kot
tapi jangan lah sampai satu jam pulak kang apa-apa terjadi ku tak tanggung
apa yang best selepas guna muka lembut saja walau pon tak licin macam
telur sob sob sob tapi okey lah daripada kasar-kasar

 

Smell yummy rasa macam nak makan jek
nie kalau put dalam fridge kang kejap lagi ada yang sapu kat bread
or ingat yogurt then makan wawawa

Color green bila pakai bestt before pakai mask nie kena pakai toner dengan
emulsion (moisturizer) sebabnya tak pasti coz SA ajar buat demikian 
until now pakai aku akan pakai semua tu

Pakai berkali-kali kena pandai budjet selalunya aku pakai include leher
tak kan nak muka lembut tapi leher macam dawai plak
kalau satu ginik aku boleh pakai 4 or 5 kali

Kelemahannya satu jek bila lama-lama ianya jadi macam berketul
pekat plak tu haishhh aku buat teori maybe tak masuk fridge kot
tak pon maybe terkena angin ker bermacam-macam bermain dalam kepala

Next time nak beli small bottle then masukkan dalam tu saja
so tak de lah jadi macam berketol pekat tapi aku pakai jugak
tak ada apa-apa effect pon Alhamdulilah muka tak jadi huru hara

Mungkin aku akan beli lagi bila habis semuanya coz yogurt lagik syok
daripada honey coz bau sangatttt besttt and yummyyyyy 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 6 August 2014

♥ Jom Boycott ♥

 

Dunia sekarang tengah boycott segala made in israel
so bersama-sama lah kita boycott apa yang termampu
tak nak cakap lebih-lebih tak berani kita nie manusia sometime terlupa
selagi mana mampu boycott just boycott okey

But tolong lah ehhh jangan lah dok maki kutuk orang yang tak reti nak
boycott kekadang kita tak tahu apa masalah mereka so masing-masing
bukan main laju jek maki bermacam-macam word yang keluar

Perlu ke nak jadi keyboard warrior..???
daripada korang dok maki-maki orang tu baik cari cara lain untuk tegur
or nasihatkan lagik bagus
tak pon buat something macam kumpul derma ke for GAZA

Kekadang pelik tengok manusia nie bila time ginik bukan main over
boycott siap maki maki orang bila keadaan dah mula tenang
dia jugak yang terjah Mcd segala benda yang di war-warkan boycott

Aku nie pon kekadang ada gak tak boycott
kekadang lupa seketika or sometime perlukan masa untuk sedarkan diri
ye lah sometime terlupa kan...

Boycott dengan ilmu ye kawan-kawan bukannya main serbu jek
segala yang free kita amek tanpa perlu mengeluarkan duit se sen pon
and segala barang yang dah di beli tak perlu buang guna saja bila habis
tak payah beli lagik apa susah nie tak kalau boleh segalanya nak di buang
islam pon tak mengajar kita untuk membazir sampai begitu

Lagi satu aku perasan keyboard warrior nie kan fan page mcd pon
nak di maki bermacam-macam perlu ke sampai nak serang macam gituk
tak suka tak payah nak cakap banyak unlike saja page mcd
ada jugak non muslim yang support boycott tapi aku tengok dorang tak
de plak pergi page mcd maki bermacam-macam

Suka sangat ehh keyboard warrior nak berperang-perang
betapa susah payahnya nak merdeka kan sebuah negara 
korang sedap-sedap ajak mereka mereka nie berperang serius no brain

Dulu aku rasa facebook tu boleh di jadikan sebagai tempat ilmu
maksudnya segala comment yang membuatkan kita fikir balik
but now penuh dengan keyboard warrior yang cakap ikut sedap
lutut jek maki orang macam tak beradab seyy
lepas tu sikit-sikit masukkan politik 

Kan ada kes sebarkan gambar orang makan mcd tapi pakai baju save gaza
tu pon teruk jugak di maki bermacam-macam pelik betol tengok manusia
macam mana orang nak respeck kita kalau kita sendiri tak reti nak respeck
orang lain di atas muka bumi....

Cuba kalau masing-masing bersatu and bersama-sama boycott
Insya Allah kita boleh menang and pihak lagi satu akan kalah
percaya lah sekarang masanya untuk kita semua bersatu
melindungi nyawa-nyawa yang telah di aniaya........!!!!!

Lagi satu tak perlu la nak maki pekerja-pekerja Mcd
mereka pon berusaha jugak nak mencari kerja lain di dalam
dunia yang mencabar nie sukar nak jumpa kerja kebanyakkannya
sangat-sangat memilih...

Memang rezeki tu Allah yang beri bukan kah Allah menyuruh umatnya
berusaha Insya Allah pasti mereka pon akan temui kerja lain
ingat mereka senang gembira ke kerja di tempat di listkan untuk boycott
cuba tanya pasti mereka turut bersedih 

Memang cakap mudah...lepaskan marah mudah...buat orang marah mudah...
aku bukannya nak bebel poyo macam lah aku nie perfect sangat
tak aku bukannya manusia perfect aku jugak manusia yang tak lari dari
membuat segala kesilapan secara nampak atau pon tidak
cuma aku nak mereka-mereka nie fikir sebetol-betolnya....

Aku pasti pekerja-pekerja mcd sekarang nie pon susah hati jugak
mereka mungkin telah fikir nak cari kerja lain and sedang mencari
kerja lain tak perlu lah nak maki-maki mereka apa salah mereka pada kita
begitu jugak dengan pekerja-pekerja Starbucks

No need to maki-maki lah...!!!
sapa tak geram dan marah terhadap apa yang terjadi kat GAZA
lagi agama kita sendiri islam di perlakukan sebegitu rupa
dalam keadaan ginik kita sepatutnya bersatu bukan hanya tahu maki..... 

Bye(>‿♥)

Tuesday, 5 August 2014

♥ Beraya Berdating ♥

 

Sepatutnya semalam aku post tapi disebabkan kemalasan masih melanda
diri so aku tunda post pada hari nie heheheheh
sabtu lepas beraya sambil berdating dengan family ^_^
buat lah makan sikit-sikit sesambil berselfie kekekeke

Aku kan suka cakap dating dengan family rasanya word tu much better
untuk family lah ehehehe dulu selalu jugak update kat facebook
dating time lah dating dengan dear lover lah 

Pihak tuan rumah buat spagetti dengan buat bbq chicken
pihak tetamu buat mee siam putih dengan cake orange and air green
datang lepas magrib tapi no acara main bunga api hehehehehe

Sis bawak monopod dapat lah selfie dengan bebudak makan sushi
hahahha padahal tak kuasa nak pose selfie banyak sangat
well tahun nie tak beraya sangat lah mood malas sangattt sangattt
just pergi saudara kat Johor jek yang saudara singapore belom lagik

Malas nak menghadap jammed hoccay
lagi plak now dorang dah naik kan harga haishhh 
nak pergi memang boleh cuma malas nak hadap jammed jek
haishh nanti lah bila clear seminggu dua raya baru pergi kot

Kali nie aku tak pakai baju kurung tapi pakai baju lengan panjang black
dengan legging jek kalau pakai baju nie can pakai legging coz cover
and tak de lah nampak over sangat

Masa pergi beraya nie dah use kissful lip tint nanti lah aku buat review
kemalasan nak buat review telah melanda dengan jayanya
tak tahu lah kenapa terlebih makan ketupat agaknya hikhikhik

Now satu family tengah melaksanakan puasa enam di bulan syawal
sesambil bayar hutang sekali sebelom routine back to normal
Insya Allah dapat kot melaksanakan puasa enam untuk tahun nie

Secara jujur lah ehh memang tak rasa pon raya tak rasa langsung
Fad pon cakap dengan aku tak rasa raya langsung tahun nie
memang terasa lah sangat-sangat tv pon tak de cerita raya best
walau pon banyak cerita wayang tahun lepas di play kat tv3 tv2

Bulan syawal nie memang terlalu lalu banyak makan and makan
and makan sampaikan perut cannot masuk lagik makan
selalunya seminggu jek mampu bertahan makan ketupat
but this year 2 ke 3 hari dah tak sanggup nak makan ketupat
cari mee sedap perisa ayam huhuhu.....

Niat nak selfie beraya tak di laksanakan sebab malas and tak biasa
tak boleh langsung nak amek gambar berpose segala bagai
walau pon monopod tu angkut tapi tak gunakan langsung
terasa segan plak nak pose pose selfie kat rumah orang hikhikhik... 

Bye(>‿♥)

Saturday, 2 August 2014

♥ Cuti-Cuti Merayap ♥

 

Orang syok jalan beraya aku plak syok berjalan merayap ke mall hahahha
aritu second raya pergi city square semalam pergi jusco bukit indah
nak pergi ke situ asyik tak pergi-pergi jek

Aku nak merayap ke daiso sebenarnya....
nak mencari container or storage coz eyeshadow dengan blusher macam
tak lawa plak letak kedudukan seperti gituk so i need small container

Tu yang jumpa rak dengan small container
lagi plak dari aritu nak beli hot glue gun sekali stock tak ada
bila carik kat Mr DIY hurmm tak payah ler 

Sekali semalam ada banyak stock beli sekali hot glue stick
now dah settle nak use semuanya dah ada yeeaayyyy

Kat daiso banyak gak item yang aritu aku tengok ada bila nak buy tak ada
sabo jek lah mujur lah jumpa small container tu ngam ngam muat
blusher dengan eyeshadow tu pon okey ler tak over sangat hahahha
asalkan tersusun rapi and senang capai dah settle

Disebabkan etude house buat promotion August Sweeties
aku pi ler jengah tengok apa yang best untu di habiskan duit hahaha
sponge milk talk cuma RM1 jek tapi aku tak beli pong :p
masa beli milk talk free dengan sponge sekali so banyak lor

Tapi aku buy this...

 

Kissful Tint Choux hanya color nie jek yang ada 
tapi tunggu ehhh aku akan buat review taw wait tawwww
aku beli red choux cute kan beli dengan harga RM9.90 ^_^
geram tengok packaging pink ada love ada kiss
dalam bebanyak lip tint yang nie lah paling cute 

Nanti aku buat review ehhh
bukan hari nie maybe next week or another next week or next month
tengok pada tahap busy aku macam mana dulu tak janji naa
lagi plak malam nie ada activity family dating hehehehe

Bye(>‿♥)

Friday, 1 August 2014

Helllooooowww August

Hari nie dah masuk bulan baru....
Nothing different semuanya masih sama seperti dahulu entah lah
Aku sendiri dah penat nak hadapi semuanya



- Posted using BlogPress from my iPad