Tuesday, 29 April 2014

♥ Nak Buat Macam Gini ♥

 

Aku ingat nak buat macam ginik lar senang nak letak makeup,skincare
dengan lotion deoderont segala bagai
nak capai pon senang tak payah nak turun kan bakul 
senang cakap semua serba menyenangkan hidup aku ler

Maybe aku just beli wall shelves sahaja and tak payah nak beli kerusi
just pakai je kerusi yang ada kang menyemak plak banyak kerusi dalam bilik
lain ler kalau bilik besar boleh lar jugak nak letak 2 or 3 kerusi
rasanya muat kot nak letak barang makeup aku termasuk cermin seperti
gambar dari beli belom bukak lagik untuk pakai coz tak de tempat

Maybe satu muat lar agaknya letak barang makeup
nak siap pon senang just capai depan mata saja
lepas tu nak susun susun pon senang jugak

 

Macam ginik pon cantik kan kemas and tersusun lepas tu boleh letak flower
rasanya aku kena buat ginik lar so boleh letak skin care sekali
maybe rak pertama skin care, lotion, deoderont, perfumes & remover makeup
then yang kedua letak barang makeup hurmmm cun jugak cara tu
nanti boleh ler berangan letak bunga rose

Tapi dinding aku tak kan ada penghadang macam gambar so
kena berhati hati tak boleh letak tepi sangat nanti silap sikit jatuh
cantik kan macam tak sesabar nak jadikan kenyataan
hurmm agaknya before raya boleh buat tak ekk :p

Aku nak cakap dengan mum siap tunjuk gambar lagik
then mum cakap suka hati jangan nanti aku muak rasa menyemak
maybe tak kot sebab senang nak letak barang makeup dan lelain
nak capai pon senang tak payah nak jinjit kaki al maklum pendekkk

Aku bekenan color white tapi mana nak carik color white
kat ikea berlambak ada tapi johor mana ada ikea
kenapa lar ikea tak nak bukak seketol kat johor bencii tawwww
yang ada semuanya color biasa jer

Hurmmm aku tak letak cermin besar just cermin kecik tu jek
aku dah nak start survey tengok nak carik yang murah
and tak nak panjang sangat tak nak pendek sangat just sedang sedang
saja kenapa lar dulu aku tak fikir nak buat semua nie

Ohhh lupa dulu aku tak berapa sangat nak makeup
sebab aku kureng dengan foundation sejak dah ada bb cream
saja aku baru rasa syok makeup coz tak terlalu over
aku kureng cikit bab makeup over

Lepas tu aku berangan cikit nak letak lampu
weeee hanganan yang tak beringat ingat wakakakakka
mana nak carik plug tak kan nak berselerak wayar dulu tak nak fikir :p
haishh macam tak sesabar nak jadikan reality

Kenapa lar sekarang nie aku baru pandai nak deko deko bilik
macam seorang pompuan yang ayussss
selama nie tak fikir pon hurmmm kalau boleh tak nak lar
pasal rasa macam girl sangattt grrrrr
but now semuanya berubah ohhh nooo

Hope ada lar kat Mr DIY
nak mencarik ler jawabnya tak kan nak carik sampai kat daiso plak
and siapa nak tolong aku pasangkan...??
kan best kalau aku jenis tahu pasang tak payah nak harapkan orang lain
hurmmmmmm

Tak hagak hagak ayat before raya
pe hal plak ooo kan raya boleh buat deco deco now berangan plak
kat tepi tu boleh letak bunga rose aku dari dulu berangan nak letak
bunga rose hidup kat tepi tapi selalunya time raya jek buat
lepas tu dah tak buat lagik

Susah nak maintain bunga rose hidup lar
kena 24 jam aircond tak boleh kena panas grrr agaknya lepas nie boleh 
buat balik anganan dulu ohhh hooo now dah sibuk nak jadi girly :p

So akan ku jadikan ianya sebagai impian bukan lagik anganan
hope ianya jadi reality bukan anganan ^_^ 

p/s: sumber gambar pertama click here manakala sumber gambar kedua
daripada uncle google...

Bye(>‿♥)

Monday, 28 April 2014

♥ Software Update ♥

 

Menyesal plak update ios 7.1.1 sebabnya ialah battery drain bukan main laju
naik stress aku padahal masa tengah update dah charger so battery dalam
40% gituk terus tidur tutup charger ingat pagi nanti lar nak charger
sekali bila nak charger sebab nak pergi majlis bertunang orang
makk aiii tinggal tu bukan main laju turun

So charger lar kejap then after play game aku akan pastikan tak de
satu apps pon still running bila buat gituk mujur battery masih boleh
cover and dapat lar menampung :p

Nak main game dengan selfie pon dah tak de mood
pasal fikir battery macam air cepat beno drop
sis pon bising bising gak hope after nie dapat lar fix
entah berapa lama lar nak menahan use ios 7.1.1
bila nak kena update ios 7.1.2

Dulu pon pernah kena gak benda yang sama macam biasa ler lepas
update next software dah okey tak de lagi battery drain
so nie nak kena tunggu lar sampai ada ios 7.1.2
tunggu....tunggguuuu dan tungggguuuuu

Lepas nie nak kena make sure power bank always full
so kalau keluar emergency battery drain ada backup
aku nie powerbank pon malas nak charger semua serbaaa malass

Setakat nie mampu ler bertahan 2 hari baru charger
itu pon kalau penggunaan kerap memang every night kena charger
nie pon battery dah jadi merah but aku still tak charger lagikk 
lagi plak kat luar cuaca dah mendung and dengar bunyi kilat guruh
tak berani nak charger...

Dulu pernah charger phone tapi aku terlupa nak cabut
sekali petir kilat terus charger tu tak boleh nak charger lagik
tapi tak rasa pon pasal petir kilat coz tak kan lar selama nie
okey jer tak de masalah maybe charger tu yang bermasalah
mujur dapat tukar fuhhhh legaa

Ada extra duit aku nak beli kepala plug charger untuk powerbank lar
senang tak payah nak kacau kepala plug charger aku and maybe
tu will use untuk charger phone bila keluar ke mana mana
hope one day akan jadi kenyataan lar.......

Bye(>‿♥)

Friday, 25 April 2014

♥ Tenang & Damai ♥



Dari dulu aku suka tempat tempat macam ginik
pantai or laut yang airnya jernih lepas tu boleh duduk rilex rilex or
lepak lepak macam ginik tenangkan diri melihat keindahan ciptaan Allah
mesti bestkan kasi sebulan pon tak apa aku suka janji ada internet

Layan angin sepoi sepoi gituk
duduk sambil baca novel or just rilex kekonon tidur tidur ahakk
sesambil berangan jadi princess ker :p
haishhh kan bestt nak lagikk best nie private beach

Bestkan tempat idaman kalbu lelagi kalau air jenis jernih and lawa
makk aii cam nak fly jer pergi sana tanpa fikir soal kerja
rasanya bukan aku sorang jer kot rasa ginik setiap orang pon sama
coz tempat ginik adalah sangattt damai

Cuma satu jer ngeri takut sunburn ajer
nak putihkan balik susah nanti lagik bertambah stress
makan masa berbulan bulan lamanya grrr

Kan best kalau every month dapat pergi duduk selama seminggu
sampai ler rasa muak dah tak nak pergi lagi huhuhu
nie namanya kerja giler kan tak de orang pon sanggup buat demikian
hehehe tapi aku teringin nak merealisasikan impian kerja giler tu

Aku dah lama aim kan tempat nie 
Maldives search saja kat google semuanya pemandangan yang indah
reganya pon turut indah nak lagik best lagikkkk indah :p
tapi kalau dah macam ginik punya lawa ala tutup mata jek lar bab duit

Mesti romantik giler kan tempat tempat ginik
ala kalau tempat romantik orangnya tak reti nak tunjuk keromantikan
tak berguna jugak huhuhuhu tapi tempat ginik more untuk lepaskan
tekanan dan inginkan sesuatu yang rilex and damai saja

Kalau nak duduk terus boleh tak ekk tak mo balik
or balik pon sekadar settle kan segala urusan urusan then balik semula
agak-agaknya kalau berbulan bulan duduk sana rentung tak ekk kulit aku
yang tak berapa nak putih nie :p

Lagik best kalau reti swimming see bila boring swim kat swimming pool
just terjun jer kat dalam laut siap ada sediakan tangga lagik
tiap-tiap hari dapat tengok matahari terbenam
tapikan bila dah sampai tempat ginik hati pon kecut okey
terfikir kalau jatuh macam mana

Nanti lar aku try korek balik gambar kat palm resort yang seakan ginik
lepas dah jumpa aku try update okey
selagi gambar tak jumpa memang tak berupdate ler jawabnya
terkenang balik plak buweekkkk
so lepas nie nak buat label or tittle throwback
sengaja nak ingatkan balik kenangan :p

Bye(>‿♥)

Wednesday, 23 April 2014

♥ Jumpa Kembali ♥

 

Syukur Alhamdulilah jumpa balik ^_^
semalam malam hilang macam haper aku dok bongkar mencarik
dah ler semalam sejuk sangattt tak pepasal tidur guna 2 selimut tebal
haishhh control aircond saja jer kan bikin pasal

Alhamdulilah jumpa jugak padahal semalam kat tempat terselit tu
aku dah mencari tapi tak ada pagi tadi after Ayyash pergi school
angkat bantal jumpa elok terselit grrr
tak apa lar janji jumpa kalau tak maybe malam nie guna 2 selimut

Best plak guna 2 selimut rasa macam selesa sangat
mujur tak terbabas tidur kalau tak huhuhuhu
jangan malam nie buat lagik sudah tidur guna 2 selimut :p

Selalunya after Ayyash sleep aku akan naikkan sampai 20 or 23
unless if Ayyash dah start gelisah tolak tolak selimut 
aku akan turunkan sampai 16 balik
so semalam sejuk tapi tak boleh nak naikkan sampai 20 or 23

Yang bestnya dah lar sejuk bukan main lena Ayyash sleep
dak tenit sorang nie kalau sejuk makin syok tidur tapi jangan panas
mula lar tolak tolak selimut huhuhu

Dari dulu remote control aircond asyik berlari ke bilik lain
so tak nak benda sama berulang aku sumbat dalam laci
tak pon aku letak kat tepi katil atas meja kecik
tak de sapa sapa boleh usik dah bosan lar asyik mencari
tu yang buat tanda gituk sepatutnya kena gantung tapi aku jadikan tanda

Bilik aku nie dari dulu petang jer kena start bukak aircond kalau tak
merasa lar bahang lelagi kalau petang panas perghhhh haba panas
kat bilik sangat tak selesa 
malam plak kalau bukak kipas jer lagi lar terasa haba bahang panas
nak tidur pon tak selesa 

Kalau dulu zaman sekolah aku tak suka bukak aircond
nanti lepas mandi sejuk gigil gigil ye lar pepagi kan
masa tu tak de lar panas macam sekarang nie
panas memang panas tapi lite jerrr still boleh accept
tapi lepas habis jer sekolah hahahhaa tidur bahagia bukak aircond

Dulu slumber rock jer tidur tak pakai stokin
tapi sejak dua menjak aritu tergatai pakai stokin lepas letak vaselin
terus every night kena pakai stokin kalau tidak kaki sakit
dah tua ker aku nie...!! kalau dulu okey jerr sekarang hurmm

Lepas nie nak ikat jer lar remote control aircond kat tepi
tak de lar lagik kes asyik hilang or terselit huhuhu
suka sangat selit kat tepi katil best sangat ker
padahal aku letak elok jer kat meja :p

Bye(>‿♥)

Monday, 21 April 2014

♥ Kes MH 192 ♥

 

Sumber gambar from google
malam tadi terkejut dapat berita pasal MH 192 katanya tayar pecah
Syukur Alhamdulilah dah selamat landed and semuanya selamat

Nampak kat radar online few forum tunjuk
disebabkan aku using ipad so tak boleh nak bukak lar
tapi ada ler few people show gambar rajah
dah macam gunting plak bila pusing pusing untuk habiskan minyak

Yang prihatinnya rakyat Malaysia ialah bila dah nampak radar tu
kemudian bila plane dah nak landed semua macam happy
bila suddenly plane naik balik semua dah naik risau
After save landed semuanya happy and tak lupa ucap Syukur Alhamdulilah

Kes nie sekurang kurangnya selamat balik landed
and dapat di hubungi so tak de lar risau semacam and taw kedudukan
MH370 until now zero petunjuk sana sini mencari still tak ada
semoga Allah tunjukkan di mana sebenarnya lokasi MH370 berada Amin

Siapa dah watch kat youtube pasal landed MH192
tadi pagi baru aku dapat watch 
bila dah landed je si tukang record cakap Syukur Alhamdulilah
semuanya risau kalau kalau apa-apa terjadi

Mungkin para pekerja KLIA terasa resah and risau lelagi
sejak MH370 yang hilang tak dapat dijumpai kan
kita yang orang biasa pon risau apatah lagik mereka mereka yang terlibat

Actually mungkin bagi mereka pekerja KLIA dah biasa kot
kes kes ginik kecuali kes MH370 lar
flight patah balik mungkin ada yang tayar pecah or maybe engine rosak
so tak de sebarang liputan and tak de yang beritahu

Cuma sejak MH370 banyak plak yang dok bercerita
flight nie ginik flight tu gituk
malah ada yang amek keputusan dah tak nak naik flight lagik
aritu feri karam kat korea pon cakap tak naik feri
aloooooo kalau semuanya dah tertulis tidur pon boleh meninggal

Yang penting pilot and co pilot dah berjaya atasi masalah
dan berjaya landing so tak de lar risau sangat unless if masih fly
nak turun tak boleh hah tu memang risau giler
dah semuanya selamat and harap flight jam 3:30 pm jugak
akan selamat pergi dan balik Amin

Selagi tak landed selagi tu macam tak boleh nak tidur
risau tak mengena tempat betol lar aku nie
siap bukak astro awani nak tunggu apa-apa news
tapi tak de plak tak pepasal bibik bangun hahahahha
hampehhhh

Boleh tak kalau aku nak berharap agar MH370 akan ada happy ending
harap sangat ianya akan di jumpai dan semua penumpang selamat
tinggi kan harapan aku
berharap sangattt kasihan pada waris yang menunggu
tak ada sebarang berita dan pertemuan

Mungkin ada hikmah di setiap kejadian
hari nie kita terasa beban menanggung tapi esok lusa
mungkin dugaan terjadi dapat melepaskan atau menyelesaikan sesuatu

MH192 dah selamat tapi MH370 masih jadi tanda tanya.... 

Bye(>‿♥)

Wednesday, 16 April 2014

♥ Kisah Pinky ♥

 

Disebabkan oleh cute miut aku ingatkan muat la nak letak daily
makeup aku if travel pergi mana mana sekali hampehhhh
dah la cute sangat sangat terasa macam auwwwwww so cute
letak syiling boleh camera pon boleh maybe powerbank also boleh

Masa dapat free gift actually not free gift kot
coz aku keluarkan RM88 untuk dapatkannya 2 kali RM88 okey
tak de la plak aku try masukkan barang barang daily makeup
sebab hati ku kata ala muat la tu tak payah try la mesti muat

Aku pon malas nak amek port gasak la janji muat
now aku sumbat kat dalam almari tempat yang senang nak capai
masih belom digunakan lagik tak tahu la bila nak guna
mungkin suatu hari nanti cuma tak pasti jek bila akan guna

Sampai la kali kedua beli baru la terasa gedik nak try
kekonon ingat muat so yakin over sangat la sekali
try la masukkan hampehhhhh tak muat okey....!!!

 

See terkeluar keluar nymph aura boleh lagik masuk
bbcream tu terkeluar kat bucu maybe kalau zip boleh
tapi tak boleh nak zip habis la huhuhu

Segala jenis lipstick pon boleh kot kalau selit selit
coz compact powder pon aku selitkan sekali grrr
yang paling hampeh i'm bloomig mist tak boleh masuk
kalau bb cream masih boleh la walau pon terkeluar
tapi tu la i'm bloomig mist langsung tak muat
habis tu tak ke rasa macam frusttttttt

Maybe nie boleh masukkan nymph aura, any cushion foundation
dengan lipstick lipgloss or liptint jek la
3 barang tapi yang kecik punya la sabo jek la

Maybe boleh put eyeshadow ker yang kecik kecik or
sedang tapi boleh masuk hah tu jek kot
tak try lagik masukkan nymph aura sunblock any cushion
liptint and lipgloss rasanya kalau tu jek boleh kot
ku sangka boleh muat semua daily makeup sekali
hancur punah harapan ku sob sob sob

Tak apa la kena gak carik bag makeup untuk travel
nanti before beli bag makeup aku kena hangkut sekali
semua daily makeup untuk test boleh tak masukkan kesemuanya
so kalau boleh masukkan kesemuanya hah baru aku beli
akan aku carik sampai jumpa cuma tak tahu jek bila nak
mulakan carik miahahahhaha.....

Mungkin akan muat untuk letak touch up makeup
ye lar after solat or dah hilang ker
tak apa lar mungkin tak muat untuk letak semua makeup
sekurang kurangnya muat untuk letak touch up makeup
so berguna lar jugak hehehe

Just masukkan compact powder dengan liptint sudahhh
maybe any cushion foundation for touch up kan muat
berguna lar jugak untuk dijadikan bag touch up
selalunya aku akan sumbat jer tak put dalam bag
after nie dah boleh put dalam bag and tak bersepah  ^_^

Bye(>‿♥)

Tuesday, 15 April 2014

♥ Bakery Town ♥

 

 Aku tengah syok main game nie Bakery Town
itu pon lepas sis yang main semalam aku kan rajin godeh phone dia hehehe
then aku cakap bestnya nak download la tapi tak download pon
tadi pagi baru aku download 

Sis cakap game nie can play without internet tapi aku tak caya
mana taw kot kot kena prank ke sekali ehh betol lar without internet
can play wahhh besttt besttt so kalau ke mana saja pergi can play
tanpa risau tak ada internet janji battery full

Untuk pengguna android maaf coz game nie tak ada
yang ada cuma pengguna ios sahaja
actually game nie ada 2 satu bakery another one restaurant
pagi tadi aku main kedua duanya tapi macam tak sanggup
nak uruskan tu yang aku remove buat penat jer main sampai
level 6 :p

Game nie seakan akan Bakery Story tapi game tu need internet
if tak de internet jangan harap tapi if internet ada tapi kekadang
mereng kita dah serve masakan bila sekali lagik bukak
masakan tu masih kat oven hampehhhhhh

Aku baru level 7 asyik tak cukup coin pasal dah beli wallpaper
huhuhu nasib ler sis bising siapa suruh ikut mata aku nie
tak boleh kalau nampak notification mesti nak settle kan
kalau tak rasa macam eiii menyemakkk

Ada lar jugak game yang best
sejak dua menjak nie makin kurang main game kat phone
bila jumpa game best hah sangkut tapi battery jek la tak menahan
standby je la charger hehehehehe

Tengok menu semua best best tak sabar je nak unlock
kalau main kat ipad maybe lagik best kot sebab besar
malas plak nak download kat ipad huhuhu
kang kalau merayap aku jarang angkut ipad so tak pepasal
sementara nak menunggu aku tak de game nak main

Dulu aku rasa download game bermacam macam tapi tak main
la nie download game sikit pon tak main jugak grrr
so lepas nie nak bersihkan lar mana game aku jarang main
nak remove buat menyemak ajer

Untuk seketika nie aku dah mula gian main game nie
sis plak ada few game dia handle giler kental minah sorang tu
aku plak dah tak larat nak jaga game banyak banyak
now belom busy kang after dah settle few things busy akan melandaa
so baik aku stay satu game saja

Ohhh ya game flowerama pon best gak tu pon kai android tak de
maybe sebab tu kot faktor kedua sis telah menyimpan samseng dia
dalam box and use iphone hohohoho
samseng samseng apa lar nasib aritu aku now sis plak :p

Siapa main game nie jom jadi neighbour
tinggalkan id name game nie so aku akan request
grrrr now aku stop baking nak kumpul coin
untuk extand bakery ku habiskan semua masakan yang ada
dah dapat extend dapat ler menambah kerusi meja

Dulu aku suka main game baking life kat facebook
dah design pink + brown cantik but now game tu dah berkubur
kalau lar ada kat app store kan best boleh play
aku sanggup mulakan balik huhuhuhu

Kumpul coin ehhh cuma yang nie kena bersihkan satu per satu
kalau yang story punya sekali click nanti akan bersih tapi yang
nie kena click kain then macam spray lepas tu nanti kat lantai
or kerusi or meja akan ada pisang la ala macam makanan jatuh
then kita kena bersihkan nanti dapat coin and xp

Game nie xp dia bestttt tak sabar nak kejar sis hehehehe
minah tu dah level 11 aku plak baru level 7 aduhhh semput nak kejar
tak pe kalau aku tala game sehari suntuk confirm lebih daripada sis
grr tak kot sehari suntuk setakat yang mampu jek lar
abis benda lain tak buat asyik main game jerrrrrr

Hoyeee jumpa game besttt shukerrrr
tak menahan lar battery before nie dapat la aku cover sampai
2 hari lepas nie sehari jer la battery menahan terus kena charger
nie pon dah 30% tapi malas benor nak charger grrrrr

Bye(>‿♥)

Sunday, 13 April 2014

♥ Why Why Whyyyyyy ♥

 

Kenapa internet kau buat perangai mau tukar jadi siput babisss ka
asyik loading jer memanjang bill dah bayar tapi macam arghhhh
ingat monday nak pi complain lar nape makin lama makin macam 
grrrr kenapa bukak tutup lepas tu kat phone kena forget then connect

Streess tahu tak nak mengerjakan ingatkan okey tapi makin lama
makin grrrrrr dah tak tahu lar nak buat macam mana lagik
dah back macam dedulu masa baru pasang internet
naik peninggg nak fikir

Takut buat complain nanti suruh upgrade ke Unifi
aku plak unifi nie macam kureng la adakah ianya lagik better...??
padahal amek yang paling besar punya masa nak apply siap kena
perli kata nie rumah ke office hampehhh

Aritu orang TM call tanya nak upgrade ke unifi
laju je aku jawab tak nak :p
lampu blink blink jer kekadang bilik sis tak dapat
hampehhhh coverange ke bilik aku jer another satu bilik
terus tak de line stress betol lar

Lepas tu instagram also buat perangai aduhaiiii
sabo jek lar satu per satu buat hal lepas nie apa plak buat hal
tak pe monday buat report lar jawabnya kalau di suggest
tukar ke unifi hurmmm nak bising or what...!!!!

Akan ku fikirkannya....
tunggu jek la monday tengok apa yang dikata
selalunya aku bersabar tapi ntah lar macam tak boleh nak sabar
every month bayar tapi makin lama makin menyakitkan hati...

Bye(>‿♥)

Thursday, 10 April 2014

♥ Pepero Halal Atau Tidak ♥

 

Sekarang tengah famous pepero kan kan kan
sana sini orang beli and makan siap promote kaw kaw bikin air liur meleleh
tapi aku ada terbaca ada yang kata halal ada yang kata tak halal
so sekadar baca and okey

Sabtu lepas aku merayap pergi jusco sekali ada jual korean food
and pepero nie ada dalam rak so try la godeh godeh cari logo halal
sekali tak ada okey logo halal terus tersentak kata halal tapi nape
tak ada logo halal

Kitaorang dah ajar Ayyash nak beli food or sweet or chocolate
kena carik logo halal if tak ada logo halal tak boleh beli
Alhamdulilah Ayyash setiap kali beli any food akan carik logo Halal

Bila dah ginik tak kan kami sebagai yang dah dewasa tetap nak beli
padahal dah terang terang tak ada logo halal pasti Ayyash akan kata
tak ada halal cannot buy Ashyu

Bila search pasal pepero ada yang kata sekarang dah halal
tapi ada few yang boleh makan katanya dah check segalanya
selagi tak ada logo halal pada kotak memang tak akan beli la
lagi kita sendiri dah rasa was was so tak akan beli la

Semalam godeh godeh instagram sekali keluar 
printscreen email owner apa ntah nama kata ianya tidak halal
kalau dah owner kata gituk tak kan kita boleh memandai mandai
cakap kandungannya halal...

If betol halal bagus lar semua muslim boleh makan tanpa risau
kalau sebaliknya takut jugak nanti benda tu jadi darah daging
ada comment kata siap tegur someone nie pasal pepero sekali
someone nie kena block aduhaiiii payah jugak nak menegur 

Kita dah tahu kebenaran kalau tak diberitahu berdosa
tapi bila di beritahu pihak lagi satu tak boleh nak menerima
macam mana tu...??

Ada yang post kata pepero diletakkan bahagian tidak halal
so dah tahu kenapa still nak makan jugak and menolak kebenaran
tapi aku berharap agar ianya betol betol halal boleh dimakan
supaya semua muslim boleh makan tanpa risau ^_^

Kat mana ye boleh check bab bab halal
bukan apa banyak jugak produk kat pasaran yang di jual
tanpa ada logo halal and orang beli tanpa checkk
dulu aku pon sama beli tak check sekarang je baru check
kalau boleh nak always check la

Fening kejap ada kata halal kejap ada kata tak halal
saya perlukan satu jawapan yang tepat..!!!
kalau halal jangan maki aku plak ehhhh sebab wujudkan entry nie
bukan nak poyo or bajet alim tapi nak kepastian sahaja

Benda benda ginik syok makan time tengok tv update blog
lagiiii ada box besar perghhhh syokkkk
kalau ada drawer boleh dijadikan tempat bikin stock pepero
bahagia woooo tapi tu lar boleh plak tak halal

Harap harap ada lar yang sudi untuk apply kat Jakim
pasal logo halal and pastikan tak ada bahan yang tidak halal

Shomel plak design pepero kalau kat Japan banyak jer tempat
untuk design design semua tu aku layan kat youtube
sampai terasa nak beli seketol :P

Bye(>‿♥)

Tuesday, 8 April 2014

♥ Evening Primrose Oil ♥

 

Multivitamin yang wajib di ambil setiap hari ^_^
selalunya amek pagi dengan malam sebelum tidur
if terlupa amek pagi so ku amek sebelum tidur
so tengok la bila ingat makan bila lupa tak makan

Aku nie bukan nya jenis every morning routine amek vitamin
lagi banyak vitamin ayooo fenat hoccay
dedulu aku amek epo brand cosway tapi selalu skip jer
bila ingat makan bila lupa langsung jadi display jekk

Bila makan tak rasa apa-apa effect pon so aku stop tak makan
aku start balik pon pasal period yang keluar macam nak tak nak
stress betol rasa malas nak layan aku diam kan jek
bila tertry GLA baru keluar betol betol tu pon aku stop gak

Few month start balik so aku pon google la pasal evening primrose oil
apa brand yang bagus apa yang tak ada kesan baik buruk
semuanya aku mengkaji huhuhuhu sebab nak carik yang the best
punya pasal bersengkang mata mencari last last jumpa la brand blackmores

Walau kat pharmasi ada banyak sangat jenis sampai boleh garu kepala
nak mencari apa yang okey ikutkan nak jer yang color pink tak mo
green kan peminat pink harus carik pink jugak :p

Aku beli bulan January 2014 masa Fad tunang
kat charing ada promo 3 botol yang ada 100 capsules RM99.90
now tak sure plak sama ada masih ada atau tak promotion
aku ingatkan tu paling besar rupanya masih ada lagik yang besar

Botol besar nie kalau travel mana mana susah coz memberatkan bag
dah tu nak separated takut terbuang la plak haishhh
try carik botol kecik tak de if ada aku nak buy gak
bila habis botol tu boleh gunakan hehehehe

Disebabkan kekadang ingat makan tak ingat skip so still ada lagik
dari january sampai ler now april memula aku amek sebiji
bila rajin sikit sehari 2 biji tengok la pada kerajinan
lepas tu bila period aku stop walau boleh je nak makan
tapi sebab period aku kekadang ting tong so aku malas nak amek
risiko takut ting tong datang balik aku gak susah

Bila makan nie rambut just nice and gugur still ada gak
tak tahu la nak makan multivitamin apa untuk rambut
satu jer aku kureng cikit dengan epo blackmores
akan sampai satu tahap akan keluar keputihan jernih
macam air sampai kena pakai everyday pantyliner

Tapi bila malam hilang cuma siang hari je
disebabkan tahun nie dah sebulan period aku ting tong
aku ingatkan period aku dah tak de color sebab tu keluar
gituk :p maybe nak regularkan balik period aku kot

Hasil bacaan ada someone nie kata dia pon kena gituk
pasal senang nak detect waktu kesuburan
untuk yang dah kahwin itu adalah penting tapi untuk belom kahwin
tak amek pedulik kang esok esok dah nak menikah hah baru sibuk
mencari ilmu :p

Aku amalkan epo nie hanya khas untuk period saja
so untuk kulit, kulit muka dengan yang lelain
tak berapa nak amek port sangat coz niat makan epo untuk
satu tu jer tapi maybe ada effect yang aku sendiri tak nampak
mungkin now belom lagik nampak kot

Now kena la merajinkan diri untuk amek sebiji pagi and malam
tapi masih jugak ada negative untuk evening primrose
biar la asalkan ianya bagus untuk aku and orang lain Alhamdulilah

Satu capsules evening primrose oil boleh dijadikan mask
just cucuk and keluarkan ratakan jek kat muka
tapi aku belom test tak tahu la hasilnya sapa pernah try ekk
one day aku nak try ler

Now nie la multivitamin yang aku kena gak rajinkan diri untuk amalkan
kalau dulu aku selalu skip bila ingat makan selalu jadikan display
now happy my multivitamin botol label color pink
actually ada lagi satu evening primrose + fish oil
tapi tak de terasa plak nak try yang tu label color blue

Disebabkan terganas habis tercabut yang tepi apa ntah nama
bila ntah tercabut pon aku tak tahu maybe aku tak perasan kot
dak Ayyash pesan dengan aku jangan makan epo aku tapi makan
vitamin C dia hehehhe

Ada banyak kebaikkkan epo ala semua orang dah tahu kan
kang ulang tayang malas plak :p

Aku pelik la manusia nie sedangkan doctor sendiri yang suggest
suruh amalkan epo bagus untuk dalaman apatah lagik melibatkan
period and hormon tapi masih lagi ada manusia terutama
yang jual product supplement yang lain condem kata tak bagus
tak elok amalkan selalu yang bagus hah guna lah product X
sangat bagus jangan la amalkan makan epo tak bagus ayooo

Kita mencuba amalkan apa yang patut tak salah untuk mencuba
kalau berhasil Syukur Alhamdulilah ^_^
aku fobia if period problem macam dulu
hope sangat lepas nie tak de lagik problem and hope sangat
bulan nie and bulan bulan akan datang keluar tanpa ada problem

Period tak keluar pasal stress
ya kekawan stress ada lah penyebab utama selain daripada kegemukkan
dulu aku kalau exam mesti stress hah masa tu period pon datang lewat
tapi masih tetap keluar cuma sekarang nie jek mentel bikin perangai
hope bulan nie and akan datang tak de bermasalah la Amin

Rajinkan diri tak mo malas nak skip skip
kena ingat pagi makan sebelom tidur makan
kekadang ingat kekadang lupa huhuhu
so nak atau tak kena gak paksa diri untuk rajin huhuhu

p/s: Bab kurus bila makan entah lar tapi now malas plak nak berkadio
ayooo macam mana la nak rajinkan diri grrrrr....

Bye(>‿♥)

Wednesday, 2 April 2014

♥ Review: Nymph Aura Mix BB Cream ♥

 

Favorite ku sentiasa Nymph Aura & Bb cream
sejak dari dulu first time beli terus rasa syok
coz bila mix together ianya akan menghasilkan
effect yang sangat cantik

SA ajar mix bersama-sama tapi if nak pakai dulu
before bb cream pon boleh jugak terpulang la
pada sesiapa tapi kalau nak effect more cun better
mix kan

Selalu lalu nya aku akan pump bb cream sebanyak 3 kali
kekadang 4 kali then hanya sekali dua pump nymph aura
tapi tengok la pada kuantiti bb cream yang di pump
kalau banyak di pump nymph aura pon kena pump banyak
actually dia ada skala tak jumpa plak cari kat google


Aku selalu buat beginik
kekadang muka lepas tapi leher tak lepas la plak ayooo
nanti bila dah mix hasil color sangat cantik
tapi masa nie aku tak sempat nak snap hasil mixing
pasal tak sempat nak cepat huhuuhuhuhu

Lepas dah mix just apply jek la kat muka
selalunya aku akan mulakan letak dot dot kat bahagian muka
kemudian baru aku blend keseluruhan

Untuk aku puas hati la hasil mix nymph aura dengan bbcream
nampak perfect ajek di mata aku lagi pon kalau aku pakai
any cushion foundation aku akan apply dulu nymph aura
lepas tu baru apply any cushion foundation

Apa yang aku perhatikan kalau mix dengan bbcream
tak banyak la nymph aura akan di pump
kalau pakai gituk mesti la banyak di pump untuk ratakan satu
muka sampai leher sekali
so lagik untung mix kan dengan bb cream ^_^

Kalau nak effect lagik best aku akan apply dengan loose powder
nanti jadi macam smooth jek and bila pegang pon macam
lembut jek berbanding apply dengan compact powder
selalunya compact powder akan digunakan untuk touch up
lelagi selepas solat untuk rasa macam freshh jek

Sebab tu aku beriya iya nak beli stock nymph aura volumer
pasal effect mix tu buatkan aku sangat puass hati
hope sentiasa akan okey and sentiasa puas hati la
lagi plak nie review aku sendiri ^_^....

Nymph aura nie ada banyak jenis
ada jenis stick lepas tu ada yang dah siap complete mix dalam case
seakan akan compact powder maybe tu untuk memudahkan lagik kot
lelagi kalau travel so tak payah la nak bawak 2 ketol bersama
just bawak satu semua complete kat dalam tu


Jenis compact powder jek ada few tapi aku pon tak tahu apa kegunaan
lagi plak aku rasa macam tak menarik minat la lebih suka jenis macam ginik
tapi kalau ikut kira kira bajet jenis macam compact powder lagik untung
kot tak pasti la berapa harga

Nanti kalau ada bajet yang terlebih lebih nak try mist plak
nak tanya SA apa beza Nymph Aura Mist dengan I'm Blooming Mist
lepas nie nak buat review I'm Blooming Mist la tunggguuuuuuuu

Bye(>‿♥)

Tuesday, 1 April 2014

♥ Bulan ke 4 ♥

 

Hari nie dah masuk bulan ke 4 di tahun 2014
makin lama makin cepat masa berlalu meninggalkan segala galanya
tinggal 88 hari lagik kita nak sambut bulan Ramadhan
mengigatkan untuk ganti pose...

Kalau dulu setiap masuk bulan baru aku selalu berharap
akan hadirnya pelangi selepas hujan yang turun tapi
nampaknya pelangi itu masih belom mahu muncul
cuma hujan yang kadang kala asyik menghampiri

So apakah perancangan buat bulan April hurmmmm
iskk kelatnya mata ku rasa macam nak lelap lelap jek
nie kalau dapat tidur phewww syokkk hoccayyyy

Dedulu masa belom keluar fatwa April Fool haram
habis bebudak kelas kena bahan tapi bukan aku bahankan dorang
aku tak amek port cuma tengok jerrr
kekadang rasa hampeh betol now kebanyakkan mereka dah jadi
suami orang macam tak percaya plak :p

Ahhh rindunya zaman zaman dulu
kalau di tanya nak kembali ke zaman apa aku nak masuk balik
time 2008 then nak adjust apa yang patut cehh tak hagak hagak
tak mungkin hoccay terus menuju ke hadapan bukannya belakang

Bila april tiba baru tersedar yang ganti la puasa cepat...!!!!
kang dah sampai masa tak menyempat nak ganti
terasa macam nak salahkan jer kena demam denggi :p
cer kalau tak kena confirm puasa maintain....... 

Bye(>‿♥)