- Posted using BlogPress from my iPad
Thursday, 31 October 2013
Wednesday, 30 October 2013
♥ Keganasan Sangat ♥
*Left-Selesai buat Right-Habis Jahanam*
Nampak tak betapa keganasan sangat sampai glitter kat charger pon
boleh tercabut cabut maka tinggal la sedemikian
aku belajar buat nie masa kat new location so use kepala plug lain
jadi hasilnya sangat mantoppp :p
Bila asyik guna guna and guna
ehhh makin mengelembung then macam small pecah pecah
aduhhhh kenapa jadi gituk di sebabkan takut makin teruk
aku pon simpan la elok elok
Sekali bila ari friday lepas nak use balik
pecah sampai macam gituk
walhal tak guna dah simpan dalam laci grrrr
Ingat nak bersihkan glitter glitter tu
and nak paint use nail polish
tapi nak cari yang glitter glitter la cun sikit :p
Kebetulan etude house pon buat promotion nail polish
paling murah RM1, RM3, RM5 paling mahal RM10 & RM12
nie aku baru baca kat facebook etude house
so boleh la buy yang RM1, RM3 & RM5 hope rega tu ada
yang glitter glitter la :p
Macam taw taw jek aku nak buy nail polish tup tup
keluar promotion meeeeooowwwwww
tapi aku tak pakai la leceh plak nak kena ada remover
dulu dulu sukerr pakai now dah insap :p
pakai pon time "cuti-cuti"
Kalau ada jual mod podge
maybe okey no hal coz aku tengok DIY glitter charger
kat youtube tapi dah merata tempat cari still tak jumpa
kalau tak silap kat midvalley ada tu pon aku try search
mod podge kat Malaysia hurmmmmm
Try using nail polish tengok jadi tak huru hara
hope berjaya la and palinggg penting tak huru hara
kalau tak mesti burukkk :(
Sekarang nie jek aku tengok kepala charger tu buruk betol
and dah macam bertompok tompok la pulak
haishhh after dah buy nail polish baru start kikis glitter tu
hope sangat ianya akan okey and cantik
nanti kalau jadi aku snap gambar ehhh kalau jadi la
kalau tak jadi pon nak post jugak la :p
Tuesday, 29 October 2013
♥ Selesakah Pakai Braces ♥
Jumpa keyword nie kat nuffnang so aku fikir meh i story cikit
selesa ke tak pakai braces nie bergantung pada individu
selalunya permulaan a bit tidak selesa la
Bayangkan seberapa lama kita hidup tak ada benda kat gigi
tutup ada something kat gigi yang membuatkan kita tak selesa
apatah lagi bila waktu nak tidur feel something sedang bergerak gerak
so ketidak selesaan bermula di situ pada peringkat pertama
Nanti lama kelamaan dah tak kisah pon
sebab dah biasa braces bersama sama dengan kita
makan mandi tidur bersosial ketawa menangis
kekadang terlupa pula yang diri tu sedang memakai braces :p
Peringkat kedua yang tak selesa adalah every appoitment
mengetatkan braces ingat every appoiment....!!!
ye lah sometime bila dawai tu dah makin panjang
dentist akan potong dawai tu akan mengetatkan lagik
Bermula kembali rasa ketidak selesaan di situ
sama seakan akan peringkat permulaan
sometime rasa macam nak cabut or pecahkan ajek
tapi tu sehari dua jek kemudian dah okey back to normal
Benda nie akan berterusan sampai la
braces di bukak tapi ingat after bukak braces akan terasa
seperti lain pulak di gigi
ye lah before this yang letak (donno the name) and dawai
bersama sama so bila bukak feel lain cikit la
Alhamdulilah sepanjang 2 tahun (kalau tak silap la aku dah lupa)
aku enjoy pakai cuma bila ketatkan tu jek stress
tak selesa and feel macam gigi kembali active bergerak
lelagi kalau waktu malam walaweyyyy
Setiap kali appoiment tukar dawai braces
mesti aku mintak mc muahahahhaha
mesti cikgu or pengetua boring kan
asyik nama nie jek naik mc pasal change dawai braces
padahal mereka tak tahu betapa tak selesa gigi ketika itu
Tapi kena ingat nak lawa kan
kena la tahan sakit
maybe sebab tu kot dulu aku tak kisah sangat tang tukar dawai
cuma tang cabut gigi okey yang tu kecut perut
tak boleh nak control Dr Mathew pon tahu macam mana punya
aku takut nampak sangat riak muka aku takut muahahhaha
Nantikan after dah cabut braces
pasti akan merindui detik detik pakai braces
and terasa macam nak pakai balik
aku selalu feel macam gituk
tapi nak buat apa pakai balik braces
gigi dah cun walau pon gigi belakang dah selamat
operation and cabut
Selesa atau pon tidak terpulang la
kita sendiri yang rasa sama ada ianya akan selesa or not
aku tahu pada siapa yang search selesa pakai braces
coz dulu before aku pakai braces
aku asyik survey and survey kat google
ada yang kata sakit bila gituk jadik kecut
malah ada yang kata tak sakit terus bersemangat balik
Cuma tang operation buang gigi geraham tu jek
aku tak search pasal takut melebihi
ianya melibatkan jahit menjahit
sedangkan braces tak de melibatkan jahit menjahit
cuma melibatkan dawai dawai saja
Actually dawai tu ada nama dia
tapi aku dah tak ingat and malas nak google
mencari nama tu yang aku bantai letak damai
sedap cikit dengar daripada wayar
rasanya entry dulu aku letak wayar kot malas nak godeh
So kepada yang nak mencuba pakai braces
just enjoy setiap moment memakai braces
walau pon sakit tapi nak lawa punya pasal letak tepi jek la
lagi pon pakai braces nie bukan untuk lawa saja
kena kes macam aku gigi berlapis lapis kemudian
nak gosok gigi ada part yang berlapis tak kena
so nanti rosak la pulak kan
So cara paling selamat pakai braces ajek
ada banyak pilihan tapi aku pilih transparent
senang dari jauh tak nampak :p
mujur dulu tak kena kutuk sapa pakai braces
senang kena kilat or petir coz kat gigi ada besi ngeh ngeh ngeh
Bye(>‿♥)
Monday, 28 October 2013
♥ My Power Bank ♥
My power bank Syukur Alhamdulilah berjaya jugak beli
itu pon lama aku dok survey and survey and survey
macam macam brand ada malah ada yang original ada yang fake
hurmmm sampai naik takut untuk beli
Memula masa beli iphone 5 aku nampak power bank tu RM199
kalau tak silap patern bukan ginik la siap ada color pink
masa tu tak fikir pon nak beli just dalam otak ahh nanti la
So sampai la minggu lepas duit dah ada kat tangan
bila pergi ehh tak ada hurmmm tanya kat SA machines
Jusco so dia tunjuk la which one better and which one tak okey
so brand yang dia kata okey tu stock dah habis hurmm
Semalam after dah pergi pameran sekolah international
untuk ayyash balik tu singgah city square sekejap
so tanya la pasal power bank
yang ada kat situ bermacam macam
Kebetulan Machines kat city square ada si Tony
dia dah biasa dengan aku if beli barang barang apple
and kalau dia ada aku jadi senang coz dia akan tunjuk kat aku brand
ape yang bagus and how to jaga iphone ingat lagik masa
memula pakai iphone 4 dia ajar jgn kena air and suggest
kat aku download few apps yang bagus
So brand yang SA Machines Jusco tunjuk tu adalah tak bagus
banyak sangat return balik fuhhh selamat aku tak beli
then few brand dia suggest kat aku la
and dia kata better amek 6000mAh just tambah cikit duit
daripada amek yang bawah RM200 tapi just 4000mAh
Aku pon fikir berkali kali memang betol la
so grab la yang nie tak apa la mahal sedikit asalkan
boleh pakai lama hah tu yang penting
Yang nie include with small cable charger
so senang no need bukak usb kat port charger untuk bawa
ke hulur ke hilir menyusahkan ajek
cuma tu la kena charger use charger iphone huhuhuhu
Belom charger lagik
seeloknya tutup after dah nampak lampu penuh
tapi kalau nak charger 4 jam untuk permulaan pon boleh
aku belom fikir lagik huhuhuhu
Now nak cari small bag untuk put so senang nak bawa ke
hulur ke hilir siap tony kata senang kecik and put dalam bag
walau pon tak dapat pink color tak apa la rela kan ajek la
Aku nyaris nyaris mahu beli brand pineng
tapi entah asal nak beli mesti ahh tak apa la
malah aku siap dah tanya harga plus kos postage lagik
berserta account bank number lagik
maybe cannot wait kot penghantaran or maybe aku jenis
sukar nak percaya buy online things huhuhuhu
Tak mengapa la janji dah ada power bank
senang if tak ada battery tak de la bila nak keluar time tu baru
terhegeh hegeh nak charger
pernah sekali pagi tu aku harus bangun awal nak ke bank
uruskan urusan bank then pagi masa nak mandi ehh handphone
tak ada battery kelam kabut charger
dalam fikiran asalkan dapat cikit buat call emergency cukup la
Dulu fikir ahh no need la aku kan selalu kat rumah
cuma tu la if keluar emergency or what still need power bank
miahahha padahal bajet RM200 jek tak pepasal kena
menambah RM49 hohohohoohoho
Muahahhahahaha buy usb saja
kepala plug banyak sangat so just beli usb saja la
RM79 sanggup beli original pasal takut
dedulu masa memula beli iphone kedai tu cakap jangan pakai
charger bukan orignal nanti boleh meletop
paranoid kan hahahhaha
Kebetulan ios7 dapat detect usb yang tak original
sangatt leceh so malas nak menambahkan masalah
so better jangan cari masalah
apa yang aku merepek nie....!!!!
Charger yang include with iphone tu
aku masukkan balik dalam box muaahahhahahha
dah lama aku berniat if beli iphone
aku nak beli extra charger so just use extra charger jek
tak de la nanti usb charger aku bertukar hitam
Aku kan nak kasi usb lawa lawa
sometime ganas jugak la tapi bila beringat sopan sopan
harap harap port charger tu tak bikin masalah la
bila search kat instagram banyak sangat problem
tercabut la tertanggal la aduhhhhhhh mujur aku tak seganas
begitu muahahhahaha
Nanti bila pen dah habis dakwat
aku nak pasangkan braces kat usb charger
kat bahagian port charger tapi tu la
bila la nak tunggu pen habis dakwat
Now impian dah jadi realiti meeooowww
mudah mudahan impian dan doa lain turut menjadi realiti
tak sabar nak menunggu
Aku tengah pening nie nak buat design sticker perumahan
aduhhh mana nak korek idea nie
buntu habissss idea ooooo idea datang la supaya aku boleh
settle kan kerja mendesign ticker perumahan
Friday, 25 October 2013
♥ Tazkirah 16 ♥
#Ya Allah semoga selepas nie banyak la kebahagian
yang akan mewarnai kehidupan kami
Semoga apa yang terjadi nie akan mengembalikan
segala kebahagian kami
Ya Allah semoga apa yang kami merancang
akan menjadi kenyataan
Amin Amin Ya Robbal Alamin
Bye(>‿♥)
Thursday, 24 October 2013
♥ Seram: Bunyi Mengaummm ♥
*Cute sangat tapi apesal muka sedih nie*
Aku teringat kisah tahun 2007
masa kejadian mum and daddy sedang menunaikan Haji
jadi kami adik beradik duduk saja la kat rumah
rasanya nie before aku amek SPM la *tak ingat sangat*
Sedih oo raya haji tanpa mum dengan daddy
kejap kejap call kejap kejap call
padahal sebelom nie mum and daddy pernah pergi Umrah
bulan puasa balik pula raya pertama
Masa kejadian tu aku belom tidur lagik
biasa la orang suka tidur lewat malam kan :p
memula dengar bunyi macam tiger aku pon
ehh mana datang bunyi nie
ke aku tengok mtv lagu ada tiger nie
So aku pon ahh gasak la aku nak layan Mtv nie
layan lagu lagu sambil membawa hati lara
tak lama selepas lagu tu habis aku perhatikan
ehhh dah tak ada plak suara tu
Aku sempat slowkan volume and mute
untuk perhatikan bunyi mengaum tu
tapi masa tu sukar nak detect
disebabkan bila slow volume tak de bunyi lagik
so aku pon buat donno jek la
Keesokkan hari pada malam
aku baru lepas keluar toilet and sis plak belom bukak tv
tengah duduk duduk terdengar lagi bunyi mengaum
aku tengok sis and sis tengok aku
apa lagik dengan berani nya aku dah jom ahh tidur
Aku cerita dengan sis
semalam aku dengar bunyi yang sama
aku ingatkan suara dari music video
tapi entah la
Until now bunyi bunyi mengaum tak ada lagik
terfikir jugak jiran belakang rumah nie ada bela tiger ke
sebab sebelom nie memang tak pernah dengar bunyi seperti
tu tapi boleh plak 2 hari berturut turut dengar
mujur hanya sekali saja bunyi tapi cukup pelik
Mungkin saja saja kot nak berbunyi
mujur lepas tu no more lagik bunyi bunyian tu
aku call mum bagi taw then mum pesan baca apa yang patut
jangan tidur lewat and nak pergi toilet kejut sis
Biar la bunyi bunyian tu
asalkan tak menganggu ketenteraman keluarga aku sudah la
kebetulan masa tu aku boleh kena sakit demam haishhhh
memang tak boleh jarak jauh dengan mum and daddy
biasa la anak bongsu kan anak manja mum dengan daddy
tapi manja ker...???
Semalam bunyi cicak lagik haishhh
bukak ayat ruqyah senyap tapi dengar bunyi ketuk ketuk
hurmmm mengacau ajekk gasak la
macam aku cakap asalkan tak menganggu ketenteraman
and kebahagian keluarga aku sudah la
P/s: Nak pakai inai tadi dah pi beli kat Kota Raya *tak ingat nama baru*
Tuesday, 22 October 2013
♥ Hello Kitty Tin ♥
Masuk guardian terjumpa tin yang super duper cute nie
lelagi hello kitty aiseyman dah tak mampu nak menahan godaan
apa lagik terus buy :p
rega kalau tak silap RM9.90 la tapi dekat dekat rm10 la
Besar tak besar mana
tapi okey la kalau nak letak letak apa-apa small barang
and kalau masuk dalam bag pon boleh
Cutekan color red sana sini ada hello kitty
masa nampak tu aku dah rasa auwww why so cute
so apa lagik grab la tanpa pandang kiri kanan heheheheee
Nanti if ada macam nak beli lagik la
coz isi kat dalam tu syokkk ooo
nak taw tak apa isi kat dalam tin tu...??
Ada biscuit yang bergambar hello kitty
sedap oo biscuit nie rasa macam lemak lemak gituk
sebab tu rasa macam nak beli lagik
pasal biscuit nie la
Memula rasa macam ala sayangnya nak makan
tapi kalau tak makan macam rugi plak
so sumbat ajek la dalam mulut
walau pon terasa bye bye hello kitty biscuit
cute apa geram jek tengok balik
Ada few design la
dalam 6 ke apa tapi yang kecik kecik punya banyak la
macam just kepala hello kitty hah tu banyak
arryash pon suka makan katanya sedap
Haishhh macam terasa nak buy lagik jek biscuit nie
tapi rasanya macam dah tak de lagik kot
aritu nampak kat giant
Biscuit habis tinggal tin ajek la
macam macam benda boleh put dalam tin tu
macam gelang ke rantai ke cincin ke or
anting anting ke
Berbentuk square apa jek boleh letak
maybe small eyeshadow boleh
tapi cannot put besar gedabak punya bb cream
kalau boleh put happy wooooooo
Charger phone pon maybe boleh letak
mana taw kot kot tak nak tertukar charger
dengan orang lain cara paling selamat masukkan dalam tin
Or maybe boleh letak duit dalam tu
buat macam ala ala tabung yang tak ada lubang untuk
letak duit miahahahhahaha
Kenapa la cute sangat nie....!!!
kalau ada design lain terutama color pink
harus ler grab mesti lagik cute
tapi semuanya color red design yang sama hurmmm
Aku letak pantyliner kat dalam tin tu
tujuan letak ialah senang nak bawa ke sana ke sini
terutama kalau pergi mana mana
So tak de la bersepah sepah pantyliner kat dalam bag
nak kena korek untuk mencari lagik
so bila letak dalam tin seperti gini senang
just keluarkan tin hello kitty and bawak pergi toilet
Orang pon tak perasan apa yang akan di bawa
mesti mereka fikir apa lah ehh ada dalam tin tu
tak pon mesti ingat tissue
mesti ada yang kata wahh rajinnya letak satu per satu
tissue kat dalam tin sebegini
Bila la nak keluar color pink pulak
haishhhh sabar menanti
yang pasti mesti tak ada color pink hurmmm
Tapi tak apa lah
yang red nie pon cantik jugak
simple and cute
senang nak di bawa ke mana mana
and tak makan space kat dalam bag
Harap harap always cute la
tanpa berkarat hehehehehhee
Sunday, 20 October 2013
♥ Penderma Darah ♥
The Store pandan buat kempen menderma darah
dari jam 10 pagi sehingga 4 petang
so sempat gak aku snap segala kriteria penderma darah
banyak okey orang orang yang tak boleh menderma darah
Terdetik hati macam nak derma darah aku
tapi tu lah ngeri fikirkan sakit tu terbantut rasa
masih terasa rasa sakit perit amek darah and masuk air
Bila tengok kriteria tu ehhh ehhhh
5 hari selepas haid bersih la pulakkk
ikut kira kira baru 4 hari selepas haid bersih
so cannot la derma :p
Ramai oo orang pergi derma darah
siap ada untuk daftar derma organ lagikkk
ngeri oo tengok jarum jarum cucuk tu
aduhhhh terasa rasa saat kena cucuk dengan jarum
nampak tak ngeri and sakit tu masih terasa rasa lagik
Ada yang sekejap ajek cucuk jarum darah terus penuh
malah ada yang tinggal lagik sedikit tak boleh keluar lagik
so nurse nurse kat situ beri satu bola untuk di aduhhh
macam mana ekk nak cakap
ala kita akan gengam lepas gengam lepas bola tu
lupa dah macam mana nak sebut perkataan tu
Sebelum nak amek darah harus melalui segala jenis ujian
memula test ada kencing manis or not then check darah naik or tak
ada satu pakcik nie kecik ajek tapi semangat besar nak derma darah
sekali kena timbang maybe tak lepas kot coz lepas tu terus tak nampak
or maybe lepas coz aku lepas pandang agaknya
Ramai orang register taw
bagus seyy rakyat Malaysia
sudi derma darah mereka pada yang memerlukan
Ada tu small book red dah hampir nak penuh
menunjukkan orang tu rajin menderma darah
bila ada derma darah nie masing masing bawak small book tu
Macam mana lah ekk rasa
saat darah tu mengalir masuk ke tempat yang letak darah tu
sama ada rasa panas or rasa sejuk
teringin nak derma tapi tu la takut dengan jarum grrr
Muka nurse lelaki nie mengigatkan aku pada cikgu tuisyen ku Cikgu Ilham
ehhh sekejap nampak tak orang yang derma darah tu gengam or pegang
ball merah hah tu lah maksud aku
nie sambil jalan sambil snap hohohohooho
kalau nurse nie tengok dalam blog aku ingin ku maklumkan bahawa
muka beliau mengigati aku pada cikgu tuisyen ku
Kenapa aku teringat cikgu tuisyen ku..??
coz dia always backup aku
selalu support aku
selalu tolong aku
so terasa macam caring okey cikgu tuisyen aku
even sometime datang lambat tapi dia tahu reason kenapa datang lewat
Cikgu Ilham kat mana la dirimu berada sekarang nie
macam teringin nak jumpa tapi segan hohohoho
sebab tu bila terpandang jek nurse nie aku teruss ehhh cikgu ilham..
sejak bila cikgu aku buat part time jadi nurse :p
Zaman zaman aku darjah 4 hingga darjah 6 (kalau tak silap)
dia ajar aku tuisyen Bahasa Melayu
and last jumpa rasanya 2005 kot
coz dia datang masa abang kedua aku punya wedding
bila aku bagi taw aku dapat masuk tuisyen kampung
terus dia cakap bagus dapat tuisyen kampung
coz tak semua orang dapat masuk tuisyen kampung
Haishhh sekejap saja masa berlalu
dari babam kecik baya baya arryash dah kenal dengan cikgu ilham
now semuanya mungkin dah berubah
kami masing masing menuju ke usia dewasa
kalau dapat jumpa pon bagus la jugak huhuhuhu
So moral dalam entry nie
manusia ada 7 kembar so aku dah jumpa 2 lelaki muka sama
another 5 orang maybe akan jumpa akan datang hehehehe
ehh if nurse lelaki nie dah beristeri
ku tak ngorat ehhh suami mu cuma ku teringat akan cikgu ilham
Okey lor nak pikirkan idea untuk design
moga moga banyak la idea akan ku fikirkan.....
p/s: Kat mcd ada blueberry pie tak sodap okey rasa pahitt banyak sangat kot..
Bye(>‿♥)
Saturday, 19 October 2013
♥ BerBBQ ♥
Tadi siang abang kedua ku buat BBQ
buat sekadar bersahaja jek untuk suka suka
so lepas arryash balik school music terus pergi
sampai ajek ada yang dah siap bakar ada yang belom
malas lor nak snap snap gambar coz busy makan :p
Riuh rendah la apa lagikkk
cuma tu la kalau la semua ada seperti dulu
pasti akan lebih meriah hurmmmmmmmm
tak apa la moga Allah mengembalikan seperti dahulu Amin
Okey aku bukannya suka makan kambing
so aku tolak kambing jauh jauh dari aku
just eat chicken wings and daging saja
tapi aku banyak makan chicken wings
Share dengan arryash
tapi arryash makan sedikit play dengan umairah jek banyak
so aku lah habiskan :p
Tapi tu lah tak boleh isi banyak sangat
tak boleh nak makan walau paksa jugak makan
ye lor kata nak diet so kena start dari sekarang lol
Lepas habis jek makan rilex rilex kejap
mum goreng mee siam putih
aku tak snap weyy gambar masa snap gambar makan nie jek
umairah dah pelik pelik tengok muka aku
err rilex rilex huhuhuhuhu
So lepas dah rilex kan perut
aku pon isi dengan mee siam putih tu lepas lol
tapi try isi balik chicken wings dah tak boleh masuk
adeyyyyy sahh perut dah tak boleh masuk banyak sangat
Walau pon kata diet harus makan chicken bakar
tapi nie dah mix bermacam macam ingredient
so mustahil la nak kata diet harus eat yang bakar bebanyak
Disebabkan sekadar kami adik beradik satu family jek
jadi tak banyak la bakar so tak de la rasa macam
aduhhh perut dah full tapi masih banyak lagikkk
kalau tak penat nak mengisi perut dengan makanan
Ohhhh hooo macam mana nak diet nie
kebetulan petang dalam kol 2 lebih nak dekat kol 3 ptg
hujan lebat dalam hati jangan la petir or guruh
habis la internet dah la aku lupa nak cabut plug
hujan punya la lebat syokkk oiii play
tapi mengenangkan baju tak bawak extra so batalkan niat
Syukur Alhamdulilah masa balik sampai rumah
internet masih okey tanpa ada masalah
masih berblink blink color green or yellowish gituk
fuhhh lega oo dalam hati takut jek kena lightning
Lepas dah kekenyangan
start la misi mengemas...
aku paling paling tak suka mengemas tapi kalau
basuh pingan aku suka :p
kemas mengemas nie aduhhhhhhaaaiiiii
1001 alasan boleh aku berikan taw huhuhuhu
tapi mujur alasan kukuh nak pergi toilet weeweee
so terlepas seketika mengemas :p
Selesai kemas mengemas basuh membasuh apa lagik
balik ahh dengan membawa perut yang kenyang
kalau ler memalam lapar apa lagik cari la mee siam
tapi confirm kenyang so dah malam tak payah nak
mencari mee siam kalau lapar jugak minum milo saja.....
Bye(>‿♥)
Thursday, 17 October 2013
♥ Seram: Tangisan Baby ♥
Teringat kisah time tu 2006 or 2007
masa tu exam monthly eiii aku paling benci exam
kalau boleh malas betol nak layan exam tapi apa kan daya
nak or tak kena la jugak hadapi
Aku nie jenis kalau study suka tengah malam
time sunyi sunyi rasa macam fokus giler
no any suara or music
aku tak suka dengar music time belajar rasa macam
ikut nyanyi lagu dari baca buku :p
Sehari dua aku okey lagik baca buku
masuk hari ketiga dengan keadaan sunyi aku pon
study sains lah kalau tak silap yang aku ingat
buku tebal gabung form 4 and form 5
aku suka kalau buku rujukan macam gituk senang
ohh ya aku lebih suka baca buku rujukan daripada buku teks
senang coz buku rujukan banyak highlight point point penting
Okey tengah tekun baca suddenly dengar suara macam baby nangis
aku pon ahh maybe baby belakang kot buat donno jek la
pokus habis habisan study
then makin lama macam sayu semacam jek suara tangisan tu
aku asyik ignore ignore ajek
Sampai la satu tahap dah rasa semacam
apa lagikkk tutup buku tutup lampu
masuk dalam selimut takut punya pasal
kebetulan aku tidur seorang baca apa yang patut
terus tidur
Keesokkannya aku bagi taw mum
then mum diam la suruh letak yassin bawah bantal
tak pon just letak kat tepi meja
haishhh ingat ingat balik ngeri
Tapi aku membebel la jugak
coz aku nak study sibuk dok mengacau
buat suara menangis grrrr
tak taw ke aku study nak exam kacau jek la
nasib baik dapat markah okey
hampehhh kalau tak confirm dapat 80++ taw
Mujur now walau berjaga malam buat work
tak kena kacau maybe aku bukak tv kuat kuat kot
tu yang dia malas nak kacau coz kalau dia kacau
mesti aku tak layan :p
Bye(>‿♥)
♥ Bila kah ♥
Selalu aku tertanya tanya bila la Allah nak makbulkan doa doa ku
and jugak permintaan permintaan ku
tak pon bila Allah nak makbulkan doa doa mum daddy
permintaan mum dengan daddy
haishhh rasa macam lama lagik ke
berharap sangat sangat agar Allah makbulkan doa doa kami
permintaan permintaan kami
kasihani la kami Ya Allah
and jugak permintaan permintaan ku
tak pon bila Allah nak makbulkan doa doa mum daddy
permintaan mum dengan daddy
haishhh rasa macam lama lagik ke
berharap sangat sangat agar Allah makbulkan doa doa kami
permintaan permintaan kami
kasihani la kami Ya Allah
Wednesday, 16 October 2013
♥ Lembu Qurban ♥
Aku cukup ngeri tengok lembu kena sembelih pada hari semalam
walau pon aku tak pergi tengok boleh plak si arryash dok watch
kat youtube aduhhh ngeri and kesian jek rasa
Maybe kalau la aku lelaki perghhh mesti aku tak join
orang sembelih lembu tumbangkan lembu
takut ooo lelagi part sembelih duhhh
hati keras jek boleh buat demikian kena plak aku nie hati ngeri
tak sampai hati plak nak sembelih grrr
sebab tu la aku jadi perempuan Syukur Alhamdulilah
Nak cari gambar ngeri
so ada gambar nie tak de la ngeri sangat
kalau cari yang betol betol kecut ooo
Nasib baik kat instagram tak de sapa yang
buat insta video pasal sembelih lembu
dah la phone aku terus play tak de tanya
mau ngeri aku
Tahun nie raya ofcoz tak rasa raya
boleh plak semalam lupa nak snap gambar makan
tahun nie masak nasi hujan panas ayam masak merah
dan daging kurma
Asyik makan makan and makan
sempat gak sis buat strawberry cake
la nie asyik makan tu jek adeyyyy
Dah la nak stop membebel lagik panjang
macam no idea la pulak haishhh
mana pergi idea idea aku nie
dulu memanjang ada idea
rindu kat blog lama....kalau la boleh dapatkan balik
Tuesday, 15 October 2013
♥ Salam AidilAdha 2013 ♥
Dari Ampang Nak Ke Sunway Nak Cepat Ni,
Please Give Me My Way !
Kamera AES Atas Highway Kalau Terkena Memang Suwayyy .......
Sebut Raya Kita Hoorayyy !
Lembu Dan Kambing Say No Wayy !
Ayam Dan Itik Start Run Away !
Aidiladha Now On The Way ....
Selamat menyambut AIDILADHA
Please Give Me My Way !
Kamera AES Atas Highway Kalau Terkena Memang Suwayyy .......
Sebut Raya Kita Hoorayyy !
Lembu Dan Kambing Say No Wayy !
Ayam Dan Itik Start Run Away !
Aidiladha Now On The Way ....
Selamat menyambut AIDILADHA
Salam Aidiladha 2013 dari Amoi Farah sekeluarga buat semua umat manusia
yang beragama islam ^_^
Bye(>‿♥)
Monday, 14 October 2013
♥ Puasa Arafah ♥
Hari nie kan hari arafah
so di sunatkan la puasa bagi yang mampu berpuasa ^_^
tapi kan tahun lepas aku dapat puasa arafah cuma tahun nie cannot
sedih la pulak semua dapat puasa aku jek tak dapat puasa
Ehh esok raya kan kan kan kan
tapi kan macam gerek jek kan kalau tahun nie kita buat sometime
yang mungkin after this dah tak akan buat lagik or Insya Allah
kalau kalau dapat buat lagik ker
Kalau ler malam raya nie aku pi lenjan tengok wayang
agak agak kena membebel tak ekk :p
semua busy masak tup tup aku pi tengok wayang
harus ler kena marah
adeyyy tak suka join masak tak suka belajar masak :p
Mum dengar ceramah ustaz or ustazah yang beri ceramah
cakap kalau today kita puasa dosa dosa kita selama setahun
di ampunkan fuhh bestkan Allah sayang kita semua
tapi ada la makluk Allah ask so kalau macam gitu tak payah
lah buat amal ibadat sebab sehari berpuasa di hari arafah
semua dosa di ampunkan
Then ustaz or ustazah tu kata bukan lah macam gituk
mungkin tu dosa dosa kecil (kalau tak silap la pasal aku dah lupa)
bukannya dosa dosa besar and kena jugak beramal ibadat
hehehe ada jugak orang tanya soklan begituk
agaknya kalau bermacam macam soklan pening ustaz or ustazah tu
So amacam dah banyak cow and goat dah menunggu di masjid
mahu pun surau..???
kat tempat aku dah ada 2 ekor kalau tak silap
tu pon bukannya aku pi tengok coz bebudak asyik mengacau jek
lembu lembu yang di tambak di situ
kang kena kejar mencicit lari buatnya tak sempat lari
tak pepasal kena sondol :p
Aku ngeri nak watch sembelih lembu
nak pi dekat pon takut apa lagik bila tengok
part tumbangkan lembu untuk sembelih perghhh ngeri
lelagi lembu tu meronta kang
dalam fikiran ku buatnya lembu lembu tu bangun balik
and larik mengejar macam mana ngeriiiiii
Esok tak taw la nak pi tengok or not
tapi rasanya tak kot pasal aku mana boleh masuk masjid
kalau ada keek boleh buat keek kan sembelih lembu
tapi tu lah keek amoifarah aku dah buang
tak kan nak register balik betol tak...???
sudah lah kalau register balik segala video tu tak hilang
okey la jugak nie nan hado confirm clear malasss
Tapikan kalau kalau ada yang pergi nak jugak lah pergi
boleh buat insta video huhuhuhu
okey la no keek tapi buat insta video
aku menyampah betol dengan insta video lambat betol
upload kalau keek kejap jek dah settle sabar ajek la hurmmm
Selamat berpuasa Arafah bagi sesiapa yang berpuasa
bagi yang cannot macam me redha ajek la
bukannya kemahuan tapi dah semula jadi cannot nak
buat macam mana kan kan kan huhuhuhu
Thursday, 10 October 2013
♥ Penyelamat Aku ♥
*Hero-Hero Ku*
Selsema ku masih belom baik baik lagik
padahal makan ubat pagi dengan malam
tapi entah kenapa masih sibuk virus selsema nie melekat dengan
tubuh aku syok ke virus duduk lama lama...???
Ketiga-tiga hero ku Tissue, Nasal Spray & Vicks
percaya lah kalau tak selsema aku campak vicks merata tempat
bila selsema sibuk melulu mencari vicks :p
Nasal Spray tu khas untuk kes nose aku
kena plak macam daddy ada macam lebihan apa ntah
daddy dulu dah buang masa doctor bagi taw
then doctor suggest kan aku suruh pi buang
tapi aku tak nak oo takutt *dasar pengecut*
padahal tahu masa tu form 5 :p
Disebabkan oleh itu lah hidung ku sangat sensitive
kalau dah terlalu banyak bersin pasti akan berdarah
dah biasa so tak heran la keluar darah
tapi just tompok tompok kecik and small so tak payah risau or takut
Dulu masa form 2 masa tu puasa
dalam hidung berdarah guna tudung untuk bersih bersihkan
kalau dulu just dalam hidung saja berdarah so guna tisue
and just bersihkan sampai darah hilang
tapi sejak dua menjak laju jek keluar dari hidung si darah nie taw
biasa dia bikin aku cuak :p
So nasal spray tu guna untuk melegakan kalau time selsema
kena nose tersumbat biasa la kan kalau selsema then tersumbat
untuk elakkan nose berdarah and luka akibat di tenyeh secara ganas
doctor sarankan use every night tapi aku nie pemalas dan pelupa
memula jek every night guna lepas tu tata nasal spray
sama macam vicks bila selsema baru cari balik
Jangan pelik tengok tulisan arab pada vicks
dulu beli masa mum pergi haji
so pesan la banyak banyak and simpan coz lagik panas and nyaman
disebabkan jarang guna so isinya sangat banyak
aku benci vicks coz after use macam melekit lekit
sebab tu aku suka pulaukan vicks :p
Tissue tu standby kat tepi
kalau kalau geram nose masih block after few minutes use
nasal spray aku tenyeh balik nose sampai hilang block
tapi tu sementara saja after few minutes back to normal
nose block again grrrr
tapi better untuk lelapkan mata sahaja fuhhhh
Dah settle makan ubat selsema
aritu puji kata bagus coz sekali makan after bangun tidur
feel better begitu jugak malam
tapi hari nie macam tak berapa nak okey la
still same langsung tak ada perubahan bencikkkk
Ubat selsema aku pon lain dari yang lain
kalau siblings selsema depa dapat bulat bulat
tapi aku dapat square square putih kekuningan
bagus tu 2 or 3 kali makan dah baik
tapi aku lupa nama ubat tu :p
Arghhhh yang menyampahnya makan ubat selsema pink tu
bila makan jek jadi lalok mengantuk
kalau tahan gantuk terus sakit kepala
benci taw semua work aku tak buat grrrr
tadi mata sikit punya segar bugar tak mengantuk
tapi bila on lappy terus gantukkkk *saja dengki tu*
*Hero keduaku*
Si ubat yang bikin aku mengantuk 24 hours
sama seerti clinicnya yang di buka 24 hours
opsss terkutuk la pulak miaahhahhaa :p *syhhh jangan bagi taw*
Terajin ehh tengah tengah malam buat entry nie
bukan apa pagi nanti confirm aku tak buat pasal
aku asyik krokkhhhh kroookkhhhh ZZZZzzzzzZZZ
melayan mimpi disebabkan oleh ubat selsema
Cuma aku takut jek kalau kalau
sakit tekak, batuk & demam menjelma
tu a bit ngeri la bagi aku
malah bertambah ngeri if demam takut ooo
Mudah mudahan esok lusa sembuh lah selsema ku nie
maybe si virus selsema nie suka kat aku kot
sebab tu dia nak duduk lama lama kat badan aku
hampehhh syuhhh syuhhh get out from my body virus selsema
Bila kena sakit berterusan
bila tak sakit okey
hurmmm baru nak start ganti puasa
dah kena beginikkkk
cepat lah go away virus selsema aku nak ganti puasa tahu tak...!!!
Okey lo aku mau sleep dah rasa macam few star keluar
menari nari mengajak aku tidur
waitt star aku update blog dulu after publish
kita beradu bermimpi
good night blogger ku....♥
10/10/2013~ 12:22 AM
Tuesday, 8 October 2013
♥ Nutella Muffin ♥
*Before bakar*
*After Bakar*
Sakit sakit nie tekak teringin nak makan muffins
so try la search ingat nak try buat sendiri
search punya search jumpa la resepi kat blog Cik Epal
simple sangat bahan bahan yang di gunakan
Antara bahan yang di gunakan ialah
Telur, Nutella & Tepung Serbaguna
mujur tepung tu still ada dalam stock kalau tak terbantut nak buat
Cara nak buatnya senang sahaja
just campurkan telur dengan nutella mix sampai la sebati
selepas dah tengok sebati campurkan 5 sudu besar tepung serbaguna
mix sampai la sebati
Cukup cukup dapat 6 Nutella Muffin kang kalau buat banyak
takut tak habis nie pon Alhamdulilah menjadi
tak manis sangat tak tawar sangat fuhhhhh *Syukur Alhamdulilah*
Ingat nak buat setengah letak campuran then put chocolate chip
sekali tak cukup hendak berbuat demikian so dapat letak atas sahaja
bakar suhu 180C so sementara bakar sambil makan rojak char keuw
Hidung tersumbat lelagi selsema so tak de la dapat bau
sama ada sedap or tak so bila dekat pon still deria bau tak dapat
nak detect cuma tekak jek yang dapat merasa sob sob sob
Masa before bakar tu macam kecik jek
after bakar makk aii kembang setaman gitukkk
sis kata letak apa ntah tadi sedap
tak apa next time boleh buat lagik and try mix and match
Nie macam lawa sedikit and sempurna hohohohoho
nampak tak lobang tu...??
tu bekas cucuk untuk check dah masak ke belom
banyak plak main cucuk cucuk terburuk la pulak haishhhhh
Nie bahagian dalam yang aku potong untuk menunjukkan keadaan dalam
aiseyman terkeluar plak chocolate chips tu
memula ingat nak put chocolate rise so macam syok la cikit
tapi stok tak de tu yang guna chocolate chip
Tak apa next time ku put chocolate rise
nak tengok macam mana plak hasilnya
tak sabar weeee tapi tunggu dah baik selsema la stress tak dapat pon
bau muffin dalam oven cissss
Lepas nie nak cuba blueberry muffin plak
tapi kena buat sedikit dulu kalau menjadi baru boleh buat banyak
suka plak tengok kembang kembang macam gitukkkk
macam syok pulak pasal menjadi ehh apa kena mengena
Biasa la kalau sakit sakit nie macam macam mengidam
menyampahhhhh kalau ikutkan tekak habis la
oohhh sakit please go awayyyyy......
Monday, 7 October 2013
♥ Flu Go Away ♥
Pagi nie bangun tekak dah perit hidung plak selsema after breakfast makan ubat selsema then terus tidur tu pon petang tidur lagik mata gantuk kalau tak tidur naik ke kepala terus sakit dugaan
Patut la semalam rasa mabuk ingatkan sebab puasa rupanya nak kena selsema harap harap tak demam la takut jek demam nie pon mata berat jek nak bukak tapi nak jugak tengok tv padahal mata dah tak larat nak bukak
Tadi kol 9 lebih terus makan ubat selsema cuma belom rasa gantuk lagik harap harap jangan tak boleh tidur sudah sebab siang tadi tidur banyak sangat
Ohhh flu please go away dah tak larat rasanya kena sakit apatah lagik kalau selsema plus sakit tekak menderita seyyy harap esok bangun semua sakit akan pergi jauhhhh jauhhhh
Now nak layan mata ke nak layan tv before tv tengok aku sleep better aku sleep good night lovely blog...
- Posted using BlogPress from my iPad
Saturday, 5 October 2013
♥ Bila Tekak Mengidam ♥
Kali nie tekak mengegada mengidam nak makan cake secret recipe
grrrr chocolate white macadamia powerrr suka part kacang kacang
kalau chocolate indulgence muak cannot masuk dalam perut
Ingat nak buat tulis tulis tapi malas ahhhh
cakap dengan sis kalau masukkan dalam instagram then type
melepaskan napsu :p then sis cakap kalau bulat besar boleh la
type gitukk habis kalau seketul ginik lepaskan napsu gajah
Hari nie ku beri nama as cheat day
tapi sangat over kan calorie tinggi nie
tapi syokkk lepaskan gian lepaskan stress
No idea nak bebel apa lagikk
jusco buat sales oo bulat jek mata tengok
tapi pe pasal barang kesukaan ku tak ada diskaun..
okey lol nak kemas barang barang segala lotion perfume
ikutkan hati malas tapi kena kemas senang nak susun atur
kena adjust balik tempat malas tapi kena buat
and tool box make up also kena kemas
malasnya nak mengemass........
Friday, 4 October 2013
Thursday, 3 October 2013
♥ Menambah Koleksi ♥
*Part 1*
*Part 2*
Sekali lagi etude house buat promotion horaayyyyyyyyy
so kebetulan body wash Milk Talk ada promotion percuma sponge
harus la grab coz selalunya sponge dengan body wash asing asing
and sponge tu boleh tahan mahal tambah sedikit dapat lagi satu
So masa tengok kat facebook tak banyak ada promotion
then apa yang aku nak cari tu tak ada then lipstick tu pon
color tak menarik hati huhuhuhu then cari punya cari
ehhh ada mascara la plak padahal dah lama idam tu :p
Taraaa new mascara yang dah lama idam
cuma tu la waterproof so nak bersihkan tak boleh cuci gituk
kena bersihkan bahagian mata use baby oil
by the way yang mascara the rocket tu bestt and senang nak bersihkan ^_^
Yang part 2 adalah milk tapi sponge tu SA kasi green apple punya
adeyy tapi cantik sponge green apple dengan strawberry huhuhuhu
then masa nak balik terfikir better buy satu lagikkk :p
Sempat gak aku grabb sunblock
pasal now rajin pulak kalau keluar use sunblock
lelagi kalau pergi legoland harussss pakai sunblock
kalau tak confirmmm golapppppppp
After nie boleh la pakai kat tangan pulakkk
ye lor dah ada stock sunblock so tak risau la if habis
cehhh dasar kedekut meeooowwwww
so lepas nie tak de la berbelang belang macam zebra
tak best la system baru city square
lagikkk mahal dari dulu and amalkan system card
lecehhh weyyy then dah tak sesedap macam dulu
Selalunya ada nasi campur tapi now no more
last last aku mencari chicken tepayaki
okey la tak sesedap kat Jusco Permas Jaya
tapi telan ajek la jangan banyak complain huhuhu
kalau kat pavillion syokkk ada fruit lagikk watermelon
Rindunya nak makan carrot cake kat pavillion
entah bila nak pergi aritu hampir hampir cikit jek
dapat pergi then tukar plan haishhhh kalau tak
dah dapat buy carrot cake
tu makan sana sedap kalau bawak balik dah tak sedap
Asyik makan makan and makan
mana tak bambam huhuhuhu
Terasa macam rugi plak beli mascara aritu
kalau taw la aku tunggu sedikit masa untuk buy from
etude house dah la aku lama idamkan tapi asyik
malas jek nak beli last last terbeli la jugak muahahahaha
Tapi tak apa boleh pakai tukar tukar
hari nie use the rocket esok use etude house
so lama lama sangatt habissssss
tapi memang lambat habis pon pasal jarang nak pakai
memanggg malas tapi now kena rajin rajin kan diri lol
Eiii macam tak sabar nak mandi use strawberry milk talk
lelagi sponge strawberry tu sangattt la cute
mesti melayang layang pakai dalam toilet hohohohoho
lepas tu sambil berangan *entah apa yang aku merepek nie*
Next time nak try plak mascara etude house
tengok macam mana hasilnya
tapi if use spek cannot use nanti terlanggar cermin
kalau use contact lens can la senang and nampak kemas
Makin bertambah item item make up dalam tool box make up
entah esok lusa apa yang aku tambah pon tak tahu la
mujur tak buy lagik new lipstick
pasal color tu tak sesuai dengan aku semuanya color terang
kang ada bibir berjalan dulu dari badan huhuhuhuhu
Ingat nak buy lips tint tapi tak buy jugakkk
nampaknya lain nak beli lain yang aku beli
hurmmm macam mana nie....!!!!
lips tint maybe bukan now aku mencari tapi satu hari nanti mungkin.....
p/s: Nak tidurrrr mata kelatt dapat tidur syokkk nie haishhhhh
Bye(>‿♥)
Wednesday, 2 October 2013
♥ Box Make Up ♥
aku selalu berangan nak beli box make up seperti nie
so i can put all my make up dalam box nie nak beli color pink huhuhu
selalu tengok kat mana ada jual berapa harga tapi nak beli tu
macam ahh malas la ada jek halangan yang aku sendiri cipta
Then bila belajar make up so put all item make up yang aku
belajar kat dalam box siap ada kunci lagik taw punya la happy
rasa macam semangat jek tapi kesudahannya aku tak habiskan
ilmu make up tu sebab masuk kolej :p
So aku use box tu untuk put my make up item la
bercampur la dengan barang make up yang aku beli untuk belajar
nanti la kalau ada time untuk bongkar aku bongkar and snap
tapi untuk few weeks nie aku is malas mana taw tahun depan
plak aku post :p macam entry pop phone tu
Lama kelamaan aku naik boring use box make up
pasal bila nak use aku kena bongkar coz banyak sangat item
then nak mengemas dah tak cukup time pasal dah nak keluar
so terpaksa biar berselerak then balik kemas tak pon
aku just sumbat dalam keadaan berselerak then bila dah balik
baru aku betol betol kan so a bit leceh :p
Lepas tu susah nak tutup balik
kena force untuk tutup kekadang naik berangin aku
lagi kalau dah nak cepat aduhhhh haiiii
then if keluarkan barang make up aku nak kena susun balik
sama seperti sebelum aku keluarkan so senang nak tutup kalau
tak makin serabut and pening la kepala huhuhuhu
Until now box make up aku tak use anymore
aku simpan bersama sama dengan barang barang make up masa belajar
sebelom aku beli bag make up from MAC
and now aku rombak balik barang make up dari bag MAC and
put dalam tool box make up
Tapi cita cita ku untuk put barang make up yang ku idamkan
belom lagik tercapai entah bila akan tercapai hurmmmmm
Bye(>‿♥)
Tuesday, 1 October 2013
♥ Crazy Of You Ost Master's Sun ♥
Deutgo innayo nae maeumeul
Bogo innayo nae nunmureul
I sesange hana oroji dan hana
Nan neoyeoyaman haneunde
Wae jakku naegeseo domangchinayo
Wae jakku naegeseo meoreojinayo
Nae gyeote isseojwoyo nae soneul jabajwoyo
Nal saranghandamyeon
Michige mandeureo niga
Nal ulge mandeureo niga
Gakkai sone japhil deutae jabeumyeon
Bogo innayo nae nunmureul
I sesange hana oroji dan hana
Nan neoyeoyaman haneunde
Wae jakku naegeseo domangchinayo
Wae jakku naegeseo meoreojinayo
Nae gyeote isseojwoyo nae soneul jabajwoyo
Nal saranghandamyeon
Michige mandeureo niga
Nal ulge mandeureo niga
Gakkai sone japhil deutae jabeumyeon
meoreojineun baramcheoreom
Honjaseo haneun ge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon babogateun sarang
Hanbeonman geudaereul anado doenayo
Majimak insareul na haedo doenayo
Saranghaetdeon chueogeul haengbokhaetdeon
Honjaseo haneun ge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon babogateun sarang
Hanbeonman geudaereul anado doenayo
Majimak insareul na haedo doenayo
Saranghaetdeon chueogeul haengbokhaetdeon
gieogeul itji marayo
Michige mandeureo niga
Nal ulge mandeureo niga
Gakkai sone japhil deutae jabeumyeon
Michige mandeureo niga
Nal ulge mandeureo niga
Gakkai sone japhil deutae jabeumyeon
meoreojineun baramcheoreom
Honjaseo haneunge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon babogateun sarang
Eonjenga uri dasi mannaneun geunal
Geuttae uri heeojiji mayo
Gaseumi haneun mal saranghae
Nunmuri haneun mal mianhae
Amuri juwodamgo damabwado
Honjaseo haneunge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon babogateun sarang
Eonjenga uri dasi mannaneun geunal
Geuttae uri heeojiji mayo
Gaseumi haneun mal saranghae
Nunmuri haneun mal mianhae
Amuri juwodamgo damabwado
ssodajyeobeorineun malcheoreom
Honjaseo haneun ge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon
Honjaseo haneun ge sarang
Namneun geon nunmurin sarang
Geureon geojigateun geureon
babogateun sarang
English Translation
Are you listening to my heart?
Are you looking at my tears?
Only one in the world, just one
I need it to be you
Why do you keep running away from me?
Why do you keep getting far from me?
Stay by my side, hold my hand
If you love me
You drive me crazy
You make me cry
You’re close as if I can catch you
But when I do, you get far away like the wind
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Can I hug you just once?
Can I say my last goodbye?
Don’t forget the loving memories,
English Translation
Are you listening to my heart?
Are you looking at my tears?
Only one in the world, just one
I need it to be you
Why do you keep running away from me?
Why do you keep getting far from me?
Stay by my side, hold my hand
If you love me
You drive me crazy
You make me cry
You’re close as if I can catch you
But when I do, you get far away like the wind
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Can I hug you just once?
Can I say my last goodbye?
Don’t forget the loving memories,
the happy memories
You drive me crazy
You make me cry
You’re close as if I can catch you
But when I do, you get far away like the wind
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Some day, when we meet again
Let’s not say goodbye
Words that my heart say, I love you
Words that my tears say, I’m sorry
No matter how much I pick them up
You drive me crazy
You make me cry
You’re close as if I can catch you
But when I do, you get far away like the wind
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Some day, when we meet again
Let’s not say goodbye
Words that my heart say, I love you
Words that my tears say, I’m sorry
No matter how much I pick them up
and put them in
Words spill out
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Translation Credits: pop!gasa
Romanizations by: kpoplyrics.net
Words spill out
Love is what I do alone
Love only leaves tears
A crappy, foolish love
Translation Credits: pop!gasa
Romanizations by: kpoplyrics.net
re shared by destiyuriskasari.blogspot.com
re post by sweetheartamoi.blogspot.com
P/s: Lirik yang english translate tu aku bold part yang aku rasa sedih
tapi lagu nie memang sedihhhhh siang buat ringtone lagik :p
nanti aku bold part ringtone aku kat korean lyric
laguuu bestt korean yang aku jumpa serasi dengan jiwa sedihku
Subscribe to:
Posts (Atom)