Tuesday 23 March 2021

Happy birthday to me

Hari nie umur aku dah 31 tahun and aku dah mula tak rasa excited on my birthday just today rasa hari biasa jek huhuhu

Aritu dah celebrate awal and today pepagi dah breakfast mcd then lol 10 ke 11 pagi gituk I dapat flower so cantik

Happy birthday to me

Wednesday 18 November 2020

Apa Masalah Korang Hah

Aku pelik join group hamster untuk fun tengok hamster orang tapi ada few spesis yang kerja nak gaduh jek kat dalam tu semua serba tak kena hanya dorang jek yang betul

Lepas tu ada few benda yang dorang katakan ada betul and few benda also ada salah jugak

Tak semua benda yang kau kena ikut bulat bulat kat google just ikut pengalaman ok katakan first time bela so amek tau pasal size cage, cara kasi makan proper, jenis apa yang nak

Aku nak sentuh isu cage kalau boleh jangan lah beli yang cage jaring kecik ko boleh beli bin box tu lagi murah okey dari harga cage yang kedai pet jual

Aku dah survey tengok masa belum beli hamster cage besi yang sedang rm100++ dengan harga tu ko boleh beli bin box size besar and decorations macam tempat hide out

Soal rumah dorang ada banyak option boleh guna pakai contoh mug kaca kat kedai eco rm2.10 can use tu lagi bagus sebab bila musim panas hamster akan gunakan mug kaca untuk sejukkan badan dorang

Kalau creative can use batang ice cream ala kat kedai eco also ada jual so korang can buat rumah lah, meja makan hamster ke korang google jek bermacam jenis boleh buat

Soal bedding tak kisah lah nak use apa bedding kalau dah bedding tissue tu mahal nak mampus then use lah bedding wood..

Bedding wood pulak jangan lah ko letak bulat bulat kat dalam tu masa lepas masukkan dalam cage ramas ramas dulu bedding wood tengok apa yang ada kat dalam kalau ada batu keluarkan, kalau ada yang tajam keluarkan, kalau ada kayu block keluarkan, ko kena ramas sampai rasa lembut tu yang aku buat dari dulu sampai sekarang

Ikut bajet yang ada kalau nak jugak tisu guna yang tisu box ke, toilet tisu jek koyak koyak then masukkan tapi risiko ko kena tukar setiap 2 hari sebab baunya agak paing ehh melekat bau

Kalau ada bajet lebih can use proper tissue bedding tu pulak makin lama pakai makin kembang soft giler rabak sepadan lah dengan harga mahal rabak kan tu pon lama lama bau paing jugak melekat tapi tu after one month tahan sebelum bau paing keluar

Soal makan pulak kasi lah yang ada jual bermacam jenis pilih mana yang hamster ko boleh makan, kena hamster cerewet nak mati ko kasi yang high quality pon kalau dorang tak nak memang tak akan sentuh nanti tak pepasal dikencingnya makanan tu tapi jangan lah kasi yang macam tak ada quality kesian dorang tak cukup segala keperluan

Pasir hamster ikutkan tak ada bau lagi bagus tapi tu mahal jugak so aku kasi dorang yang kat kedai pet jual aku selalu beli bau strawberry as long aku tengok pasir tu soft, tak bergumpal bila kena air kencing aku dah tak risau janji dorang ok then aku akan okey

Treats pulak terpulang pada korang nak kasi hamster korang bila kalau nak best everytime dorang play korang can give as present gitukk

Ikutkan 1 hamster 1 cage tapi kalau nak campurkan boleh janji same gender lepas tu tak semua jenis boleh campur tengok spesis apa ko nak beli kalau syirian cannot dorang gaduh boleh sampai mati hilang kepala, hilang bontot, manakala jenis winter white aka wiwi pon kena tengok kalau boleh campur kena tengok jugak bila start gaduh then kena asingkan tak semua wiwi nak campur, roborovski pulak jenis suka campur ramai-ramai tapi sampai ada tahap dorang tak nak campur lagi

Macam hamster aku yang betina semua tak nak campur semua nak cage asing then yang jantan pulak memula yang sekor tak nak campur so asingkan then lagi 3 ekor pulak memula elok then sekali aku tengok sekor tu bontot dia luka so aku asingkan then after few month yang 2 ekor also gaduh nahh aku asingkan

So 6 ekor 6 cage semua letak kat living room apa boleh buat semua dah besar nak bilik sendiri terpaksa lah kan kasi bilik masing masing

Kalau campur jantan betina standby ada banyak babies yang cute cute seriously anak hamster so comel

Kalau rumah ko ada kucing kena lah extra care okey aku nak bebel point kucing memula ada 2 ke 3 ahli post kucing dorang friend dengan hamster dorang then datang lah Hamba Allah nie bising marah tak kasi dekat, tak boleh dekat sekali few days lepas tu ehh elok pulak dia post gambar bawa kucing luar tengok hamster then geng dia komen ala cutenya, datang melawat ye ehh babisnya orang lain post ko bising ko marah tapi ko post boleh pulak ehhh

Hanya few kucing tak kisah lah nak kawan dengan hamster sebab apa aku cakap gituk hah sini dengar bebelan aku

Dulu aku ada kucing, dia seekor spesis kucing yang tak kisah ko nak bela apa sila lah bela tapi ko jangan bela sama spesis...!! Kucing lain datang tumpang teduh pon dia bantainya kucing tu kekonon gangster lah takut kena share kasih sayang wakakaka nama dia bobby

Memula pak tam bela tikus apa ntah then si bobby nie pulak kena dengki dekatkan dia punya takut then tikus tu semua keromon kat dia

Then after that cousin aku kasi hamster gigih ko seludup dari singapore ke johor Alhamdulilah tak kena tahan nama hamster tu spider sebab dia suka panjat-panjat

Hamster gedik nampak bobby lagik saja nak panjat sana sini cari perhatian bobby datang tengok cium terus blah and bobby tak sentuh makan hamster aku tapi kucing luar masuk panjat atas almari and makan so sedih okey

Then spider mati sebab kegemukkan terlebih kuaci

Aku pelik perlu ke nak gaduh kat dalam group ye aku tau memang 1 cage 1 hamster, ye aku tau bedding tissue lagi better than bedding woods tapi as long hamster tu okey then okey apa

Dulu sibuk bedding aspen then semua use last2 hamster sakit, hamster mata problem aku mampu berkata selamat aku tak pakai fuhh

Tapi bila hamster aku macam tak okey use bedding wood aku tukar pakai bedding tissue sampai dia okey bila dia dah okey then aku use balik bedding woods then hamster aku fine sihat Alhamdulilah

Kalau semua orang punya cara salah lama lama orang pon naik menyampah sampai ada komen cakap jadi cctv jek lah kang bila post apa-apa semua salah

Ada tu siap cakap balik-balik posting dorang jek naik, then posting kita terbiar gitu jek

Aku agree dengan nie sepanjang scroll asyik hamster dorang jek tak de hamster orang lain

Konon nak jadik group macam mat saleh tapi group mat saleh tu masih ada adab lepas tu ada yang tunjuk kucing dengan hamster dorang lepas tu yang comment semua sweet tak de pon yang kecam

Ada 1 group bukan malaysia punya dia tunjuk hamster dia then orang suruh ubah then dia cakap dia tak ada duit nak beli semua sekali gus then orang comment cakap dah tau tak ada duit kenapa nak bela binatang and aku terasa giler okey

Ko tau tak binatang nie dorang lebih memahami isi hati kita dari ko manusia tapi hati yahudi, binatang nie mampu menceriakan hati kita dari ko manusia yang menyakitkan hati bodoh manusia spesis ginik

Ada sekali aku beli cage dia then my nephew play with hamster then dia cakap dengan aku mana boleh kacau hamster, nephew you suka usik hamster tak boleh macam gitu.. deyy abis semua tak boleh nak buat apa aku bela hamster lah nak tunggu hamster bangun tu hah kol 2 pagi kita tidur hamster bangun hamster tidur kita bangun

As long my nephew tak cederakan hamster, tak sakitkan hamster, tak bully, tak gigit, tak tarik bulu, tak tarik ekor then biar lah dorang nak play dengan hamster

Eii stress lah aku dengan spesis ginik bila part dorang semua boleh part orang lain semua salah vongok...!!!!

Friday 24 July 2020

Lama Tu

Lama aku tak update sebab aku malas hahahha...

Lagipon tak ada benda nak diceritakan tapikan aritu birthday mum syok haishh bila aku nak post entry birthday mum..???

Sunday 7 June 2020

Keputusan Terbaik

Aku rasa keputusan aku untuk letak username pelik kat instagram dan tak ada gambar membuahkan hasil bila mana sedara tak kenal tu Instagram siapa so terlepas dari kena follow oleh mereka

Fuhh kebetulan yang dorang follow tu tak ada pon tag nama aku cuma ada jek aku reply tapi just chill sebab tak ada bukti tu Instagram aku hahaha

Haishhh bahagia jekk rasa malas nak kasi dorang follow so bahaya ok..!!